Friday 27 January 2017

Rindu mak

Assalamualaikum sahabat....

"Salam Mak, dua hari lepas adalah hari lahir aku, mak.... Buat pertama kali aku sambut tanpa mak disisi, aku rindu sangat pada mak.... Dalam diam sudah 30 hari berlalu, mak semakin jauh, aku pula semakin dekat dengan kematian ini.

Terima kasih mak untuk segala-galanya.... Ya Allah, aku mohon, Ampunlah segala dosa ibuku, berikanlah aku peluang agar Sujudku lebih lama, Perbaikilah Kesihatanku yang semakin longgar, Retakkanlah keegoaan ku, Utuhkan lah kasih sayang keimananku ya Allah, agar aku sentiasa ingat akan Jalan pulangku padaMu ya Allah...."

Terima kasih ya Allah di atas segala nikmatmu ini.... Aamiin

Image may contain: 2 people, including Teh Akbar, indoor


#Alfatihah





Mak telah pulang ke Rahmatullah.... (part 2)

Assalamualaikum sahabat.....

Catatanku sehari selepas mak pulang ke Rahmatullah....

Terima kasih ya Allah sebab izinkan aku lahir dari rahim wanita yang hebat ini, terima kasih ya Allah sebab izinkan aku merasa air susu dari wanita yang berhati mulia ini, terima kasih ya Allah pinjamkan aku wanita yang berhati cekal ini, yang mendidik aku hingga dewasa. Allahuakbar.... 

Mak adalah wanita sempurna bagi aku, memberi yang terbaik untuk aku. Ya Allah.... ampunilah dosa mak dan kesalahan mak, berikan syurga untuk mak dan jauhkannya dari api neraka. Tempatkan lah mak bersama dengan orang-orang yang beriman. Alfatihah untuk Cinta Hati Ku.... Che Sabtumah (30 Mac 1940 - 21 December 2016). Damailah mak di sana.... Aamiin

Terima kasih kepada Rosena Harun, saudara mara, sahabat handai, Ustazah Bahyah dan staff Hospital Kajang yang banyak memberi bantuan dari segi tenaga dan sokongan moral, yang tidak putus-putus berdoa untuk mak. Budi baik kalian amat aku hargai dan tidak mampu aku membalasnya, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.....Aamiin



Image may contain: people sitting and child


Alfatihah buat mak.



Mak telah pulang ke Rahmatullah..... (part 1)

Assalamualaikum sahabat....

Hari ini hari ke 27 dalam tahun baru 2017, tapi aku tak rasa apa pun, aku seperti tak menerima tahun 2017.... langsung tak endah akan kedatangannya! Memang sudah hukum alam, suka atau tidak hari tetap bersilih ganti, datang hari yang baru dan terus meninggalkan yang lama.... kelangsungan hidup kena diteruskan walau pun duka lara terus-terusan bersarang di dalam jiwa.

Aku membuat keputusan untuk membuat catatan tentang mak yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.55pm, hari Rabu@21hb Disember2016  bersamaan 21 Rabiulawal 1438H. Catatan ini akan ditulis mengikut rentak perasaan jiwa dan hati aku sendiri.... kerana aku tidak mahu satu pun tanda ingatan aku hilang hingga akhir hayatku!, dengan adanya catatan ini, kisah ini akan terus kekal dan mekar untuk selamanya dan menjadi kisah pada keturunan aku nanti.

14 December 2016@Rabu

Mak demam... tapi macam biasa, bila di ajak ke klinik@hospital, mak mesti bagi alasan.... "demam biasa ja niii, nnti elok lah, tak yah susah-susah laa....mak ok laaa, nanti mak sihat".... aku macam biasa jawab...." ok mak, nanti kalau ada apa-apa mak bagitau ya...

