Thursday 20 August 2015

Saat Bibir Mengeluh ......

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabatku semua.....

Doa cheteh agar sahabat semua sihat sejahtera.....Aamiin, selagi bernafas di dalam alam ini, selagi masa berdetik selagi itu lah hidup harus diteruskan....Di bawah ni cheteh nk kongsi satu artikel, mmg sangat menarik bg cheteh (ini juga peringatan utk diri cheteh ....) 

Cheteh ringkaskan jeww ya...meh kita baca

Saat Bibir Mengeluh....Allah Menghiburkan....

Tanpa sedar bibir selalu sahaja mengeluh, kadang-kadang kita lupa bahawa keluhan itu belum diucapkan....Allah sudahpun memberikan jawapanNya beserta dgn janji.

Saat keluhan meniti di bibir: "Mana bole mcm ni! tak mungkin, tak mungkin!
Allah menjawab: Apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berkata, 'jadilah engkau' maka terus jadi." (surah Yasin: 82)

Saat keluhan meniti di bibir: "Aduh penatnya.....!"
Allah menjawab: "Dan Kami telah menjadikan tido kamu utk berehat." (surah An-Naba: 9)

Sahabatku.....

Saat keluhan meniti di bibir: "Kenapalah berat sangat tanggunganku ini, tidak sanggup rasanya aku memikul semua ini."
Allah menjawab: "Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (surah Al-Baqarah: 286)

Saat keluhan meniti di bibir: "Ahhhhh....tensionnya! stresss..... kenapa hatiku tak tenang?"
Allah menjawab: "Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia." (surah Ar-Rad: 28)

Sahabatku.....
Saat keluhan meniti di bibir: "Menyesalnya.....semua kerjaku sia-sia sahaja...."
Allah menjawab: "Maka sesiapa berbuat kebaikan/kebajikan sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)". (surah Al-Zalzalah: 7)

Saat keluhan meniti di bibir: "Aduhhh...sedihnyaa..."
Allah menjawab: ""La Tahzan, Innallaha Ma'ana. Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." (surah At-Taubah: 40)

Aamiinn....

Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari cheteh sendiri....
Salam sayang dr cheteh....
Bye...


Monday 17 August 2015

Agar Tidak Sering Menguap

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat.....

Baca kannn tajuk kat atas..... cheteh yakin semua orang menguap kannnn, so kat sini ada sedikit petua (ni pun cheteh copy je hasil dari pembacaan cheteh), diringkas kan citer ......haaa apa lagi meh kita kongsi-kongsi....

Menguap merupakan hal yang biasa namun jika terlalu kerap sangat menguap semasa kita menghadiri agenda penting spt meeting@discussion, ia boleh membuatkan kita hilang reputasi.....nak tau apa/camner nak buat, mengikut artikel dlm boldsky.com ada menyebut:-

1.    minum air putih sebagai cara paling efektif utk menyingkirkan menguap

2.    tarik nafas  dalam2....dan rasa ingin menguap akan serta merta hilang

3.    pakar psikologi mengatakan anda harus menjauhi dan jangan lihat org menguap     
       kerana ia berjangkit....

Haaa....camner ada x sahabat semua alami kes spt di atas??? Yang no. 3 tu , mmg cheteh perasan & alami lepas tgok org lain menguap secara automatik diri sendiri nak dan menguap lakk....(mmg betul, so lepas ni kalo nampak org lain menguap cepat2 larikan diri or pandang kat tmpat lain, supaya kita x berjangkit ....hahahahah) pelikkan....tp yg pelik itu lah yg benar....

So lepas ni sahabat semua bole la praktiskan ya tip2 di atas ;) ....kita tengok acaner, menjadi ke idak ea....

cheteh pun nk try gak.....hewhewhew  ....;p

Byeee






Wednesday 12 August 2015

Syawal ke 3 Dalam kenangan

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat sekalian.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri sahabat2 ku.....Maaf zahir & Batin, maaf ya, baru berkesempatan menulis di sini.... Padahal citer ni berlaku 3 Syawal yg lalu......(ermmm hari ni 26 Syawal....bole laaa....walaupun da ujung2)

Raya tahun ini cheteh sambut biasa jaa....apa yg cheteh nak share, pada tahun ini cheteh dapat berjumpa dgn cikgu & kawan2 masa skola rendah......Alhamdulillah berkat kegigihan beberapa org kawan yg sudah lama x bertemu sanggup turun dari serata negeri semata2 nk bertemu kawan2 zaman kanak2.....Seramai 11 org bekas pelajar SK Bagan Baru sessi 1981-1986 dapat berkumpul sambil mengenangkan nostalgia zaman kanak2 dan juga berhari raya.

