Tuesday 12 January 2016

Ada Apa Dalam Hati Wanita....

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Selamat Tahun Baru....walaupun da masuk 12 hari untuk tahun 2016. Article pertama utk tahun ni....harap semua berjalan lancar & dipermudahkan Allah. Apakah perlu membuat azam setiap kali masuk tahun baru? Kata Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Da'i Pendakwah Milenia....." Islam mengajar kita agar azam seharusnya dilakukan secara immediately atau hari-hari, tidak perlu menunggu tahun baru! esok pun boleh berazam. Walaupun begitu...dalam melaksanakan azam tahun baru, kita hendaklah menetapkan matlamat dan strategi yang logik untuk mencapainya mengikut kebolehan kita sendiri". 

Ya....memang benar, azam tidak perlu menunggu tahun baru!.... cheteh sentiasa berdoa agar hidup ini terus memicu kejayaan (dengan izin Allah), berada dalam kesihatan yang baik & sentiasa berfikiran positif ....aamiin

Jomm sahabat....cheteh nak share article yang menarik tentang ada apa dalam hati wanita....

Jika kita menyangka bahawa kita cukup mengenali seseorang wanita, ia adalah salah sama sekali. Ini kerana hampir semua wanita mempunyai misteri yang sukar untuk difahami! Lebih hebat, wanita turut mempunyai kerumitan perasaan yang luar biasa berbanding lelaki. 

Situasi ini berlaku kerana wanita terlalu banyak memendam rahsia di dalam hati mereka. Berbeza dengan lelaki, wanita tidak mampu berfikir secara praktis kerana kepekaan rasa serta emosi yang terdapat dalam diri mereka. Justeru, mereka sentiasa meyimpan beberapa rahsia berkaitan diri...antaranya:

1. Orang Tidak Disukai 
Biarpun ia tidak ditulis, wanita mempunyai senarai individu yang dibenci dan ia tersimpan kemas dalam fikiran. Jika lelaki mampu menyelesaikan da melupakan masalahnya dengan orang lain, tetapi ia tidak terjadi kepada wanita! Mungkin ketika berada bersama orang yang tidak disukai, mereka boleh bermanis muka tetapi hakikatnya mereka termasuk dalam senarai individu yang tidak disukai.

2. Jadi Stalker Media Sosial
Mengintip laman sosial orang lain terutamanya akaun kepunyaan musuh dan bekas kekasih ada kalanya menjadi kebiasaan wanita. Ternyata agak sukar bagi wanita untuk bersikap tidak terlalu peduli dengan orang lain. Dalam soal ini, wanita juga mudah bersikap penyibuk kerana sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka.
(point yang ini cheteh kurang setuju!....kerana cheteh ada pengalaman tersendiri, yang mana lelaki lagi over jadi stalker)

3. Kagum Dalam Diam
Ramai wanita mudah terpesona dangan kecantikan milik wanita lain tetapi jangan salah sangka kerana ia bukan 'minat' kaum sejenis. Sebaliknya, mereka akan tertarik dengan karisma, kecantikan dan gaya wanita lain sekali gus berlakunya perbandingan dan ia boleh dianggap sebagai iri hati. Positif atau negatifnya perkara ini bergantung pada wanita itu sendiri.

4. Watak Utama Filem Romantis
Wanita begitu mudah  sensitif dan beremosi ketika menonton filem atau drama romantis berbanding lelaki. Sewaktu menonton filem genre tersebut, ramai wanita akan terbawa-bawa dengan apa yang ditonton oleh mereka. Malah tidak kurang juga membayangkan diri mereka sebagai watak utama...

Wanita akan berpura-pura ....seperti, berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku di sekitar mereka. Kadangkala berpura-pura baik dengan musuh ketika berada dalam sebuah majlis keramaian. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu cara untuk meneruskan kehidupan dan dalam masa yang sama untuk melindungi rasa marah atau dendam demi menjaga nama baik dan maruah diri.....


#sumber: Harmoni




No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...