Wednesday, 23 March 2016

Trip ke Sabah - Kundasang

Assalamualaikum & selamat petang sahabat....

Lama baru nak update kekasih hati nih....balik dari bercuti terus ngadap kerja, Alhamdulillah setel kerja, baru laaa tenang bercerita kannn....

Da lama niat hati nak bercuti ke Sabah, Alhamdulillah 2 Mac misi berlangsung. Macam biasa la grab tiket AirAsia (return). Holiday kali ni hanya 4 hari 3 malam.

Hari pertama sampai Kota Kinabalu (KK) dalam jam 1.30pm, terus call kereta sewa maklumkan da sampai, 10 minit kemudian diaorang pun sampai. Sign dokumen, bayar, masukkan barang dan start drive...nasib baik ada cik waze kannn, so memandu laa dengan nyaman sekali ke Kundasang. Sebelum tu isi minyak dulu di daerah Tuaran.

Subhanallah....cantik sungguh permandangan sepanjang perjalanan ke Kundasang, masih asli, belum tercemar....Memang terasa kedinginan udara yang nyaman. Perjalanan dari KK ke Kundasang dalam 2 jam 10 minit. Cheteh drive dengan kadar sederhana kerana bentuk jalanraya nya lebih kurang seperti nak pergi ke Cameron Highland (tapi lebih berliku dan mendaki yang panjang).

Dalam jam 4.30pm, kami sampai ke Kundasang, untuk pengetahuan sahabat waktu di sini awal dalam lebih kurang sejam dari semenanjung. Dari pekan Kundasang hendak ke tempat menginap Resort Anjung Rehat Jamsari dalam 15 minit, Alhamdulillah...selamat sampai sudah. Check in dan kemaskan barang masuk ke dalam resort, lepas tu kena kuar untuk cari makan malam, perut dah tak keruan nih, lapaqqqq....

Pekan Kundasang ni kecil ja, ala-ala pekan Cowboy jaa... satu-satunya tempat yang ada fast food (KFC)...ada banyak deretan kedai (ala-ala pasar) buah, sayur & bunga, memang best sebab buah & sayur-sayuran fresh bangat bahh....

Okey....cari kedai makan dulu. Kita makan dulu.....Lepas tu pusing-pusing dan cari kedai serbanika sebab ada sahabat nak beli barang keperluan katanya....   

Daa siap semua, terus balik resort....resort ni bukan la 5 star, kawasan sekitarnya kecil jaa. Ada 1 unit rumah untuk keluarga siap dengan dapur, 2 unit bilik sederhana (4-6 orang) dan 1 unit bilik kecil (2-3 orang). View sekeliling memang cantik dengan tanaman pokok bunga & hiasan batu-batu comeii. Resort ni memang bersih dan selesa, bahagian belakang resort ni memang mengadap gunung kinabalu. Untuk pengetahuan sahabat belakang resort ini juga ada air sungai yang mengalir, pihak resort memang buat anak tangga yang cantik untuk turun mandi (tapi buat masa ini tidak dibenarkan mandi kerana struktur batu sungai yang tidak teratur kerana kesan dari gegaran gempa bumi pada 4 June 2015 (dengar desiran air terjun ja laaa)

Malam di Kundasang memang mendamaikan sebab jauh dari hiruk pikuk, hanya bunyi unggas dan haiwan hutan jaa....malam yang gelap hanya diterangi lampu jalan! Cuaca memang sejuk (terasa macam oversea lakk...hihihi) sejuknya memang kalah Cameron Highland, apabila tengah malam sejuknya memang menyusuk tulang....tidak perlu kipas, tidak perlu aircond pun! sehinggakan kami tidur terpaksa pakai sarung kaki & tangan.......


Pemandangan sekitar bandar Kundasang.....
 
