Monday 23 May 2016

Dimanakah Akal, Maruah dan Iman Manusia (sehinggakan lebih hina dari.......)

Assalamualaikum sahabat....

Pagi yang mendung ini...sambil sedang membaca satu artikel yang memberi seribu makna bagi setiap pemikiran!...ini membuatkan cheteh mahu berkongsi isi kandungan artikel ini.....

Tragedi sadis yang berlaku kepada seorang gadis berusia 18 tahun, Enno Faridah dari Tenggerang, Indonesia yang ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati dengan sebilah cangkul menusuk dalam kemaluannya sehingga ke paru-paru, adalah satu peristiwa yang begitu kejam dan di luar norma manusia waras.

Sebagai seorang manusia normal dan wanita, begitu ngilu membayangkan bagaimana batang cangkul boleh ditusuk pada rahim seorang gadis yang menolak permintaan kekasihnya itu untuk melakukan hubungan seks.  

Akibat marah, selepas diperkosa bergilir dengan dua lagi rakan lelaki yang bersubahat dengannya, batang cangkul tersebut dimasukkan ke dalam rahim gadis malang itu sewaktu dia masih hidup!(mengikut laporan yang dilaporkan oleh Tribune News, minggu lalu).

Selepas berita sadis itu tersebar, terdapat sekelompok manusia yang akalnya tidak tahu diletakkan dimana....menggunakan objek cangkul sebagai satu 'ugutan' dan senda gurau untuk memikat wanita yang tidak melayan usikan mereka. Oh manusia...di manakah nilai sensitiviti dan akal waras anda???

#
Ironinya, sehari sebelum membaca berita kejam itu, saya menonton sebuah filem lama yang diterbitkan pada tahun 1996, A Time To Kill, dibintangi oleh Samuel L. Jackson, Matthew Mc Conaughey, Sandra Bullock dan Kevin Spacey, naskhah arahan Joel Shcumacher itu sebenarnya diadaptasi daripada novel berjudul sama, nukilan John Grisham. Filem merupakan naskhah pecah panggung saat ia ditayangkan dengan kutipan RM450 juta di seluruh dunia.

A Time To Kill mengisahkan tentang seorang kanak-kanak kulit hitam berusia 10 tahun, yang pulang daripada kedai runcit, diculik dua lelaki kulit putih yang dalam keadaan mabuk. Selepas diculik, anak itu dirogol dengan tragis secara bergilir sehingga rahimnya hancur dan perlu dibuang. Tidak cukup menculik dan merogol, si anak malang itu juga telah diperlakukan seperti sampah apabila dibaling dengan tin alkohol yang masih penuh, dikencingkan dan digantung di dahan pokok sebelum dibuang di tepi sungai.

Berasa kasihan dengan nasib anaknya, si bapa (Samuel L. Jackson) telah menembak mati dua perogol tersebut dalam mahkamah sebelum mereka dibicarakan, sekali gus membuat dia pula perlu disumbat ke penjara dan berhadapan pertuduhan mati kerana membunuh.

Plot cerita tersebut berkembang dengan beberapa konflik termasuk berhadapan sikap rasis apabila dia memilih seorang peguam kulit putih untuk mempertahankannya.

Saya menonton filem itu dengan emosi yang tertekan dan tidak stabil. Sesekali pada beberapa plot dan skrip yang dilontarkan.....saya menangis, termasuk pada akhirnya.....dia dibebaskan mahkamah daripada tuduhan membunuh selepas peguamnya menggunakan hujah akal dan 'mata hati', bukan hujah daripada sudut perundangan.

Kedua-dua kisah ini (satu realiti dan satu fiksyen) mempunyai inti yang sama iaitu rogol, jenayah yang sejak manusia wujud di muka bumi sehingga kiamat juga tidak pernah berpenghujung.

Hal ini sangat berkait rapat dengan manusia yang dibekalkan dengan akal, maruah dan iman. Melalui akal, manusia diberi pilihan untuk memilih hal yang waras atau sebaliknya. Maruah pula akan mendorong manusia berada dalam dua pilihan iaitu memilih mempertahankan maruah dengan cara di luar batasan atau sebaliknya.

Iman yang dibekalkan dalam diri setiap manusia pula akan menentukan sesuatu tindakan yang berlaku. Sekurang-kurangnya dengan tiga perkara asas ini, dapatlah kita mempertimbangkan tindakan baik dan buruk yang akan kita lakukan.  









#sumber
maliah surip
Komentar






Thursday 19 May 2016

Kisah Cendol Durian

Assalamualaikum sahabat....

