Thursday 31 December 2015

Cherating...Destinasi Akhir Tahun

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat.....

Beberapa hari lagi tahun 2015 akan berakhir......sebelum tahun 2015 tutup tirai jom kita jenjalan ke Cherating...

Ini adalah last minute plan nak bawa anak-anak berjalan, patutnya nak ke Peneng....tetapi disebabkan beberapa perkara, maka destinasi terpaksa diubah....Cheratinglah destinasinya (ni pun idea dari seorang sahabat). Cheteh tempah Sanctuary Resort ...Apartment 2 bilik mengadap laut, yang penting mesti ada swimming pool....

Hari pertama sampai....anak-anak da sibuk nak pi pool, memang sakan la chenta hati ni mandi manda...


No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people

Image may contain: 1 person


Malam baru nak kuar cari makan....satu yang best kat Cherating adalah makanannya...memang heaven. Cari punya cari sampai ke Kuala Kemaman kami pergi....haaa, jumpa pun Warung Aziz Satar, dekat sini satar nya memang sedap (selama ini merata cheteh pergi makan satar...nyata lagi benar, di sinilah yang paling sedap & best). Harga pun murah...50sen seketul, selain itu...di sini juga terdapat otak-otak, sotong pais, kerang pais, udang celup tepung, sotong celup tepung 9yang ni RM6 utk 100g)....semua ada... seafood memang mewah. Harga makanan yang lain lebih kurang sama ja kat KL....so, jom kita makan...


No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.



Hari kedua....pagi-pagi dah bangun mandi kolam.....mandi laa sampai kecut. Hari ni nak pergi melawat tempat menternak penyu....tempat menternak penyu ni area Kemaman sebelum sampai Club Med....



No automatic alt text available.

Image may contain: 7 people

Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.



Lepas tu pergi lagi Kuala Kemaman makan satar dekat warung aziz satar....memang meriah, tak sangka diaorang pun suka satar....Lepas da kenyang balik resort, kali ni anak-anak request nak mandi pantai....ermmm okla....memandangkan laut agak surut dan ombak pun tak kuat, jom laa layan diaorang kejap. Kat sini tak digalakkan sangat mandi laut ketika air pasang sebab angin dan ombak sangat kuat, memang bahaya kalau nak mandi laut ujung-ujung tahun ni (kiranya musim tengkujuh laa nih....)



Image may contain: 2 people

Image may contain: 4 people, people smiling

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


Lepas tu anak-anak sambung mandi kat kolam. Cheteh & ipar pergi tengok apa yang nelayan bawa dari laut. Tempat yang kami duduk ni berdekatan Kampung Sungai Ular, tempat nelayan-nelayan kecil turunkan hasil tangkapan. Kata kakak peraih ikan ni..."ikan-ikan yang ditangkap ni da ada pembelinya, lepas timbang semua ikan-ikan ni...nak dibawa ke Singapore, tapi sape-sape nak beli boleh la beli sekarang...." kami pun apa lagi beli la beberapa jenis ikan utk makan malam ni dan esok..... Buat pengetahuan semua, sekarang bukan musim sotong & udang, kalau nak makan sotong kena datang bulan 4 atau 5 nanti....itu adalah musim sotong!



No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


Nasib baik adik ipar pandai masak....dia la masak malam ni. Sotong celup tepung...ikan celup tepung, siap buat kari lagi....memang meriahhh! nak-nak pula ikan baru dari laut, memang manis...bau laut pun ada lagi....hahaha. Tq adik iparku sebab masak makanan yang sedap ini.....



No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Hari ke tiga....pagi-pagi lagi da tapau nasik dagang, kopok leko dan lain-lain lagi....memang sedap. Makanan memang mewah dan berbagai, pagi-pagi dah ada nasik berlauk.

Hari ni da nak balik....siap semuanya da berkemas, tapi sebelum balik jom singgah ke Kuala Kemaman untuk beli satar, kopok lekor & kopok kering untuk dibawa balik KL....

Selamat tinggal tahun 2015...terlalu banyak suka dan duka....pernah jatuh tersungkur, tapi semua itu adalah pelajaran yang mematangkan kita, kalau jatuh cepat-cepat bangun, jangan patah semangat, itu tandanya Allah sayangkan kita dengan cara mengingatkan kita, dugaan yang diberi adalah seiring dengan kekuatan hambanya ...sesungguhnya apa yang Allah sediakan adalah yang tersurat untuk kita, adalah yang terbaik untuk kita...teruslah maju kehadapan kerana kejayaan dan kecemerlangan bukanlah destinasi tetapi adalah yang harus dicari ...digali tanpa sempadan dan berterusan tanpa penghujung.....Aamiin





Selamat datang tahun baru...2016! Selamat Tahun Baru buat sahabat semua......bye....




Pelayaran Yang Indah Kapal Costa Victoria@Singapore (Day 5-hari terakhir)

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Hari ni adalah hari ke 5, hari terakhir cheteh di atas kapal....sekarang dalam pelayaran pulang ke Singapore. Matahari terbit jam 6.57am, laut tenang je...dengan cuaca yang cantik. Selepas bersiap, jom pergi bekpes dulu... (makan lagiiii)





Menurut kata Kapten Andrea Bardi, dijangka sampai di Singapore jam 2pm. Juga diingatkan, tetamu-tetamu yang pulang, diwajibkan untuk menunjukkan Kad Costa, Passport Asli & Kad Immigrasi Singapore.