 
 
  


Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: fruit and food

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: food

Image may contain: 3 people
kepak ayam madu panggang (makanan popular kat sini)

Image may contain: mountain and outdoor
 


Image may contain: 3 people, people smiling, sky, cloud and outdoor

Image may contain: 3 people, tree, sky and outdoor




Selamat Malam.....(semoga mimpi indah jadi kenyataan... ;p ) Jom tido, esok nak pi Desa Dairy Farm tengok lembu......mboooo 

ZZZzzzzz

# Kos perbelanjaan:
- Kereta sewa RM130 (sebab sehari ja, kalau sewa banyak hari boleh kurang lagi)
- minyak RM40 (return)
- Resort RM150 (4 orang)
- buah sebungkus RM2 (kalau amik 3 - RM5)
- makan malam RM50 (4 orang, termasuk kepak ayam)






Sunday, 28 February 2016

Buah Betik & Tangga

Assalamualaikum & salm sejahtera sahabat....

Apakhabar sahabat? Semoga semuanya sihat sejahtera. 

Jom kita share kisah tazkirah yang cheteh baca....semoga dapat memberi pemanfaatan kepada kita semua....

Ini kisah Pak Tua yang hidup sederhana bersama isterinya di pinggir bandar. Menghabiskan hari tuanya dengan bercucuk tanam. Bahagia baginya apabila melihat pokok betik baka terbaik hadiah daripada seorang teman sudah mula berbuah malah ada dua biji sudah mula menguning.

"Biarlah dahulu, esok baru boleh petik," bisik Pak Tua. 

Keesokan paginya Pak Tua ke kebun yang terletak di belakang rumahnya untuk memetik buah betik. Tapi....buah betiknya sudah hilang mungkin juga dicuri orang!

Pak Tua pulang ke rumah dengan wajah yang sedih hingga menutup seleranya untuk menikmati makan tengah hari. "Tak kan kerana sebiji betik membuatmu murung," tegur isterinya.

"Bukan itu yang membuatkan aku sedih," jawab Pak Tua. "Aku terfikir, kesian orang yang mengambil buah betik kita itu, terpaksa ambil sembunyi-sembunyi supaya orang tidak nampak yang dia mencuri. Mesti dia kesulitan."

Lama Pak Tua terdiam sambil berfikir apa yang harus dilakukan. "Pah,....(kata Pak Tua pada isterinya) malam ini aku hendak sandarkan tangga di bawah pokok betik itu, moga-moga kalau orang itu datang lagi....ini dapat membantunya," Pak Tua melemparkan cadangan....

Tatkala pagi menjelma, Pak Tua turun ke kebunnya untuk melihat pokok betiknya. Dia lihat buah betiknya masih ada dan tangga yang tersandar di situ tidak diusik langsung. Pada ingatannya mungkin pencuri itu tidak berkesempatan untuk memetik betiknya dan akan kembali lagi pada keesokan malamnya.

Tapi sudah tiga hari diperhatikan buah betik dan tangganya masih tidak terusik! Pada petangnya, seorang lelaki datang ke rumah Pak Tua membawa dua biji betik yang besar.

"Pakcik, sebenarnya saya datang lagi pada malam berikutnya untuk mengambil buah betik itu. Hati saya menjadi tidak sedap apabila terpandang ada tangga yang disandarkan di pangkal pokok betik itu." Lelaki itu terdiam seketika  sambil memandang dua biji betik yang diletakkan di hadapan Pak Tua.

"Apa sebenarnya yang pakcik mahu lakukan? Adakah  pakcik mahu membantu saya mencuri betik yang masih tinggal?" soal lelaki itu. 

"Bukan begitu wahai anak muda. Aku sekadar membantumu untuk memudahkan kamu memetik buah betik itu. Mungkin kamu amat memerlukannya berbanding aku," jawab Pak Tua.

"Sejak itu saya tidak mahu lagi mencuri buah betik pakcik dan saya gantikan dengan buah yang baru saya beli di pasar tadi," kata lelaki itu.

Nahhh....mampukah kita bersikap redha dengan kehilangan sesuatu yang disayangi lalu mengikhlaskannya dengan berfikiran positif. Melupakan kehilangan dan musibah yang berlaku. Membalas kejahatan dengan kebaikan kerana itu adalah sebaik-baik cara membalas dendam. Hati tidak terasa sakit malah semakin tenang dan bahagia.