Wahhh....bau durian laaa, hahaha.... Cheteh ni memang hantu durian, ingat lagi dulu-dulu zaman kanak-kanak.... arwah Tokwan ada kebun durian kat kampung, kalau musim durian inilah cucunya yang akan sentiasa bersedia untuk mengutip buah durian. Sanggup untuk bermalam di pondok semata-mata nak tunggu durian gugur.....(Tokwan....saya sangat-sangat rindukan Tokwan, tetiba mata masuk habuk!) - Al Fatihah  .......

Selepas baca kisah viral cendol durian dua minggu lepas, terasa teruja nak pergi cari cendol durian ni... Lagi teruja bila ada geng kaki cendol ni! Oleh kerana ada sokongan dan kesanggupan maka kami pun plan la nak pi cari cendol durian ni...

Akhirnya hari Sabtu yang lepas, habis ja class kami bergegas ke Shah Alam mencari cendol durian. Sib baik ada super women ni yang tau jalan-jalan kat Shah Alam, pusing punya pusing akhirnya berjaya jumpa lokasinya. Rupanya dekat medan Selera Delima, Seksyen 24, waktu operasi jam 6pm hingga 1am.... Kami sampai memang tepat sangat-sangat @ jam 6.05pm. Parking memang full...pusing lagi, last kami berdua turun, yang sorang lagi mencari parking.

Sampai jaa kat medan selera tu....makkk aiiii!!! panjangnya orang beratur, rupa-rupanya semua beratur untuk dapatkan cendol durian.....adoiii

Kami pun beratur la sama...sambil beratur sambil sembang-sembang dengan kakak cina berdua ni, sama laa kes macam kami, disebabkan viral cendol durian ni da meresap ke semua pelusuk, semuanya sanggup datang dari jauh semata-mata nak rasa sendiri kesedapannya....


Foto ini diambil setelah kami sampai jam 6pm++
Hari da nak gelap nih.....gigih kami beratur untuk dapatkan nombor giliran cendol durian.....Akhirnya lebih kurang satu jam 15 minit! baru sampai depan kaunter... Prosesnya begini, setelah sampai depan kaunter, maka kita pun ode lah cendol jenis apa dan terus buat bayaran, selepas itu nombor giliran akan diberi, maka carilah tempat duduk sambil menanti ...cendol akan dihantar sambil memanggil nombor giliran tadi. Bagi wanita mengandung, mereka dikecualikan dari beratur, boleh terus ke kaunter untuk ode cendol dan dapatkan nombor giliran.

Ni lah Tuan kaunter....
Sementara menanti cendol sampai cheteh sempat la snap beberapa foto untuk tatapan sahabat. Selain cendol durian, ada berbagai jenis cendol moden, selain cendol pulut iaitu cendol coco crunch, cendol marshmallow, cendol jelly, cendol kit kat, cendol oreo dan lain-lain lagi, sebanyak 15 jenis cendol moden.

Cendol Moden ....
Hampir 15 minit, cendol pun sampai (nombor kami ialah 75). Bismillah....dengan penuh keterujaan, kami pun terus kacau dan makan cendol nih....hurmm....hurmm.... ermmmm,....tetiba rasa sesuatu yang kurang...rupa da cun...durian pun da cun, tapi sayang cendolnya kurang rasa....huwaaaa

Gigih menanti....
Cendol yang ada warna merah tu ialah tambah pulut
yang ni cendol durian mangkuk besar
durian memanggg best...
Bagi cheteh, cendol ini memang rasa biasa, kurang sedap....sebab cheteh pernah makan cendol biasa yang lagi sedap dari beberapa tempat lain. Cendol ini kurang rasa gula merah@gula kabung dan juga santannya kurang lemak, nasib baik la duriannya sedap, isi cantik dan tebal, durian inilah penyelamat rasa kesedapan cendol. Cheteh tak pastilah kalau-kalau hari ini tukang buat cendol tu terkurang sukatan gula merah ke atau terkurang garam dalam santannya ke....atau apa-apa lah.... (Ini adalah pendapat cheteh...begitu juga dengan kawan-kawan cheteh dan kawan beratur cheteh tadi, semua mempunyai pendapat yang sama....kurang 'kick'...katanya....)

Cheteh harap kalau Tuan Cendol ni baca artikel kat blog cheteh....jangan lah marah ya, ini adalah teguran yang positive agar Tuan Cendol ini tahu mana kekurangannya, dan bole meng'up' kan lagi rasa cendolnya di masa akan datang. Cheteh tegur ni pun sebab menyokong 'orang melayu' berniaga...idea dah bagus, cuma 'baiki' tentang rasa cendol ja dan kalau boleh service tu kena la tiptop.....

