Monday 2 November 2015

Kentut!!......Eeeee

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Hari ini tazkirah dengan tajuk kentut!! Ahaaaa, mcm lucu kann?? Cheteh bukan nak kupas isu kentut tapi cuma nak share tazkirah yang ada kaitan dengan kentut.....(sambil senyum sorang2.....hewhewhew....)

Kentut sembarangan adalah dianggap tidak sopan, kentut berbunyi pula sangattt laaa memalukan. Hakikatnya kentut adalah satu proses biasa yang dialami oleh setiap manusia. Ia terjadi kerana proses keluarnya gas yang telah dihasilkan  di saluran pencernaan melalui anus (dubur).

Kentuk sering dianggap sesuatu yang menjelekkan hingga adakala mengundang derai tawa dan ejekan....(mesti sahabat semua pernah alami kan kan kan). Tau tak...Islam memandang perbuatan mentertawakan orang yang kentut sebagai sesuatu yang tercela. Ermmmm.....

Abdullah b. Zama'ah r.a. mengatakan, "Suatu hari Baginda s.a.w. menyampaikan khutbah. Beliau menceritakan tentang kisah unta Nabi Saleh a.s. yang disembelih oleh kaumnya yang mengingkarinya. Beliau mentafsirkan firman Allah di surah as-Syams. Kemudian menasihati agar bersikap lembut terhadap wanita dan tidak boleh memukulnya. Kemudian Baginda s.a.w. turut menasihati sikap sahabat yang tertawa ketika mendengar ada sahabat yang kentut, katanya, "Mengapa kalian mentertawakan kentut yang kalian juga biasa mengalaminya?" (HR Bukhari & Muslim)

Menurut Imam Ibnu Utsaimin, umumnya orang akan mentertawakan dan terhairan dengan sesuatu yang tidak pernah terjadi pada dirinya. Sementara sesuatu yang juga dialami dirinya, tidak selayaknya ia mentertawakannya.

Kerana itulah Baginda s.a.w. mencela orang yang mentertawakan kentut kerana kentut juga mereka biasa alami, dan perbuatan ini termasuk adat banyak masyarakat. Dalam Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan Turmizi, al-Mubarokfuri mengatakan pula bahawa..."Dahulu para sahabat di masa jahiliah apabila ada salah seorang peserta majlis yang kentut mereka akan tertawa, kemudian beliau melarang hal itu."

Maka, Oleh itu.....jangan sesekali mentertawakan orang yang kentut sekalipun berbunyi dan berbau.....potttt

Hahaha....dulu pun, cheteh pun x suka orang yang kentut depan2, kalau nak kentut mesti kena g jauh2.....tapi itu dulu laaaaa

#sumber: AlIslam      

3 comments:

  1. Fakta yang menarik. Juga boleh dijadikan panduan.

    Ya, ia adalah proses biasa yang dialami oleh setiap manusia.

    Kita ditegah mentertewakan orang yang melakukannya. Namun, kita tak boleh sewenang2nya melepaskannya terutama ketika waktu makan bersama dengan orang2 lain kerana ia adalah tidak sopan dan boleh menyebabkan rasa jijik/loya terhadap org2 lain.
    Kalau tak sengaja, itu perkara lain.

    Sepertimana buang air adalah sesuatu yang peribadi, begitu juga melepaskan angin. Sesuatu yang peribadi, kita tidak lakukannya di hadapan khalayak ramai kecuali tidak sengaja.

    Kalau terasa nak buang air, kita pergi ke tandas atau menahannya untuk seketika, tentu juga kita boleh menguruskan rasa nak lepaskan angin itu dengan pergi ke tempat yg tiada org disekeliling atau menahannya untuk seketika.

    ReplyDelete
  2. Fakta yang menarik. Juga boleh dijadikan panduan.

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...