#Al islam

Tuesday, 16 February 2016

Virus Zika (Tangani Zika Seperti Denggi)

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat.....

Sekarang ni...kita (bukan kita ja...bahkan satu dunia) dikejutkan dengan kehadiran virus ZIKA....yang mencetuskan kebimbangan global sehinggakan Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan sebagai 'darurat kesihatan global' berikutan pengesanan antara tiga hingga empat juta kes virus tersebut di benua Amerika...Jom kita share serba sedikit article ini yang telah dikeluarkan oleh Akhbar Utusan Melayu (M) Berhad.

Penyebaran virus yang dikaitkan dengan jangkitan tularan nyamuk Aedes amat menggusarkan masyarakat sejagat selepas Brazil menjadi negara pertama melahirkan kebimbangan berhubung krisis ini pada Oktober 2015 dengan memberi amaran kewujudan kes virus berkenaan di bahagian Timur Laut negara itu.

Masih belum ada kes virus Zika dicatatkan di negara-negara Asia kecuali di Indonesia (itupun masih belum disahkan), namun statistik denggi terkini di Malaysia yang menunjukkan peningkatan saban tahun.....menyebabkan masyarakat turut panik tentang penularannya memandangkan virus berkenaan turut disebarkan oleh nyamuk Aedes.

Menurut Pakar Mikrobiologi Jabatan Mikrologi ddan Imunologi Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTMPPUKM), Dr. Siti Norlia Othman berkata, wabak itu sebenarnya telah lama wujud iaitu sejak tahun 1947 dan mula-mula dikesan pada spesies monyet.

Katanya, ketika itu impaknya tidak terlalu teruk pada manusia kerana penghidapnya hanya mengalami demam virus biasa, namun faktor imunisasi manusia dan pembangunan di sekeliling menjadikan virus Zika mungkin menjadi semakin kuat. Sama seperti demam denggi, jika dahulu hanya menyerang mereka yang tinggal di pendalaman, tetapi disebabkan proses urbanisasi yang semakin rancak menyebabkan nyamuk kehilangan habitat dan mula mengancam kehidupan manusia di bandar.

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, iaitu vektor yang sama bagi demam denggi yang membawa virus melalui gigitan pada manusia. Zika mula menjadi isu yang besar apabila terdapatnya peningkatan kelahiran bayi di Brazil yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly), iaitu keadaan bayi berkepala kecil. Berkemungkinan kecacatan tersebut berpunca daripada Zika, namun belum dapat dipastikan sepenuhnya lagi dan kajian masih dijalankan, kata Dr. Siti Norlia Othman ketika ditemui di HCTPPUKM baru-baru ini.

Ujarnya, kerajaan kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi penularan virus Zika yang dilihat menjadi ancaman besar kepada kesihatan awam kerana negara mempunyai vektor yang membawa Zika.

INFO:
* Virus tersebut dinamakan sempena nama hutan zika yang terletak di pinggir Tasik Victoria, Uganda
   yang mula-mula telah dikesan daripada monyet rhesus yang menghuni hutan itu.

* Kes pertama demam Zika dikesan pada manusia di Uganda pada 1952.

* Virus Zika dipercayai merebak ke Brazil semasa penganjuran Piala Dunia pada pertengahan tahun
   2014 akibat pergerakan manusia termasuk yang berisiko dengan kes pertama dicatatkan berlaku 
   di Rio Grande do Norte.

* Antara 26 negara yang  didapati  terjejas dengan kes virus  Zika  ialah  Barbados,  Bolivia,  Brazil,  
  Colombia,  Costa Rica,  Republik  Dominica,  Ecuador,  El Salvador,  Guatemala,  Guyana,  Haiti, 
  Honduras, Jamaica, Martinique, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, 
  Amerika Syarikat, Virgin Island dan Venezuela.   

Wanita hamil dinasihatkan berjaga-jaga walaupun hubungan antara jangkitan Zika dengan kes Microsefali masih belum dapat dibuktikan sepenuhnya....Wanita hamil dinasihatkan agar tidak melawat negara-negara yang sedang dilanda wabak Zika bagi mengelakkan jangkitan dan berkemungkinan akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung.

