Thursday 22 June 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 (1438H)

Assalamualaikum sahabat....

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin buat semua sahabat yang disayangi jika ada salah dan silap atau terasa hati dengan ayat-ayat yang tertera ataupun diluahkan di sini, harap dimaafkan ya.  

Dalam kesibukan, diam tak diam kita dah ke penghujung Ramadan, pantas masa berlalu seiring suka dan duka.... maka menjelma Syawal, bulan kebesaran di mana umat islam akan meraikan dan menikmati kejayaan setelah sebulan berpuasa iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Sambutlah Hari Raya Aidilfitri secara sederhana dan jangan berlebih-lebihan, bermegah-megah hingga membawa riak yang dilarang oleh Islam. Cheteh sambut raya ala kadar ja, pakai ja apa yang ada, bagi cheteh...tanpa pakaian baru ataupun mahal, hari raya tetap disambut. Begitu juga dengan langsir & perabot pun hanya dicuci, dibersihkan dan diguna semula... tanpa langsir dan perabot baru pun jiran serta sahabat handai tetap berkunjung ke rumah cheteh. Kuih raya pula, ermmm.... cheteh hanya ode yang cheteh suka ja dan adalah juga buat sejenis dua, itupun memang kuih peberet jaa. 

Itulah indahnya Islam yang tidak meletakkan nilai kebendaan pada sambutan hari raya. Hari Raya Aidilfitri adalah untuk umat Islam sama ada yang kaya atau miskin bagi meraikan kemenangan mereka berpuasa dalam bulan Ramadan. 
Jangan lah seseorang itu berasa riak dan bermegah-megah dengan keupayaan memakai pakaian baru yang mahal, memenuhkan meja dengan aneka jenis kuih-muih atau berhias sakan menggantikan semua perabot dalam rumah.

Sambutlah Hari Raya dengan penuh berhemah seperti menghidupkannya dengan takbir raya, melunaskan zakat fitrah, ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan, jenguk ibubapa, saudara-mara terdekat dan jauh, yang lama tak bertemu dan mereka yang lebih tua daripada kita. Kenali saudara-mara dan sahabat handai kita, jadikan medan untuk kita bersama-sama mengeratkan silaturahim sesama kita. Buka lah pintu hati dan juga pintu rumah seluasnya untuk orang-orang yang kita sayangi dan sahabat handai kita sempena meraikan hari yang mulia ini. 
Syawal bukan semata-mata untuk berseronok tetapi adalah mendapat keberkatan dan 
keredaan Allah SWT.

Kepada semua sahabat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, berhati-hatilah memandu di jalan raya, patuhilah peraturan jalan raya dan ingatlah orang tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua dan juga untuk arwah mak, maaf zahir & batin... 
Selamat hari raya mak, yung rindu sangat dekat mak... apapun, mak sentiasa ada di hati ini. 
Mak adalah inspirasi buat yung adik beradik dan juga kekuatan untuk mengharungi hidup ini. #alfatihah



"Tiada kesucian menjadi sempurna tatkala ada salah satu kebencian tertanam dalam jiwa...
 Membasuh jiwa dengan permintaan maaf. 
Andai tangan tak kuasa berjabat, setidaknya kata masih dapat terungkap...
Ku kirim dari lubuk hati atas kesalahan selama ini...
Mohon Maaf Zahir Dan Batin..."



Friday 9 June 2017

Popia Carbonara Kebaboom

Assalamualaikum sahabat....

Memandangkan mood rajin makin menjadi-jadi dikala cuti-cuti ni, jom cheteh share resepi POPIA CARBONARA KABABOOM.... semua ni hasil idea selepas makan popia, jadi keterujaan untuk mempelbagaikan isi popia tu pun datang mencurah-curah, kali pertama mencuba kurang ok sebab balutan tak kemas dan kena adjust lagi bahan-bahannya, 
percubaan kali kedua dan seterusnya baru cantik!

Popia Carbonara Kababoom ni cheteh suka buat banyak-banyak kemudian jadikan frozen, bila nak makan boleh terus goreng... senangkannn (yang frozen tu cheteh pernah simpan selama dua minggu, memang masih segar, cantik da elok bila goreng). Kalau lebih dua minggu tak tau laa, sebab popia cheteh ni tak letak bahan pengawet. (jadi jgn amik risiko ya)

Alhamdulillah... tak sangka pula popia ni mendapat sambutan dari sahabat-sahabat cheteh sehinggakan ada yang menempah (frozen), terima kasih ya sebab menyokong cheteh.

