Sunday 31 May 2015

Alahai Dunia....bila yang susah jamu yang senang!

Assalamualaikum ....& salam hormat, 

Sahabat-sahabat.............

Kematian sesuatu yang pasti!, dan sebagai seorang muslim yang beriman dengan Qada' & Qadar Allah, redha adalah kalimah yang cukup mendamaikan dan mampu memberikan ketenangan saat diri dan keluarga diuji dgn musibah.

Sekurang-kurangnya itu menunjukkan bahawa kita masih ada iman - mempercayai dan yakin bahawa setiap kejadian adalah dgn kehendak Allah. Juga yakin dan percaya bahawa setiap yang hidup pasti akan dikembalikan semula kepada sang Penciptanya.

Begitu indahnya ajaran islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Lantas apabila beramal dan berpegang teguh dgn ajaran islam, kehidupan manusia akan selamat. Selamat untuk jiwa & rohani sekali gus menjamin kehidupan yang bahagia. Tapi masalah timbul apabila yang diajar tidak dipraktikan, sebaliknya yang lain pula yang dibuat....hurmmm alahai, itulah manusia yang sering lupa dan tersasar daripada syariat. Lebih malang apabila yang tersasar itu menjadi kebiasaan dan diterapkan sebagai adat dan budaya. Tidak salah mengamalkan adat dan budaya selagi ia tidak menyalahi syarak. Hakikatnya adat dan budaya itu lambang identiti bangsa tapi ingatttt... ia bukan identiti agama. Inilah yang sering menjadi salah faham dalam masyarakat.

Contoh mudah yang sering kita lihat bila berlakunya kematian. Tuan rumah atau mudah dipanggil sebagai ahli waris akan bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan untuk menyempurnakan jenazah. Lumrahnya adat berjiran dan berkampung, yang lain turut membantu memudahkan urusan. Ringan sedikit beban waris yang ditinggalkan...apatah lagi saat-saat jiwa 'diusik' dek pemergian orang tersayang. Selesai satu bab...kini tiba bab pengebumian. Ternyata amalan fardu kifayah masih berjalan lancar di negara ini, syukur....rakyat Malaysia masih dididik dgn nilai-nilai tolong menolong.

Bab 1 dan bab 2 pun selesai....tiba pula bab yang ketiga. Menjamu!!! Serasa bagai ada yang tidak kena, saat berhadapan dgn kedukaan, waris terpaksa memikirkan apa pula yang hendak dimasak agar orang-orang yang datang membantu dapat dijamu. Sambil-sambil itu, terus buat kenduri tahlil untuk si mati. Maka waris jugalah yang perlu memikirkan lauk apa yg hendak dihidangkan. Persoalan yang sering diajukan..."Takkan nak hidang air kosong dan biskut kering aje!.." Alahai, seakan menjadi satu beban pula bila ada kematian. Walhal islam tidak ajar pun begitu...

YANG SEBENARNYA APA??

Bersandarkan pandangan Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar ialah, sewajarnya yang menyediakan makanan untuk keluarga simati adalah jiran, kerabat si mati atau orang yang datang menziarah mayat bukan keluarga (ahli si mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie, "Aku suka kalau jiran si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk keluarga si mati pada hari kematian danmalamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah. "Fatwa ini bersandarkan hadis sahih daripada Abdullah bin Jaafar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Jaafar, Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Jaafar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyibukkan (kesusahan)".


Jommm bersama kita biasakan yang betul......Aamiin


sumber: iman

Wednesday 27 May 2015

Ciri-ciri Seorang Sahabat Yang Baik



Assalamuaikum & salam sejahtera sahabat-sahabatku.....

Dalam dunia ini selain keluarga kita memerlukan sahabat, ya....tidak kisahlah apa yang kita panggil, kawan...sahabat...alam maya @ realiti. Dari kecil hinggalah kita menghembus nafas terakhir...sahabat memainkan peranan penting dalam hidup kita, sahabat yang baik adalah sahabat yang akan menyimpan keaiban kita.....menjaga perasan kita....menegur bila kita melakukan kesalahan....memuji dengan jujur....yang tidak akan meninggalkan kita bila kita susah.....dan sahabat yang baik tidak akan datang hanya bila ada wang dan kesenangan....

