Wednesday 12 October 2016

Sarawak.... Selamat bertemu Simunjan (3)

Assalamualaikum sahabat.....

Seminggu dua ini terasa seperti pindah randah pula.....dari satu daerah ke daerah yang lain, Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Kali ini cheteh bertugas di Daerah Simunjan. Jom kita cite sikit pasal Daerah Simunjan.

'Simunjan' adalah berasal dari perkataan Melayu Sarawak....pada zaman dahulu, penduduk asalnya terdiri daripada penduduk dari seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini. Kebanyakan pendudukk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu, ketika sedang menyalakan mancis untuk membakar arang batu... cuaca pada masa itu sering hujan. Keadaan ini menyebabkan mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Sarawak dipanggil "semum". Disebabkan kawasan ini masih tiada nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan "semum" dan "hujan" hinggalah dinamakan Simunjan. Inilah yang terjadi tentang asal usulnya hingga diberi nama Simunjan.

Selain kisah tersebut, ada lagi kisah lain....nama Simunjan dikatakan berasaskan cerita seorang Pedagang Cina yang belayar menuju ke sini dengan Kapal Wangkong dan berlabuh di Sungai Simunjan. Pedagang berkenaan membawa muatan garam dan tembakau yang dikenali sebagai "jan". Sementara berlabuh, dia naik ke darat untuk menjemur "jan" namun pada waktu itu cuaca mendung.... sambil tersenyum, seorang pemuda Melayu berkata, "semunlah jan kau tu". Semenjak itu, perkataan "semun" dan "jan" menjadi "Semunjan",,,, walaupun dikenali sebagai Daerah Simunjan namun penduduk tempatan memanggil daerah ini dengan nama "Semunjan" (sumber Mr Google)

Daerah Simunjan adalah sebuah daerah di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan, terletak kira-kira 176km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat dan 103km melalui jalan air.

Pasar Simunjan merupakan pusat pentadbiran utama Daerah Simunjan di mana letaknya semua pejabat-pejabat kerajaan. Majlis Daerah Simunjan juga mempunyai pejabat kecil di Sebuyau dan Gedong. Aktiviti utama penduduk adalah penanaman padi paya, mengusaha kebun kelapa dan pembalakan. Manakala penduduk hulu dan jauh dari sungai, kegiatan utama adalah mengusaha tanaman lada hitam secara individu.

Perhubungan utama bagi penduduk yang tinggal di pendalaman Selatan pada masa dahulu ialah laluan sungai iaitu Sungai Simunjan yang bermuara di Pasar Simunjan, hilir ke Batang Sadong. Maka dengan ini sungai adalah keutamaan bagi penggerak ekonomi penduduk untuk membawa dan mendapat keperluan bekalan.

Cheteh nak share dengan sahabat semua foto-foto yang menarik semasa berada di Simunjan...


Pasar Simunjan


Mee Kolok kedua cheteh makan (daerah Simunjan) RM5...yang ini lagi sedap dari sebelum ni
Apam Balik Sarawak (bezanya dr semenanjung, tiada jagung) RM1.50

Pulut Manis@wajik (menggunakan gula apong)-lembut & sedap - 50 sen/pc


cili terpedas dunia (Cabik Gronong) RM2
Buah Engkalak (rasanya lemak manis masam...kena cicah dgn garam, sebelum makan kena rendam dgn air suam dlm 5-10min, pastu baru boleh makan) RM2
Kuih Celorot- RM1/4pcs & ketupat-satu ikat RM1  (murah kann)


Cheteh sempat tapau makan kuih celorot masa bertugas, memang sangat sedap sebab guna gula apong

Dekat Simunjan ada satu kedai yang menawarkan menu udang, namanya Warung M.U.G (Mi Udang Gumpey)....udang lagiiii. Kalau sahabat ke sini....jgn lepaskan peluang rasa masakan di warung ini. Masakannya memang sedap dan udangnya fresh & murah. Selain mee udang ada juga menu-menu lain yang boleh dicuba. Harga mengikut saiz udang.

No automatic alt text available.