Biasanya bayi yang dilahirkan berkepala kecil disebabkan oleh perkembangan otak yang tidak normal sejak di dalam kandungan atau tidak berkembang secara normal selepas lahir. Ada antara mereka yang tidak dapat  hidup dalam tempuh yang lama kerana pertumbuhan otak yang tidak normal. Namun, jika bayi mampu bertahan, sebilangan kecil boleh hidup dengan normal tetapi ramai antara mereka yang akan membesar sebagai kanak-kanak lembam, lumpuh serta mempunyai pelbagai masalah lain. Ini kerana fungsi otak yang terhad  akan menyukarkan kawalan terhadap sistem badan yang ternyata boleh menjejaskan kualiti hidup bayi apabila dewasa.

Bagi individu lebih dewasa, simptom demam Zika boleh dilihat melalui tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit kepala, ruam, mata kemerahan (konjunktivitis), sakit otot dan sakit sendi, di mana kadang-kadang individu tidak dapat membezakan sama ada mereka mendapat jangkitan denggi atau Zika. Mereka digalakkan mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan berhampiran sekiranya menghidap gejala-gejala tersebut terutamanya bagi mereka yang baru sahaja pulang dari negara-negara yang telah dijangkiti virus tersebut dan menangguhkan perjalanan ke negara-negara terlibat khususnya bagi wanita-wanita yang mengandung.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menasihatkan semua pengamal perubatan sama ada kerajaan atau swasta menumpukan lebih perhatian untuk mengesan kes jangkitan virus serta melakukan pemantauan bagi kes mikrosefali, selain memberi khidmat nasihat kepada mereka yang berisiko mendapat Zika. Sekiranya tiada langkah pencegahan yang diambil, kemungkinan risiko penularan virus Zika sangat tinggi kerana kita mempunyai vektor nyamuk Aedes yang juga vektor bagi demam denggi.

Negara juga turut terdedah dengan kemasukan pelancong-pelancong dari luar  yang mungkin datang dari negara-negara mengalami wabak virus Zika, yang boleh menyebabkan penularan di Malaysia. Dalam keadaan kebanyakan orang semakin gusar tentang wabak tersebut, mungkin ada yang lupa akan virus denggi yang masih menular dan lebih berbahaya sehingga mengancam ribuan nyawa rakyat negara ini. Maka oleh itu anda digalakkan mengambil langkah pencegahan sama seperti denggi, iaitu persekitaran yang bersih dengan memastikan rumah dan kawasan sekitar bebas daripada air bertakung yang terbuka. Dalam keadaan iklim tropika panas lembap air bertakung sangat sesuai bagi pembiakan nyamuk.


Masyarakat perlu melindungi diri daripada gigitan nyamuk dan mencegah berlakunya jangkitan kepada orang lain seperti menggunakan ubat pencegahan gigitan, memakai pakaian yang menutupi anggota badan, menggunakan kelambu dan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa.

Seperti denggi, tidak ada vaksin dan ubat khusus yang dapat membunuh virus Zika, jadi orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes yang akan merebak dengan pantas.

Jaga diri, jaga kesihatan.....byee


Sumber:
-mode
-mega
-ummb

#vektor ialah mana-mana agen (orang, haiwan atau mikroorganisma) yang membawa dan memindahkan patogen berjangkit ke dalam organisma hidup lain






Thursday, 28 January 2016

Siapa Kawan Kamu?

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Imam Al-Ghazali menjelaskan, dalam dunia ini ada tiga jenis kawan....antaranya:-

1) KAWAN YANG ADA ILMU

Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Kawan seumpama ini nasihat Imam Al-Ghazali, jangan dilepaskan, banyak manfaat dan kebaikan akan diperoleh apabila hubungan ini dikekalkan. 

2) KAWAN YANG TIADA ILMU SEDANGKAN KITA ADA ILMU. BAGAIMANAPUN DIA SEDIA UNTUK MENERIMA ILMU YANG DISAMPAIKAN KEPADANYA.