15 December 2016@Khamis

Pagi, masa nak pergi kerja..... tengok mak masih nyenyak tidur, malas nak kacau, pergi kerja macam biasa, tapi perasaan ini terlalu aneh.... sebab masa tengok muka mak tengah tidur tadi, aku rasa terkesan sangat, rasa sangat sayu dan hiba, kesedihan datang bertimpa-timpa di dalam jiwa sehinggalah aku sampai pejabat.... aku masih fikirkan mak....

Petang:
Aku balik kerja awal hari ni.... sampai rumah tengok mak sedang duduk sambil peluk bantal empat segi kepunyaan beliau (bantal ni beli sebab bila mak sakit dada (sakit jantung) mak akan peluk bantal ni selepas makan ubat), kepala dah bertampal kain basah!. Aku tanya .... "mak... mak, mak demam ya, sambil tangan pegang dahinya, nampak teruk ni.... jom pi hospital..." tapi mak tetap tak nak pergi.

Dalam aku dok potpet potpet, aku pergi dapur tengok apa yang ada.... eh eh, ada daging masak kicap.... tiba-tiba rasa lapar! Aku ambil nasi lepas tu makan dengan daging masak kicap, sambil tu aku jemput semua yang ada makan, sambil suap nasi sambil tanya (bual).... siapa yang masak daging kicap ni, sedap laaa... lepas tu angah jawab, "angah masak tapi tok yang ajar masak", aku cakap...."wahhh patutla sedap rupanya tok yang ajar...." (tapi mak buat dono jeee.... last dia cakap, makan laa kalau dah sedap)

Lepas makan, solat dan sambil tonton tv, aku tanya lagi...."mak ok ke tak niii? jom mak kita pergi hospital". Mak kata...."mak ok lah, gi lah balik.... nanti apa-apa mak suh uda call". Ermmm.... aku pun balik umah aku, tapi dalam masa tu aku terus wassapp busu, suh dia datang tengok mak dan bawa mak pergi hospital.

16 December 2016@Jumaat

Dalam jam 2am, busu wassapp kata, dia, pakngah & along da bawa mak pergi hospital, baru rasa lega sikit bila dengar mak dah pergi hospital. Dalam jam 6am, busu wassapp....mak kena warded sebab jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia)... jam 5am tadi da masuk ward. Ya Allah.... hati da mula rasa tak tenang.... terus wassapp bos minta 'emergency leave'. Lepas siap breakfast.... terus pesan kat angah suruh tengok adik-adik (sebab anak-anak buah tidur dekat rumah lepas balik dari kem motivasi).

Aku terus pergi hospital, busu cakap jam 12.30pm baru boleh melawat, tunggu la aku kat situ.... busu dah balik rumah dia sebab nak mandi, nnti dia datang balik....katanya.  Jam 12.30pm, terus naik tingkat 3, cari wad emak....jumpa, dari jauh nampak mak sedang tidur sambil tiub oksigen ada dekat hidungnya. Aku berdiri tepi katil mak, perati muka mak puas-puas.... Ya Allah... sedihnya hati ni, nyenyak mak tidur. Aku sentuh mak.... mak terjaga, dia tanya bila sampai... aku jawab, baru ja sampai. Mak masih lagi macam nak sambung tidur.... aku biarkan jaa. Agak-agak selepas 15 minit, mak bangun sebab rasa nak batuk katanya.... mak minta beg muntah yang disediakan pihak hospital (beg pakai buang@'disposable beg' ni untuk memudahkan pesakit muntah@batuk terus ke dalam beg dan terus buang). Selepas tu aku lap kaki, tangan dan muka mak dengan 'wet tissue' agar mak rasa segar. Mak sambung berehat.... aku tau mak letih sangat, jadi aku tak la layan mak bersembang sangat.... sampai jam 2.30pm, aku cakap nak balik umah dulu ambil barang-barang keperluan, nanti jam 4.30pm aku datang balik. Mak pun mengiakan.