Jom cheteh share resepi

Bahan-bahan:-
- 1 tin sos carbonara (prego)
- 1/2 cawan cooking cream
- sedikit susu segar
- 1 sudu yogurt (original)
- 1/2 kiub pati ayam/bilis
- 2 batang sosej
- 1/2 batang carrot
- 1/2 batang sederi
- 1/3 capsicum hijau
- 3 ketul cendawan shitake
- 1 sudu besar tepung beras/ jagung (untuk pekatkan)
- sedikit lada hitam & lada sulah
- sedikit air
- 1 peket kulit popia (saiz 7.5" x 7.5")

Cara-caranya:-
Cincang/potong dadu (kecil-kecil ya) sosej, carrot, sederi, capsicum dan cendawan.
Masakkan cendawan dan sosej terlebih dahulu dengan sedikit air, kemudian masukkan kiub pati ayam/bilis. Masukkan sos prego, cooking cream, susu segar & yogurt, kacau hingga sebati. Selepas itu masukkan tepung beras/jagung (yang dibancuh) untuk memekatkan sos, masukkan lada hitam/sulah, kacau hingga meletup-letup.... tu tandanya da masak la tu.

Sejukkan sos terlebih dahulu (pastikan sos dalam keadaan pekat, tak mo cair ya), kemudian baru letak satu sudu besar sos tu atas kulit popia dan balut kemas-kemas ya. Kalau tak kemas, takut nanti bila goreng meletup-letup dalam kuali... sebab sos tu meleleh keluar dan rupa pun tak cantik nanti kannn.


No automatic alt text available.

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Senangkannn, oh, ada beberapa tips selepas beberapa kejadian semasa percubaan membuat sos popia iaitu, kalau tiada cooking cream pun tak pe, jadi juga popia tu, boleh ganti dengan sos mushroom (rasa akan jadi lain sedikit). Bagi sesiapa yang suka cheese (pramesan) bole masukkan sedikit cheese semasa sos di letakkan atas kulit popia, kemudian balut, perghhh memang sedap tau, cubalahhh ya. Cheteh tak letak cheese sebab ada customer yang tak suka, bila depa request ja baru letak.

Selamat mencuba.....
















Thursday 8 June 2017

Salam Ramadan, Hari ni masak Ayam Semanis Hati ala Chinese

Assalamualaikum...

Salam Ramadan semua... Bulan yang cukup mulia dan istimewa buat umat islam seluruh dunia, tua, muda, miskin dan kaya menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh kesyukuran.

Ramadan memang cukup istimewa buat semua... tetapi kedatangannya kali ini membuatkan cheteh rasa rindu sangat dengan mak, tahun pertama berpuasa tanpa mak!
(mak telah pulang ke rahmatullah pada 21hb Disember 2016)

Rindu sangat-sangat mak.... tiada lagi hidangan dari air tangan mak, tiada lagi murtabak ayam (paling mak suka makan bila masa berbuka), hari-hari cheteh atau adik akan beli murtabak untuk mak sepanjang Ramadan, tapi mak... hingga ke hari ini yung belum lagi beli murtabak mak....

Al Fatihah buat mak, semoga mak aman dan bahagia bersama orang yang soleh dan beriman 
di sana.... aamiin

Hari ni cheteh cuti so, boleh la cheteh tunjuk skill memasak (padahal tak terer mana pun) saja nak share dengan sahabat semua resepi Ayam Semanis Hati ala Chinese (nama resepi ni cheteh pandai-pandai ja letak... hasil campur aduk hasil resepi-resepi dekat google tuu... Bila da siap, sedap juga rupanya.... Jom tengok acaner nak buat (senang ja...)


Bahan-bahannya:-

- 3 ketul Ayam (bahagian dada @ isi) - potong dadu or panjang-panjang or ikut suka laaa (yang penting saiz comei-comei jaa)
- 5  tangkai cili kering (gunting)
- 2 tangkai cili besar (kalau nak pedas boleh guna cili api)
- 1 ulas bawang merah besar (potong dadu or suka hatilah nak potong macam mane pun)
- 2 ulas bawang putih (cincang) 
- 2 tangkai daun kari
- sedikit biji gajus (sangai @ bakar terlebih dahulu) tapi hari ni tak de gajus (dalam foto) 
sebab da habis
- 1 biji telur
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- sedikit air asam jawa
- sedikit garam
- tepung segera untuk menggoreng (brand apa pun boleh, tapi cheteh guna brand Bestari)

Cara-caranya:-

Ayam gaulkan dengan telur kemudian celup ke dalam tepung dan goreng hingga kekuningan, kemudian asingkan.

