Wednesday 27 July 2016

Nasi Minyak Meletopss @ Nasi Minyak Sri Temenggong

Assalamualaikum sahabat...

Hari ni cheteh nak share resepi nasi minyak meletop yang mabelesss....memang cheteh da cuba resepi ni, senang dan sedap. Asalnya citer nak masak nasi minyak meletops ni bermula apabila seorang opis mate ni yang suruh masak untuk 'potluck' hari raya kat opis, dia yang carikan resepi untuk cheteh.....dengan rasa berbelah bagi, cheteh pun terima la....

Hurmmm...dalam hati berfikir-fikir, bole ke masak nih...., masak je lah! Itu akhirnya yang keluar dari mulut cheteh. Alhamdulillah.... memang menjadi, wallaaa.... memang perfect la, rupanya pun cantik menawan (rupa nasi la...huhuhu). Memang tak sangka, air tangan cheteh menjadi pulakkk, rasa bangga pun ada bila orang puji kata sedap.... (biasala kannn...org tak pandai masak memang gini rupanya... sambil senyum-senyum simpul... hihihi) sekarang ni memang dah hadam resepi ni! Bila kawan-kawan datang rumah pun dia orang akan request menu nasi ni.... 

Ok...jom kita tengok bahan-bahannya:

- 6 cawan beras basmathi (cuci dan tos, suka hati ya nak guna brand apa, cheteh guna Basmathi pusa gold, Jasmine)
- 6 cawan air
- 1/2 cawan susu cair
- 1 tin kecil jus tomato
- sedikit kismis
- sedikit gajus
- sedikit pewarna kuning
- sedikit daun pudina
- sedikit bawang goreng
- sedikit garam

Bahan tumis:-
- 1 tin kecil minyak sapi
- 3cm kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 2 labu bawang besar (hiris)
- 6 ulas bawang merah (hiris)
- 5 ulas bawang putih (hiris)
- 2 helai daun pandan (simpul)
- 1 sudu besar rempah kurma

Caranya:-

  1. Panaskan minyak sapi, goreng kismis dan gajus sebentar. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan tumis kecuali rempah kurma.
  3. Apabila bawang sudah kekuningan, barulah masukkan rempah kurma. Kacau seketika untuk beberapa saat, kemudian masukkan air dan jus tomato. Biarkan ia mendidih.
  4. Kemudian masukkan beras, susu dan garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa.
  5. Apabila nasi sudah masak, taburkan kismis, gajus dan daun pudina. Gembur-gemburkan nasi, kemudian titiskan sedikit pewarna kuning, gemburkan sekali lagi. 
  6. Taburkan bawang goreng di atas nasi, hidang dan bolehlah makan....



setelah digoreng sebentar


Disebabkan tak jumpa daun pudina, cheteh gantikan daun ketumbar 

Nasi ni boleh makan dengan ayam masak merah, kari daging dan jelatah. Sukatan nasi ni boleh dimakan dalam 10 - 12 orang. (kalau jenis orang makan sedang-sedang, Kalau jenis makan sikit, lagi ramai la boleh makan.... )  

Cubalah ya... memang senang! pastu, cheteh rasa korang memang akan tersengih-sengih bila nasi tu dah siap.  Selamat Hari Raya AidilFitri....






Sunday 3 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....1437H

Assalamualaikum sahabat....

Dalam diam masa berlalu dengan pantas sekali....kini tinggal sehari lagi Syawal akan menjelma, umat islam bakal menyambut kemenangan Aidilfitri selepas tabah menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan... Alhamdulillah (hari ini hari terakhir cheteh bekerja sebelum bercuti raya...)

Ramadan bulan yang amat dinanti-nantikan oleh kekasih (insan yang bertaqwa...) dan pemergiannya diratapi kerana ia adalah bulan yang penuh rahmat, penghulu segala bulan bagi hamba-hambanya yang sentiasa mendambakan keampunan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat....Aamiin

Bagi sahabat yang kembali ke pangkuan ibu bapa serta sanak saudara di kampung untuk menyambut lebaran bersama-sama, berhati-hatilah memandu dan patuh lah undang-undang jalan raya demi keselamatan bersama...