Terima kasih yang amat bermakna kpd cikgu Shafeei Ahmad & isteri yg sanggup menjadikan kediaman mereka (Taman Permai, Selama) sebagai tempat persinggahan untuk kami bertemu. (cikgu....sedap makanannya). Bayangkan lah hampir 29 thn cheteh x ketemu dgn mereka.....perasaan gembira tu dapat menampung kesedihan hati (walaupun tidak sepenuhnya, sbb pernah rasa dibuang oleh seorang sahabat....)

Budi baik cikgu yg x jemu2 mendidik & mengajar kami mmg tidak ternilai dgn wang ringgit sebagai ganti....budi baik cikgu akan dibawa keakhir hayat.....(Doa cheteh, agar cikgu diberi kesihatan yg baik & sentiasa berada dlm kegembiraan bersama kuarga tersayang...aamiin)

Terima kasih juga buat sahabat ku Ijan, budi baik ijan x kan ku lupakan sbb sanggup teman dan bawa pusing beraya separuh kg utk ketemu kwn2 yg lain ......syukrannn. (sayang ijan)


my bff....ijan


tis one oso mybff.... ella

bersama cikgu Shafeei

melawat normah di kediamannya

ni la kami 11 org yg dpt berkumpul di kediaman cikgu & isterinya....inshaAllah nx time kita plan lain


 Alhamdulillah.....jauh perjalanan luas pandangan. Sahabat...walaupun di mana kamu berada, doaku sentiasa mengiringi, semoga bahagia sentiasa....aamiin. Salam sayang utk sahabat semua...muahhh


# siapa yang ingin bersama kita pada saat tiada satu pun yang dapat kita berikan??...hanya sahabat sejati sahaja yg sanggup! sanggup utk segalanya walaupun berulang kali



Tuesday 11 August 2015

Manek Urai.... Sentuhan Kasih AidilFitri


Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua....

Lama rasanya tidak menulis di sini, seminggu dua ni agak bz sedikit.....Kali ni cheteh nak share program berkaitan sambutan majlis Sentuhan Aidilfitri di @Manek Urai, Kelantan. Dgn kesihatan yg baik dapat join jd sukarelawan untuk ke sana, sebelum ni hanya membantu di belakang tabir jeeew, Alhamdulillah....

Sebenarnya ini adalah majlis yg dianjurkan oleh Kumpulan Utusan bagi meraikan sambutan lebaran dgn penduduk Kg Manek Urai....setelah hampir lapan bulan berlalu kejadian banjir kuning yg paling teruk dalam sejarah Malaysia. Hasil dari sumbangan org ramai & pembaca utusan maka terhasil la program ini. 

Kami berkumpul di tmpt kerja, sarapan dan mendengar taklimat pada hari Khamis, 6hb Ogos 2015...lebih kurang pukul 8.30am kami mula bertolak dgn menyewa sebuah bas seramai 36 orang. Ada juga yg bertolak dengan kereta sendiri.....Alhamdulillah perjalanan berjalan dgn lancar. (cheteh berasa teruja kerana sudah hampir 15 tahun tidak menjejak kaki di bumi Kelantan.....)




mkn tghari di perhentian Gua Musang, nasi putih, kerabu perut & ayam goreng

Cuaca hari ini memang cantik....... cuma sebelum smpai ke Perhentian Gua Musang (PGM) hujan turun dgn lebat, tapi hanya seketika sahaja.......Kami tiba di PGM lebih kurang dlm pukul 1 tghari....singgah mkn dulu di sini...


Selepas itu kami mula bergerak setelah sejam lebih berehat di PGM. Program pertama pergi melihat tapak majlis terlebih dahulu, dngr taklimat utk program keesokan harinya, kemudian baru bertolak balik ke hotel Damai, terletak di @Kuala Krai....(itu satu-satunya hotel yg ada paling dekat dgn tapak majlis....) 


