Wednesday 27 May 2015

Ciri-ciri Seorang Sahabat Yang Baik



Assalamuaikum & salam sejahtera sahabat-sahabatku.....

Dalam dunia ini selain keluarga kita memerlukan sahabat, ya....tidak kisahlah apa yang kita panggil, kawan...sahabat...alam maya @ realiti. Dari kecil hinggalah kita menghembus nafas terakhir...sahabat memainkan peranan penting dalam hidup kita, sahabat yang baik adalah sahabat yang akan menyimpan keaiban kita.....menjaga perasan kita....menegur bila kita melakukan kesalahan....memuji dengan jujur....yang tidak akan meninggalkan kita bila kita susah.....dan sahabat yang baik tidak akan datang hanya bila ada wang dan kesenangan....

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan seorang sahabat Nabi yang bernama Al-Qamah kepada anaknya:

"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut":

  • Pilihlah seseorang yang SUKA MELINDUNGI DAN MEMPERTAHANKAN SAHABATNYA. Orang seperti ini adalah hiasan diri kita dan apabila kita memerlukan sesuatu maka ia akan berusaha untuk memenuhi keperluan kita.
  • Pilihlah seseorang yang apabila engkau hendak membantu atau menolongnya ketika ia dalam kesusahan, ia berat hendak menerimanya, dan APABILA DIA MELIHAT KEBAIKAN YANG ADA PADA DIRI KAMU, DIA SUKA MENYEBUT-NYEBUTNYA.
  • Pilihlah orang yang hanya TAHU MENILAI KEBAIKAN KITA dan ia pula akan menutup keaiban dan keburukan kita.
  • Pilihlah seseorang yang apabila kamu meminta sesuatu daripadanya, DIA AKAN BERUSAHA UNTUK MEMENUHINYA. Dan jika kamu dalam kesusahan ia tetap berusaha untuk menyelesaikan permasalahan kamu atau sekurang-kurangnya berusaha untuk meringankan beban yang menimpa kamu.
  • Pilihlah seseorang yang lebih SUKA MEMBENARKAN SEGALA KATA-KATAMU DAN MENEGUR JIKA KAMU MELAKUKAN KESILAPAN ATAU KESALAHAN. Jikalau engkau menghadapi sesuatu masalah dia akan segera membantu menyelesaikan masalah kamu dan jika engkau berselisih faham dengannya, dia lebih suka mengalah untuk kepentingan persahabatan.
Oleh itu dalam memilih sahabat, kita perlu lihat peribadi dan tingkah laku seseorang agar kita tidak tersalah pilih sahabat kerana kelak boleh membawa kita kepada kebinasaan. Justeru, pilihlah sahabat dikalangan orang-orang yang baik demi untuk kebaikan kita. Jangan sekali-kali bersahabat dengan orang yang boleh merosakkan diri kita mahupun masa depan kita...... 




Salam sahabat untuk semua....muahhh


Sumber: iman

No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...