Wednesday 13 May 2015

Ibu pun perlu cantik.....

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua....

Ahaaa....tajuk kali ni ibu pun perlu cantik! betul tak??? Tak kira la....ibu tu tua ke, muda ke, putih ke, gelap ke.....apa sekali pun mesti nak cantik kannn. Definasi cantik bagi cheteh x semestinya pada rupa shj, cantik bg cheteh adalah segala-galanya....budi bahasa, perangai, hati, bersih, kemas dan segalanya.......rupa cantik tapi perangai mcm hantu, tak guna jugak kannnn (kalau rupa paras tu da cantik....alhamdulillah, itu satu bonus dari Allah....aamiin)

Tapi hari ni nk citer sikit pasal tips kecantikan utk ibu.....(tak kira la ibu bekerja ke...dok umah ke, yg penting ibu nmpak cantikkkk selalu.....tak gitu)

PENJAGAAN WAJAH

Rasanya semua org pasti mengetahui tip asas penjagaan wajah kannn... malah seharusnya dijadikan rutin kerana ia lebih penting dr segala-galanya. Utk menyerlahkan kesan solekan, kita perlu menitikberatkan penjagaan asas ni dulu, jgn lupa dgn 3M, perkara ini bagi terus menjaga keanjalan kulit kita...iaitu mencuci, menyegar & melembap.

BEDAK ASAS

Bedak asas jenis cecair lebih tepat untuk kita (tapi ada juga yg suka jenis serbuk....tak kisahla...yg penting mne sesuai) sbb apa cheteh ckp jenis cecair lebih baik sbb teksturnya yg lembut sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya utk kulit kering. Utk kelihatan awet muda, usah menyapu bedak terlalu tebal, cukup hanya sapuan yg tipis kerana ia nampak lebih menyegarkan wajah serta kelihatan menawan.....ceeewahhhh. Pastikan muka tu bebas minyak, sebabnya untuk mengelak solekan menjadi tidak sekata serta cepat pudar....

PEMBAYANG MATA

Pembayang mata akan menyerlahkan lagi penampilan kita. Olesan warna2 pastel bagi menyerlahkan kelembutan wajah kita. Ini secara tidak langsung akan menyerlahkan lagi sifat keibuan yg ada di dalam diri kita. Penampilan kita akan nampak sempurna dan manis sekali....Antara warna2 yg disarankan adalah biru muda, coklat lembut, pink, hijau muda ....tapi kalau sahabat suka warna lain pun bole jeee...

PEMERAH PIPI

Pemerah pipi@blush pula berfungsi utk menonjolkan tulang pipi kita. Pemilihan pemerah pipi yang salah akan membuat kita kelihatan lebih tua dr usia sebenarnya...ahaaa. bagi mempamerkan wajah yg lebih lembut kita boleh mengaplikasikan pemerah pipi dan warna2 yg dingin@cool seperti warna pink, pic, rosy pink, corals. Sapuan yg nipis sudah cukup utk menyerikan wajah.

MASKARA

Jangan lupa memakai maskara agar mata kelihatan lebih bersinar, pilih maskara warna hitam kerana ia akan membuatkan mata kita kelihatan lebih asli dan segar. Pakai maskara ni...jgn terlalu tebal kerana ia akan membuat bulu mata tu menggumpal dan yg pasti ianya tidak baik utk kesihatan bulu mata. Utk kesan yang lebih lentik serta menawan, kepit bulu mata terlebih dahulu sebelum menggunakan maskara......(rasa2 susah ke senang??? ermmmm .....)

GINCU

Haaa...ini merupakan kuasa tarikan utama dalam penampilan, pilihla warna lembut & matte untuk bibir. Warna2 garang rasanya tidak begitu sesuai serta kurang menggambarkan personaliti sebenar seorg ibu. Antara warna yang selamat utk para ibu ialah nude, peach, coklat muda dan pink. Jangan lupa ya ....mencalit lip gloss di atas bibir semasa menggunakan gincu supaya mendapatkan kesan yang lebih berkilat serta menyerlah.....dan bibir pun tidak senang kering....  

Okei.....ermmm, cemane......walau apapun tetap la menjaga kebersihan muka agar sentiasa kelihatan bersih, kemas & menawan......

muahhhh dr cheteh, jaga diri jaga kesihatan, byee




#sumber: harmoni





No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...