Tuesday 17 November 2015

Kebun Pakcik Saya

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Actually entry ni da lama nak upload....tapi ada jaa halangan. Ok, Hari ni kita citer pasal kebun ya. Kebun ni kebun pakndak cheteh yang punya......mereka suami isteri memang rajin bercucuk tanam, hasil cucuk tanam tangan mereka memang menjadi....bestkannn

Sebenarnya kat kebun pakndak ni ada macam-macam jenis pokok buah-buahan dan sayuran....puas la anak cucu makan, siap jual lagi. Pokok yang ada pokok rambutan, pulasan, pokok manggis, durian, nangka, cempedak, pisang, limau, serai, ubi kayu, cili api....macam-macam lagila....(sampaikan cheteh sendiri tak ingat sebab banyak sangat pokok.....)

Dekat kebun juga ada sebuah pondok untuk berehat, bole baring-baring, golek-golek dan ada dapur (bole masak lagiii)....kadang-kadang masak dan makan kat situ ramai-ramai....wahhh meriah gituu.  (sorry gambar pondok x dak sebab lupa nak amik, lain kali ya...) Cheteh selalunya kalau datang sini memang tak pernah turun sampai ke bawah, cuma dok kat pondok jee....tapi kali ni datang siap turun hingga ke bawah (macam datang melawat kawasan la pulakk....acewahhh)

Hasilnya ada beberapa pokok yang sedang musim....sempatlah amik beberapa foto, pokok yang tak ada dalam ni bermakna lom musim ya...jom kita share gambar.... 

cempedak madu....memang mabeless

anak-anak pokok durian belanda (soursop@annona).... pakndak siap semai untuk dijual 

haaa....nampak kannn hasilnya (buah durian belanda@soursop@annona, selain buah, daun juga bagus untuk rawatan cancer dan beberapa penyakit lagi)

pokok limau nipis...haaa yg ni tanam dalam pasu ja, tapi buah punya la lebattt...

taraaa....kata makndak petai buah sulung (sambal tumis udang sodapp nihh)

buah nona@sugar apple@sri kaya (scientific: annona squamosa)

Bestkan kalau ada kebun cenggini!! Puas makan....

Kata orang tua dulu-dulu....kalau kita berbudi pada tanah, pasti akan dapat hasilnya ....nahhh ....inilah hasilnya....Subhanallah, Alhamdulillah

#Ku lihat langit, ku ingat bumi...kerana aku berpijak di bumi nyata....


Thursday 12 November 2015

Derma Darah

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat...

Beberapa hari yang lepas cheteh ada menderma darah, alhamdulillah setakat ni cheteh jadikan derma darah ni rutin setiap tahun, sekurang-kurangnya setahun sekali (kalau cheteh terlalu sibuk & sihat...InshaAllah). Tempoh yang sesuai untuk menderma darah adalah setiap tiga bulan sekali (kalau hospital swasta tetapi kalau hospital kerajaan dibolehkan dua bulan sekali) tetapi mesti dalam keadaan sihat, tidak demam,  tidak mengambil sebarang ubat dalam tempoh seminggu sebelum derma darah dan untuk wanita mestilah bebas PMS (singkatan dari Premenstrual Syndrome, yang terjadi ketika wanita datang bulan/period).

Kecintaan menderma darah semuanya terjadi selepas salah seorang staff dari jab lain yang memerlukan darah fresh ketika melakukan bypass di Sime Darby Medical Centre beberapa tahun yang lalu. Darah yang diperlukan adalah O+ (yang ketika itu agak terhad), bermula dari tarikh itu cheteh mula menderma, Alhamdulillah .....okeh, jomm kita share article ni...

Aktiviti menderma darah cukup penting, kerana ia mampu memberi secebis sinar kehidupan buat insan lain yang memerlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Sungguhpun begitu, kesedaran masyarakat dalam menderma darah masih di tahap yang rendah.

Buktinya...hanya 2.2 peratus rakyat Malaysia tampil menderma. Meskipun bekalan darah negara masih mencukupi setakat ini, namun sumbangan penderma tetap diperlukan bagi menjamin bekalan darah semasa sentiasa berada dalam simpanan.

