Tuesday 13 October 2015

Khasiat Peria Katak


Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat......

Hari ni cheteh nak share kisah peria dgn sahabat semua, jomm kita kongsi & baca....

Peria katak atau dipanggil Bitter Gourd@Bitter Melon ini adalah sejenis sayur yang paling pahit....(bagi cheteh...memang pahit pun) hinggakan ramai yang tidak menyukainya. Tapi ada juga yang terpaksa untuk suka sebagai ubat...haaa kannn (mcm cheteh la niiii....)

Namun begitu disebalik rasa pahitnya, sayur ini mempunyai banyak khasiat dalam dunia perubatan. Selain mengandungi kalori yang sangat rendah, ia juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, C magnesium, Asid Folik, Zink, Fosforus, Mangan dan serat yang tinggi. Ia juga kaya dengan Zat Besi dan kandungan Beta Karoten (iaitu 2 kali ganda) daripada yang terdapat dalam brakoli dan kandungan Kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam. Sementara kandungan Kaliumnya juga 2 kali ganda daripada pisang.

Sayur peria ini mampu merawat dan mengurangkan beberapa masalah kesihatan seperti darah bertoksin, iaitu dengan cara mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau. Ia juga baik untuk merawat penyakit kencing manis kerana sebatian hipoglisemik (dikenali sebagai insulin tumbuhan) boleh menurunkan paras gula dalam darah dengan berkesan.


Selain itu peria katak juga sesuai diminum untuk menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu. Kandungan Beta Karoten yang tinggi pula dapat membantu memperbaiki penglihatan mata. Peria katak juga berupaya membersihkan dan memperbaiki masalah hati yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan, meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit serta merawat penyakit buasir dan psoriasis.


Kat sini ada resepi jus peria honey (honey tu cheteh yang tambah....sebab nak bagi lagi menarik).....bagi yang tak lalu makan peria katak ...boleh la cuba ya, buat jus.

Bahan-bahan:
Setengah biji peria katak
1 batang saderi
1 biji epal hijau
1 sudu besar madu         

Rasanya...bole laaa daripada dimakan mentah, cheteh syorkan buat jus, bukan apa....takut tak lepas nak telan je nanti, ada berani ke makan mentah????. Kalau berani ok jeee...

Selamat mencuba.....jaga diri & jaga kesihatan naa sahabat semua....

Salam sayang  dari cheteh....byeee


#sumber isihat

Friday 9 October 2015

Lunch@Fuel Shack

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat.....

Hari ni cuaca mendung jeee, dah masuk time lunch da ni....jomm nak makan di mana ya??? Jomm makan di Fuel Shack kata seorang sahabat, ermm ok laaa....lagi pun ni adalah first time makan kt sini, before ni tak pernah makan pun, hanya dengar je sahabat-sahabat dok citer makan kat sini, dan selalunya hanya tengok jeee iklan kat magazine....(cheteh ni tak rajin kuar waktu lunch... sebabnya, tak suka terkocoh-kocoh dan berebut parking) tapi hari ni terlebih rajin pulakkk...hurmm

Maka kami pun gi laa makan kat fuel shack BTS (BTS ni ialah Terminal Bersepadu Selatan....pernah mai sini tapi tak pernah naik atas, pusing-pusing, hanya lalu kat bawah jee) Meriah rupanya kat dalam sini....mcm-mcm ada....

Bagi cheteh....makanan kat sini sedap (tapi ayam gorengnya tak tau la....sebab tak ode pun). Burger & wraps dia memang sedap kerana daging burgernya dibuat sepecial, memang daging premium tulen! Burgernya pun ada pelbagai saiz, so boleh pilih, nak makan yang besaq ke or yang kecik...Harga pula, bole tahan laa....(tapi kalu makan hari-hari.....nangis poket, huhuhu....)

