Thursday 22 June 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 (1438H)

Assalamualaikum sahabat....

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin buat semua sahabat yang disayangi jika ada salah dan silap atau terasa hati dengan ayat-ayat yang tertera ataupun diluahkan di sini, harap dimaafkan ya.  

Dalam kesibukan, diam tak diam kita dah ke penghujung Ramadan, pantas masa berlalu seiring suka dan duka.... maka menjelma Syawal, bulan kebesaran di mana umat islam akan meraikan dan menikmati kejayaan setelah sebulan berpuasa iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Sambutlah Hari Raya Aidilfitri secara sederhana dan jangan berlebih-lebihan, bermegah-megah hingga membawa riak yang dilarang oleh Islam. Cheteh sambut raya ala kadar ja, pakai ja apa yang ada, bagi cheteh...tanpa pakaian baru ataupun mahal, hari raya tetap disambut. Begitu juga dengan langsir & perabot pun hanya dicuci, dibersihkan dan diguna semula... tanpa langsir dan perabot baru pun jiran serta sahabat handai tetap berkunjung ke rumah cheteh. Kuih raya pula, ermmm.... cheteh hanya ode yang cheteh suka ja dan adalah juga buat sejenis dua, itupun memang kuih peberet jaa. 

Itulah indahnya Islam yang tidak meletakkan nilai kebendaan pada sambutan hari raya. Hari Raya Aidilfitri adalah untuk umat Islam sama ada yang kaya atau miskin bagi meraikan kemenangan mereka berpuasa dalam bulan Ramadan. 
Jangan lah seseorang itu berasa riak dan bermegah-megah dengan keupayaan memakai pakaian baru yang mahal, memenuhkan meja dengan aneka jenis kuih-muih atau berhias sakan menggantikan semua perabot dalam rumah.

Sambutlah Hari Raya dengan penuh berhemah seperti menghidupkannya dengan takbir raya, melunaskan zakat fitrah, ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan, jenguk ibubapa, saudara-mara terdekat dan jauh, yang lama tak bertemu dan mereka yang lebih tua daripada kita. Kenali saudara-mara dan sahabat handai kita, jadikan medan untuk kita bersama-sama mengeratkan silaturahim sesama kita. Buka lah pintu hati dan juga pintu rumah seluasnya untuk orang-orang yang kita sayangi dan sahabat handai kita sempena meraikan hari yang mulia ini. 
Syawal bukan semata-mata untuk berseronok tetapi adalah mendapat keberkatan dan 
keredaan Allah SWT.

Kepada semua sahabat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, berhati-hatilah memandu di jalan raya, patuhilah peraturan jalan raya dan ingatlah orang tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua dan juga untuk arwah mak, maaf zahir & batin... 
Selamat hari raya mak, yung rindu sangat dekat mak... apapun, mak sentiasa ada di hati ini. 
Mak adalah inspirasi buat yung adik beradik dan juga kekuatan untuk mengharungi hidup ini. #alfatihah



"Tiada kesucian menjadi sempurna tatkala ada salah satu kebencian tertanam dalam jiwa...
 Membasuh jiwa dengan permintaan maaf. 
Andai tangan tak kuasa berjabat, setidaknya kata masih dapat terungkap...
Ku kirim dari lubuk hati atas kesalahan selama ini...
Mohon Maaf Zahir Dan Batin..."



4 comments:

  1. Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

    Thanks!
    Hailey

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Kak teh....
    maaf zahir dan batin..
    mintak halal mkn minum dan maaf jika ada terkasar bahasa...
    love u so much...
    lots of loveeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq zerry. Maaf dikk, lama sgt reply nya (kekangan masa). love u tooo

      Delete

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...