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan seorang sahabat Nabi yang bernama Al-Qamah kepada anaknya:

"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut":

  • Pilihlah seseorang yang SUKA MELINDUNGI DAN MEMPERTAHANKAN SAHABATNYA. Orang seperti ini adalah hiasan diri kita dan apabila kita memerlukan sesuatu maka ia akan berusaha untuk memenuhi keperluan kita.
  • Pilihlah seseorang yang apabila engkau hendak membantu atau menolongnya ketika ia dalam kesusahan, ia berat hendak menerimanya, dan APABILA DIA MELIHAT KEBAIKAN YANG ADA PADA DIRI KAMU, DIA SUKA MENYEBUT-NYEBUTNYA.
  • Pilihlah orang yang hanya TAHU MENILAI KEBAIKAN KITA dan ia pula akan menutup keaiban dan keburukan kita.
  • Pilihlah seseorang yang apabila kamu meminta sesuatu daripadanya, DIA AKAN BERUSAHA UNTUK MEMENUHINYA. Dan jika kamu dalam kesusahan ia tetap berusaha untuk menyelesaikan permasalahan kamu atau sekurang-kurangnya berusaha untuk meringankan beban yang menimpa kamu.
  • Pilihlah seseorang yang lebih SUKA MEMBENARKAN SEGALA KATA-KATAMU DAN MENEGUR JIKA KAMU MELAKUKAN KESILAPAN ATAU KESALAHAN. Jikalau engkau menghadapi sesuatu masalah dia akan segera membantu menyelesaikan masalah kamu dan jika engkau berselisih faham dengannya, dia lebih suka mengalah untuk kepentingan persahabatan.
Oleh itu dalam memilih sahabat, kita perlu lihat peribadi dan tingkah laku seseorang agar kita tidak tersalah pilih sahabat kerana kelak boleh membawa kita kepada kebinasaan. Justeru, pilihlah sahabat dikalangan orang-orang yang baik demi untuk kebaikan kita. Jangan sekali-kali bersahabat dengan orang yang boleh merosakkan diri kita mahupun masa depan kita...... 




Salam sahabat untuk semua....muahhh


Sumber: iman

Tuesday 26 May 2015

Kari Kepala Ikan

Assalamualaikum & salam sejahtera......hiii sahabat semua.........

Hari ni cheteh nak citer pasal makan kari kepala ikan. Semalam during lunch time gi makan dgn opis mate (da lama plan nk makan kari kepala ikan nih......rasanya da bertahun.....ermmm lama kannnn). Yang sebenarnya kawan cheteh ni haaa yg nak belanja lunch (ada la tu sempena ......biarla rahsia)...

Kata kawan, kari kepala ikan kat sini sedap so diapun ajak la kami satu opis ni....(cheteh mmg jarang makan kari kepala ikan....rasanya selama hidup ni hanya beberapa kali je makan....bole kira la, kalu x silap ni baru kali ke-3.....seee)

Nama restoran ni ZK, kat Kg Attap, K.Lumpur.....(restoran mamak). Restoran nya nmpak bersih, so kami naik ke atas mkn kat tingkat atas (ada aircond....heee)....

Nak citer sikit pasal kepala ikan ni.....kat sini ada 3 saiz kepala ikan, ikan merah, ikan sebarau & ikan nyot-nyot. Harga paling murah seketul RM80, paling mahal RM150......makkk aiiii. Akhirnya kami pilih kepala ikan merah....2 kepala ikan merah, ni mmg nak makan benau...(alang2 nk makan kepala ikan kannn), pastu lauk lain.....sotong, ayam, sayur, papadom (papadom ini mmg sedappp....mabelesss), bawang & cli ijau potong campur kicap....(sedap gakkkk), nasik putih & air teh o limau ais....Pencuci mulut pula....buah tembikai merah & tembikai susu .....soooo total RM4XX, bole laa...kannn (terima kasih kawanku.....)


Ni la restoran nya....
Nama pun Restoran Kari Kepala Ikan....so maskot pun ikan emas
Kepala Ikan Merah (1).....(fresh & sedap)

Kepala Ikan Merah (2)

Sotong masak ala mamak (sekoq RM20.....grgrgrgr)

Geng2 yang da x sabo nak makan....

Bismillah.....nyumnyum
licin.....tinggal tulangg
Selesai sudah.....Alhamdulillah....Aamiin
Alhamdulillah....kenyang perut ni, terima kasih daun keladi, ada hari kita datang lagiiii....hihihihi

Ni laaa ikan nyot nyot.....comelkannn

Tuesday 19 May 2015

Gunung Nuang

Assalamualaikum....salam sejahtera...

