Tuesday 10 November 2015

Malam Puisi Utusan@Dewan Besar UTeM Melaka

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat ....

4hb November 2015....cheteh menghadiri Malam Puisi Utusan yang ke 13, kali ni di adakan di Dewan Besar UTeM (Universiti Teknikal Malaysia yang terletak di daerah Durian Tunggal Melaka)

Penajaan Utama adalah Kumpulan Utusan, UTeM & Soaring Upwards (Malaysia Higher Education). Persembahan yang membuka tirai pada pukul 9 malam sejurus kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob itu, hampir 3,000 penonton yang memenuhi segenap ruang Dewan Besar UTeM.

Sebelum gelanggang puisi dibuka, penonton terlebih dahulu disajikan dengan persembahan tarian penuh bertenaga oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tangga Batu yang merupakan Johan Lantai Cilik 2014 sebelum diikuti nyanyian oleh Penasihat Undang-Undang UTeM, Azhar Mohamed yang menyampaikan lagu Ibnor Riza bertajuk Mimpi Yang Tak Sudah. Sorakan gemuruh bergema apabila pendeklamasi pertama yang juga Naib Canselor UTeM Prof. Dato Dr. Shahrin Sahib mendeklamasi puisi nukilan A. Aziz Deraman Bertajuk Jampi Bangsaku.

Persembahan mantap diiringi muzik seruling itu ditujukan khas kepada bapa saudaranya iaitu seniman terkenal negara pada sekitar tahun 70-an, Allahyarham Jimi Asmara.
Antara bait puisi tersebut berbunyi: Hai bangsaku, aku tahu usulmu, jatuh di segala ceruk rantau alam ini, jatuh di utara jatuh di selatan, jatuh di timur jatuh di barat, janganlah pula duduk tunggu, jaga mengilas siku.

Bait puisi yang mempunyai nilai pengajaran mendalam dalam puisi itu antaranya berbunyi: Kita yang bernama pahlawan adalah haiwan pelagaan, peluh bersimbah terjelir lidah akan terus berlawan, kerana nyawa kita adalah barang permainan.

Pentas puisi itu diselang-selikan dengan nyanyian kumpulan Muslim Buskers (Pelajar-pelajar UTem), Kopratasa, Fynn Jamal dan Rozita Che Wan.

Tidak ketinggalan mempamerkan bakat terpendam dalam seni puisi ialah Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas yang mendeklamasikan puisi bertajuk Berita Kepada Kawan daripada lirik penyanyi terkenal Indonesia, Ebiet G Ade.

Pendeklamasi seterusnya yang mengambil bahagian ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad dan isteri, Datin Halimah Baba masing-masing menyampaikan puisi bertajuk Kelopak Rasa nukilan Usman Awang dan Termanggu Dalam Arus Waktu. Persembahan ini sememangnya sinonim dengan Othman dan isteri yang turut mengetuai Persatuan Penulis Melaka (PENAMA).

Majlis gilang gemilang itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pro Canselor UTeM, Datuk Ismail Saleh; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Selain barisan kenamaan yang mendeklamasikan puisi pada malam itu, Malam Puisi Utusan-UTeM 2015 turut dihadiri Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Rawi Mahmud serta Timbalan Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Mohd. Jailani Mohd. Nor.

Antara pendeklamasi lain termasuk ahli Penama seperti Shahrul Mubarak Ahmad, Norliza Mohd. Yamin, Fairuzan Ab. Majid, Aflieza Arshad, Amir Aris serta beberapa pelajar UTeM dari pelbagai fakulti.

Caliph Buskers menutup tirai dengan mendendangkan tiga buah lagu iaitu Hanya Namamu, Roman Cinta dan Secupak Dua Cupak

Yang paling cheteh suka persembahan +fyn jamal (sebab lagu semangat cheteh iaitu "Suatu Pernah" & "Arjuna Beta") & +Caliph Buskers Official memang besttt...












Memandangkan cheteh suka lagu fyn jamal so cheteh belanja vc dia ya....(tapi vc ni goyang-goyang sikit ya sbb masih amatur ;p ....)

Adakala sampai satu tahap kita berhenti berharap, meneruskan apa yang tinggal, membina semangat yang ada, kita tidak boleh memaksa semua orang menyukai kita, kerana adakala kita juga tidak menyukai kesemua orang yang ada disekeliling kita....okeh, salam puisi dari cheteh, selamat malam....

"dalam pandai ada bodoh yang tersembunyi, dalam bodoh ada pandai yang tersendiri....." - sani, kopratasa


# tqvm to shakur kerana bnyk membantu


2 comments:

  1. Hiduplah Arjuna beta
    Biarkan jasad yang luka
    Selama Tuhanmu ada
    Takkan engkau tercela

    Nyamanlah Arjuna beta
    Mimpikan yang indah saja
    Nanti bila kau buka mata
    Semua tak serupa

    Aaaa Aaaa Aaaa Aaaaa Aaaaa Aaaa

    ReplyDelete
  2. Hiduplah Arjuna beta
    Biarkan jasad yang luka
    Selama Tuhanmu ada
    Takkan engkau tercela

    Nyamanlah Arjuna beta
    Mimpikan yang indah saja
    Nanti bila kau buka mata
    Semua tak serupa

    Aaaa Aaaa Aaaa Aaaaa Aaaaa Aaaa

    ReplyDelete

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...