Sekitar kawasan tapak majlis






Leganya dpt masuk bilik....mandi2, lepas tu aktiviti bebas.....haaa apa lagi mula la plan nk g Wakaf Che Yeh (WCY), bila semua team setuju kami pun set lepas dinner kita gerak ke WCY.....yehaaa (1st time ni ...tu sbb gigih ikut walaupun badan ni da minta tilam & bantal......) Lebih kurang 1jam setengah kami smpai ke WCY....kami diberi masa 1jam setengah jaaa utk jln2 or sopink....ok la kannnn. WCY ni mcm downtown kat KL...start happening kul 10mlm ke atas smpai la kul 2@3am.... Besar kawasannya, mcm2 ado, nak2 barang dari siam....hukkalloh, memang cun blakow barang2 dia, wpun duplicate...hega ok la, bole tahan tp kalau mu ghoyatt kelate sokmo....sure dpt murah....haaa giteww.


Cheteh beli apa??? Hurmmm x beli apa pun just layan kengkawan je.... pastu suka sgt tgok suasana diaorg meniaga...mmg happening siap dgn lagu2 loghat sana. Lepas da pusing2 kami pun balik spt yg dijanjikan.....haaa amekaw...dkt kul 1am lebih sikit, br smpai hotel...ngehngehngeh, okeh cuci muka pastu tido...ZZZzzzz


Sekitar Wakaf Che Yeh (WCY)






Hari ke 2



Alhamdulillah.....bangun, mandi & siap iron pakaian (sbb hari ni kena pakai baju raya utk majlis nnti....), lps tu turun hotel g kedai mkn sebelah sbb nk bekpes (rupanya hari Jumaat kat cni cuti....public holiday for Kelantan) patutnya kedai mkn ni pun tutup gak, tp sbb kat cni x dak kedai mkn lain maka tokeh ni buka sediakan bekpes semata-mata utk kami....antara menunya nasi dagang....sedappnyaaa nasik dagang dia (cheteh ni akan mkn nasik dagang yg betul2 dr kelantan or tengganu je.....so klu kt KL tu mmg reject la klu buat ala kadar jeee)

Lepas mkn....naik hotel tukar baju, pastu kami bergerak ke Manek Urai (tapak Majlis)....ok sampai dlm kul 11++ dngar taklimat, mkn dan mulakan tugas masing2....Majlis akan bermula 2.30pm....selepas solat Jumaat...

Alhamdulillah Majlis berjalan dgn lancar sehingga ke hujung acara...walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan dgn ujan yg turun, padang sedikit becak, majlis tetap berjalan dgn jayanya...

Di Majlis yg santai & penuh kekeluargaan ini selain dihidangkan dgn makanan, kami juga menjemput Sabri Yunus & Izzue Islam untuk memeriahkan majlis...Paling cheteh suka Dikir Barat, mmg superb......(cheteh suda jatuh cinta dgn dikir barat wehhh......ahaaaa)

Di Majlis ini Kumpulan Utusan menyampaikan sumbangan wang tunai kpd 7 buah sekolah di daerah Manek Urai yg terjejas teruk, duit raya kepada kanak2, org kurang upaya dan warga emas. Ternyata mereka amat gembira, jelas terpancar kegembiraan di wajah setiap insan yg ada di sini.....Alhamdulillah.

Menurut kata salah seorang penduduk, "bantuan yg diberikan ini seolah-olah memberi satu semangat baharu serta dorongan utk meneruskan kehidupan. Ini adalah kali pertama majlis yg besar ini diadakan di sini". "Sudah terlalu lama mereka menantikan majlis seumpama ini diadakan di kawasan mereka dan harapan itu telah menjadi kenyataan, mereka akan kenang budi baik kami, Sebelum ini Kumpulan Utusan ada datang bagi sumbangan beberapa bulan yg lalu, kali ini mereka dtg sekali lagi bg menyambut Syawal bersama kami"....(airmata ini bagaikan menunggu masa saja nk gugur....terharu!)