Hiii sahabat....hari ni nak citer kisah panjat Gunung Nuang....da lama x panjat memanjat nih....last sekali Bukit Broga (tu pun tahun lepas......da setahun berlalu)

Nak tau cemana terjebak dlm kes ni....kalu ikutkan hati mmg x berani, badan pun x fit....tapi sorang kawan ni mmg terrer panjat2 gunung, harap kan dia je la....sbb dia ada laaa, cheteh gagahkan pergi jugak. 

Plan punya plan....last2 kami bertiga ja pegi (kaum wanita yg gagah perkasa.....ceewahhhh). Sebelum tu nk citer sikit latar belakang Gunung Nuang ya....Gunung Nuang ialah salah sebuah gunung yang tertinggi dan terkenal di negeri Selangor. Ia juga merupakan tempat latihan persiapan bagi para pendaki yang ingin atau dalam perancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu or mana2 gunung.... Gunung Nuang berketinggian 1493 meter dari paras laut.....terletak di daerah Hulu Langat, Selangor, boleh naik melalui Pangsun atau pun melalui Janda Baik, Pahang. Cheteh bermula dari Pangsung.....sbb cheteh tinggal kt kajang jeee....

Trek memang mencabar... (info dr kawan....dia ni da biasa daaaa). Trek ada yg berbatu-batu...tegak naik ...turun.... Agak menyukarkan juga laa bagi yg x biasa dengan pendakian....awal2 ok lagi bila masuk denai.....wooooo....

Pendakian ke Kem Lolo mengambil masa kira-kira 2 jam...(klu bnyak berhenti lagi lama la masa nk sampai....)  Di Kem lolo ni boleh juga kalau nk berkhemah utk semalaman  sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Nuang. Kem Lolo ini terletak 5km dari pintu masuk Gunung Nuang dan Dataran Pacat terletak 7km dari pintu masuk. Kem Lolo dapat menampung 200 hingga 300 org dalam satu masa.

Bagi yg mahu tinggal semalam berdekatan tapak gunung, terdapat 5 rumah kecil yg mengandungi 2 buah katil, termasuk tandas dan kipas. Terdapat 2 buah dom yg boleh menampung seramai 30 hingga 40 org. Kemudahan utama seperti tandas awam, tempat mandi, surau dan juga dewan serbaguna disediakan. Rumah kecil ini boleh disewa dgn harga RM20 semalam dan dom pula dgn harga RM60 semalam.

Okeh....mari lihat foto2 yg sempat cheteh amik.....

sebelum sampai breakfast dulu kt kedai Pohon Bamboo dkt Batu 18...makan nasik lemak ..(mcm2 ada...)
da sampai.....sebelum masuk kena daftar dulu dgn bayaran RM1 jee....

ok...mula2 mmg cun jln nk mendaki....siap bertar bagai...

haaaa....da mula jln biasa

awal2 mendaki bnyk jmpa pokok pisang hutan.....

berhenti sekejap kt check point yg pertama.....penat oiiii, gigil kakiku (ni lah dia master memanjat)

pondok rehat utk setiap check point 

cheteh
check point ke 2

x tau la apa nama pokok hutan ni....yg unik nya buah kuar kat batang pokok

okeh.....kita daki lagiiii

check point ke 3

haaa....jmpa ulat gonggok....besarnyaaa

puas dok ngusik.....tp ulat gonggok ni x mo gulung...berani sungguh ulat ni....(org kata klu ulat gonggok ni malu or takut dia akan gulung badannya jadi bulat....)

bunga tepus (Achasma Megalocheilos) - berbunga atas tanah

check point ke 5 (yg ke 4...terlepas lupa nk amik pic)

Aglaonema Plant....(cantik....tapi x de yg kecik, klu idak leh bw balik tanam kt umah...) 

Pokok Paku Pakis (Msazmie plant).....

Pokok Buluh...