Tapi hari ni cheteh makan wrap...chicken grill wrap namanya....hega RM13.90 satu, tapi kalu nak yang set tambah RM4.00 (total RM17.90), sahabat akan dapat satu fries & soft drink (cheteh amik ais lemon tea.....) Sahabat cheteh makan burger original shack (150g) & set, sorang lagi makan cheese burger (80g) & set (sebab kenyang katanya...tu yang amik burger saiz 80g jeee)

Environment pun cantik....suka tengok skuter merah nihhh...Oooo satu lagi yang unik, masa kita ode makanan, cashier akan bagi satu alat cam remote control (ntah apa namanya pun x tau la...), fungsinya ialah... bila makanan da siap, diaorang akan remote je, so remote tu akan berbunyi dan bling-bling kuar kaler merah... kita pun akan gi amik makanan yang siap kat kuanter...senangkan, tak perlu nak hantar or nak panggil kan...okeh jomm layan apa yang cheteh & sahabat-sahabat makan.... 

Image result for fuel shack tbs
skuter merahhh.....cantikkan

ni laaa....remote yang cheteh kata tu, see...bila ode da siap, dia bling-bling kan ;p





So, sahabat semua leh la cuba.....bukan burger je tau yang ada, kat sini ada burger ikan & lamb, hot dogs, pizzas, healthy wraps, ayam goreng, pasta & spaghetti.

Tapi jangan amalkan selalu naa, jaga sama kesihatan & amalkan pemakanan sihat....jaga diri....bye, jmpa lagi.


Thursday 8 October 2015

Khas Untuk Lelaki



Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat...

Jangan terkejut ya bila baca tajuk entry kali ni.....sahabat-sahabat yg bukan lelaki pun bole baca....info yang bermanfaat nih...Cheteh ada baca beberapa artikel, yang agak menarik...jomm kita kongsi beramai-ramai...

1. Gula Buncitkan Perut
    Diet yang sihat adalah jalan terbaik untuk mendapatkan abdomen yang rata dan cantik (maksud 
    cantikkk kat sini ialah six pack...ahaaa). Amalkan pemakanan yang seimbang selainkan melakukan
    senaman rutin untuk perut. Pada masa yang sama, cuba ambil kabohidrat yang tidak terlalu berat 
    seperti pretzel, roti dan pasta, serta kawal pengambilan gula kerana gula boleh membuatkan perut
    buncit!!
    Sooo.....sahabat-sahabatku (terutamanya lelaki) jaga-jaga, jangan suka sangat ya minum teh tarik    
    hari-hari, kuih manis-manis, jaga kesihatan tu ya... nanti dah tak hensem dah....sebab apa?? sebab
    perut da boncittt....


2. Manfaat Pisang Pada Lelaki 
    Secara amnya, buah pisang dikatakan mampu mengatasi masalah pencernaan seperti sembelit, 
    kembung dan juga buasir. Malah, ia turut memberi manfaat istimewa pada lelaki di mana ia juga 
    berupaya meningkatkan tahap seksual dan libido kaum Adam. Sebab apa?? sebab pisang memberi
    kebaikan dengan cara:
    - meningkatkan kadar testosteron
    - mempengaruhi mood
    - meningkatkan libido
    - meningkatkan fungsi prostat
    - meningkatkan tahap tenaga

    
Jaga diri, jaga kesihatan.....byee

#pretzel - sejenis roti yang dibentuk@berpintal.....alaaa, mcm roti kat auntie anne's, haaa tau kannn



Monday 5 October 2015

Bubur Nangka TerSedap

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabatku semua....

Alhamdulillah, hari ni terlebih rajin....sebab apa terlebih rajin, sebab cheteh da pandai buat bubur nangka tersedap...(ewah-ewahhhhh....betul tau, semua orang cakap bubur nangka yang cheteh buat ni sedap, klu tak percaya...sahabat semua bole try buat & ikut ja resepi cheteh ni....) 

Ini first time buat tau, tapi jenuh juga riki resepi, petua dan tanya pada master2 memasak....akhirnya selepas dikaji mana yang sesuai, so jadilah....terhasil lahhh bubur nangka yang sedap nih.....(gigih mengkaji tau....almaklumlah cheteh ni bukan pandai masak pun, tapi klu cheteh masak, cheteh akan masak dengan gigih & jayanya.....hooreyyy). 