Dalam jam 5pm aku sampai ke hospital bersama anak-anak, anak saudara & adik beradik untuk melawat mak. Alhamdulillah mak dah bangun duduk, makan, minum dan sembang-sembang dengan kami, kata mak.... dia ok, cuma letih ja sebab semput, jadi terpaksa lah pakai tiub oksigen ke hidung mak supaya pernafasan mak lancar. Sebelum beransur pulang, aku cakap dengan mak.... esok yung tak boleh datang sebab ada class & exam, mak doakan yang terbaik ya, hari ahad nanti yung datang jumpa mak ya.... mak kata "ok, tak pa laa..." (salam dan peluk mak sambil minta maaf). Malam ini angah teman mak dekat hospital.

17 December 2016@Sabtu

Hari ini tidak melawat mak ke hospital sebab class satu hari dari pagi sampai petang. Hanya tanya kabar mak melalui wassapp group ja. Keadaan mak ok... mak makan pun da ok, ada selera tapi mak lebih banyak makan buah jaaa kata angah.

18 December 2016@Ahad

Hari ini aku ada exam, so petang nanti sempat la jenguk mak! Petang memang sempat singgah hospital... Alhamdulillah, dengan tersengeh-sengeh aku datang dok dekat mak.... hari ni tengok muka mak agak berseri-seri, asyiknya mak dok bercerita kata semalam masa aku ada class, ramai kawan-kawan dan sepupu aku datang, dok bertanyakan aku....bla bla bla....

Alhamdulillah....mak nampak ceria, lepas maghrib aku minta diri nak balik, esok datang lagi ya mak. Malam ni angah lagi yang jaga mak.

19 December 2016@Isnin

Dalam kul 12am lebih, angah wassapp cakap mak sesak nafas! kata angah agak teruk, angah panggil nurse dan kebetulan malam tu doktor pun ada.... mereka terus beri rawatan pada mak. Angah terus-terusan 'update status' mak sampai la akhirnya doktor suruh semua anak-anak mak@waris datang hospital sekarang juga. Angah dah menangis-nangis 'call' suruh datang segera. Lebih kurang dalam jam 3am kami adik beradik semua sampai hospital, terus naik jumpa mak.... mak sedang tidur (rupanya mak baru diberi morfin....)

Waktu ini, Dr. Lecumi yang bertugas.... apabila kami semua sudah berada di kaunter jururawat, doktor dah mula bertanya itu ini mengenai kesihatan mak.... ya, memang mak ada masalah jantung tujuh tahun yang lalu, mak sepatutnya dah buat 'bypass'.... tetapi itu semua tidak terjadi kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan! kerana sangat berisiko, maka mak terpaksa ambil ubat dan sentiasa 'follow up' ke Intitut Jantung Negara (IJN). IJN dah menjadi rumah kedua bagi mak.

Rupanya, doktor memberitahu bahawa dalam jam 1am  mak kena serangan jantung, dari segi perubatan, jantung mak kritikal... 50/50 sahaja, semuanya bergantung kepada semangat mak! (Allahuakbar..... sudah lama mak tidak kena serangan jantung kerana mak seorang yang sangat displin dalam pengambilan ubatnya). Perasaan aku ketika itu.... bagaikan tenggelam dalam air yang dalam, yang tidak mahu lagi dengar apa-apa lagi.... hanya air mata sahaja yang laju berterusan membasahi pipi, lagi aku tahan lagi laju air mata itu keluar, seolah-olah langsung tiada simpati! Doktor berterusan bercakap, memberitahu apa polisi & prosedur hospital dan tindakan doktor sekiranya mak diserang 'heart attack' lagi.... Hati terus-terusan menafikan apa yang akan terjadi.... hakikatnya aku tahu akan hal yang sebenarnya.... Ya Allah, apakah ini masa nya..... terus terang aku katakan yang aku belum bersedia..... aku tidak mahu semua ini terjadi!