Kawan seumpama ini juga, nasihat Imam Al-Ghazali, jangan dilepaskan. Kerana apa? Dengan adanya kawan seumpama ini, kita ada ruang untuk menyampaikan ilmu dan nasihat kepadanya sekali gus dia juga boleh melaksanakan perintah Allah.

3) KAWAN YANG TIADA ILMU DAN TIDAK MAHU PULA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT YANG KITA BERIKAN KEPADANYA.

Pelbagai alasan akan diberikan untuk dia tidak menerima apa jua ilmu yang diberikan kepadanya. Kata Imam Al-Ghazali, kawan seumpama ini eloklah ditinggalkan kerana dia tidak akan memberi manfaat kepada kita. Lebih parah lagi, kalau kita terus berkawan juga dengannya, kita juga akan terikut-ikut tingkah lakunya dan akhirnya menghancurkan kehidupan kita.

Jadi......kawan mana yang kamu pilih?




"Janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung"
- Al-ISRA:37

Selamat beramal.....


#iman






Monday, 18 January 2016

Sup Ekor Paling Sedap (Versi Mamak)

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Balik dari menziarah pakcik, makcik dan sedara mara dapat buah tangan (bekal) untuk dibawa balik....haaa...nak tau apa dia?? Ekor lembu!! Haah, memang ekor lembu sekoq (ekor ni kepunyaan lembu yang disembelih masa kenduri kahwin sepupu cheteh....)

Ekor ni memang sedap kalau dibuat sup ekor, so cuti semalam memang cheteh masak sup ekor....tapi sup ekor ni versi mamak. Mehh cheteh share resepi kat sini (resepi cheteh masak campak-campak jeee)...so kalau sahabat berkenan bole la cuba...

Bahan-bahan:
1 ekor lembu (potong ikut suka, nak pendek-pendek or lebar-lebar)
1 bungkus rempah sup
1 bungkus sup bunjut
2 sudu rempah kurma
1 batang kayu manis
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4@5 biji buah pelaga
sedikit halia (agak-agak sebesar ibu jari)
sedikit garam
daun sup
daun bawang
air (agak-agak la ye...yang ni cheteh masak satu periuk sederhana jee)

Cara-cara membuatnya:
Basuh bersih ekor lembu tadi...lepas tu rebus (rebus api perlahan sampai beberapa kali mendidih...)
Masukkan kayu manis, buah pelaga, halia (halia ketuk-ketuk sikit), sup bunjut, kacau sebati
Selepas tu masukan garam, rempah sup & rempah kurma....kacau lagi bagi sebati
Biarkan sup ini mendidih sehingga daging pada ekor lembu lembut
Masukkan Bawang besar yang dimayang tadi...biar mendidih
Bawang merah & bawang putih di mayang nipis-nipis dan digoreng sampai kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam sup tadi.....kacau sebati lagi yeaa. 
Lepas tu masukkan daun sup & daun bawang.....so dah siap, boleh hidang....(kalau nak tabur bawang goreng lagi pun bole...terpulang)








Tip
Kalau ikutkan cara cheteh masak sup ekor versi mamak ni....cheteh akan masukkan akar daun sup & bawang. Basuh bersih-bersih pastu masuk sekali semasa merebus ekor tadi. Biar dia hancur dlm sup ekor ni...

nilah yang cheteh cakap (bahagian akar)

Haaa....dah pun siap, sedap ooo ;p

Cubalah....sup ni memang berbeza dengan sup ekor ala thai or sup ekor biasa. Sup ekor ni bole dimakan dengan nasi ataupun roti, nak ratah sup saje pun boleh.....

Okeh sahabat semua...selamat mencuba, nyumnyum




Wednesday, 13 January 2016

Kunyit Bukan Sebarang Kuning!

