Wednesday 6 May 2015

Stress-Tangani Dengan Betul

Stress 

Tangani Tekanan Dengan Betul

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua...


Stress adalah tekanan perasaan iaitu gangguan emosi kesan tindak balas sesuatu di luar kebiasaan atau kemampuan seseorg ataupun sesuatu beban yg menimpa seseorg......(ermmm....cheteh percaya sure sahabat semua pernah alaminya......kannn...)

Apabila berlaku tekanan badan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yg menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan tekanan darah meningkat. 

Hari ini, di kala dunia mencapai kemajuan dan kemodenan.....tekanan bkn shj semakin bertambah, malah boleh wujud di mana-mana jua tanpa mengira siapa.... Tekanan bole berlaku di rumah, di tmpt kerja....di atas jln (di mana2 shj....)Tekanan masalah kesihatan....tekanan tentang perhubungan (keluarga@rakan) dan macm2 lagiiiii....

Teori tekanan juga bkn sahaja mengkaitkannya dgn ancaman kesihatan malahan mempercepatkan penuaan dan tindakan penuh emosi. Malah ada kajian menunjukkan tekanan menjadi penyebab utama penyakit jantung dan kanser.....dan jgn lupa bole meningkatkan kpd pelbagai masalah kesihatan terutama berkaitan perut....

Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana tekanan bole dikaitkan dgn kesihatan perut??? haaaa....kenapa ya..... 

Sebenarnya...emosi manusia berkait rapat dgn perut dan usus, yg merupakan komponen saluran gastrousus. Ini semua terjadi apabila emosi marah, risau, sedih, bimbang, dan pelbagai lagi emosi lain, berupaya mencetuskan tindak balas fizikal di dalam usus dan pd masa yg sama saluran gastrousus sememangnya amat sensitif dgn emosi kita.

Dalam beberapa kajian terbaharu, para sainstis mendapati keadaan emosi yg negatif bole membawa kesan buruk kepada sistem gastrousus. Malangnya, kebanyakan emosi negatif dalam kehidupan moden di bandar adalah berpunca daripada tekanan kerja. Persaingan sesama rakan sekerja, bebenan kerja serta waktu kerja yg panjang antara sebab seseorg itu mengalami tekanan kerja di tmpat kerja.

Kira-kira 50 peratus penduduk dewasa di negara ini mengalami sekurang-kurangnya satu gangguan gastrousus manakala 16 peratus pula mengalami refluks asid. Tekanan berlaku apabila keperluan kerja tidak sepadan dgn kebolehan diri, sumber, dan juga kehendak.....dan secara tidak langsung memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia.

Seseorg yg tertekan dgn kerja juga akan menunjukkan kemurungan berpanjangan. Situasi ini bkn sahaja menjejaskan prestasi kerja tetapi  mendatangkan penyakit berbahaya terutama masalah perut, tekanan darah tinggi, jantung dan melemahkan sistem pertahanan badan terhadap penyakit.

Ermmm tu la kannn....kdg kala kita x sedar akan keadaan sekeliling kita, cheteh sendiri pernah alaminya......apa yg bole dikongsikan....kena kuat semangat, hadapi dgn tabah ....hadapi dgn cerdik....jgn putus asa.....Okeh....nnti kita sambung apa itu masalah gastrousus yaa....

Babaiii....

#cortison - hormon glukortikoid yg dihasilkan oleh jasad adrenal yg bnyk, mempunyai kesan kompleks termasuk menyembuhkan dan meredakan keradangan dan menggalakkan pembetukan karbohidrat drpd lemak dan protein 

Sumber: mega ummb

No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...