Thursday 28 January 2016

Siapa Kawan Kamu?

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Imam Al-Ghazali menjelaskan, dalam dunia ini ada tiga jenis kawan....antaranya:-

1) KAWAN YANG ADA ILMU

Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Kawan seumpama ini nasihat Imam Al-Ghazali, jangan dilepaskan, banyak manfaat dan kebaikan akan diperoleh apabila hubungan ini dikekalkan. 

2) KAWAN YANG TIADA ILMU SEDANGKAN KITA ADA ILMU. BAGAIMANAPUN DIA SEDIA UNTUK MENERIMA ILMU YANG DISAMPAIKAN KEPADANYA.

Kawan seumpama ini juga, nasihat Imam Al-Ghazali, jangan dilepaskan. Kerana apa? Dengan adanya kawan seumpama ini, kita ada ruang untuk menyampaikan ilmu dan nasihat kepadanya sekali gus dia juga boleh melaksanakan perintah Allah.

3) KAWAN YANG TIADA ILMU DAN TIDAK MAHU PULA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT YANG KITA BERIKAN KEPADANYA.

Pelbagai alasan akan diberikan untuk dia tidak menerima apa jua ilmu yang diberikan kepadanya. Kata Imam Al-Ghazali, kawan seumpama ini eloklah ditinggalkan kerana dia tidak akan memberi manfaat kepada kita. Lebih parah lagi, kalau kita terus berkawan juga dengannya, kita juga akan terikut-ikut tingkah lakunya dan akhirnya menghancurkan kehidupan kita.

Jadi......kawan mana yang kamu pilih?




"Janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung"
- Al-ISRA:37

Selamat beramal.....


#iman






No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...