Tq buat sahabat cheteh.....ella, sebab tak lokek ilmu & bagi tip bagaimana nak buat bubur nangka sedap.......(Oppss ...lupa nak bagitau, bubur ni sempena hari makan-makan kat opis, buah nangka ni pulak adalah hasil dari kebun pakcik, tq pakcik sebab bagi sebiji buah nangka kat yung.... :p) 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Nangka - (40 ulas)
  • Kelapa - 2 biji (lebih kurang 4 gelas....kalau nak lebih pun bole, tp nnti cair sikit la...) 
  • Susu cair - 1 tin
  • Gula Merah - 1 peket@1 cawan (kalau suka gelap...lebihkan)
  • Gula Pasir - 10 sudu besar 
  • Tepung Beras - 4 sudu besar
  • Daun Pandan - 2 helai
  • Air - 2.5 gelas
  • Sedikit Garam (untuk rasa lemak2 gitu...)

Cara membuatnya:
  • Potong nangka (saiz, ikut suka nak macam mana, panjang ke...4 segi ke....terpulang ya. Tapi cheteh suka potong kecik-kecik)
  • Cairkan gula merah, kemudian campurkan santan & tepung beras, kacau sebati, baru masukkan dalam periuk & masukkan gula merah yang dicairkan tadi, kacau perlahan-lahan (api kecil ya..)
  • Masukkan gula pasir & garam & daun pandan (sukatan gula tu terpulang ya....klu yang suka manis tu tambah la sukatan gula tu...tapi jangan lebih-lebih, harus diingat, kesihatan perlu dijaga....)
  • Lepas tu masukkan susu cair, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih (menggelegak)
  • Masukkan nangka yang dipotong tadi....agak-agak da mendidih, boleh la off api tu. (Kalau lama sangat mendidih, nnti nangka tu lembik, tapi kalu sahabat suka camtu...ok laaa, biar lama pun tak pa)

Untuk pengetahuan sahabat semua...cheteh sengaja guna tepung beras untuk memekatkan kuah sebab cheteh tak suka biji sagu. Akan tetapi kalau sahabat suka biji sagu, boleh la masukkannya. (Jikalau guna biji sagu, tepung beras dah tak perlu....) 

Lagi satu...sukatan ni cheteh main agak-agak je (mengikut kajian cheteh laaa...), di harap sahabat bolehla fikir logiknya ya...lebih kurang jeee...tak cair sangat...tak pekat sangat...so so, tapi lemak & berkrim...wallaaaa









Okeh ....selamat mencuba ya, nyumnyum 
(kalau tak jadi cuba lagi....jangan cepat mengalah, dongibab... :p)



Derma Organ

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua....

Semoga sahabat semua dalam keadaan yang sihat walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) beberapa kawasan di Malaysia mencatat bacaan sangat tidak sihat.....jaga diri, jangan lupa nak keluar pakai topeng muka (mask) & minum air masak banyak-banyak ya.....

Dah lama nak share pasal article 'Derma Organ' nih....tapi tu laa, kekangan masa yang membataskan untuk menulis....ok jomm, meh kita baca seterusnya...

Di Malaysia, menderma organ bukanlah perkara wajib. Namun, melihat kepada keperluan insan lain yang memerlukan organ gantian, maka kita disyorkan untuk mendaftar sebagai penderma organ. Namun begitu masih ramai yang tidak boleh menerima hakikat jika ada di kalangan ahli keluarga mereka mendaftarkan diri sebagai penderma organ setelah meninggal dunia. Begitu juga dalam isu mati otak, pesakit yang disahkan mati otak layak mendermakan organ mereka. 

Ini disebabkan oleh kesedaran rakyat Malaysia mengenai penderma organ masih rendah. Bayangkan dalam tempoh 38 tahun jumlah keseluruhan penderma yang dicatatkan hanya seramai 446 orang. bermula 1976 sehingga akhir Januari lalu. (cheteh tak nak nyatakan berapa pecahan penderma mengikut kaum....sebab apa?? sebabnya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan hampir 30 juta penduduk Malaysia...)