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Tajuk hari ni KUNYIT....kenal kunyit tak??? rasanya, majoriti sahabat kenal kunyit kannn. Kunyit adalah sejenis tanaman herba yang mudah tumbuh melata di Malaysia. Warnanya sahaja sudah cukup memukau, apatah lagi apabila memperkatakan tentang kehebatan khasiat herba semula jadi ini. Tidak hanya sebagai ejen penyelera masakan, kunyit juga adalah ibu segala penawar buat kaum adam dan hawa. Diantaranya:

1. Tingkatkan Hormon Testosteron
Herba ini dikatakan mampu meningkatkan kesuburan lelaki yang terjejas akibat masalah kegemukan. Lelaki yang gemuk memiliki kadar hormon testosteron lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal. Kunyit juga berfungsi memecah lemak yang bertimbun dilapisan jaringan kulit sehingga akhirnya hormon testosteron dapat dihasilkan dengan optimum.

2. Kulit Cantik
Tahukah semua...kunyit juga sebenarnya baik untuk kecantikan wajah. Menurut laman cosmopolitan.com, kunyit mengandungi banyak bahan antiseptik yang mampu mencegah jerawat, ruam dan keradangan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari. Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang memanfaatkan masker kunyit untuk mencantikkan kulit.

3. Cegah Kanser
Sejak zaman berzaman lagi, nenek moyang kita telah pun mengamalkan pengambilan kunyit dalam kehidupan mereka. Kajian dari Pakar Perubatan Pusat Kanser Taxes mendapati curcumin yang terdapat di dalam kunyit berupaya meneutralkan radikal bebas yang mencetus kepada penyakit kanser. Bukan itu sahaja, circumin juga turut  mengandungi komponen bioaktif polifenol yang juga membantu mencegah tanda-tanda awal kancer.

4. Sakit Sendi
Bagi yang melewati umur 40an biasanya sering mengalami sakit sendi yang digelar "inflammation" yang pada akhirnya boleh membawa kepada sakit sendi kronik. Walau pun begitu, penyelidikan yang dilakukan di Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati kunyit mampu menghentikan aktiviti 'inflammation' dengan baik yang mana tidak meninggalkan kesan sampingan pada tubuh badan.

5. Berat Badan
Ianya juga sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu. Dalam proses rawatan tradisional mahupun  rejim kecantikan tradisi masyarakat Melayu mahupun India menjadikan kunyit sebagai salah satu herba penting untuk mengekalkan  berat badan ideal. Ini kerana kunyit membantu meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan dan seterusnya cukup berfungsi dalam penurunan berat badan. Amalan mengambil jus kunyit adalah cara semula jadi yang dipercayai lebih efektif untuk turunkan berat badan.

Bunga Kunyit (buat ulam pun sodap nihh)


Best kan...oleh itu moh ler kita semua amalkan pengambilan kunyit dalam kehidupan seharian kita, (patut la ada sahabat yang menjadikannya sebagai ulam ketika makan nasi, ini rupanya untuk khasiat tubuh badan....ahaa....)

Selamat mencuba.....




#sumber: harmoni



Tuesday, 12 January 2016

Kuasa Menangis

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Pernah Menangis tak????

Haaa....mestilah pernahkan....bagi cheteh menangis adalah salah satu terapi, menangis juga dapat menenangkan jiwa, memberi rasa kelegaan dan kadangkala akan membuat cheteh menjadi lebih waras!


Air mata sememangnya bersifat universal. Ia bukan sahaja berguna untuk memelihara mata serta mengeluarkan racun bahkan saat kita mengalirkan air mata, ia mampu meredakan stress dan seterusnya meningkatkan mood kita. Kata Jesse Bering, dari Institute of Cognition and Culture at Belfast University....."Air mata yang dihasilkan kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang sangat berguna untuk sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan kerana masalah mata...."

Tapi....tak bolehla menangis hari-hari, nanti jadi macam Kasim Selamat dalam citer melayu dulu-dulu tuuu, citer Ibu Mentuaku. Haru biru lak nanti! Menangis sekali sekala ok laa kannn ;p

Bye

#sumber: Harmoni

Albumin merupakan protein yang disintesis oleh hati dan juga terdapat di dalam aliran darah. Albumin adalah protein atau jenis protein yang paling banyak di dalam tubuh.

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...