Bertepatan dengan sasaran setanding negara maju, Pusat Darah Negara (PDN) dan Perkhidmatan Transfusi Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan peningkatan dua kali ganda jumlah peratusan penderma sedia ada.

Keperluan ini selaras dengan visi penubuhan PDN iaitu sedia berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan bekalan darah mencukupi, selamat di samping menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi Perubatan.

Justeru Ketua Unit Pendidikan Kesihatan & Publisiti Pusat Darah Negara, Syarmilla Yusoff, menggesa masyarakat agar menderma darah dan menjadikan aktiviti ini sebagai satu amalan. Ini kerana selangkah seorang individu itu tampil menderma darah, tiga nyawa lain dapat diselamatkan. "Penderma darah ini saya anggap sebagai hero. Mereka bukan sahaja tampil menderma secara sukarela, tetapi darah yang disumbangkan dapat menyelamat banyak nyawa. Satu pek darah terbahagi kepada tiga komponen iaitu Plasma, Platelet dan Sel Darah Merah itu sendiri. Jadi ia dapat memenuhi pelbagai keperluan khasnya dalam proses rawatan pesakit seperti kanser, talasemia, hemofilia dan pesakit denggi. Tidak ketinggalan ketika kes kecemasan seperti trauma berlaku," katanya. 

PDN Kumpul Darah Selamat

Sungguhpun PDN menerima semua jenis kelompok darah yang disumbangkan, terdapat beberapa kriteria khas perlu dipenuhi bagi melayakkan seseorang itu menderma. PDN berbesar hati sekiranya individu yang berusia 18 hingga 70 tahun, memiliki berat badan 45 kilogram dan ke atas, tiada masalah kesihatan, tidur melebihi 5 jam dan kandungan hemoglobin melebihi tahap yang ditetapkan (iaitu 13.5g/dL untuk lelaki dan 12.5 g/dL untuk perempuan) untuk menderma darah. (nasib baik cheteh nya hemoglobin ngam-ngam ooo....tapi adakala bila hemoglobin rendah memang tak bolehlah nak derma waktu tu....)

Manakala penderma berusia 17 hingga 18 tahun pula, memerlukan keizinan bertulis daripada ibu bapa atau penjaga diperlukan sebelum datang menderma darah.

Bagi mengelakkan risiko penyebaran penyakit yang boleh menular daripada transfusi darah (HIV, hepitatis B, hepatatis C dan sifilis) kepada bakal penerima darah pula, PDN hanya menerima penderma yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Justeru, individu terlibat dengan sebarang aktiviti berisiko tinggi seperti mengamalkan hubungan seks sesama jenis, mengadakan hubungan jenis dengan pekerja seks komersial, bertukar-tukar pasangan secara rambang dan mengambil dadah secara suntikan tidak dibenarkan untuk menderma darah.

Bagi penderma darah yang tinggal sekitar Lembah Klang yang berhasrat untuk menderma darah, mereka bolehlah datang sendiri ke PDN. Pusat ini dibuka setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi hingga 8 malam. Manakala Sabtu dan Ahad, operasi bermula dari jam 8 pagi sehingga 4 petang.

Bagi indivitu yang tinggal di luar kawasan ini, mereka boleh mengunjungi mana-mana 128 pusat kutipan darah seluruh negara atau ke Tabung Darah di hospital-hospital negeri dan hospital swasta.

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people

No automatic alt text available.

Image may contain: coffee cup


Sesungguhnya darah itu merah, semuanya sama tiada beza....yang membezakan kita hanyalah akal & amal......Selamat menderma, semoga dengan amal yang sedikit ini dapat menyelamatkan ramai nyawa, Aamiin 


#sumber; Pusat Darah Negara, iSihat



Tuesday 10 November 2015

Malam Puisi Utusan@Dewan Besar UTeM Melaka

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat ....