Pendermaan organ atau tisu ialah proses mendermakan sebahagian organ atau tisu daripada tubuh badan kita untuk tujuan pemindahan kepada orang lain yang memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tersebut. Selepas pemindahan organ, seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik. 

Organ yang boleh didermakan di Malaysia ialah:
- Jantung
- Paru-paru
- Hati
- Buah Pinggang
Tisu yang boleh didermakan di Malaysia ialah:
- Injap Jantung
- Mata (kornea)
- Tulang
- Kulit

Penderma Hidup

Bukan hanya pesakit yang meninggal dunia disebabkan mati otak sahaja boleh mendermakan organ, penderma hidup juga boleh melakukannya. Tetapi kita hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja. Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada 2 jenis iaitu pendermaan ada pertalian saudara(Living Related) dan pendermaan tiada talian saudara (Non-living Related).

Akan tetapi, pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Ini bagi mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku.

Penderma Kadaverik

Penderma Kadaverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di Malaysia. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi kepada 2 jenis: 

Kematian Otak
  • Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-paru, Hati & Buah Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang & Kulit. Penderma yang mati otak adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital.
  • Untuk pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindak balas dan tidak bernafas. Dengan bantuan mesin (ventilator) jantung akan berfungsi seketika. Namun organ-organ lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan berhenti dengan sendiri walaupun dengan sokongan mesin.
  • Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah melalui dua ujian berasingan. Doktor tersebut tiada kaitan dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ. 
  • Ujian pengesahan yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata dunia. Ini adalah pendirian saintifik perubatan antarabangsa dan juga diterima oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin bantuan pernafasan akan diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan bedah sebelum organ diperoleh. Jika bukan untuk pendermaan organ mesin akan diberhentikan di Unit Rawatan Rapi.   
Kematian Jantung Berhenti Berdegup
  • Kematian ini adalah kematian normal di mana seseorang itu disahkan mati kerana jantung terhenti berdegup.
  • Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan tisu sahaja seperti mata (kornea), tulang, kulit dan injap jantung.
  • Mereka yang meninggal dunia di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu.
  • Bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah.
Siapa Yang Layak Menjadi Penderma?

Sesiapa sahaja pun boleh mendaftar menjadi pengikrar penderma organ dan tisu kecuali mereka yang mengidap penyakit berjangkit seperti HIV AIDS, Hepatitis B dan C, Sifilis, untuk mereka kurang dari 18 tahun, (kebenaran bertulis dari ibu bapa adalah diperlukan).

Semua pengikrar penderma organ dinasihatkan agar memberitahu ahli keluarga tentang hasrat mereka untuk mendermakan organ selepas mereka meninggal dunia. Ini akan memudahkan keluarga untuk memberikan kebenaran untuk pengambilan organ dan tisu selepas kematian mereka. 

Pandangan Agama

Islam mengharuskan pendermaan organ selepas meninggal dunia. Agama-agama lain di Malaysia seperti Buddha, kristian, Hindu dan Sikh juga membenarkan pendermaan organ setelah meninggal dunia dan menganggapnya amalan yang mulia. Di Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Iran, Pakistan dan Singapura, umat islam dibenarkan berikrar serta mendermakan organ atau tisu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Daftarlah sekarang, jadilah pengikrar penderma organ.....Salam sayang dari cheteh untuk sahabat semua...."Rasa Takut Bukanlah Untuk Dinikmati, Tetapi Adalah Untuk Dihadapi..."

Sekiranya sahabat semua berminat, bolehlah menghubungi:

www.dermaorgan.gov.my

Talian Bebas Tol: 1800-88-9080

Pusat Sumber Transplan Nasional:
Hospital Kuala Lumpur
Telefon: 03 26810681/03 26810682
Fax: 03 26810680

Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak 
Telefon: 05 2085161
Fax: 05 2428033

Hospital Pulau Pinang
Telefon: 04 2225780/04 2225781
Fax: 04 2292433

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Telefon: 07 2257000 samb 2751
Fax: 07 2242694




#sumber: Unit Perkhidmatan Transplan & Pusat Sumber Transplan Nasional

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...