Kul  6++pm cheteh dan beberapa teman mula memikirkan bagaimana nk salin pakaian ni....badan da melekit nih.....Ahaaa, bagai pucuk dicita, ulam mendatang.....ada sorang makcik ni menjemput kami utk singgah mandi dan menyalin pakaian di umahnya, apa lagi bededai la kami ke umahnya. Baik betul org kampung ni siap anggap mcm anak lagi, sediakan kain batik utk mandi. Maka, mandilah cheteh dgn asyiknya sebab air kolahnya sejukkkk sgttt dan besarnya kolah dia (teruja betul, mcm nk berendam jeee....dats d real suasana kg, rasa cam x nak kuar dari situ......da selesai siap maka berangkat la kami....terima kasih makcik, budi baik x akan dilupakan, panjang umo kita jmpa lagi ya....bye


CFO, HOD & Saudara Sabri Yunus

bersama anakanak manek urai

our team

Misi berjaya

selfie dulu @gerai buah buahan

gerai buah buahan


izzue dgn gitarnya

tgh layan izzue perform

sebahagian dr gerai makanan

salah satu menunya.....mee & kuehtiow goreng abg sado (sbb...abg sado yg buat... ;p)

ketupat sambal....uniknya sbb serunding di dlm ketupat


suka anakanak dpt mkn aiskrim.....nestle bawa satu lori

beratur nk dptkan aiskrim
                                     
sempat record one of dikir barat.... 

 Hari Ke 3

Dipendekkan citer, akhirnya cheteh smpai kt KL kul 3am, Alhamdulillah, p kt parking amik keta, start enjin keta balik umah dgn perasaan yg sungguh terharu.... 


Dari Mata turun ke Hati...

di zahirkan pula di sini......

Apa yang boleh digambarkan, suasana fizikal di sini masih kelihatan seperti kampung tinggal. Berdekatan bangunan sekolah 4 tingkat (Sekolah kebangsaan Manek Urai) yg sehingga kini masih belum bole digunakan sepenuhnya, masih terdapat sebuah almari kayu tersangkut di pokok kesan banjir kuning dulu....


Rumah2 masih ada yg bersalut lumpur, yg tinggal rangka, yg tinggal tapak sahaja (penduduknya mungkin masih di rumah tansit @ menumpang dirumah saudara mara yg lain, ada yg masih dlm proses pembinaan dan membaik pulih. Masih terdapat rumah2 yg berdindingkan zink dan tiada elektik. Tidak kurang juga ada yg masih tinggal di dalam khemah sementara menunggu wang yg cukup untuk membina semula rumah mereka. 


Walaupun serba kekurangan, kehilangan harta benda, kehilangan org tersayang.....tetapi meraka tetap tabah mengharungi apa yg telah terjadi, kental menghadapi hari2 yg mendatang, betapa mereka amat reda dan pasrah, bagi mereka ini hanyalah dugaan kecil sahaja..... dari Allah, sedangkan selama ini telah bnyk kesenangan dan kemewahan yg telah Allah bagi pada mereka....apa salahnya....sikit ja ni....bersyukurla dgn apa yg terjadi, dugaan kecil ja ni.....Allahuakbar, bergenang air mata bila mendengar kata2 mereka....sebak!











Terima kasih dr hati yg paling dalam.......sesungguhnya apabila kita melihat bintang dilangit jgn sekali-kali lupa rumput di bumi, di mana kita berpijak...........byee



Monday 3 August 2015

Suatu Pernah@Fynn Jamal

Assalamualaikum sahabat semua....lama rasanya x masuk "wall" ni, banyak sangat perkara yang nk diuruskan huhuhu....(x pela....mencelah sekejap..) pagi tadi dngr fynn jamal tgh pomot lagu dr album nya....
Apa yang pasti unik si fynn jamal ni, lagu-lagunya penuh simbolik....penuh dgn makna yang tersirat....cheteh suka jugak dngr lagu2nya, first time dngr lagu Arjuna Beta.....penuh dengan kenangan....
okeh sahabat semua....haaa ni ada lagi satu lagu yg cheteh rasa keunikannya, yang penuh makna...ermmm
Lagu "Suatu Pernah"
Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual
Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah- tak pernah
Dikutipku bila sudi
Di bila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan
Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu
Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah
Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah
Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa, tetap kau terbang
Takkan ku pujuk kau jangan pergi
Takkan ku minta kau fikir lagi
Takkan ku paksa renung semula
Takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput di dada
Takkan ku rebah
Takkan ku goyah
Takkan ku biar tubuh didarah
Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah
Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang cuma pernah
Suatu yang– pernah
Sahabat2 juga bole la klu nk join layan showcase fynn jamal@16August2015, Puisi Tepi Jalan The Album@Kuala Lumpur Performing Arts Centre (pentas 2). Hega tiket (klu beli awaiii) RM53 jee tp klu hega biasa RM63....jommmm
Suka sangat dengan bait2 kata fynn jamal....antaranya: 
"Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. Aku cuma ada aku sebagai bukti.

Byeee


Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...