Akhirnya selepas menerangkan segalanya dan apa yang bakal terjadi, doktor mahu kami faham dengan setiap risiko!.... sekiranya kami tidak bersetuju kami boleh menandatangani satu borang waris yang mana kami tidak akan menyalahkan pihak hospital. (Sebenarnya kami tidak bersetuju sekiranya mak diberi bantuan penggunaan mesin ventilator & trakeotomi, CPR dan lain lain bila berada dalam kritikal.... jika ingin dilakukan juga mestilah mendapat izin waris).

Air mata terus-terusan membasahi pipi.... hakikatnya aku tidak mahu ini berlaku! Walau pun akal menerimanya, hati tetap menafikan.... berulang kali hati mengatakan yang mak akan sembuh, mak akan sihat seperti biasa, mak kan kuat semangat!..... Ya Allah, apakah ini petandanya yang emak akan meninggalkan aku, apakah ini masanya???

Akhirnya.... selepas semua dalam keadaan tenang kami pergi menziarah mak dikatilnya, nyenyaknya mak tidur. Ya Allah.... memang tak sampai hati nak pandang muka mak..... pilu sangat-sangat..... Akhirnya aku ambil keputusan nak balik rumah, nanti jam 12.30pm aku datang lagi.

Macam biasa.... tengahari terus pergi melawat mak, hari ni ramai saudara mara datang melawat mak, sepupu sepapat pun ramai yang datang. Aku bagi laluan dekat mereka untuk melawat mak memandangkan keadaan bilik hospital yang agak padat dengan pelawat yang ramai bila waktu melawat, jadi aku lebih selesa lepak di cafe hospital. Semasa aku lepak di cafe, angah menceritakan semula apa yang berlaku semalam.... angah kata mak nak mandi sebab da beberapa hari tak mandi, badan rasa tak selesa. Lebih kurang jam 10pm, angah bawa mak ke bilik air..... mak mandi bersihkan badan dan buang air besar, mak suka sangat sebab dah bersih badan... kata angah. Apa yang aku perasan masa mak sakit ni.... suka sangat minum minuman berais (sejuk) dan makan buah-buahan, ini pun dia siap pesan suruh bungkuskan ketul ais, bawakan dekat dia....

Aku berada di sini sampai la petang.... dalam jam 5pm nurse inform bahawa mak kena masuk wad ccu, dekat wad ini mak akan dipantau dengan lebih rapi lagi. So, kami memang tiada halangan, apa sahaja yang terbaik untuk mak memang kami setuju.

Keadaan mak hari ini nampak baik sikit dari semalam.... mak memang nak berbual jaaa dengan orang yang datang melawat beliau, sampaikan kami suruh mak berehat sebab tak nak mak rasa penat. Tapi kali ni aku perasan... dalam setiap perbualan dengan mak, terasa seolah-olah mak akan pergi dari aku. Mak seolah-olah dah bagi tanda.... mak siap tinggalkan pesan, suruh aku jaga adik-adik, kerja elok-elok.... dan pesanan yang paling buat aku sayu ialah mak cakap.... "mak da nak balik, mak da tak lama lagi nii...." lepas tu mak pesan kalau mak da tiada nanti tak perlu bawa balik rumah, siap-siap kat hospital ja, lepas tu terus kebumi dekat Tanah Perkuburan Sungai Kantan..... aku terkedu dengar apa yang mak cakap. Aku masih lagi nak bergurau-gurau dengan kata-kata mak.... lepas tu aku cakap...."ya la mak, kita kan semua dah dok kajang.... nanti bila kita mati, jom la ramai-ramai kita kebumi kat Sungai Kantan, kita berkumpul kat sini". Aku tanya mak...."nape mak pilih kubur Sungai Kantan?"....  jawab mak "supaya senang, nanti yung boleh singgah pergi melawat mak bila-bila masa jaa, tak kira pagi atau petang.... sebab kan situ jalan yung lalu pergi balik kerja...lalu situ kannn..." kata mak. Ya Allah....aku terus sebak, asalnya nak gurau-gurau tapi aku sendiri yang tak dapat tahan air mata.... makkkkk.