Akhirnya...berjaya sampai ke sini walaupun berpusing-pusing cari tempat ni sebab waze tenggelam timbul.
Nasi goreng udang saiz M-RM28

Set nasi udang Black pepper saiz M-RM29

Image may contain: 1 person
sempat lagi salah sorang staff posing dgn udang galah baru naik darat

Alhamdulillah....selesai tugas di sini, terima kasih pada penduduk di sini yang sangat peramah & baik, entah bila pula nak datang lagi ke sini...

Selepas ini Cheteh akan balik ke Kuching dan seterusnya ke Daerah @Limbang.....jumpa lagi


#12 Ogos 2016









Tuesday 11 October 2016

Sarawak.....dari Lundu bertemu Bau (2)

Assalamualaikum sahabat...

Alhamdulillah ...selesai kerja di Daerah Lundu, cheteh & team berangkat pula ke Daerah Bau, Sarawak. Cerita sikit ya kisah Bau....

Daerah Bau memang terkenal dengan emas sejak tahun 1850an lagi, pencari emas ketika itu terdiri daripada orang cina dari Sambas, Indonesia dan dibantu oleh orang tempatan dengan menggunakan dulang. Sejarah terjadi sekitar tahun 1815 apabila penduduk Cina dari Daerah Bau menyerang Bandar Kuching bagi menghalau Rajah Brooke kerana mereka khuatir lombong emas akan diambil alih oleh pemerintah Inggeris. Walau pun berjaya menghalau pemerintah Inggeris...namun tiga hari kemudian Rajah Brooke dan askarnya kembali dan mengalahkan penyerang berkenaan. Pada tahun 1899 Borneo Company milik kerjaan Brooke mula membuka lombong emas yang dikenali sebagai Tai Parit Gold Mine dan Bidi Gold Mine. (sumber Mr Google)

Sehingga kini, Daerah Bau masih sinonim dengan gelaran Pekan Emas Sarawak atau Gold Town of Sarawak. Nama asal Bau ialah 'Ulu Sarawak' manakala Pekan Bau dikenali sebagai Mau San atau Bukit Mau. Dalam bahasa Cina Hakka, Pekan Bau dikenali sebagai Shak Lung Mung bermaksud Pintu Pagar Naga Bukit. Pada suatu ketika dahulu, Sungai Sarawak kanan merupakan kaedah pengangkutan utama ke Daerah Bau yang mengambil masa satu hari perjalanan menggunakan perahu untuk sampai ke Kuching.

Sekarang kita boleh menggunakan jalan darat kira-kira 35km dari Bandaraya Kuching ke Daerah Bau. Daerah Bau mempunyai keluasan lebih kurang 884.4 km persegi dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Daerah ini mempunyai penduduk dari pelbagai kaum yang majoritinya merupakan kaum Bidayuh. 

Di antara tempat-tempat menarik yang mempunyai keindahan dan keunikan alam semulajadi yang tersendiri adalah Tasik Biru, Gua Batu Kapur (Fairy Cave), Gua Angin (Wind Cave) manakala Chatolic Mission Pilgrimage Centre Singai (CMPC), Bung Muan Heritage, Bung Bratak, Bung Jagoi dan Siniawan Bazaar memiliki sejarahnya yang tersendiri dan berpontensi menarik perhatian pelancong dan penyelidik dari dalam dan luar negara.

Tapi sayang.... cheteh tak sempat nak melawat semua sebab jadual kerja yang sangattttt ketat.... huhuhu (hanya sempat ke Tasik Biru sajaaa). Banyak kisah mengenai Tasik Biru yang cheteh dengar...mitos atau benar, tidak pasti...biarla menjadi sejarah@lagenda Tasik Biru.

Tamu Sarikin juga terletak berdekatan dengan sempadan Sarawak-Kalimantan Barat.... ini adalah tamu yang terbesar dan popular dikalangan penggemar membeli belah, pelbagai barangan ada di tamu ini dan harga yang amat berpatutan sebab murah. Sayang seribu kali sayang sebab tamu Sarikin ini pun cheteh tak sempat nak pergi......huwaaaaa

Jom layan foto-foto yang sempat di ambil....

