Thursday 7 April 2016

JIKA.....

Assalamualaikum sahabat....

Jika kehendak dan pilihan engkau hanya sedikit dan sebahagian....
Maka serahkanlah urusan engkau kepada Tuhan yang memiliki iradat yang menyeluruh dan mutlak.

Jika kemampuan engkau adalah lemah....
Maka bergantunglah kepada kudrat (kekuasaan) Yang Maha Berkuasa dengan kekuasaan mutlak.

Jika kehidupan engkau akan binasa dan pendek....
Maka mulalah berfikir tentang kehidupan yang kekal abadi.

Jika fikiran engkau bertahap rendah....
Maka masuklah di bawah sinaran matahari al-Quran dan lihatlah dengan cahaya keimanan agar setiap ayat al-Quran mengurniakan cahaya seumpama bintang yang bergemerlapan kepada engkau sebagai ganti daripada cahaya fikiran engkau yang malap.

Jika engkau mempunyai pengharapan dan kesakitan-kesakitan yang tidak bersempadan....
Ingatlah sebenarnya engkau mempunyai balasan pahala yang tidak berpenghujung dan rahmat yang tidak bersempadan yang sedang menunggu engkau.

Jika engkau mempunyai matlamat dan tujuan yang tidak berkesudahan....
Maka janganlah bimbang dengan sentiasa berfikir tentangnya kerana ia tidak dapat dihitung di dunia ini, bahkan tempatnya adalah di akhirat nanti, sedangkan Tuhan Yang Maha Esa Mengurniakan adalah Tuhan Yang Amat Pemurah, Mulia dan Luas PemberianNya.
  


Salam Jumaat untuk sahabat semua....muahh





#petikan buku Panduan Untuk Para Wanita

Wednesday 6 April 2016

Hari Terakhir Di Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum sahabat...

Lom abis lagi entri trip ke Sabah nih....hewhewhew, mana taknya, taip.... pastu hold jap, setel kerja dulu, lepas tu baru sambung balik, on off on off gitu laaa. (maklumlah cheteh ni kan pekerja sepenuh masa, blogger ni picisan jee,  walhal citernya cenonet jea....). 

Hari ini adalah hari terakhir di Kota Kinabalu (KK), sebenarnya dalam hati tak mo balik lagi, hadoiii....flight kami jam 6.30pm, so ada masa lagi ni nak sopink apa yang patut....

Siap berkemas, kami turun makan dekat restaurant Maryam, sebab apa makan dekat sini? Sebab....sepanjang tinggal kat sini bila turun ja nak jalan-jalan mesti lalu depan restaurant ni, hari-hari! Dalam hati dah berkata-kata nak rasa makanan kat sini, jadi inilah harinya (dah hari terakhir pun...)

Restaurant ni sempoi ja tapi menu-menunya memang superb, sebab ada macam-macam masakan, harga pun ok, taklah mahal sangat. Kami pun ode mengikut citarasa masing-masing, bila makanan sampai....wahhh...presentation memang cun, rasa memang sedap, boleh repeat lagi nih (rasa sedap ni base on apa yang cheteh ode tau, yang lain-lain cheteh tak tau la, sebab tak ode, so kesedapan mengikut apa yang kami makan...)

Inilah menu-menu yang kami ode....



Image may contain: text

Image may contain: food and indoor
Nasi daging Black Pepper
Image may contain: food
Nasi udang 'butter'
Image may contain: food
Nasi Deep Fried Fish mango
Selepas makan kami pergi lagi ke Pasar Filipina, sebab nak beli lagi ole-ole yang masih tak cukup-cukup....terkocoh-kocoh juga la kami pergi sebab nak kejar masa. Lagi 2 orang sahabat cheteh tak ikut sebab depa ada plan lain....rupa-rupanya depa gi mengurut. Hamboiii!!! sempat lagi tu....