Akar pokok

Quinquefolia Parthenocissus@pokok hutan menjalar...

peace....rest sat

bila nak sampai nih.....gigil nihhh

okeh...ni da 3/5 perjalanan, atas sikit je lagi boleh jmpa Kem Lolo & Puncak 

peta keseluruhan laluan Gunung Nuang

posing dulu....


da smpai kt air terjun (tp ni bkn puncak tau....) apa lagi buka kasut rendam kaki dulu, nikmatnya bila terasa air sungai ni, sejuk...nyamannnnyaaaaa.......hilang rasa penat mendaki


angah sedang pilih tempat nk buat terapi kaki guna air sungai.... :p

makan dulu.....(sambil bertemankan bunyi air sungai mengalir...)

sempat lagi.....selfie (rehat kt sini dulu....)

kat area kem air terjun ni mmg ada kawasan lapang (sebelum smpai puncak)....kebetulan masa kami lalu ada satu kumpulan buat khemah bermalam kt sini.....


cheteh
Pokok Halia Hutan

ok....moh kita balikkk

Kita org naik sampai kem air terjun jeee.....sikit lagi nk smapai puncak, nape x teruskan....ermmm, x larat .....huhuhuhu. Sekali lagi dtg mesti pastikan sampai puncak.....pastiiii

okeii sahabat, jmpa lagi. Nanti cheteh updated Gunung Nuang part 2 dgn syarat mesti smpai ke puncak... bye




Thursday 14 May 2015

EPAL yang luar biasa!



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hiii sahabat, hari ini cheteh nak citer pasal epal.....haaa....taukan apa kah itu EPAL??? Buah epal laaa, apa lagi... (dlm bahasa inggeris ejaan je lain.. Apple....ahaaa)

Apa yg baiknya tentang epal? Sungguhpun epal bukan buah kegemaran sebahagian rakyat Malaysia, namun epal adalah satu-satunya buah yg serba boleh, malah sarat dgn antioksidan yg mampu memperlahankan proses penuaan sekaligus menjadikan wajah awet muda, ceria dan bertenaga.....(suka kan fakta ni......mestila suka... kannnn). Paling penting epal juga mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung.

Menurut perunding pakar diet, Indra Balaratnam....wanita moden khususnya sering dilanda kebimbangan terutamanya dlm mengawal diet seimbang dan mengawal berat badan. Justeru itu, wanita sering tercari-cari dan mencuba makanan yg bukan sahaja kurang kalori tetapi bebas lemak dan kolestrol.

Hakikatnya apa yg dicari-cari ialah makanan yg dapat mengawal nafsu makan. Bagi wanita yg lincah bergerak ke sana ke sini dan mencari keseimbangan nutrisi dalam kehidupan seharian, epal sangat sesuai kerana mengandungi nutrisi penting  yg bole memberi kesan positive terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri.

Kandungan yg terdapat dalam epal seperti serat, potassium, vitamin A, C dan antioksidan merupakan nutrien penting utk memelihara kesihatan jantung. Menurut hasil kajian Amarican Journal of Clinical Nutrition, memakan lebih banyak epal boleh mengelakkan penyakit jangtung dan kardiovaskular. Epal yg bernutrisi tinggi ini juga bukan sahaja berpatutan dari segi harga malah setanding dgn nilai buah-buahan superfruit lain seperti blueberry dan delima sekali gus menjadikan ia pilihan tepat bagi seisi keluarga.  

Cara betul makan epal.....

Ini baru cara yg betul......Cara paling konvensional yg sering kita lakukan tatkala menikmati sebiji epal adalah dgn meninggalkan bahagian tengah epal. Tapi....tahukah kita, ada cara yg betul untuk menghabiskan sebiji epal tanpa meninggalkan bahagian tengah epal?  


      


Mudah sahaja, apa kata kita mula dgn gigitan pertama di bahagian bawah epal dan kemudian habiskan seperti mana kita memakan buah-buahan lain hingga ke bahagian atas epal. Ingat! jangan sesekali tinggalkan bahagian tengah epal. Inilah cara yg paling tepat untuk menikmati sebiji epal....

Ermmm apa lagi...cubala, tak cuba tak tau kannnn....

Jumpa lagi....byee




Wednesday 13 May 2015

Ibu pun perlu cantik.....

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua....

