Sunday 28 February 2016

Buah Betik & Tangga

Assalamualaikum & salm sejahtera sahabat....

Apakhabar sahabat? Semoga semuanya sihat sejahtera. 

Jom kita share kisah tazkirah yang cheteh baca....semoga dapat memberi pemanfaatan kepada kita semua....

Ini kisah Pak Tua yang hidup sederhana bersama isterinya di pinggir bandar. Menghabiskan hari tuanya dengan bercucuk tanam. Bahagia baginya apabila melihat pokok betik baka terbaik hadiah daripada seorang teman sudah mula berbuah malah ada dua biji sudah mula menguning.

"Biarlah dahulu, esok baru boleh petik," bisik Pak Tua. 

Keesokan paginya Pak Tua ke kebun yang terletak di belakang rumahnya untuk memetik buah betik. Tapi....buah betiknya sudah hilang mungkin juga dicuri orang!

Pak Tua pulang ke rumah dengan wajah yang sedih hingga menutup seleranya untuk menikmati makan tengah hari. "Tak kan kerana sebiji betik membuatmu murung," tegur isterinya.

"Bukan itu yang membuatkan aku sedih," jawab Pak Tua. "Aku terfikir, kesian orang yang mengambil buah betik kita itu, terpaksa ambil sembunyi-sembunyi supaya orang tidak nampak yang dia mencuri. Mesti dia kesulitan."

Lama Pak Tua terdiam sambil berfikir apa yang harus dilakukan. "Pah,....(kata Pak Tua pada isterinya) malam ini aku hendak sandarkan tangga di bawah pokok betik itu, moga-moga kalau orang itu datang lagi....ini dapat membantunya," Pak Tua melemparkan cadangan....

Tatkala pagi menjelma, Pak Tua turun ke kebunnya untuk melihat pokok betiknya. Dia lihat buah betiknya masih ada dan tangga yang tersandar di situ tidak diusik langsung. Pada ingatannya mungkin pencuri itu tidak berkesempatan untuk memetik betiknya dan akan kembali lagi pada keesokan malamnya.

Tapi sudah tiga hari diperhatikan buah betik dan tangganya masih tidak terusik! Pada petangnya, seorang lelaki datang ke rumah Pak Tua membawa dua biji betik yang besar.

"Pakcik, sebenarnya saya datang lagi pada malam berikutnya untuk mengambil buah betik itu. Hati saya menjadi tidak sedap apabila terpandang ada tangga yang disandarkan di pangkal pokok betik itu." Lelaki itu terdiam seketika  sambil memandang dua biji betik yang diletakkan di hadapan Pak Tua.

"Apa sebenarnya yang pakcik mahu lakukan? Adakah  pakcik mahu membantu saya mencuri betik yang masih tinggal?" soal lelaki itu. 

"Bukan begitu wahai anak muda. Aku sekadar membantumu untuk memudahkan kamu memetik buah betik itu. Mungkin kamu amat memerlukannya berbanding aku," jawab Pak Tua.

"Sejak itu saya tidak mahu lagi mencuri buah betik pakcik dan saya gantikan dengan buah yang baru saya beli di pasar tadi," kata lelaki itu.

Nahhh....mampukah kita bersikap redha dengan kehilangan sesuatu yang disayangi lalu mengikhlaskannya dengan berfikiran positif. Melupakan kehilangan dan musibah yang berlaku. Membalas kejahatan dengan kebaikan kerana itu adalah sebaik-baik cara membalas dendam. Hati tidak terasa sakit malah semakin tenang dan bahagia.





#Al islam

Tuesday 16 February 2016

Virus Zika (Tangani Zika Seperti Denggi)

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat.....

Sekarang ni...kita (bukan kita ja...bahkan satu dunia) dikejutkan dengan kehadiran virus ZIKA....yang mencetuskan kebimbangan global sehinggakan Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan sebagai 'darurat kesihatan global' berikutan pengesanan antara tiga hingga empat juta kes virus tersebut di benua Amerika...Jom kita share serba sedikit article ini yang telah dikeluarkan oleh Akhbar Utusan Melayu (M) Berhad.

Penyebaran virus yang dikaitkan dengan jangkitan tularan nyamuk Aedes amat menggusarkan masyarakat sejagat selepas Brazil menjadi negara pertama melahirkan kebimbangan berhubung krisis ini pada Oktober 2015 dengan memberi amaran kewujudan kes virus berkenaan di bahagian Timur Laut negara itu.

Masih belum ada kes virus Zika dicatatkan di negara-negara Asia kecuali di Indonesia (itupun masih belum disahkan), namun statistik denggi terkini di Malaysia yang menunjukkan peningkatan saban tahun.....menyebabkan masyarakat turut panik tentang penularannya memandangkan virus berkenaan turut disebarkan oleh nyamuk Aedes.

Menurut Pakar Mikrobiologi Jabatan Mikrologi ddan Imunologi Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTMPPUKM), Dr. Siti Norlia Othman berkata, wabak itu sebenarnya telah lama wujud iaitu sejak tahun 1947 dan mula-mula dikesan pada spesies monyet.

Katanya, ketika itu impaknya tidak terlalu teruk pada manusia kerana penghidapnya hanya mengalami demam virus biasa, namun faktor imunisasi manusia dan pembangunan di sekeliling menjadikan virus Zika mungkin menjadi semakin kuat. Sama seperti demam denggi, jika dahulu hanya menyerang mereka yang tinggal di pendalaman, tetapi disebabkan proses urbanisasi yang semakin rancak menyebabkan nyamuk kehilangan habitat dan mula mengancam kehidupan manusia di bandar.