Tumis bawang putih, cili kering & daun kari hingga garing, kemudian masukkan bawang besar dan cili besar@api. Gaulkan sebati, kemudian masukkan semua sos-sos tadi, air asam jawa, garam dan sedikit air, kacau  hingga sebati.

Last, masukkan ayam tadi, kacau lagi sampai sebati dan masukkan gajus 
(kalau x de pun tak pe, ok jaa). Tutup api dan hidangkan.




Dah pun siap.... senang ja kann, cheteh yang tak pandai pun boleh buat, ini kan pula sahabat-sahabat yang bijak memasak lagilah boleh kann... ok, selamat mencuba😋😚




Jom Cuti! Yogyakarta - Day 4 (last day)

Assalamualaikum sahabat....

Cepatnya masa berlalu... da jumpa hari terakhir, seyes cakap cuti 4hari3malam ni sebenarnya tak cukup pun nak cover tempat-tempat cantik lagi menarik di Jogja ni..... huwaaa

Hari ni memandangkan tak keluar awal, maka dapat la kami breakfast di Casa Raffles Guesthouse, nasi goreng + sosej + keropok + buah-buahan....tapikan air teh dia sedap tau...

Selepas kemas semua barang-barang, kami pun check out. Terima kasih ya Casa Raffles Guesthouse yang memberi layanan A+ kepada kami, jumpa lagi.

Tempat pertama yang dituju adalah Mulia Laksana Fabric Outlet, tempat kain-kain buat jersi sukan. Kata kawan kain dekat sini jauh lebih murah dari Malaysia. Tujuan datang sini nak cari kain buat tudung untuk xtvt mendaki, berlari dan berzumba.... memang betul, harga sangat-sangat murah tapi ada had minimum untuk membeli, mereka juga ada kurier ke Malaysia sekiranya cheteh berminat. Ok deal, next time boleh la rojer ja jika nak buat jersi pasukan.

Image may contain: 5 people, including Nurty Faredza Abdul Majid, Sharifah Azalini Al Jafry and Teh Akbar, people smiling, people standing

Selepas itu kami singgah lagi sekali di pekan Malioboro untuk beli ole-ole yang mana tak cukup, sambil pusing-pusing pekan Malioboro. (foto tak de sebab asik sangat membeli belah....)

Image may contain: one or more people, sky, cloud, tree and outdoor

Selepas tu kami pergi cari kuih bakpia (ada sejarahnya kuih ni.... macam mana boleh sampai ke Jogja) kuih yang popular kat sini, sejenis kuih saiz kecil-kecil dan ada macam-macam perisa, seperti durian, coklat, kacang hijau dll, paling sedap mestilah durian!. Kata mas Ecco, kuih bakpia pathok 25 paling sedap di antara lain-lain brand, lagi best kalau beli di kilangnya (sebab tahan lama sikit dari dibeli di tepi-tepi jalan, lagi pun yang kat kilang ni rasanya lagi sedap dong...)

Ada 2 jenis: 1) Bakpia Pathok 25 Biasa-20 biji  (agak kering) tahan dalam 10 hari, IDR45k sekotak. 2) Bakpia Pathok Premium-15 biji (agak basah dan tebal) tahan dalam 4 hari. IDR55k sekotak.


Image may contain: 1 person, standing


Image may contain: one or more people and people standing

No automatic alt text available.

Image result for kuih bakpia
Ni laa kuih bakpia... paling best perisa durian - premium (ketagih wehh)
Image may contain: 5 people, including Sharifah Azalini Al Jafry, Teh Akbar and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, outdoor
Bersama Mass Haryo gantikan Mass Ecco utk hari akhir
Image may contain: 4 people, including Sharifah Azalini Al Jafry, Teh Akbar and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, people sitting and indoor
Ngopi dulu sebelum berangkat (tq kakak belanja kopi)

Image may contain: 4 people, including Nurty Faredza Abdul Majid, Sharifah Azalini Al Jafry and Teh Akbar, people smiling, outdoor


Akhirnya kami makan ja dekat airport, habiskan semua matawang IDR, lepastu sempat coffee-coffee lagi (kakak lanja) sementara nak tunggu flite dalam jam 5.20pm... ok laaa kann. 

