Tuesday 27 December 2016

Ho Chi Minh .... (Day 4)

Assalamualaikum sahabat....

Hari ini hari ke empat....flight kul 10pm, ermmm..... ada lagi masa ni kalau nak pusing-pusing HCM.... okeh! Cheteh dan sahabat terus plan bangun awal pagi, pergi sarapan dulu, lepas tu kami terus berjalan menuju ke tempat Water Puppet Show, sahabat cheteh yang sorang ni memang beriya ngajak cheteh untuk tengok.... selepas kami baca beberapa info dalam pakcik Google...memang ramai yang mengatakan water puppet show ni memang menarik, sekiranya datang ke sini, wajib datang tengok teater ni!

Bergegas la kami ke destinasi pertama iaitu ke Golden Dragon Water Puppet Theater, yang terletak di District 1, Nguyen Thi Minh Khai Street, sampai ja kaunter nak beli tiket..... alahaiiiii, sedihnya.... show paling awal hari ni adalah kul 5pm nanti, mayb sebab hari ahad kott. Mana boleh, memang tak boleh laaa sebab kul 6 da nak kena ada kat airport, memang bukan rezeki kami nak tengok water puppet show .... huwaaaaa (memang info kat pakcik google pasal waktu tayangan tu tak tentu arah, kami pun tak cek betul2.....)

Tak dapat tengok puppet show, selfie-selfie ja la dengan patung puppet kat luar pintu dewan nih...


No automatic alt text available.




Selepas itu, kami terus ke berjalan ke muzium perang Vietnam (War Remnants Museum) yang terletak di District 3, Ho Chi Minh, Vietnam (asalnya nak sewa moto....ralit sangat berjalan sampai tak ingat! akhirnya satu bandar kami berjalan!)

Tapi dekat sini kami tak masuk muzium pun, kami hanya tengok dari luar jaaa....(nape tak masuk...sebab terfikir takut tak sempat ke tempat lain, lagi pun nampak macam biasa-biasa ja, boleh gitu....)
Image may contain: 2 people, people smiling, selfie, outdoor and close-up




Seterusnya kami ke Pejabat Pos (Central Post Office - BUUDIEN), sebelum sampai ke sini, kanan dan kiri jalan memang terdapat taman (macam tempat beriadah laa). Bagusnya orang-orang Vietnam ni kannn....mereka menggunakan sepenuhnya setiap sudut taman ini dengan beriadah cara sihat. Apa yang cheteh nampak yang tuanya dengan nyaman bersenam @taichi secara berkumpulan, yang muda galaknya bermuzik dengan bermacam-macam alat muzik sambil menari, ada juga anak-anak kecil dan remaja yang beruniform sedang melukis berkumpulan, melakukan aktiviti perkhemahan.... DLL...memang berbeza dengan situasi taman-taman riadah di Malaysia... (ok, no comment)

Sampai ja kat depan pejabat pos, ramainya pengantin sedang fotoshoot.... hari ahad kannnn. Sebenarnya sebelah pejabat pos tu ada sebuah gereja besar Vietnam, tapi tak sempat nak amik sekeping dua fotonya. Memang ramai la orang pada hari ni, tapi kami redah juga amik gambar kami kat dalam pejabat pos ;p.

Dalam pejabat pos ni, memang cantik! sebab mempunyai  ciri ukiran dan struktur bangunan klasik, direka oleh Alexander Gustave Eiffel iaitu orang yang sama mereka bentuk Eifel Tower di Paris, Perancis. Pejabat pos ini masih beroperasi seperti biasa dan ada menjual ole-ole seperti poskad, key chain dll.


Image may contain: 1 person, tree, outdoor and nature


Image may contain: one or more people, people standing, plant, flower, tree, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, people standing, crowd and outdoor

Image may contain: 1 person, tree, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, shoes and outdoor


Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: 1 person, indoor

Image may contain: indoor



Dah puas clickclick....kami pun teruskan perjalanan (tak tau la nape hari ni terasa kuatnya berjalan kaki, woahhh)

Kami terus menikmati cuaca pagi di sekitar bandar HCM (redup-redup manja gituuu), sambil menikmati kecantikan uniknya ukiran bangunan bersejarah di sekitar HCM. Terasa macam berada di negara Eropah gitu.... (sebenarnya banyak foto-foto bangunan yang menarik tak diambil sebab.... bateri kong!)