Cantikkan view Tasik Biru...(ni view waktu petang)








Hotel baru di Daerah Bau....nyaman sekali




Image may contain: tree, sky, plant, outdoor and nature
pokok duriannn


Image may contain: indoor
satu-satunya masjid di Daerah Bau-Masjid Darul Iman (view ruangan solat wanita)

Alhamdulillah ....selesai tugasan di sini, selepas ini cheteh akan ke Daerah Simunjan. Selamat tinggal Bau yang penuh dengan sejarah. Okeh...kita jumpa di sana @Simunjan



#10 Ogos 2016

Sarawak, Hii Kuching...mencari Lundu (1)



Assalamualaikum sahabat...

Apakhabar sahabat....semoga sahabat cheteh semuanya sihat sejahtera, ameen...

Kebelakangan ini sibuk sangat dengan projek kat tempat kerja, dengan class, dengan exam dan macam-macam lagi laaa. Alhamdulillah...semuanya selesai mengikut aturanNya, Terima kasih ya Allah

Sepanjang bulan Ogos & September cheteh ada projek keje ke beberapa bahagian di Sarawak, ini adalah satu peluang untuk cheteh melawat negeri Sarawak....sebabnya cheteh belum pernah jejak lagi ke negeri yang dikenali dengan nama "Bumi Kenyalang"...Alhamdulillah

Okeh...tak nak sembang pasal kerja kat sini, tapi cheteh nak share tempat@daerah serta makanan yang menarik & sedap selama cheteh di sini.

7hb Ogos sampai Bumi Kenyalang...dari KLIA turun Kuching, slps tu baru sewa kereta ke daerah Lundu. Jauhnya dari Kuching lebih kurang 100km.

Lundu adalah sebuah pekan yang kecil ja, teletak di bahagian barat daya, bahagian Kuching dan 
bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Kaum majoritinya adalah kaum Bidayuh, hampir sebahagian besar penduduknya bergiat dalam sektor pertanian.... Di sini memang terasa damai & tenang, penduduk yang ramah dan suhu di sini agak sedikit dingin.

Makanan halal & surau memang sangat senang didapati kerana majoritinya adalah muslim. Dekat Lundu kedai hanya akan beroperasi sehingga pukul 5@6pm sahaja. Hanya terdapat beberapa buah kedai sahaja dibuka sehingga pukul 12 mlm. Terdapat sebuah pekan kecil di dalam daerah Lundu iaitu Pekan Sematan, Pekan Sematan popular dengan ketam merah goreng ranggup...(tapi sayang cheteh tak sempat nak rasa ketam goreng kerana pada masa cheteh ke situ, kedai jual ketam tu tak beroperasi dan ada juga yang da tutup awal....huwaaa)

Di daerah ini juga buat pertama kali cheteh makan Mee Kolok....rasa??? bagi cheteh, rasanya sedap (cuma kurang pedas...kena minta cili extra). Harga makanan di sini bole tahan mahal juga laa, maybe kos logistik kot....(tapi harga burger & sate memang murah.....)


bersedia berangkat @KLIA

view from top @sarawak
Makanan yang pertama cheteh makan bila sampai di Sarawak adalah Nasi Goreng Miden & Ikan Terubuk Asin....(sedap juga, boleh tahan rasanya)

Image may contain: one or more people, people standing and shoes

Image may contain: food

Mencari Lundu

Image may contain: outdoor

Image may contain: sky, mountain, outdoor and nature

menanti makanan yang dipesan

Image may contain: food
sate Lundu (50sen satu cucuk)

Image may contain: food
Inilah mee kolok, 1st time makan nih....ini mee kolok daging (RM5), sedap rupanyaa
No automatic alt text available.
cuba lihat harga menu burgernya...murahkan
Image may contain: drink, food and indoor
Nasi Ayam kukus pekan Sematan (RM8)

Image may contain: drink and food
sambal nasi ayam....walaupun warna putih, tapi pedasnya boleh tahan wehhh

Image may contain: food


Alhamdulillah... selesai bertugas di Lundu, walaupun masa terlalu mencemburui, berbagai-bagai peristiwa berlaku, suka & duka, Lundu tetap dalam ingatan...satu daerah pendalaman yang nyaman & damai.  Selepas ini cheteh akan ke Daerah Bau, Sarawak..........jom ikuti siri seterusnya. Semoga ketemu lagi Lundu....


#7 Ogos 2016




Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...