Bagi yang berbelanja sakan bagi menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri berpada-pada lah ya... jangan terlalu asyik sangat... takut nanti hujung bulan gigit jari!...haa kannn (kalau mampu apa salahnya...tepuk dada tanya la selera...)

Dikesempatan ini Cheteh mohon  maaf andai tersilap bicara, terkasar kata sehinggakan ada ayat-ayat di blog Cheteh yang mengguris hati sahabat semua tanpa sedar...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

"Semua orang ada peluang mendapat keampunan, walau macam mana teruk pun latar belakang mereka... kerana Allah berkuasa menjadikan mereka fitrah seperti bayi yang dilahirkan"... - (Imam muda Muhammad Asyraf)


okeh....cheteh lanja satu lagu raya (di antara lagu kesukaan cheteh...)








Friday 1 July 2016

Karipap Sardin Istimewa

Assalamualaikum sahabat....

Selamat Berpuasa Semua....cheteh nak share cara-cara buat karipap sardin. Masa ni adalah 2 Ramadan, bermakna hari kedua berpuasa...gigih, keluar ja opis terus pecut balik rumah sebab nak buat karipap sardin (sebab apa karipap sardin?? sebab salah satu kuih peberet cheteh laaa...)

Cara buatnya senang jeee (resepi turun temurun dari pakcik bagi dekat mak, lepastu bagi lak kat cheteh.....)

Bahan-bahan:

- 1 kg tepung gandum
- 1 cawan minyak masak (suka laa nak guna brand apa pun)
- 2@3 cawan air sejuk (air sejuk yg disimpan dalam peti ais...air ni agak2 la smpai adunan sebati dan tak melekat dekat jari ya....)
- sedikit garam

Bahan untuk inti:

- 1 tin sardin cap ayam (yg besar - hancurkan)
- kentang 4 biji (potong dadu)
- 1 labu bawang besar (cincang sederhana)
- 3@4 ulas bawang putih (cincang halus)    
- sedikit garam & lada hitam
- cili api (cincang halus....jika nak rasa pedas, kalau tak makan pedas jangan masukkan ya...)

Cara membuatnya:
Adunkan tepung gandum dengan minyak masak, pastu masukkan air sejuk dan garam...gaul sebati (pastikan doh/pastry di uli sehingga tidak melekat di jari....penggunaan air tu agak-agak la ya).
Selepas itu peram doh/pastry lebih kurang dalam 2 jam....(menurut kata mak sebab nak bg doh tadi sebati....)

Sementara tunggu doh/pastry sebati, jomm kita buat inti pula...

Tumis bawang besar & bawang putih, masukkan sardin  dan kentang, kacau sebati. Kemudian masukkan garam, lada & cili api (kalau suka pedas).
Masukkan air (1@2 cawan), kacau sebati, biarkan sehingga mendidih. Pastikan kentang tadi empuk ya...dan bahan-bahan inti sardin tadi masak mendidih hingga pekat ya.

ok...bila inti sardin da sejuk, boleh la mula menerap. Cheteh suka buat sendiri  kelim (bunga-bunga tepi karipap tu...) tak suka pakai acuan, tapi mak cheteh suka pakai acuan.... sebab katanya cepat...

Bila da siap semua, boleh la mula menggoreng, pastikan minyak panas ya...



Image may contain: food
ni ada dua style sebab satu pakai acuan dan satu lagi manual kelim bunga guna tangan

Image may contain: food

Image may contain: food



Dah siap.....

Selamat berbuka sahabat .... 

#Tip: Cheteh tanya mak, nape guna minyak & air sejuk??? Mak cakap...nanti karipap tu lagi rangup & tak berminyak....dan tahan lama... (memang, bila makan ada rasa perbezaannya dengan karipap yang menggunakan mentega/butter...) kalau sahabat nak rasa kelainan, sila lah cuba ya....lagi pun bahan-bahannya senang sangat! bye....

Tq mak







Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...