Sunday 31 May 2015

Alahai Dunia....bila yang susah jamu yang senang!

Assalamualaikum ....& salam hormat, 

Sahabat-sahabat.............

Kematian sesuatu yang pasti!, dan sebagai seorang muslim yang beriman dengan Qada' & Qadar Allah, redha adalah kalimah yang cukup mendamaikan dan mampu memberikan ketenangan saat diri dan keluarga diuji dgn musibah.

Sekurang-kurangnya itu menunjukkan bahawa kita masih ada iman - mempercayai dan yakin bahawa setiap kejadian adalah dgn kehendak Allah. Juga yakin dan percaya bahawa setiap yang hidup pasti akan dikembalikan semula kepada sang Penciptanya.

Begitu indahnya ajaran islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Lantas apabila beramal dan berpegang teguh dgn ajaran islam, kehidupan manusia akan selamat. Selamat untuk jiwa & rohani sekali gus menjamin kehidupan yang bahagia. Tapi masalah timbul apabila yang diajar tidak dipraktikan, sebaliknya yang lain pula yang dibuat....hurmmm alahai, itulah manusia yang sering lupa dan tersasar daripada syariat. Lebih malang apabila yang tersasar itu menjadi kebiasaan dan diterapkan sebagai adat dan budaya. Tidak salah mengamalkan adat dan budaya selagi ia tidak menyalahi syarak. Hakikatnya adat dan budaya itu lambang identiti bangsa tapi ingatttt... ia bukan identiti agama. Inilah yang sering menjadi salah faham dalam masyarakat.

Contoh mudah yang sering kita lihat bila berlakunya kematian. Tuan rumah atau mudah dipanggil sebagai ahli waris akan bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan untuk menyempurnakan jenazah. Lumrahnya adat berjiran dan berkampung, yang lain turut membantu memudahkan urusan. Ringan sedikit beban waris yang ditinggalkan...apatah lagi saat-saat jiwa 'diusik' dek pemergian orang tersayang. Selesai satu bab...kini tiba bab pengebumian. Ternyata amalan fardu kifayah masih berjalan lancar di negara ini, syukur....rakyat Malaysia masih dididik dgn nilai-nilai tolong menolong.

Bab 1 dan bab 2 pun selesai....tiba pula bab yang ketiga. Menjamu!!! Serasa bagai ada yang tidak kena, saat berhadapan dgn kedukaan, waris terpaksa memikirkan apa pula yang hendak dimasak agar orang-orang yang datang membantu dapat dijamu. Sambil-sambil itu, terus buat kenduri tahlil untuk si mati. Maka waris jugalah yang perlu memikirkan lauk apa yg hendak dihidangkan. Persoalan yang sering diajukan..."Takkan nak hidang air kosong dan biskut kering aje!.." Alahai, seakan menjadi satu beban pula bila ada kematian. Walhal islam tidak ajar pun begitu...

YANG SEBENARNYA APA??

Bersandarkan pandangan Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar ialah, sewajarnya yang menyediakan makanan untuk keluarga simati adalah jiran, kerabat si mati atau orang yang datang menziarah mayat bukan keluarga (ahli si mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie, "Aku suka kalau jiran si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk keluarga si mati pada hari kematian danmalamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah. "Fatwa ini bersandarkan hadis sahih daripada Abdullah bin Jaafar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Jaafar, Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Jaafar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyibukkan (kesusahan)".


Jommm bersama kita biasakan yang betul......Aamiin


sumber: iman

No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...