Malam, adik nombor dua request nak jaga mak, (dalam ccu, sebenarnya tak dibenarkan untuk menjaga.... tapi memandang nurse kat sini semua geng Ena, jadi bole lah tunggu)

20 December 2016@Selasa

Rutin tetap macam biasa.... datang jumpa mak kat hospital, aku masih lagi bercuti.... Hari ini mak dalam keadaan ceria.... request nak makan bubur, tapi hanya makan dua sudu jaa. Hari ini saudara-mara dan rakan-rakan ramai yang datang melawat mak.... tapi kena tunggu turn sebab wad ccu hanya membenarkan dua orang sekali masuk ke dalam wad.

Hari ini (petang) agak surprise.... sebab ayah datang melawat mak (hampir berpuluh tahun kami tak bertemu.... tiba-tiba ayah muncul, biarlah...). Kami adik beradik tinggalkan mak dengan ayah dalam wad ccu lebih kurang 10 minit.... kami tak nak ganggu perbualan mereka. Selepas tu aku masuk ke tempat mak, bual-bual dengan ayah dan mak.... lebih kurang 20 minit ayah minta diri nak balik, hanya adik-adik yang hantar ayah turun ke bawah, aku tetap di wad dengan mak.

Mak request nak makan buah honey dew dan pear.... tapi yang ada buah rock melon ja kat cafe. Mak kata ok, buah rock melon pun ok, jadi aku suap mak makan, mak hanya makan beberapa ketul ja... kata mak.... "cukup, tak manis laa.... entah laaa, mulut mak kot yang pahit" kata mak... Aku ambil buah tu dan makan....."manisnya makkk buah ni...." sambil tu banyak ketul juga aku makan....mak kata makan la... abiskan (rupanya inilah kali terakhir aku suap mak dan makan bersama dia.....)

Dah masuk waktu maghrib....aku minta diri nak balik, aku cakap dengan mak..... "yung nak balik mak.... balik dulu ya, nanti datang lagi ya".... lepas tu mak cakap.... "balik la.... mak pun nak balik juga... " tiba-tiba aku rasa sebak yang amat sangat.... aku dah jadi tak tentu arah, Ya Allah.... adakah masanya telah tiba.... aku peluk mak, minta maaf.... masa aku peluk mak, aku betul-betul rasa pilu.... (rupanya inilah kali terakhir aku dapat bercakap dengan mak.... Allahuakbar). Malam ni adik request lagi nak jaga mak....

Aku tak jadi balik sebenarnya..... aku ada dalam kawasan hospital Kajang, sebenarnya hati ini sangat-sangat tidak tenang, semua serba tidak kena.... asyik risau jaaa. Akhirnya aku masuk ofic sekejap sebab nak ambil kad hospital KPJ yang tertinggal kat workstation aku (esok ada appointment doctor) so... memang perlu bawa kad tersebut. Semasa aku dekat ofic dalam jam 9pm, Ena call suh datang hospital.... segera! sebab mak dalam keadaan kritikal, nadi mak da drop, oksigen dalam darah mak dah kurang, doc minta izin untuk pakai kan mesin ventilator..... Allahuakbar, aku terus bawa kereta dengan selaju-laju yang boleh supaya aku dapat sampai hospital jumpa mak......

Dalam jam 9pm lebih aku sampai, terus masuk wad mak..... rupanya doc da selesai pasang mesin ventilator pada mak, yang tinggal hanya Ena, Ena tengah masukkan tiub dalam mulut mak untuk sedut kahak/lendir dalam badan mak (suction)..... Ya Allah, hanya air mata ja yang mampu berkata-kata.... apa yang aku takuti sudah berlaku.... Ena kata.... "yung jangan risau, mak ok, tadi sebelum pasang mesin ventilator, ena sempat bual dengan mak, minta izin mak.... mak kata ok, mak izinkan... pasang la.... ena ajar mak mengucap dan minta maaf". Aku tanya Ena kenapa pasang ventilator? "kita kan da janji tak nak buat tu semua...." Ena jawab.... untuk kebaikan mak.... sebab keadaan mak bertambah teruk, dengan cara tu sahaja dapat buat mak berehat.... Ena kata lagi, mak sakit sangat sampai mak cakap.... "ya Allah, ambillah dada ku, sakit sangat ya Allah.... ambillah dia ya Allah...." aku terus menanggis.... dah tak dengar dah apa Ena cakap lagi.... kesiannya makkk....