4hb November 2015....cheteh menghadiri Malam Puisi Utusan yang ke 13, kali ni di adakan di Dewan Besar UTeM (Universiti Teknikal Malaysia yang terletak di daerah Durian Tunggal Melaka)

Penajaan Utama adalah Kumpulan Utusan, UTeM & Soaring Upwards (Malaysia Higher Education). Persembahan yang membuka tirai pada pukul 9 malam sejurus kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob itu, hampir 3,000 penonton yang memenuhi segenap ruang Dewan Besar UTeM.

Sebelum gelanggang puisi dibuka, penonton terlebih dahulu disajikan dengan persembahan tarian penuh bertenaga oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tangga Batu yang merupakan Johan Lantai Cilik 2014 sebelum diikuti nyanyian oleh Penasihat Undang-Undang UTeM, Azhar Mohamed yang menyampaikan lagu Ibnor Riza bertajuk Mimpi Yang Tak Sudah. Sorakan gemuruh bergema apabila pendeklamasi pertama yang juga Naib Canselor UTeM Prof. Dato Dr. Shahrin Sahib mendeklamasi puisi nukilan A. Aziz Deraman Bertajuk Jampi Bangsaku.

Persembahan mantap diiringi muzik seruling itu ditujukan khas kepada bapa saudaranya iaitu seniman terkenal negara pada sekitar tahun 70-an, Allahyarham Jimi Asmara.
Antara bait puisi tersebut berbunyi: Hai bangsaku, aku tahu usulmu, jatuh di segala ceruk rantau alam ini, jatuh di utara jatuh di selatan, jatuh di timur jatuh di barat, janganlah pula duduk tunggu, jaga mengilas siku.

Bait puisi yang mempunyai nilai pengajaran mendalam dalam puisi itu antaranya berbunyi: Kita yang bernama pahlawan adalah haiwan pelagaan, peluh bersimbah terjelir lidah akan terus berlawan, kerana nyawa kita adalah barang permainan.

Pentas puisi itu diselang-selikan dengan nyanyian kumpulan Muslim Buskers (Pelajar-pelajar UTem), Kopratasa, Fynn Jamal dan Rozita Che Wan.

Tidak ketinggalan mempamerkan bakat terpendam dalam seni puisi ialah Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas yang mendeklamasikan puisi bertajuk Berita Kepada Kawan daripada lirik penyanyi terkenal Indonesia, Ebiet G Ade.

Pendeklamasi seterusnya yang mengambil bahagian ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad dan isteri, Datin Halimah Baba masing-masing menyampaikan puisi bertajuk Kelopak Rasa nukilan Usman Awang dan Termanggu Dalam Arus Waktu. Persembahan ini sememangnya sinonim dengan Othman dan isteri yang turut mengetuai Persatuan Penulis Melaka (PENAMA).

Majlis gilang gemilang itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pro Canselor UTeM, Datuk Ismail Saleh; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Selain barisan kenamaan yang mendeklamasikan puisi pada malam itu, Malam Puisi Utusan-UTeM 2015 turut dihadiri Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Rawi Mahmud serta Timbalan Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Mohd. Jailani Mohd. Nor.

Antara pendeklamasi lain termasuk ahli Penama seperti Shahrul Mubarak Ahmad, Norliza Mohd. Yamin, Fairuzan Ab. Majid, Aflieza Arshad, Amir Aris serta beberapa pelajar UTeM dari pelbagai fakulti.

Caliph Buskers menutup tirai dengan mendendangkan tiga buah lagu iaitu Hanya Namamu, Roman Cinta dan Secupak Dua Cupak

Yang paling cheteh suka persembahan +fyn jamal (sebab lagu semangat cheteh iaitu "Suatu Pernah" & "Arjuna Beta") & +Caliph Buskers Official memang besttt...












Memandangkan cheteh suka lagu fyn jamal so cheteh belanja vc dia ya....(tapi vc ni goyang-goyang sikit ya sbb masih amatur ;p ....)

Adakala sampai satu tahap kita berhenti berharap, meneruskan apa yang tinggal, membina semangat yang ada, kita tidak boleh memaksa semua orang menyukai kita, kerana adakala kita juga tidak menyukai kesemua orang yang ada disekeliling kita....okeh, salam puisi dari cheteh, selamat malam....