Penyelesaian seluruh akaun di kapal
Memandangkan hari ini hari terakhir di atas kapal, semua tetamu diingatkan tentang penggunaan kad costa/kad kredit boleh digunakan sehingga ke akhir. Untuk tetamu yang telah membuat wang deposit tunai, kad costa dapat digunakan sampai jam 1am, selepas itu semua perbelanjaan harus dilakukan secara tunai. Oh...lupa nak citer, semalam malam terakhir, para tetamu akan menerima seluruh penjelasan tentang akaun kita (account statement), semua maklumat berkaitan pembelian yang telah dilakukan dan sebelum kuar kapal tetamu harus membayar 'duti' kapal sebanyak USD46 seorang. Cara pembayaran tunai/kad costa/kad credit. Bagi yang bayar tunai haruslah datang ke deck 7-Carmen, Concorde plaza dari jam 9am hingga 11am.

Bagasi
Bagasi yang sudah siap haruslah diletakkan di luar pintu kabin masing-masing sebelum jam 12am (malam terakhir). Bagasi haruslah dilabelkan dengan jelas sesuai dengan warna label yang telah dikirimkan ke kabin pada malam terakhir, diisi dengan nama, no kabin dan no telefon yang dapat dihubungi. Slip ini juga menyenangkan kita untuk mengidentifikasi bagasi kita dengan mudah kerana memiliki nombor serial khusus. Apabila kita turun dari kapal, kita akan menemui bagasi kita di Hall Custom, tersusun rapi sesuai dengan warna label bagasi.

Kad Costa
Kad Costa akan discan untuk kali terakhir apabila kita keluar dari kapal dan kad ini akan menjadi hakmilik kita sebagai tanda kenangan yang kita pernah belayar dengan kapal Costa Victoria...







Pelabuhan & Bandar Singapore

Dalam sibuk-sibuk nak turun setelkan account statement atas kapal, tersempak dengan Ustaz Abdullah Khairi.....

Ustaz Abdullah Khairi
Image may contain: 1 person

kapal kecik yang tengah menyokong untuk kapal costa berlabuh


Alhamdulillah....berakhirlah pelayaran yang hebat bersama Kapal Costa Victoria, terima kasih Chenta Hati






Tuesday 29 December 2015

Pelayaran Yang Indah Kapal Costa Victoria @singgah Langkawi (day 4)



Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua.....

Alhamdulillah....hari ni hari ke4 atas kapal, matahari terbit pukul 6.18am, keadaan laut sedikit berombak (alun-alun manja gituu). Semalam dari Selatan Thai (Phuket) 7.30pm, dengan kelajuan kapal 16.2 knts...tiba langkawi lebih kurang jam 6am. 

Hari ini kapal singgah ke Langkawi, masa yang dibenarkan untuk turun hanya 5 jam sahaja dari 7.30am hingga 12.30 sahaja. Konsep sama saja macam turun kat Phuket,(Kad Costa jangan lupa...) memandangkan kapal terpaksa berlabuh jauh dari pelabuhan Porto Malai, kami terpaksa menaiki boat untuk ke jeti pelabuhan, tapi kejap je dalam 10-15 min je.


Image may contain: 1 person




Kenapa nak turun Langkawi??? padahal da biasa datang Langkawi.... Turun Langkawi sebab rindu sangat masakan makanan tempatan! Hebat mana pun makanan kat atas kapal tu, makanan tempatan juga yang cheteh rindu & suka....

Dekat Langkawi tak ke mana pun, amik teksi (sewa RM80 pergi balik untuk 4 jam) terus ke pekan kuah....bekpes dulu lepas tu baru pergi ke Hj Ismail Group (HIG) yang baru. Wahhh hebat HIG ni, dari kedai berderet-deret now dah ada hotel sendiri. Tahniah! anak melayu yang berjaya dalam perniagaan. Macam biasa sopink coklat untuk chenta hati dekat rumah. Lepas sopink coklat baru pergi makan dekat food court kat depan HIG....ni baru tekak Melayu.....hahaha

nasik lemak kuning (depa kata nasik lemak langkawi memang cenggini...sedappp)



Dah selesai semua terus balik ke pelabuhan Porto Malai, naik boat terus ke kapal....Kapal mula bergerak dari pelabuhan pada jam 1pm untuk belayar semula ke Singapore.

Balik kebilik....siap bersihkan diri & tido sekejap! (terasa letih sangat....dah ada tanda-tanda nak selsema....haaachummmm)

Petang, bila da ok baru terasa lapar pulakkk, jom kita cari makan apa yang ada dekat deck 11 & 12. Hari ni cheteh makan mee tarik, home made dari chef Indenesia, kita bole saksikan sendiri cara bagaimana chef tersebut membuat mee tarik...jommm

Alhamdulillah hari ni sempat tengok sunset....sempat cheteh amik fotonya, bulan terbit pun sempat! Indah sungguh ciptaan Allah......



Malam....lepas dinner terus tengok show "Christoff as ....Micheal Jackson" dekat deck 6 Traviata & Deck 7 Carmen. Memang best...sebijik sama serupa Micheal Jackson...suara nyanyian & tarian semua sama...kebanyakannya Chris memang menyanyi lagu-lagu 'hits' Micheal.....





Lepas habis show ....lepak dekat luar deck 11 (ujung kapal/belakang) minum cappucino sambil menikmati angin malam laut....tiba-tiba ustaz Don dan keluarganya lalu, sambil bertegur sapa...sempat cheteh bergambar dengan beliau.....woww, berdegup-degup jantungku ini....


Lewat malam,,,, saja melayan muzik dari Coco Trio dekat Concorde Plaza Deck 7 Carmen, lepas tu ada 'Funny Dancing Night' ...cheteh pun join la sama....

Jam da dekat 2am....hurm...kena tido, esok nak kemas barang-barang sebab esok sampai Singapore. Selamat Malam.....Zzzz









Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...