Monday 31 July 2017

Majlis Santunan Kasih 2017 (26 Syawal 1438)

Assalamualaikum sahabat semua

Dalam diam Syawal telah pun berlalu, selamat datang Zulkaedah. Lama juga tidak singgah di sini, kerana kekangan masa.... Alhamdulillah semua nya dah dilaksanakan. Cheteh nak share salah satu majlis sambutan raya yang Cheteh hadiri (dalam banyak-banyak majlis, majlis ni yang agak unik).

Cheteh bergerak ke Pendang, Kedah untuk menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri sempena Program Santunan Kasih Yayasan Kumpulan UMMB bersama warga Maahad Tahfiz Darul Mustafa seawal pagi pada 20 Julai 2017. 

Sebelum sampai ke pusat tahfiz Cheteh sempat singgah di Restoran Haji Ramli untuk makan tengahari (recommended). Memang sangat teruja bila tengok lauk pauk di restoran ini, ala-ala nasi kandaq (tapi versi Melayu). Tidak dapat dinafikan... memang sedap lauk-lauk yang Cheteh makan. Opsss... satu lagi, kalau sahabat singgah di sini jangan lupa cuba jus mangga dia, perghhh memang sedap wehhh.

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: drink

Selepas tu Cheteh terus bertolak ke pusat pengajian tahfiz.... Alhamdulillah selamat sampai, bila sampai kami dapati sebahagian pelajar dan warga pusat tahfiz sedang giat memasak lemang, ketupat, dodol dan lain-lain. Memang seronok sebab Cheteh dapat melihat sendiri bagaimana dodol dibuat dan berpeluang melakukan pelbagai aktiviti seperti mencuba untuk mengacau dodol yang telah masak (yang ini memang buat Cheteh teruja) mengacau rendang dan membakar rendang.

Sambil itu kami di jamu dengan lemang, pulut, kari itik, rendang daging, meehoon dan dodol. Cheteh juga mengambil kesempatan untuk melawat sekitar kawasan pusat tahfiz.

Image may contain: food
Pulut  Kari Itik 
Image may contain: Teh Akbar, smiling, standing, sky, outdoor and nature

Image may contain: food and indoor

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 4 people, including Mila Jj and Teh Akbar, people smiling, people standing

Apabila selesai kami balik ke hotel dulu untuk berehat sementara menunggu untuk
ke  majlis pada jam 8 malam.

Kami sampai semula ke pusat tahfiz ini dalam jam 8.30 malam. Sebelum bermulanya majlis kami melakukan solat Isyak berjemaah bersama-sama. Selain menikmati pelbagai juadah hari raya seperti ketupat, lemang, rendang, dodol dan nasi tomato... kami juga disajikan dengan persembahan istimewa daripada anak-anak tahfiz. Pada majlis itu Yayasan telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 bagi membaiki bumbung dan siling asrama pelajar lelaki yang uzur. Anak-anak ini juga diberi sumbangan duit raya setiap seorang, hati terdetik bahagia apabila melihat anak-anak ini mengukir senyuman dibibir.... mungkin juga ini adalah kali pertama mereka diraikan dalam majlis seumpama ini semenjak pusat tahfiz ini beroperasi tiga tahun lepas.  

Malam ini juga dibuka wakaf (RM50 satu kaki persegi) bagi mengumpulkan dana untuk proses pembinaan pusat tahfiz ini. 

Jika sahabat ingin menghulurkan sebarang bantuan dan sumbangan boleh la berhubungan dengan Pengetua Maahad Tahfiz Darul Mustafa iaitu, Ustaz Shuzaimee Aidi Samsudin. 
Kg. Batu Menunggol 06700 Pendang, Kedah.
Cimb Islamik: Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Lil Banin (Acc No: 8601904538)


Bank Islam: Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Lil Banin (Acc No: 02105010020876)

Image may contain: plant, tree and outdoor

Image may contain: 3 people, including Teh Akbar, people smiling, people standing

Image may contain: 11 people, including Saliza Husin, Azzah RI, Teh Akbar, Mazniayu Jamaludin and Niezwati Zanuar, people smiling, indoor

Image may contain: 4 people, hat and indoor

Image may contain: 5 people, people sitting and table

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 1 person

Image may contain: 10 people, including Teh Akbar, Nik Dzulzana Md Salleh and Mazniayu Jamaludin, people smiling

Image may contain: food

Image may contain: plant, flower and food
Dapat rasa macam-macam jenis ulam kat sini


Image may contain: food
Nasi tomato

Alhamdulillah lebih kurang dalam jam 12 malam majlis berakhir dengan jayanya. Selamat Malam...tidur lu, esok.... pagi-pagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur, nak singgah dulu bersarapan di Pekan Rabu (seumur hidup...ini lah pertama kali mai sini. huhuhu)

Akhirnya dalam jam 9 pagi, sampai juga di Pekan Rabu! Walau pun kedai-kedai masih belum dibuka sepenuhnya, Cheteh tetap juga jenguk-jenguk mana yang sudah dibuka. Tapi sebelum tu sempat la sarapan di medan selera Pekan Rabu.... memang meriah, segala macam jenis makanan ada, murah pulak tu... Jom tengok apa yang Cheteh makan untuk sarapan pagi ni....

Image may contain: outdoor

Image may contain: people sitting and food

No automatic alt text available.

Image may contain: dessert and food

Image may contain: food

Image may contain: food
Nama menu ni... Teloq Choteq
Image may contain: 1 person, indoor
Sapa mai sini singgahlaaa kedai makcik ni, makcik nih memang best, harga pun murah (Pomot kedai makcik nih....)
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.


Image may contain: food
ceklat udang.... mengimbas zaman kanak-kanak
(dari zaman kanak-kanak sampai laa ni masih ada.. packaging ja da berubah)
Image may contain: food

Image may contain: food

No automatic alt text available.

Image may contain: plant and food

Selepas bersarapan, Cheteh singgah di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani untuk melawat seorang Dato' ni (dapat jemputan 'lunch' raya di rumah beliau). Alhamdulillah.... terima kasih Dato' dengan juadah nasi tomato, kuih-muih dan buah-buahan.

Image may contain: 19 people, including Nik Dzulzana Md Salleh, Mila Jj, Mazniayu Jamaludin, Teh Akbar and Sharifah Azalini Al Jafry, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: 6 people, including Teh Akbar, Mazniayu Jamaludin and Nik Dzulzana Md Salleh, people smiling, people sitting and food

Image may contain: food

Image may contain: food

Akhirnya Cheteh selamat tiba di Kuala Lumpur dalam jam 7 malam. Alhamdulillah....banyak pelajaran dan pengalaman yang diperolehi.... "harta kekayaan, kemasyhuran diri, semua itu tidak menjaminkan apa-apa kecuali ia menjadi amal kebajikan" - Cheteh


"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba...
datang tidak menentu masa....
datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. 
Rebutlah yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!" -(Hamka)






Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...