Thursday 31 December 2015

Cherating...Destinasi Akhir Tahun

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat.....

Beberapa hari lagi tahun 2015 akan berakhir......sebelum tahun 2015 tutup tirai jom kita jenjalan ke Cherating...

Ini adalah last minute plan nak bawa anak-anak berjalan, patutnya nak ke Peneng....tetapi disebabkan beberapa perkara, maka destinasi terpaksa diubah....Cheratinglah destinasinya (ni pun idea dari seorang sahabat). Cheteh tempah Sanctuary Resort ...Apartment 2 bilik mengadap laut, yang penting mesti ada swimming pool....

Hari pertama sampai....anak-anak da sibuk nak pi pool, memang sakan la chenta hati ni mandi manda...


No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people

Image may contain: 1 person


Malam baru nak kuar cari makan....satu yang best kat Cherating adalah makanannya...memang heaven. Cari punya cari sampai ke Kuala Kemaman kami pergi....haaa, jumpa pun Warung Aziz Satar, dekat sini satar nya memang sedap (selama ini merata cheteh pergi makan satar...nyata lagi benar, di sinilah yang paling sedap & best). Harga pun murah...50sen seketul, selain itu...di sini juga terdapat otak-otak, sotong pais, kerang pais, udang celup tepung, sotong celup tepung 9yang ni RM6 utk 100g)....semua ada... seafood memang mewah. Harga makanan yang lain lebih kurang sama ja kat KL....so, jom kita makan...


No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.



Hari kedua....pagi-pagi dah bangun mandi kolam.....mandi laa sampai kecut. Hari ni nak pergi melawat tempat menternak penyu....tempat menternak penyu ni area Kemaman sebelum sampai Club Med....



No automatic alt text available.

Image may contain: 7 people

Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.



Lepas tu pergi lagi Kuala Kemaman makan satar dekat warung aziz satar....memang meriah, tak sangka diaorang pun suka satar....Lepas da kenyang balik resort, kali ni anak-anak request nak mandi pantai....ermmm okla....memandangkan laut agak surut dan ombak pun tak kuat, jom laa layan diaorang kejap. Kat sini tak digalakkan sangat mandi laut ketika air pasang sebab angin dan ombak sangat kuat, memang bahaya kalau nak mandi laut ujung-ujung tahun ni (kiranya musim tengkujuh laa nih....)



Image may contain: 2 people

Image may contain: 4 people, people smiling

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


Lepas tu anak-anak sambung mandi kat kolam. Cheteh & ipar pergi tengok apa yang nelayan bawa dari laut. Tempat yang kami duduk ni berdekatan Kampung Sungai Ular, tempat nelayan-nelayan kecil turunkan hasil tangkapan. Kata kakak peraih ikan ni..."ikan-ikan yang ditangkap ni da ada pembelinya, lepas timbang semua ikan-ikan ni...nak dibawa ke Singapore, tapi sape-sape nak beli boleh la beli sekarang...." kami pun apa lagi beli la beberapa jenis ikan utk makan malam ni dan esok..... Buat pengetahuan semua, sekarang bukan musim sotong & udang, kalau nak makan sotong kena datang bulan 4 atau 5 nanti....itu adalah musim sotong!



No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


Nasib baik adik ipar pandai masak....dia la masak malam ni. Sotong celup tepung...ikan celup tepung, siap buat kari lagi....memang meriahhh! nak-nak pula ikan baru dari laut, memang manis...bau laut pun ada lagi....hahaha. Tq adik iparku sebab masak makanan yang sedap ini.....



No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Hari ke tiga....pagi-pagi lagi da tapau nasik dagang, kopok leko dan lain-lain lagi....memang sedap. Makanan memang mewah dan berbagai, pagi-pagi dah ada nasik berlauk.

Hari ni da nak balik....siap semuanya da berkemas, tapi sebelum balik jom singgah ke Kuala Kemaman untuk beli satar, kopok lekor & kopok kering untuk dibawa balik KL....

Selamat tinggal tahun 2015...terlalu banyak suka dan duka....pernah jatuh tersungkur, tapi semua itu adalah pelajaran yang mematangkan kita, kalau jatuh cepat-cepat bangun, jangan patah semangat, itu tandanya Allah sayangkan kita dengan cara mengingatkan kita, dugaan yang diberi adalah seiring dengan kekuatan hambanya ...sesungguhnya apa yang Allah sediakan adalah yang tersurat untuk kita, adalah yang terbaik untuk kita...teruslah maju kehadapan kerana kejayaan dan kecemerlangan bukanlah destinasi tetapi adalah yang harus dicari ...digali tanpa sempadan dan berterusan tanpa penghujung.....Aamiin





Selamat datang tahun baru...2016! Selamat Tahun Baru buat sahabat semua......bye....




No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...