Kami singgah di tugu peringatan pengasas bandaraya HCM iaitu Tugu Monumen Presiden Ho Chi Minh  (1890-1969) yang terletak di City Hall (Pusat Pejabat Kerajaan)   

Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: sky and outdoor

 

Image may contain: one or more people, people standing, sky and outdoor


 

Berjalan hinggalah ke pasar Ben Thanh.....puas! lepas tu kami pulang ke hotel, mandi dan sebagainya, kemas & pack baju & barang-barang. Tengahari @12pm kena checkout, tapi bagusnya hotel ni masih benarkan kami simpan beg & barang-barang kami di lobinya. Selepas semua da berkumpul, kami decide nak makan dan pusing-pusing (last) kat area Malaysia Street dan sewaktu dengannya.... berkumpul semula di lobi hotel sebelum jam 6pm.

Tepat Jam 6pm teksi pun sampai (dah tempah awal-awal, sewa satu kereta-Innova VND200,000 ke airport). 
Image may contain: food
Jagung Pulut (RM10/3ketul)
 


Image may contain: 1 person, smiling, standing, shoes and indoor


Sebenarnya, masih banyak tempat yang tak dilawati di HCM.... kekangan masa. Bagi yang meniaga kain & tudung, barangan kulit, telekung dll....memang amat sesuai datang beli borong di sini dan jual di Malaysia, memang murah. Tapi harus berhati-hati kerana bukan semua tempat murah, ada juga yang letak harga mahal! contohnya pasar Ben Thanh....(kalau saja-saja tanya, minta kurang harga, lepas tu tak beli....memang kena la, peniaga-peniaganya pun kurang ajar), so memang kena berani dan tegas!

Rasa-rasanya yang ok untuk sopink ialah area Linhda Wholesale, pasar Bin Thanh, Nite Market & Malaysia Street....tapi kali ni cheteh & sahabat tak sopink pun, (saja jalan-jalan tengok tempat orang) kazen-kazen ku yang sakan sopink... huhuhu

 Alhamdulillah.... selamat sampai ke KL @2am. 


 













Friday 16 December 2016

Ho Chin Minh.... Cu Chi Tunnel (day 3)

Assalamualaikum sahabat....

Hari ke-tiga di Ho Chi Minh (HCM)...ho ho ho....

Hari ini cheteh & geng akan menjelajah ke Cu Chi Tunnel....seperti semalam, sebelum bertolak jom sarapan dulu. Agenda kami hari ini adalah, sebelum ke Cu Chi Tunnel kami singgah dulu di 'Handicapped Handicrafts Factory'.

Handicapped Handicrafts adalah satu lokasi kraftangan yang menggunakan kulit telur dan tiram, kita boleh melihat sendiri cara pembuatan hasil seni dari kulit telur dan tiram. Hasilnya memang cantik, cara pembuatannya amat unik dan kreatif. Kita memang tak akan sangka, dari kulit telur dan tiram yang biasa akan menghasilkan lukisan@kraftangan yang memang superb! cantik sangat-sangat tau.

Sebenarnya ini adalah kilang kraftangan yang dibina khas untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU). Mereka ini adalah OKU yang mengalami kecacatan akibat daripada kesan peperangan Vietnam dengan Amerika semasa perang dunia ke dua (2).

Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah membeli hasil kraftangan di sini, mereka menerima Vietnam Dong (VND) dan juga USD (kalau tak ada cash....card credit pun boleh...hihihi). Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran seluruh dunia (postage kena bayar sendiri), pilih, bayar dan tinggalkan alamat serta nombor telefon. Mudahkan....

No automatic alt text available.




Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor




No automatic alt text available.



No automatic alt text available.



Hampir sejam setengah kami di sini, kemudian kami berangkat ke Cu Chi Tunnel, perjalanan ke Cu Chi Tunnel hanya lebih kurang sejam sahaja dari HCM. Bayaran tiket untuk masuk ke Cu Chi Tunnel adalah sebanyak VND110,000 (90,000 + 20,000 kos ini kena bayar sendiri, tidak termasuk dalam harga pakej).