Kawasan medan selera ni memang meriah bila malam menjelma...kerana ada 'busking' dari abang sorang nih....sedap gak sorenya...(sorry tiada foto)  

Selesai makan kami pun pulang. Waktu ini hujan gerimis sedang membasahi bumi ini, Alhamdulillah......

Harga Cendol:
- Cendol durian mangkuk besar RM12 (mangkuk yang kami makan, ada 2 ulas durian)
- Cendol durian mangkuk kecil RM10 
- Cendol moden RM3.50
- tambah pulut so, kena tambah RM1

Apapun....tahniah kepada Tuan Cendol kerana idea yang hebat ini, semoga bertambah maju jaya, aamiin... 





















Wednesday 11 May 2016

Pisang Tanduk (kat belakang umah mak saya jee....)

Assalamualaikum sahabat....

Sebenarnya dah lama nak buat 'entry' pasal Pisang Tanduk niii, sehinggakan ada foto pisang tanduk yang hilang dari henpon cheteh sebab corrupt....huhuhu

Pisang Tanduk ini adalah sejenis pisang dari kelompok (keluarga) musaceae....Pisang Tanduk ni memang popular dekat Malaysia. Asalnya pokok Pisang Tanduk ni dari Melaka, emak cheteh ambil dari kebun pakcik. Tujuan mak cheteh tanam pokok pisang ni sebab dia tahu anaknya semua suka makan Pisang Tanduk Goreng....dalam erti kata tanam suka-suka ja laa kann.....tapiii memang tidak disangka menjadi-jadi pula anak-anak pokok pisang ni keluar (bercambah-cambah) di keliling pokok pisang tanduk yang asal....pada hal tanam dekat belakang umah jaa pun...(itulah yang dinamakan rezeki...)

Kalau nak tahu...memang emak tanam brutal ja, takde pun nak buat batas ke, nak baja-baja ke,...main tanam jeee. Tapi apa yang cheteh perasan...Pisang Tanduk ni lambat nau nak membesar ataupun berbunga/berbuah....sabar jaa lah, rasa-rasanya dekat 6-10 bulan baru matang lepastu baru nak kuar buahnya. Tapi bila dah menjadi....memang berterusan pokok yang seterusnya. Emak siap sedekah anak-anak pokok pisang tanduk kepada kawan-kawan adik dan juga kawan-kawan cheteh. Ada juga saudara mara yang datang berminat nak tanam pokok pisang tanduk tu, apa lagi emak akan suruh adik korek anak-anak pokok pisang tu bagi dekat diaorang. Kata emak, biar semua dapat rasa makan pisang tanduk, Alhamdulillah ....

Rupa-rupanya pisang tanduk ni, tidak mempunyai jantung seperti pisang lain, sisir pun tidak banyak hanya satu atau dua sisir buah pisang ja setiap pokok. Bila buah pisang ini dah membesar, hati-hati....sebab badan pokok pisang kena di beri sokongan untuk mengelakkan nya dari tumbang atau 'patah tengkuk', sebab berat.



terpegun bila melihat putik buah pisang tanduk ini...
kalau tidak silap, foto ini di ambil selang dua minggu dari foto yang di atas
yang ni da masak ranum...(mak siap bungkus dgn kertas surat kabo masa peram hingga masak) 
cantik sangat isinya, langsung tak rosak
siap digoreng...
buah sulung, lom masak sepenuhnya lagi....besaq kannn pisang tanduk ni

Alhamdulillah....pokok pisang tanduk mak sentiasa subur dan menjadi-jadi hingga kini....."Yakinlah Rezeki Itu Jaminan Allah".....







Thursday 5 May 2016

Wanita Pohon Semalu....

Assalamualaikum sahabat....& Selamat menyambut hari Israk & Mikraj, 27 Rejab 1437 H...

Jommm kita share@ baca kisah wanita & pohon semalu...

Rumput semalu, adalah tumbuhan merayap yang melata ini boleh diibaratkan ada kaitan rapat dengan fitrah seorang wanita. Wanita dan sifat malu seharusnya sebati iaitu...selalu tunduk pandangannya, sentiasa menjaga maruah dan harga diri. Ada kisah Rasulullah s.a.w. bersama anakanda nya Sayidatina Fatimah r.a. tatkala mereka berdua sedang berjalan-jalan.  Setibanya mereka mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pokok semalu, lalu kakinya berdarah... dan rasa marah mula menerpa dalam diri Fatimah.