Malam.... kami adik beradik berasa amat risau, kami still berada di kawasan hospital.... aku? aku memang rasa tak sedap hati, memang rasa risau jaa.... kami adik beradik lepak dekat restoran yang berhadapan hospital Kajang.... masa ni baru terasa lapar, kami makan di sini @jam 1am. Masa makan barulah adik cerita.... semalam masa dia teman mak, mak ada bual-bual... cakap yang arwah atok, opah dah datang, panggil mak ikut sama.... tapi mak cakap nanti dulu, nanti mak ikut. Adik-adik mak yang dah arwah pun siap tunggu, lambai-lambai sambil tersenyum pada mak.... Allahuakbar

Ya Allah Ya Tuhan ku.... aku tahu masa mak telah tiba.... aku tahu mak akan pergi tinggalkan aku.... aku tahu ini adalah ketentuan Allah, takdir Allah.... tapi aku tetap menafikan, hati tetap tidak boleh terima! Aku nyatakan semua luahan rasa hati aku pada sahabat baik aku, aku menanggis sepuas-puasnya.... Aku benar-benar kalah kali ini, kalah dengan perasaan aku, aku kalah dengan kekecewaan hati aku.... jam 2am baru aku balik rumah, aku mandi dan solat untuk tenangkan jiwa yang berkecai ini.... Ena update dalam wassapp group keadaan mak ok, tapi suhu badan tinggi sikit, mak demam!

21 December 2016@Rabu

Pagi... siap-siap untuk ke KPJ Kajang sebab ada appointment dengan doc Ong. Selepas rawatan, terus pergi jumpa mak dekat hospital, hati memang da tak keruan! Jam 12.30 terus jumpa mak! Makk... yung datang nii, mak kena kuat ya, yung tak nak kehilangan mak, yung nak sihat..... aku terus-terusan bercakap... sedangkan aku tahu mak tak sedar sebab mak da pakai mesin ventilator. aku tak kira aku tetap usap kaki mak, muka mak, tangan mak. Air mata seolah-olah memahami aku, turut sama menemani perasaan aku, mengalir dengan syahdu sambil berharap yang mak akan sedar.... aku bisikkan ayat-ayat suci Al Quran di telinga mak.... Ya Allah, permudahkan segala urusan mak aku.... Aku Redha Ya Allah..... ampun kan lah segala dosa-dosa mak aku.... sebelum keluar aku cium kaki mak... Mak, yung nak balik ni.... nanti petang yung datang lagi... Allahuakbar, aku nampak kaki kanan mak bergerak, tangan kanan mak pun bergerak.... bibir mak pun bergerak, seolah-olah berinteraksi dengan aku.... Mak, yung sayang mak....jam 4.30 yung datang lagi ya.

Selepas itu aku terus jumpa ayu .... ayu ajak aku makan, aku ikut tapi aku tak ada langsung selera nak makan sebab asyik ingatkan mak. Aku nyatakan pada ayu yang aku berasa tidak sedap hati laa.... aku nak balik jumpa mak aku laaa.... Dalam waktu nak balik Ena call, kata condition mak tak ok, doc nak tebuk leher mak (trakeotomi)..... aku terus menjerit kata jangannnnn, tunggu aku sampai hospital. Aku terus bergegas ke hospital tanpa menghirau lampu traffic yang masih warna merah....