"dalam pandai ada bodoh yang tersembunyi, dalam bodoh ada pandai yang tersendiri....." - sani, kopratasa


# tqvm to shakur kerana bnyk membantu


Friday 6 November 2015

Kuih Ketayap Yang Menawan

Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat

Hari ni terlebih rajin, banyak perkara nak citer, salah satunya kisah kuih ketayap yang menawan.....(amboiii, nama.....indahnya....) Buat pengetahuan sahabat semua....kuih ketayap ni adalah 1st time cheteh buat! Alhamdulillah menjadi, itu pun setelah gigih menuntut ilmu & petua dari resepi mak.....Kuih ketayap ni kalau juai kat luar, memang tak beli la sebabnya tak kena dengan taste cheteh. Cheteh akan makan dengan banyaknya kalau mak cheteh yang buat....(diaorang kata cheteh memilih.....cheteh bukan memilih tetapi bab-bab kuih memang cheteh loorrat banyak, memang cerewet, kalau buat tak de rasa, suam-suam kuku ja....jangan harap la nak makan, memang kalau rasa tak sedap memang tak sentuh laa....)

Ni kuih ketayap resepi mak cheteh tau, (cheteh siap buatkan untuk jiran sempena majlis doa selamat....Alhamdulillah diaorang suka)

Jom kita share sama-sama ya....

Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
2 sudu besar tepung pulut
1 biji telur
Sedikit Garam
Pewarna Hijau (titiskan mengikut kesukaan masing-masing ya, nak terang ke @ so so jee ke, pun bole....)

Semua bahan kat atas kacau sebati....kalau malas guna je mixer or blen k....
Adunan tu jangan pekat sangat biar cair sedikit, sebab kalau pekat nnti kuih tu tebal & pecah, (ermmm dah tak lawa kannn)
Maaf ya, sukatan air tu ...cheteh lupa la banyak mane....so agak-agak je la yea, yg penting jangan pekat tau.

Bahan untuk inti:
1 1/2 biji kelapa parut
5 sudu besar Gula Merah (kalau nak lagi gelap tambah la lagi gula merah ni) 
5 sudu besar Gula Pasir (kalau sape nak lagi manis sila lah tambah sukatan gula ni ya....)
5 sudu besar Gula perang
(harus diingat ya....sukatan tahap kemanisan bergantung pada korang sendiri tau, sape suka manis tambah la lagi gula, tapi kalau kena kencing manis jangan salahkan resepi ni naaa....)
2 helai daun pandan
4 sudu besar tepung gandum (sebab nak bagi inti nya lagi moist gitewww....sape yg tak suka tak perlu letak k)
Sedikit garam

Cairkan kesemua gula & masuk tepung, kacau sebati
Masukkan kesemua bahan inti & daun pandan, kacau smpai sebati....
Lepastu biarkan sejuk

Panaskan kuali (nak hasil lagi cun guna pan non stick)
Lepas tu bole la buat kulit ketayap ni, satu senduk utk satu pc kulit ketayap.... Hasilnya bole dpt dalam 70++ pcs kulit ketayap, ikut saiz laa...

Mehh, cheteh belanja gambar step by step cara buat kuih ketayap nih.....







Haaaa....dah jadi, senangkan, puas hati makan, kulitnya yang indah lemak-lemak...dengan intinya yang moist gitewww.... (bukan nak puji tau....memang sedap)

So....cubalah ya, mesti jadi! 
Selamat memasak..... bye....


#terima kasih mak sebab ajarkan yung buat kuih ketayap yang indah & sedap nih, semua org puji....sayang mak, muahhh

Thursday 5 November 2015

Tunik......Ahaaa

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua

Hari ni nak citer pasal TUNIK, ahaaa.......apa ya?? Tunik adalah gaya busana @fesyen  semenjak zaman purba Greece & Rome, yang kini menjadi pilihan rekaan yang kian trendi di kalangan butik-butik muslimah. Top yang dikenali sebagai Tunik ini merujuk kepada blaus atau kemeja longgar dan labuh melepasi paras pinggul hingga separa lutut. (Alaaa.....ala-ala blaus punjabi tu.....tapi ni lagi menarik kaler-kalernya....)