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai Malaysia dalam kira-kira jam 8pm. Jogja memang best, akan cheteh pergi lagi ke Jogja sebab banyak lagi yang belum diteroka... 

Terima kasih Mass Ecco & geng sebab memberi layanan yang A++, memang suka sangat... semoga Mass Ecco & Jogjadventure's Reizen bertambah suksess, Aamiin

   "Keindahan Alam Ciptaan Allah Itu Sangat Indah....
Tidak Akan Habis Walaupun Mentari Telah Tenggelam....
Kerana Akan Ada Kesinambungannya Apabila Munculnya Mentari Pagi"
 Terima Kasih Ya Allah













Sunday 4 June 2017

Jom Cuti! Yogyakarta - Day 3 (Pulau Timang & kisah gondola)

Assalamualaikum sahabat....

Selepas habis ja xtvt di Goa Pindul kami terus ke Pulau Timang, Jogja. Memang teruja sangat nak datang sini nak naik gondola ni.... Kami amat beruntung, bila sampai sini tidak perlu lagi nak sewa ojek (motorsikal) kerana Mas Ecco memang terer driving skillnya, di bawanya kami terus sampai ke 
Pulau Timang walaupun jalannya amat berliku, sangat teruk dan mencabar (melambung-lambung kami tau, tahan ja la bontot tu....so, da  jimat da duit sewa ojek tuu) Kalau memandu sendiri bisa rosak keretanya.... sebabnya, boleh dikatakan tanah-tanah di kampung ini rata-ratanya adalah bercampur dengan batu karang. Kata Mas Ecco, jikalau musim kemarau habis semua tananam mati kekeringan dan suhu disini pun agak panas sebab bahang dari batu karang.    

Jarak masuk ke dalam kampung hingga ke Pulau Timang lebih kurang 5km.... bersiap sedia laa tahan dengan keadaan jalan yang berbatu dan berbukit-bukit tu yaa. Sampai jaa.... memang takjub la sebab nampak Pulau Timang di seberang sana, memang unik sebab pulau ni tak macam pulau biasa tiada pesisiran pantai pun dikelilingnya, yang ada adalah bongkahan batu karang yang besar dengan tebing yang sangat curam dan dikelilingi ombak yang kuat. Dekat tebing-tebing tu la penduduk gigih menangkap lobster (udang karang) yang besar dan fresh! Kata Mas Ecco kalau nak makan lobster kena tempah awal takut-takut stok nya tiada, so memang dari awal pagi lagi udah suruh Mas Ecco booking dehh...


Image may contain: one or more people and shoes
Cop kat tangan ni ganti macam resit laaa nak naik gondola

Image may contain: ocean, sky, water, outdoor and nature

Image may contain: ocean, sky, mountain, plant, outdoor, nature and water

Image may contain: 3 people, including Teh Akbar and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, people standing, ocean, sky, beach, outdoor, nature and water

Image may contain: Teh Akbar, smiling, sky and outdoor

Lagi satu.... kalau pergi ke Pulau Timang mesti naik gondola nih (ini lah hajat yang dinanti-nanti). Gondola ini pula amat la unik kerana diperbuat dari kayu, buluh dan diikat dengan tali jaaa, rodanya pula rasa-rasa roda motosikal kot.... lepas tu, pekerja-pekerja gondola ini akan menarik secara manual dengan menggunakan kudrat manusia, kuatkan diaorang nii...(patutla harga untuk naik gondola ni boleh tahan wehhh mahainya). Jarak mula gondola ke Pulau Timang lebih kurang 100m.... so kita bole request untuk berhenti di tengah-tengah untuk bergambar. Harus diingat ya....gondola ni boleh dinaiki maksimum 2 orang jaa, xde life jacket ya.... kalau hari tu ombak kuat, memang merecikkk laaa kebasahan. Mengikut kata pekerja-pekerja di sini, semenjak penubuhan operasi gondola ini, belum ada lagi yang maut jatuh ke dalam laut atau pun tali gondola terputus ke..... Buat pengetahuan semua talinya dan semua bahan membuat gondola ini sangat kuat dan sentiasa ditukar ganti.  Sekiranya hujan lebat ataupun guruh, kilat berdentum sambung menyambung, operasi gondola akan ditutup seketika sehingga cuaca pulih.