Kat Pasar Filipina ....sempat la cheteh tambah koleksi beli ole-ole dan juga T-Shirt.....(gasak la ko cheteh!) ko memang suka benda-benda macam ni kann.......hahaha


Image may contain: indoor
sempat lagi kann...repeat sopink
No automatic alt text available.
Taraa...hasilnya (tambah lagi..)

Bila semua da cukup kami balik ambil beg yang disimpan sementara dekat appartment, pastu call teksi untuk ke airport KK.

Dalam dok sembang-sembang....terkeluar citer pasal permit....haaa permit! permit??! semua dok sibuk cek permit masing-masing. Alhamdulillah cheteh punya masih tersimpan rapi dalm purse, macam mana rupanya masa print masuk macam tulah sampai sekarang...tapi kannnn....sahabat cheteh yang sorang ni dah pi buang dah permit tu (dalam tong sampah kot masa sampai tempoh hari), sebab dia ingat permit tu da tak pakai, ya lah sebab kalau tengok permit tu depa print cikai jaa.... print atas kertas macam bil topup prepaid ja.....Yang sorang lagi selamat laa sebab dia cop guna passport......Adoiii



Apa lagi kami pun bergegas la ke airport cari balai polis yang terdekat (sebab...mengikut kata staff appartment, siapa yang kehilangan@bagi hilang permit kena buat laporan dekat balai polis). Sampai airport terus cari balai polis....haa jumpa pun, maka sahabat ni pun buat la report kes kehilangan permit.....Sib baik abang polis ni ok....rupanya orang semenanjung bahh, baru je tukar sini (baru sebulan di Sabah). Buat report dan tunjuk kad pengenalan, okeh selesai, Alhamdulillah....

Image may contain: 3 people, indoor
time balik, berbondon-bondon beg....


Tu la kann....sepatutnya masa masuk, orang imigresen tu sepatutnya bagi la taklimat sikit pasal permit ni....janganlah  assume semua orang yang datang Sabah tu da paham pasal permit tu....Untuk orang yang macam kami ni...baru pertama kali datang, memang sah-sah la tak tahu menahu pun, apapun Sabah tetap Best, memang ohsem la, InsyaAllah... mahu datang lagi ke sini. Bye... Sabah yang penuh dengan kenangan....muahh


"Hidup adalah proses pengembaraan, bukan tujuan............Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlalu............ "



#Kos Perbelanjaan:
- makan RM15
- T-shirt RM20 (sehelai - kain memang berkualiti gred A)
- Brooch RM5-30
- subang RM10
- gelang RM20-45
- Teksi RM30 (sebuah)


  

Friday 1 April 2016

Kota Kinabalu - Pulau Sapi (sea walking) & Pulau Manukan & singgah dinner di Hard Rock Cafe

Assalamualaikum & salam Jumaat sahabat,,,,

Hari ini hari ketiga di Kota Kinabalu (KK), itinerary adalah pergi pulauuuu....yuhuuu (pulau adalah salah satu tempat kesukaan cheteh). Tak sah laa kann kalau datang Sabah tak pergi melawat pulau....So pagi-pagi semua da bangun siap-siap breakfast (makan kenyang-kenyang...hahaha), bukan apa, lepas ni kan nak pergi menyelam so...kenalah ber energy...ewahhh

Kalau nak ke pulau...kenalah pergi ke Jesselton Point sebab dekat situ terminal/jeti untuk ke pulau-pulau. Dari tempat inap kami ambil teksi untuk ke sana....padahal dekat ja, tapi sebab nak simpan energy, so naik teksi ja laaa....(balik nanti baru jalan kaki)

Dalam jam 9am++ kami sampai, dekat situ kita kena cari kaunter yang boleh bagi harga yang best untuk ke pulau dan melalukan aktiviti pulau. Dua tiga kaunter juga la kami tawar menawar....untuk makluman semua, di sini banyak syarikat menawarkan perkhidmatan bot & aktiviti pantai, semuanya di bawah pengurusan syarikat yang berbeza, so...kenalah rajin bertanya jika inginkan harga yang murah dan perkhidmatan yang berbagai....

