Thursday 28 January 2016

Siapa Kawan Kamu?

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Imam Al-Ghazali menjelaskan, dalam dunia ini ada tiga jenis kawan....antaranya:-

1) KAWAN YANG ADA ILMU

Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Kawan seumpama ini nasihat Imam Al-Ghazali, jangan dilepaskan, banyak manfaat dan kebaikan akan diperoleh apabila hubungan ini dikekalkan. 

2) KAWAN YANG TIADA ILMU SEDANGKAN KITA ADA ILMU. BAGAIMANAPUN DIA SEDIA UNTUK MENERIMA ILMU YANG DISAMPAIKAN KEPADANYA.

Kawan seumpama ini juga, nasihat Imam Al-Ghazali, jangan dilepaskan. Kerana apa? Dengan adanya kawan seumpama ini, kita ada ruang untuk menyampaikan ilmu dan nasihat kepadanya sekali gus dia juga boleh melaksanakan perintah Allah.

3) KAWAN YANG TIADA ILMU DAN TIDAK MAHU PULA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT YANG KITA BERIKAN KEPADANYA.

Pelbagai alasan akan diberikan untuk dia tidak menerima apa jua ilmu yang diberikan kepadanya. Kata Imam Al-Ghazali, kawan seumpama ini eloklah ditinggalkan kerana dia tidak akan memberi manfaat kepada kita. Lebih parah lagi, kalau kita terus berkawan juga dengannya, kita juga akan terikut-ikut tingkah lakunya dan akhirnya menghancurkan kehidupan kita.

Jadi......kawan mana yang kamu pilih?




"Janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung"
- Al-ISRA:37

Selamat beramal.....


#iman






Monday 18 January 2016

Sup Ekor Paling Sedap (Versi Mamak)

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Balik dari menziarah pakcik, makcik dan sedara mara dapat buah tangan (bekal) untuk dibawa balik....haaa...nak tau apa dia?? Ekor lembu!! Haah, memang ekor lembu sekoq (ekor ni kepunyaan lembu yang disembelih masa kenduri kahwin sepupu cheteh....)

Ekor ni memang sedap kalau dibuat sup ekor, so cuti semalam memang cheteh masak sup ekor....tapi sup ekor ni versi mamak. Mehh cheteh share resepi kat sini (resepi cheteh masak campak-campak jeee)...so kalau sahabat berkenan bole la cuba...

Bahan-bahan:
1 ekor lembu (potong ikut suka, nak pendek-pendek or lebar-lebar)
1 bungkus rempah sup
1 bungkus sup bunjut
2 sudu rempah kurma
1 batang kayu manis
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4@5 biji buah pelaga
sedikit halia (agak-agak sebesar ibu jari)
sedikit garam
daun sup
daun bawang
air (agak-agak la ye...yang ni cheteh masak satu periuk sederhana jee)

Cara-cara membuatnya:
Basuh bersih ekor lembu tadi...lepas tu rebus (rebus api perlahan sampai beberapa kali mendidih...)
Masukkan kayu manis, buah pelaga, halia (halia ketuk-ketuk sikit), sup bunjut, kacau sebati
Selepas tu masukan garam, rempah sup & rempah kurma....kacau lagi bagi sebati
Biarkan sup ini mendidih sehingga daging pada ekor lembu lembut
Masukkan Bawang besar yang dimayang tadi...biar mendidih
Bawang merah & bawang putih di mayang nipis-nipis dan digoreng sampai kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam sup tadi.....kacau sebati lagi yeaa. 
Lepas tu masukkan daun sup & daun bawang.....so dah siap, boleh hidang....(kalau nak tabur bawang goreng lagi pun bole...terpulang)








Tip
Kalau ikutkan cara cheteh masak sup ekor versi mamak ni....cheteh akan masukkan akar daun sup & bawang. Basuh bersih-bersih pastu masuk sekali semasa merebus ekor tadi. Biar dia hancur dlm sup ekor ni...

nilah yang cheteh cakap (bahagian akar)

Haaa....dah pun siap, sedap ooo ;p

Cubalah....sup ni memang berbeza dengan sup ekor ala thai or sup ekor biasa. Sup ekor ni bole dimakan dengan nasi ataupun roti, nak ratah sup saje pun boleh.....