Dalam keadaan yang marah, Fatimah mempersoalkan kehadiran pokok semalu di situ kepada Rasulullah s.a.w. dan dengan tenang Rasulullah s.a.w. berkata kepada puteri kesayangannya itu...bahawa pokok semalu amat berkait rapat dengan sifat seorang wanita dan Allah telah menjadikan semua perkara dengan alasan nya yang kukuh. Firman Allah s.w.t., "Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia," (Ali Imran: 191)

Fatimah terkejut dan Rasulullah s.a.w. terus menyambung lagi kata-katanya bahawa sifat wanita ada pada pohon semalu itu. Malu adalah salah satu sifat mahmudah yang seharusnya ada dalam diri setiap insan terutamanya seorang wanita Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w...."Malu dan iman itu adalah teman seiring dan sejalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi." (Riwayat At-Tabarani: 8813)

Pokok Semalu ada empat perkara:-

Pertama: Ia akan menguncup apabila disentuh dan boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua: Pokok semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Justeru, wanita seharusnya tahu cara untuk mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita Muslim.

Ketiga: Tumbuhan merayap ini juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Jelas sekali wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah s.w.t.

Keempat: Semalu akan menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang dan ia menjelaskan maksud bahawa seorang wanita harus menjaga peribadinya dan pulang ke rumah apabila tiba waktu senja.

Jadikanlah kisah Fatimah ini sebagai teladan di dalam hidup, khususnya seorang wanita. Jagalah maruah dan peribadi... lebih manis jika diselitkan sedikit rasa malu dalam diri agar batasan perilaku lebih terjaga.....

Pohon Semalu

Semoga kisah ini menjadi teladan untuk diri cheteh sendiri & sahabat semua.....

"Bodoh Adalah Kunci Suksess....Belajar dari Kesilapan Dan Berusaha Tidak Mengulanginya...."


#AlIslam



Tuesday 3 May 2016

Biarkan Dia Menangis, Jangan Biarkan Dia Ketawa......Syaitan

Assalamualaikum sahabat....

Apa khabar? Semoga sahabat semua berada dalam keadaan sihat sejahtera....aamiin.

Alhamdulillah hari ini ada peluang (masa) nak ngadap kekasih hati nihhh, Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar, kerja pun macam biasa tapi.....tapi kan....ermmm...(biasala ada rasa sentap sikit-sikit...lupa kan laaa, kena positive!)

Hari ni nak share satu tazkirah ni.....semoga menjadi panduan untuk semua....

Ada dua perkara yang mengundang emosi makhluk yang dilaknat Allah s.w.t., yakni syaitan. Dia akan ketawa dan dia juga akan menangis lantaran dua perkara.....iaitu....

Syaitan Akan Ketawa Bila....
Manusia menguap sambil mengeluarkan bunyi 'haaaa@haaah'. Saat ini syaitan akan ketawa beramai-ramai sebagai meraikan kelakuan manusia yang tidak beradap.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Oleh kerana itu apabila salah seorang daripada kalian bersin lantas dia memuji Allah, maka wajib atas setiap Muslim yang mendengarnya untuk bertasymit kepadanya (mengucapkan 'yarhamukallah'). Ada pun menguap, maka dia daripada syaitan. Kerana itu tahanlah semampunya. Bila seorang menguap sampai keluar ucapan 'haaaa@haaah', syaitan akan tertawa." (HR. Al-Bukhari no. 6223 dan Muslim no. 2994)

Lantas jangan biarkan syaitan ketawa, kerana itu tanda dia bahagia. Walhal syaitan adalah musuh manusia yang akan membawa manusia merana seumur hidup. Firman Allha s.w.t. "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak pengikutnya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala". (Surah Al-Fathir. 6)

Tapi Biarkan Syaitan Itu Menangis....
Caranya: Sujudlah tatkala berjumpa dengan ayat-ayat Al-Quran yang disunatkan untuk manusia bersujud. Antaranya ayat 15 surah As-Sajadah yang bermaksud, "Sesungguhnyayang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong & takbur".

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila anak Adam membaca surah As-Sajadah, kemudian ia sujud, maka syaitan akan menangis sambil berkata:- 'Aduh celaka dan sialnya nasibku' Bani Adam diperintahkan sujud, dan mereka melakukannya, maka baginya syurga, sedangkan aku ketika diperintahkan sujud, aku menolak....maka bagiku neraka", (HR. Muslim).  



Betapa besarnya perbuatan menguap, bersin dan sujud.....Berhati-hatilah ya sahabat.....

"Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi nakhoda untuk bahtera kehidupannya"....-Sayidina Ali


#iman






Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...