Akhirnya kami pilih syarikat kaunter 5 (Borneo Ferry Tours & Travel) selepas puas hati dengan tawaran yang ditawarkan. Kami akan melakukan aktiviti sea walking di Pulau Sapi dan berehat di situ, petang baru pergi ke Pulau Manukan untuk berenang. Jom layan foto dulu.....




Hati memang teruja nak lakukan sea walking, walau pun hati dag dig dug...takut-takut pun ada, disebabkan dua orang sahabat memang nak sangat buat kann, so keterujaan itu bertambah-tambah laaa. Berada di dasar hanya dalam 30 minit ja, mula-mula turun dari bot, standby...kemudian dipakaikan topi (tak tau la apa nama topi ni....more tu pernafasan laaa), beratnya 40kg tapi bila pakai turun ke laut tak terasa langsung beratnya....lepastu cheteh di guide oleh pengawal (professional sea walking) sehinggalah cheteh confident nak bergerak sendirian, masa ni rasa macam berdesing sikit kat telinga dan mula atur pernafasan supaya berada dalam keadaan relax (mula-mula memang cuak abis...ini kalau salah teknik bernafas, mau mati lemas kat dalam dasar laut niiii....), muka memang serius abiss....huhuhu. Sehinggakan pengawal tu siap tulis kat white board kecil dengan perkataan...."senyumlah sikit..." siap bagi isyarat tangan...."ok ke tak"?.....lepas tu baru la boleh senyum... start pegang-pegang ikan nemo & batu karang, bagi makan ikan dengan roti dan sengeh-sengeh amik foto....cheesss




Image may contain: boat and outdoor

Image may contain: tree, sky, outdoor and water






No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, indoor

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Image may contain: 3 people




Dekat Malaysia, hanya di Sabah saja boleh di lakukan sea walking ....tapi  kalau di negara lain pun ada contohnya: Filipina, Ko Samui-Thailand & Bali....(meh kita support tanah air kita dulu....)

Selepas habis aktiviti ni, kami ke Pulau Sapi untuk berehat dan bermain-main air di pantai. Dalam jam 2pm bot tadi datang untuk membawa ke Pulau Manukan pula... Di Pulau ni kami hanya beriadah dan mandi pantai ja...Dalam jam 4 bot datang ambil semula untuk balik ke jeti. 


Image may contain: 1 person, outdoor and water

Image may contain: 1 person

Image may contain: sky, cloud, outdoor and water





Image may contain: 2 people







Image may contain: plant, tree and outdoor



Image may contain: tree, sky and outdoor







Dari jeti kami berjalan kaki ke tempat penginapan tetapi sebelum tu siap singgah di Pasar Filipino & pasar kering untuk beli ikan masin, ikan bilis, kuih cincin dan lain-lain lagi....tapi kannn... sempat lagi singgah pasar malam sinsuran (repeat beli ole-ole yang tak cukup semalam......hadoiiii)

Lepas maghrib baru sampai tempat inap.......warghhhh, hari ni memang challenging!!! Alhamdulillah apa yang dirancang telah berlangsung dengan jayanya, terima kasih ya Allah....

Malam ni siap-siap sebab nak mengedate sambil dinner di Hard Rock Cafe KK....jommm, sambil tu layan live band....

Image may contain: one or more people

Image may contain: 1 person, drink and indoor

Image may contain: 3 people, people smiling, indoor

Image may contain: 3 people, indoor

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: 2 people

Image may contain: 2 people, indoor



Okeh...selesai layan live band, moh ler kita balik tidur....esok dah nak berangkat balik Kuala Lumpur...

Selamat malam sahabat......semoga hari esok lebih baik dari hari ini, aamiin

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"


# Kos Perbelanjaan:
- Sea walking & pulau RM170
- Fees pulau RM3
- Teksi RM15 (sebuah teksi)
- fruit juice RM14-25
- Keow teow goreng RM29
- Burger (mushroom) RM35-39
- nasi goreng RM29
- mee soup RM29






Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...