Okeh sahabat semua...selamat mencuba, nyumnyum




Wednesday 13 January 2016

Kunyit Bukan Sebarang Kuning!

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Tajuk hari ni KUNYIT....kenal kunyit tak??? rasanya, majoriti sahabat kenal kunyit kannn. Kunyit adalah sejenis tanaman herba yang mudah tumbuh melata di Malaysia. Warnanya sahaja sudah cukup memukau, apatah lagi apabila memperkatakan tentang kehebatan khasiat herba semula jadi ini. Tidak hanya sebagai ejen penyelera masakan, kunyit juga adalah ibu segala penawar buat kaum adam dan hawa. Diantaranya:

1. Tingkatkan Hormon Testosteron
Herba ini dikatakan mampu meningkatkan kesuburan lelaki yang terjejas akibat masalah kegemukan. Lelaki yang gemuk memiliki kadar hormon testosteron lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal. Kunyit juga berfungsi memecah lemak yang bertimbun dilapisan jaringan kulit sehingga akhirnya hormon testosteron dapat dihasilkan dengan optimum.

2. Kulit Cantik
Tahukah semua...kunyit juga sebenarnya baik untuk kecantikan wajah. Menurut laman cosmopolitan.com, kunyit mengandungi banyak bahan antiseptik yang mampu mencegah jerawat, ruam dan keradangan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari. Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang memanfaatkan masker kunyit untuk mencantikkan kulit.

3. Cegah Kanser
Sejak zaman berzaman lagi, nenek moyang kita telah pun mengamalkan pengambilan kunyit dalam kehidupan mereka. Kajian dari Pakar Perubatan Pusat Kanser Taxes mendapati curcumin yang terdapat di dalam kunyit berupaya meneutralkan radikal bebas yang mencetus kepada penyakit kanser. Bukan itu sahaja, circumin juga turut  mengandungi komponen bioaktif polifenol yang juga membantu mencegah tanda-tanda awal kancer.

4. Sakit Sendi
Bagi yang melewati umur 40an biasanya sering mengalami sakit sendi yang digelar "inflammation" yang pada akhirnya boleh membawa kepada sakit sendi kronik. Walau pun begitu, penyelidikan yang dilakukan di Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati kunyit mampu menghentikan aktiviti 'inflammation' dengan baik yang mana tidak meninggalkan kesan sampingan pada tubuh badan.

5. Berat Badan
Ianya juga sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu. Dalam proses rawatan tradisional mahupun  rejim kecantikan tradisi masyarakat Melayu mahupun India menjadikan kunyit sebagai salah satu herba penting untuk mengekalkan  berat badan ideal. Ini kerana kunyit membantu meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan dan seterusnya cukup berfungsi dalam penurunan berat badan. Amalan mengambil jus kunyit adalah cara semula jadi yang dipercayai lebih efektif untuk turunkan berat badan.

Bunga Kunyit (buat ulam pun sodap nihh)


Best kan...oleh itu moh ler kita semua amalkan pengambilan kunyit dalam kehidupan seharian kita, (patut la ada sahabat yang menjadikannya sebagai ulam ketika makan nasi, ini rupanya untuk khasiat tubuh badan....ahaa....)

Selamat mencuba.....




#sumber: harmoni



Tuesday 12 January 2016

Kuasa Menangis

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Pernah Menangis tak????

Haaa....mestilah pernahkan....bagi cheteh menangis adalah salah satu terapi, menangis juga dapat menenangkan jiwa, memberi rasa kelegaan dan kadangkala akan membuat cheteh menjadi lebih waras!


Air mata sememangnya bersifat universal. Ia bukan sahaja berguna untuk memelihara mata serta mengeluarkan racun bahkan saat kita mengalirkan air mata, ia mampu meredakan stress dan seterusnya meningkatkan mood kita. Kata Jesse Bering, dari Institute of Cognition and Culture at Belfast University....."Air mata yang dihasilkan kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang sangat berguna untuk sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan kerana masalah mata...."