Bila sampai ke Pulau Timang, bolehlaa ambil gambar seketika sebelum naik semula gondola untuk balik semula ke seberang sana. Oh ya.... kebetulan hari yang kami datang ke sini, kami dapati ada jambatan gantung yang baru ja siap untuk ke Pulau Timang (so da ada 2 alternative la ya... kalau mahu ke sini boleh pilih sama ada nak naik gondola ataupun berjalan kaki melalui jambatan gantung). Jambatan gantung ini masih belum dirasmikan@dibuka untuk orang ramai@pelancung (dengar ceritanya esok baru boleh dirasmi)

Image may contain: 1 person, sky and outdoor

Image may contain: 8 people, including Sharifah Azalini Al Jafry, Teh Akbar and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, people standing and outdoor

Image may contain: 3 people, people sitting, people standing, outdoor and nature

Image may contain: ocean, sky, outdoor, water and nature

Image may contain: one or more people, people standing, sky, ocean, mountain, child, outdoor and nature


Image may contain: Teh Akbar, standing, sky, outdoor and nature


Image may contain: 4 people, including Nurty Faredza Abdul Majid, Sharifah Azalini Al Jafry and Teh Akbar, people smiling, outdoor

Image may contain: 4 people, including Teh Akbar, Sharifah Azalini Al Jafry and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, outdoor and nature



Habis ja menikmati keindahan di Pulau Timang dan berbual-bual dengan penduduk tempatan kami pun berangkat ke rumah Pak Siswanto untuk menikmati hidangan lobster yang telah dipesan.

Sebenarnya hanya keturunan Pak Siswanto sahaja yang dibenarkan untuk menjual dan menjamu lobster kepada pelancung yang datang di sini.... (kerana ada sejarahnya.....) tapi penduduk tempatan still boleh mencari lobster untuk dimakan sendiri or jualan (kecuali bukan buka restoran jaa kat kampung ini)

Sebenarnya .... tempat makan ini adalah dalam sebuah rumah yang besar, siap ada ruang makan (tapi kena duduk bersila), bilik solat dan sudut bacaan dan juga kolam tempat simpan lobster yang
fresh-fresh.

Menu pula telah disediakan dalam bentuk pakej iaitu mengandungi nasi, sayur tempe, ulam, sambal, air jus jeruk limau dan boleh ditambah dengan set ikan or seafood. Kami telah pilih set lobster untuk 4 orang yang saiz sedang-sedang iaitu 6 ekor lobster, 2 set sotong goreng tepung, ulam, sayur tempe, sambal 2 jenis, nasi dan air jus jeruk limau. Memang sangat berbaloi dan sedap, lobster yang fresh.... perghhh sambal memang pedas ternganga baq hang....
Selain tu korang juga bole oder mee goreng ke nasi goreng ke atau apa-apa ja laaa.... (kami tak oder pun sebab memang nak menikmati nasi dengan lobster ja) Memang kenyang gilerrr wehhhh dengan harga yang murah pulak tu (sorang lebih kurang RM50 jee)

Image may contain: house and outdoor

Image may contain: Teh Akbar, smiling

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: 4 people, including Sharifah Azalini Al Jafry, Teh Akbar and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, people sitting, people eating, table and food


No automatic alt text available.


Alhamdulillah selesai makan.... kami pulang semula ke penginapan, tapi sebelum tu sempat lagi singgah di Pekan Malioboro untuk cari minyak wangi. Minyak wangi kat sini pun best-best, alaa yang macam kat Bandung tuu.... (walhal badan ni da tak larat sangat da, memikirkan esok da nak balik, so kena juga tengok minyak wangi malam niiii)

Sampai bilik.... terus bersihkan badan dan kemas apa yang patut, esok bolehla singgah pekan untuk beli bakpia (kuih yang popular tuuu....) Ok, kita sambung esok, apa yang cheteh nak cari lagi....

"Rasa Takut Bukanlah Untuk Dinikmati, Tetapi Untuk Dihadapi.... " 



Perbelanjaan:
Rate IDR 1 juta bersamaan RM336
-Tiket masuk Pulau Timang (gondola) IDR200k seorang 
-Set Makan Lobster IDR600k/4 orang 




Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...