Cu Chi Tunnel adalah tempat tinggalan sejarah ketika tercetusnya peperangan antara Vietnam dan Amerika pada tahun 1970an. Vietnam berjaya mempertahankan negara mereka dari dikuasai oleh Amerika. Banyak tinggalan sejarah yang membuktikan bagaimana orang Vietnam berjaya membentuk laluan bawah tanah iaitu terowong sempit yang bersambung di antara beberapa penjuru, yang terbahagi kepada beberapa lapis jarak jauhnya@panjang terowong itu. Terowong ini masih berkeadaan baik dan utuh, tetapi hanya cukup untuk laluan satu orang dewasa yang mempunyai saiz badan sederhana. Keadaan dalam terowong ini agak gelap dan kurang oksigen, cara untuk melalui terowong ini adalah dengan cara merangkak ataupun jalan itik....hurmmm bayangkan... bayangkanlah bagaimana agaknya orang-orang Vietnam ini (pada masa dulu laaa) menjalani kehidupan mereka....gigih kan!

Bagi mengelakkan takungan air dan banjir di dalam terowong, mereka membuat laluan yang bersambung dengan sungai berhampiran sebagai pembuangan air hujan dan memudahkan mereka untuk melarikan diri menyusuri sungai.

Bagi pelancong yang ada penyakit asma, jantung, darah tinggi dan sewaktu dengannya adalah tidak digalakkan untuk mencuba laluan terowong ini....(takut, silap-silap anda tak sempat nak habiskan laluan terowong itu!).






Banyak lubang rahsia untuk persembunyian Gerila Vietkong, kecil ja saiznya...muat-muat saiz badan jaa...(orang yang bersaiz besaq...ermmm, sorry...tak sempat la nak bersembunyi)

Mereka juga membina perangkap dan jerat, berbagai-bagai bentuk....sangat menakutkan dan menggerunkan!. Ternyata mereka amat bijak untuk membina semua ini tanpa bantuan teknologi moden.











Ini merupakan kereta kebal M41 milik tentera Amerika yang berjaya dimusnahkan oleh tentera Vietnam pada tahun 1970.... hebatkan. 

Mereka juga hidup di dalam tanah@bawah tanah sepanjang peperangan itu berlangsung, di sinilah mereka tidur, membuat senjata, merawat tentera yang cedera, memasak dan macam-macam lagi.












Tayar-tayar yang tidak digunakan, dijadikan selipar.....kreatif kannn

Akhirnya kami dibawa untuk menikmati makanan semasa peperangan berlaku iaitu ubi kayu rebus cicah dengan kacang tumbuk dan gula, minuman pula ialah air teh hijau direndam dengan daun pandan....sedap pulak makan ubi rebus di Cu Chi Tunnel ini, siap suruh tambah lagi...mat & minah saleh dalam group kami pun sama naik makan ubi rebus ni, siap bertambah.....(pandai pulak depa ni makan macam ni....).








Lebih kurang jam tiga petang kami pun bertolak balik ke HCM....balik dengan sarat kenangan, sejarah, suka duka kisah peperangan Vietnam dan Amerika.

Sampai ja HCM....kita cari Malaysian Street...hohoho, lapaq wehhh

Malam....kuar lagi, malam ni kita ronda lagi Ben Thanh, cari buah, cari tudung, cari jubah, cari telekung ...cari beg .... bla bla bla....jommm









Pengalaman melawat Cu Chi Tunnel amatlah beharga, sejarah yang terlalu mahal! memang tidak boleh dinilai dengan duit, buka mata luaskan perjalanan! agar kita tahu ilmu dan pengalaman itu amatlah bernilai (tidak sama menonton kisah perang meraka di tv tauuu....kat sini kita seperti merasa apa yang telah mereka lalui....). Tahniah! sebab mereka masih boleh memelihara sejarah negara mereka dengan baik.

Selamat malam semua...jumpa lagi esok (meh lihat apa cheteh nak buat esok ya....)




Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...