Tapi....tak bolehla menangis hari-hari, nanti jadi macam Kasim Selamat dalam citer melayu dulu-dulu tuuu, citer Ibu Mentuaku. Haru biru lak nanti! Menangis sekali sekala ok laa kannn ;p

Bye

#sumber: Harmoni

Albumin merupakan protein yang disintesis oleh hati dan juga terdapat di dalam aliran darah. Albumin adalah protein atau jenis protein yang paling banyak di dalam tubuh.

Ada Apa Dalam Hati Wanita....

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Selamat Tahun Baru....walaupun da masuk 12 hari untuk tahun 2016. Article pertama utk tahun ni....harap semua berjalan lancar & dipermudahkan Allah. Apakah perlu membuat azam setiap kali masuk tahun baru? Kata Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Da'i Pendakwah Milenia....." Islam mengajar kita agar azam seharusnya dilakukan secara immediately atau hari-hari, tidak perlu menunggu tahun baru! esok pun boleh berazam. Walaupun begitu...dalam melaksanakan azam tahun baru, kita hendaklah menetapkan matlamat dan strategi yang logik untuk mencapainya mengikut kebolehan kita sendiri". 

Ya....memang benar, azam tidak perlu menunggu tahun baru!.... cheteh sentiasa berdoa agar hidup ini terus memicu kejayaan (dengan izin Allah), berada dalam kesihatan yang baik & sentiasa berfikiran positif ....aamiin

Jomm sahabat....cheteh nak share article yang menarik tentang ada apa dalam hati wanita....

Jika kita menyangka bahawa kita cukup mengenali seseorang wanita, ia adalah salah sama sekali. Ini kerana hampir semua wanita mempunyai misteri yang sukar untuk difahami! Lebih hebat, wanita turut mempunyai kerumitan perasaan yang luar biasa berbanding lelaki. 

Situasi ini berlaku kerana wanita terlalu banyak memendam rahsia di dalam hati mereka. Berbeza dengan lelaki, wanita tidak mampu berfikir secara praktis kerana kepekaan rasa serta emosi yang terdapat dalam diri mereka. Justeru, mereka sentiasa meyimpan beberapa rahsia berkaitan diri...antaranya:

1. Orang Tidak Disukai 
Biarpun ia tidak ditulis, wanita mempunyai senarai individu yang dibenci dan ia tersimpan kemas dalam fikiran. Jika lelaki mampu menyelesaikan da melupakan masalahnya dengan orang lain, tetapi ia tidak terjadi kepada wanita! Mungkin ketika berada bersama orang yang tidak disukai, mereka boleh bermanis muka tetapi hakikatnya mereka termasuk dalam senarai individu yang tidak disukai.

2. Jadi Stalker Media Sosial
Mengintip laman sosial orang lain terutamanya akaun kepunyaan musuh dan bekas kekasih ada kalanya menjadi kebiasaan wanita. Ternyata agak sukar bagi wanita untuk bersikap tidak terlalu peduli dengan orang lain. Dalam soal ini, wanita juga mudah bersikap penyibuk kerana sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka.
(point yang ini cheteh kurang setuju!....kerana cheteh ada pengalaman tersendiri, yang mana lelaki lagi over jadi stalker)

3. Kagum Dalam Diam
Ramai wanita mudah terpesona dangan kecantikan milik wanita lain tetapi jangan salah sangka kerana ia bukan 'minat' kaum sejenis. Sebaliknya, mereka akan tertarik dengan karisma, kecantikan dan gaya wanita lain sekali gus berlakunya perbandingan dan ia boleh dianggap sebagai iri hati. Positif atau negatifnya perkara ini bergantung pada wanita itu sendiri.

4. Watak Utama Filem Romantis
Wanita begitu mudah  sensitif dan beremosi ketika menonton filem atau drama romantis berbanding lelaki. Sewaktu menonton filem genre tersebut, ramai wanita akan terbawa-bawa dengan apa yang ditonton oleh mereka. Malah tidak kurang juga membayangkan diri mereka sebagai watak utama...

Wanita akan berpura-pura ....seperti, berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku di sekitar mereka. Kadangkala berpura-pura baik dengan musuh ketika berada dalam sebuah majlis keramaian. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu cara untuk meneruskan kehidupan dan dalam masa yang sama untuk melindungi rasa marah atau dendam demi menjaga nama baik dan maruah diri.....


#sumber: Harmoni




Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...