Jam 4.30 aku sampai ccu.... makndak & pakndak ada di dalam, aku masuk.... dalam hati berkata-kata, "ehh....napa tak de doc pun yang nak buat proses trakeotomi.... leher mak pun ok jaaa, hanya mesin ventilator jaaa.... ermmm, tak jadi buat kottt". Aku salam pakndak & makndak.... selepas tu mereka keluar, paktam pula sampai dengan sepupu aku...... aku biarkan mereka melihat mak beberapa minit. Kemudian aku masuk jumpa mak sambil kucup mak, bisikkan dua kalimah syahadah.... air mata mengalir dipipi tanpa sedar. Tiba-tiba nurse masuk cek mak tarik langsir, tutup semua.... kemudian panggil doc.... aku perasan situasi tu, tapi aku tetap fokus pada mak.... doc masuk dan berkata... "dikk, benarkan tak kami buat CPR pada mak adikk?".... dada aku terus bergetar .... tidak! jangannn! .... "napa doc?".... doc terus cakap.... "ok laa.... tak nak buat tak pe, tapi tahu kan semua polisi & risiko....." doc belum habis cakap aku terus menangis terus dakap makkkk..... sambil mulut tak henti-henti syahadah, Ya Allah.... masa mak dah tibaaa, doc (Dr, Nurdini) pegang belakang bahu aku sambil berkata.... "dikk, mak adikk da tak de..... " Maha suci Allah aku bagaikan hilang pedoman, terus-terusan dakap makk..... akhirnya aku dengar nafas (rengusan) mak yang terakhir kuar dari hidung mak...... MasyaAllah..... Aku terus dakap doc dan menaggis di bahu doc.....  

Air mata terus berguguran, tanpa belas tanpa tanpa ihsan..... aku bagaikan patung cendana berdiri di sisi mak! yang terus-terusan memandang mak, aku langsung tak hirau lagi nurse & doc disekeliling ku yang meminta izin untuk memeriksa mak, mencabut segala wayar di badan mak.... seolah-olah aku berada dalam dunia aku.... hanya aku dan mak sahaja!. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang mengahadapi saat-saat akhir mak dijemput pulang ke rahmatullah.... Allahuakbar.

Selepas itu barulah Ena sampai..... seterusnya adik-adikku pula sampai. sementara menunggu proses selanjutnya aku sempat ambil wuduk dan bacakan surah Yassin untuk mak.... Alhamdulillah.

Tergiang-giang pesanan dari mak..... suruh segerakan urusan jenazahnya, bila dia dah tiada.... aku terus cakap dengan Ena segerakan! Masa berlalu sangat pantas, aku ekori jenazah sehingga ke tempat urusan mandi dan kafan jenazah. Alhamdulillah... Ustazah Bahya dan pembantunya telah sedia ada disitu, terima kasih ustazah kerana bagi peluang dan memberi tunjuk ajar kepada aku dan adik-adik untuk mandikan jenazah mak dan seterusnya kafankan mak..... Alhamdulillah (Bersih sungguh badan mak, langsung tidak berdaki dan tiada najis, patutla beriya-iya mak minta nak mandi dan buang air besar pada malam tu.... rupa-rupanya dia dah bersedia, bersedia untuk mengadap Mu, Ya Allah) 

Semuanya berlangsung dengan teratur sekali, apabila selesai dikafankan kami ambil giliran untuk solat maghrib, apabila semua sudah selesai baru kami buat solat jenazah untuk mak..... Alhamdulillah. Kemudian jenazah mak dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang dengan van jenazah Hospital Kajang. Alhamdulillah, kubur sudah siap digali..... buat kali terakhir aku tatap wajah mak apabila mak sudah diletakkan dalam liang lahad.... Allahuakbar, kuatkan hatiku Ya Allah....

Mak.... bersemadi lah dengan aman disini mak, kasih sayang mak telah kusemat erat hingga akhir hayat ku.... Alhamdulillah, selesai pengebumian mak sebelum Isyak.....

Image may contain: indoor
Image may contain: indoor
Image may contain: indoor



Image may contain: indoor

Alfatihah buat mak.....




Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...