Versatiliti Tunik yang sesuai untuk ke acara formal mahupun santai dalam suai padan yang sesuai pasti menjimatkan ruang wardrobe kita! Untuk seimbangkan gaya, padankan bersama seluar atau bahagian bottom dengan potongan lebih slim.

Potongannya yang longgar memberi keselesaan kepada si pemakai bergerak bebas tapi masih kekal stailo. Sama ada sahabat mempunyai perut  'spare-tyre', pinggang lebar, pinggul besar atau segala macam masalah saiz badan yang tidak cantik..... semuanya tersorok dengan sempurna dalam potongan Tunik ini.

Siapa kata Tunik ini buat sahabat nampak berusia?? Habaq maiii....Yang penting perlu tahu padanan yang sesuai dan gayakan bersama aksesori seperti gelang dan rantai labuh, pasti penampilan sahabat tampak segar seiring usia.  

Kat bawah ni beberapa contoh Tunik yang cheteh dapatkan dari pakcik google, menarikkan....yang pasti nampak sopan dan menawan....






Jommm....apa lagi, tempah la satu!

Selamat bergaya......bye


#hijabfesyen




Monday 2 November 2015

Kentut!!......Eeeee

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Hari ini tazkirah dengan tajuk kentut!! Ahaaaa, mcm lucu kann?? Cheteh bukan nak kupas isu kentut tapi cuma nak share tazkirah yang ada kaitan dengan kentut.....(sambil senyum sorang2.....hewhewhew....)

Kentut sembarangan adalah dianggap tidak sopan, kentut berbunyi pula sangattt laaa memalukan. Hakikatnya kentut adalah satu proses biasa yang dialami oleh setiap manusia. Ia terjadi kerana proses keluarnya gas yang telah dihasilkan  di saluran pencernaan melalui anus (dubur).

Kentuk sering dianggap sesuatu yang menjelekkan hingga adakala mengundang derai tawa dan ejekan....(mesti sahabat semua pernah alami kan kan kan). Tau tak...Islam memandang perbuatan mentertawakan orang yang kentut sebagai sesuatu yang tercela. Ermmmm.....

Abdullah b. Zama'ah r.a. mengatakan, "Suatu hari Baginda s.a.w. menyampaikan khutbah. Beliau menceritakan tentang kisah unta Nabi Saleh a.s. yang disembelih oleh kaumnya yang mengingkarinya. Beliau mentafsirkan firman Allah di surah as-Syams. Kemudian menasihati agar bersikap lembut terhadap wanita dan tidak boleh memukulnya. Kemudian Baginda s.a.w. turut menasihati sikap sahabat yang tertawa ketika mendengar ada sahabat yang kentut, katanya, "Mengapa kalian mentertawakan kentut yang kalian juga biasa mengalaminya?" (HR Bukhari & Muslim)

Menurut Imam Ibnu Utsaimin, umumnya orang akan mentertawakan dan terhairan dengan sesuatu yang tidak pernah terjadi pada dirinya. Sementara sesuatu yang juga dialami dirinya, tidak selayaknya ia mentertawakannya.

Kerana itulah Baginda s.a.w. mencela orang yang mentertawakan kentut kerana kentut juga mereka biasa alami, dan perbuatan ini termasuk adat banyak masyarakat. Dalam Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan Turmizi, al-Mubarokfuri mengatakan pula bahawa..."Dahulu para sahabat di masa jahiliah apabila ada salah seorang peserta majlis yang kentut mereka akan tertawa, kemudian beliau melarang hal itu."

Maka, Oleh itu.....jangan sesekali mentertawakan orang yang kentut sekalipun berbunyi dan berbau.....potttt


Hahaha....dulu pun, cheteh pun x suka orang yang kentut depan2, kalau nak kentut mesti kena g jauh2.....tapi itu dulu laaaaa


#sumber: AlIslam      

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...