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, iaitu vektor yang sama bagi demam denggi yang membawa virus melalui gigitan pada manusia. Zika mula menjadi isu yang besar apabila terdapatnya peningkatan kelahiran bayi di Brazil yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly), iaitu keadaan bayi berkepala kecil. Berkemungkinan kecacatan tersebut berpunca daripada Zika, namun belum dapat dipastikan sepenuhnya lagi dan kajian masih dijalankan, kata Dr. Siti Norlia Othman ketika ditemui di HCTPPUKM baru-baru ini.

Ujarnya, kerajaan kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi penularan virus Zika yang dilihat menjadi ancaman besar kepada kesihatan awam kerana negara mempunyai vektor yang membawa Zika.

INFO:
* Virus tersebut dinamakan sempena nama hutan zika yang terletak di pinggir Tasik Victoria, Uganda
   yang mula-mula telah dikesan daripada monyet rhesus yang menghuni hutan itu.

* Kes pertama demam Zika dikesan pada manusia di Uganda pada 1952.

* Virus Zika dipercayai merebak ke Brazil semasa penganjuran Piala Dunia pada pertengahan tahun
   2014 akibat pergerakan manusia termasuk yang berisiko dengan kes pertama dicatatkan berlaku 
   di Rio Grande do Norte.

* Antara 26 negara yang  didapati  terjejas dengan kes virus  Zika  ialah  Barbados,  Bolivia,  Brazil,  
  Colombia,  Costa Rica,  Republik  Dominica,  Ecuador,  El Salvador,  Guatemala,  Guyana,  Haiti, 
  Honduras, Jamaica, Martinique, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, 
  Amerika Syarikat, Virgin Island dan Venezuela.   

Wanita hamil dinasihatkan berjaga-jaga walaupun hubungan antara jangkitan Zika dengan kes Microsefali masih belum dapat dibuktikan sepenuhnya....Wanita hamil dinasihatkan agar tidak melawat negara-negara yang sedang dilanda wabak Zika bagi mengelakkan jangkitan dan berkemungkinan akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung.

Biasanya bayi yang dilahirkan berkepala kecil disebabkan oleh perkembangan otak yang tidak normal sejak di dalam kandungan atau tidak berkembang secara normal selepas lahir. Ada antara mereka yang tidak dapat  hidup dalam tempuh yang lama kerana pertumbuhan otak yang tidak normal. Namun, jika bayi mampu bertahan, sebilangan kecil boleh hidup dengan normal tetapi ramai antara mereka yang akan membesar sebagai kanak-kanak lembam, lumpuh serta mempunyai pelbagai masalah lain. Ini kerana fungsi otak yang terhad  akan menyukarkan kawalan terhadap sistem badan yang ternyata boleh menjejaskan kualiti hidup bayi apabila dewasa.

Bagi individu lebih dewasa, simptom demam Zika boleh dilihat melalui tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit kepala, ruam, mata kemerahan (konjunktivitis), sakit otot dan sakit sendi, di mana kadang-kadang individu tidak dapat membezakan sama ada mereka mendapat jangkitan denggi atau Zika. Mereka digalakkan mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan berhampiran sekiranya menghidap gejala-gejala tersebut terutamanya bagi mereka yang baru sahaja pulang dari negara-negara yang telah dijangkiti virus tersebut dan menangguhkan perjalanan ke negara-negara terlibat khususnya bagi wanita-wanita yang mengandung.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menasihatkan semua pengamal perubatan sama ada kerajaan atau swasta menumpukan lebih perhatian untuk mengesan kes jangkitan virus serta melakukan pemantauan bagi kes mikrosefali, selain memberi khidmat nasihat kepada mereka yang berisiko mendapat Zika. Sekiranya tiada langkah pencegahan yang diambil, kemungkinan risiko penularan virus Zika sangat tinggi kerana kita mempunyai vektor nyamuk Aedes yang juga vektor bagi demam denggi.

Negara juga turut terdedah dengan kemasukan pelancong-pelancong dari luar  yang mungkin datang dari negara-negara mengalami wabak virus Zika, yang boleh menyebabkan penularan di Malaysia. Dalam keadaan kebanyakan orang semakin gusar tentang wabak tersebut, mungkin ada yang lupa akan virus denggi yang masih menular dan lebih berbahaya sehingga mengancam ribuan nyawa rakyat negara ini. Maka oleh itu anda digalakkan mengambil langkah pencegahan sama seperti denggi, iaitu persekitaran yang bersih dengan memastikan rumah dan kawasan sekitar bebas daripada air bertakung yang terbuka. Dalam keadaan iklim tropika panas lembap air bertakung sangat sesuai bagi pembiakan nyamuk.


Masyarakat perlu melindungi diri daripada gigitan nyamuk dan mencegah berlakunya jangkitan kepada orang lain seperti menggunakan ubat pencegahan gigitan, memakai pakaian yang menutupi anggota badan, menggunakan kelambu dan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa.

Seperti denggi, tidak ada vaksin dan ubat khusus yang dapat membunuh virus Zika, jadi orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes yang akan merebak dengan pantas.

Jaga diri, jaga kesihatan.....byee


Sumber:
-mode
-mega
-ummb

#vektor ialah mana-mana agen (orang, haiwan atau mikroorganisma) yang membawa dan memindahkan patogen berjangkit ke dalam organisma hidup lain






Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...