Ahaaa....tajuk kali ni ibu pun perlu cantik! betul tak??? Tak kira la....ibu tu tua ke, muda ke, putih ke, gelap ke.....apa sekali pun mesti nak cantik kannn. Definasi cantik bagi cheteh x semestinya pada rupa shj, cantik bg cheteh adalah segala-galanya....budi bahasa, perangai, hati, bersih, kemas dan segalanya.......rupa cantik tapi perangai mcm hantu, tak guna jugak kannnn (kalau rupa paras tu da cantik....alhamdulillah, itu satu bonus dari Allah....aamiin)

Tapi hari ni nk citer sikit pasal tips kecantikan utk ibu.....(tak kira la ibu bekerja ke...dok umah ke, yg penting ibu nmpak cantikkkk selalu.....tak gitu)

PENJAGAAN WAJAH

Rasanya semua org pasti mengetahui tip asas penjagaan wajah kannn... malah seharusnya dijadikan rutin kerana ia lebih penting dr segala-galanya. Utk menyerlahkan kesan solekan, kita perlu menitikberatkan penjagaan asas ni dulu, jgn lupa dgn 3M, perkara ini bagi terus menjaga keanjalan kulit kita...iaitu mencuci, menyegar & melembap.

BEDAK ASAS

Bedak asas jenis cecair lebih tepat untuk kita (tapi ada juga yg suka jenis serbuk....tak kisahla...yg penting mne sesuai) sbb apa cheteh ckp jenis cecair lebih baik sbb teksturnya yg lembut sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya utk kulit kering. Utk kelihatan awet muda, usah menyapu bedak terlalu tebal, cukup hanya sapuan yg tipis kerana ia nampak lebih menyegarkan wajah serta kelihatan menawan.....ceeewahhhh. Pastikan muka tu bebas minyak, sebabnya untuk mengelak solekan menjadi tidak sekata serta cepat pudar....

PEMBAYANG MATA

Pembayang mata akan menyerlahkan lagi penampilan kita. Olesan warna2 pastel bagi menyerlahkan kelembutan wajah kita. Ini secara tidak langsung akan menyerlahkan lagi sifat keibuan yg ada di dalam diri kita. Penampilan kita akan nampak sempurna dan manis sekali....Antara warna2 yg disarankan adalah biru muda, coklat lembut, pink, hijau muda ....tapi kalau sahabat suka warna lain pun bole jeee...

PEMERAH PIPI

Pemerah pipi@blush pula berfungsi utk menonjolkan tulang pipi kita. Pemilihan pemerah pipi yang salah akan membuat kita kelihatan lebih tua dr usia sebenarnya...ahaaa. bagi mempamerkan wajah yg lebih lembut kita boleh mengaplikasikan pemerah pipi dan warna2 yg dingin@cool seperti warna pink, pic, rosy pink, corals. Sapuan yg nipis sudah cukup utk menyerikan wajah.

MASKARA

Jangan lupa memakai maskara agar mata kelihatan lebih bersinar, pilih maskara warna hitam kerana ia akan membuatkan mata kita kelihatan lebih asli dan segar. Pakai maskara ni...jgn terlalu tebal kerana ia akan membuat bulu mata tu menggumpal dan yg pasti ianya tidak baik utk kesihatan bulu mata. Utk kesan yang lebih lentik serta menawan, kepit bulu mata terlebih dahulu sebelum menggunakan maskara......(rasa2 susah ke senang??? ermmmm .....)

GINCU

Haaa...ini merupakan kuasa tarikan utama dalam penampilan, pilihla warna lembut & matte untuk bibir. Warna2 garang rasanya tidak begitu sesuai serta kurang menggambarkan personaliti sebenar seorg ibu. Antara warna yang selamat utk para ibu ialah nude, peach, coklat muda dan pink. Jangan lupa ya ....mencalit lip gloss di atas bibir semasa menggunakan gincu supaya mendapatkan kesan yang lebih berkilat serta menyerlah.....dan bibir pun tidak senang kering....  

Okei.....ermmm, cemane......walau apapun tetap la menjaga kebersihan muka agar sentiasa kelihatan bersih, kemas & menawan......

muahhhh dr cheteh, jaga diri jaga kesihatan, byee




#sumber: harmoni





Tuesday 12 May 2015

Lecithin


Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

hari ni nk citer pasal kebaikan lecithin, cuba sahabat baca slide cheteh......banyakkan kebaikannya.....ermmm, kalau berminat nak tau lebih terperinci jgn lupa wassapp di no 0166452729 atau call/sms di no 0173944377.....











okei.....nak bisik sikit, cheteh pun amal mkn lecithin....apa apapun kita kena berusaha klu nk sihat & cantik...kannnn. Jangan lupa walaupun amik supplement/vitamin, senaman perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam masa 20 minit setiap sesi....(paling minima bagi sape2 yg x dak masa.....)

Jumpa lagi.....bye

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...