Thursday 14 May 2015

EPAL yang luar biasa!



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hiii sahabat, hari ini cheteh nak citer pasal epal.....haaa....taukan apa kah itu EPAL??? Buah epal laaa, apa lagi... (dlm bahasa inggeris ejaan je lain.. Apple....ahaaa)

Apa yg baiknya tentang epal? Sungguhpun epal bukan buah kegemaran sebahagian rakyat Malaysia, namun epal adalah satu-satunya buah yg serba boleh, malah sarat dgn antioksidan yg mampu memperlahankan proses penuaan sekaligus menjadikan wajah awet muda, ceria dan bertenaga.....(suka kan fakta ni......mestila suka... kannnn). Paling penting epal juga mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung.

Menurut perunding pakar diet, Indra Balaratnam....wanita moden khususnya sering dilanda kebimbangan terutamanya dlm mengawal diet seimbang dan mengawal berat badan. Justeru itu, wanita sering tercari-cari dan mencuba makanan yg bukan sahaja kurang kalori tetapi bebas lemak dan kolestrol.

Hakikatnya apa yg dicari-cari ialah makanan yg dapat mengawal nafsu makan. Bagi wanita yg lincah bergerak ke sana ke sini dan mencari keseimbangan nutrisi dalam kehidupan seharian, epal sangat sesuai kerana mengandungi nutrisi penting  yg bole memberi kesan positive terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri.

Kandungan yg terdapat dalam epal seperti serat, potassium, vitamin A, C dan antioksidan merupakan nutrien penting utk memelihara kesihatan jantung. Menurut hasil kajian Amarican Journal of Clinical Nutrition, memakan lebih banyak epal boleh mengelakkan penyakit jangtung dan kardiovaskular. Epal yg bernutrisi tinggi ini juga bukan sahaja berpatutan dari segi harga malah setanding dgn nilai buah-buahan superfruit lain seperti blueberry dan delima sekali gus menjadikan ia pilihan tepat bagi seisi keluarga.  

Cara betul makan epal.....

Ini baru cara yg betul......Cara paling konvensional yg sering kita lakukan tatkala menikmati sebiji epal adalah dgn meninggalkan bahagian tengah epal. Tapi....tahukah kita, ada cara yg betul untuk menghabiskan sebiji epal tanpa meninggalkan bahagian tengah epal?  


      


Mudah sahaja, apa kata kita mula dgn gigitan pertama di bahagian bawah epal dan kemudian habiskan seperti mana kita memakan buah-buahan lain hingga ke bahagian atas epal. Ingat! jangan sesekali tinggalkan bahagian tengah epal. Inilah cara yg paling tepat untuk menikmati sebiji epal....

Ermmm apa lagi...cubala, tak cuba tak tau kannnn....

Jumpa lagi....byee




No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...