Wednesday 12 October 2016

Sarawak.... Selamat bertemu Simunjan (3)

Assalamualaikum sahabat.....

Seminggu dua ini terasa seperti pindah randah pula.....dari satu daerah ke daerah yang lain, Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Kali ini cheteh bertugas di Daerah Simunjan. Jom kita cite sikit pasal Daerah Simunjan.

'Simunjan' adalah berasal dari perkataan Melayu Sarawak....pada zaman dahulu, penduduk asalnya terdiri daripada penduduk dari seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini. Kebanyakan pendudukk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu, ketika sedang menyalakan mancis untuk membakar arang batu... cuaca pada masa itu sering hujan. Keadaan ini menyebabkan mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Sarawak dipanggil "semum". Disebabkan kawasan ini masih tiada nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan "semum" dan "hujan" hinggalah dinamakan Simunjan. Inilah yang terjadi tentang asal usulnya hingga diberi nama Simunjan.

Selain kisah tersebut, ada lagi kisah lain....nama Simunjan dikatakan berasaskan cerita seorang Pedagang Cina yang belayar menuju ke sini dengan Kapal Wangkong dan berlabuh di Sungai Simunjan. Pedagang berkenaan membawa muatan garam dan tembakau yang dikenali sebagai "jan". Sementara berlabuh, dia naik ke darat untuk menjemur "jan" namun pada waktu itu cuaca mendung.... sambil tersenyum, seorang pemuda Melayu berkata, "semunlah jan kau tu". Semenjak itu, perkataan "semun" dan "jan" menjadi "Semunjan",,,, walaupun dikenali sebagai Daerah Simunjan namun penduduk tempatan memanggil daerah ini dengan nama "Semunjan" (sumber Mr Google)

Daerah Simunjan adalah sebuah daerah di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan, terletak kira-kira 176km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat dan 103km melalui jalan air.

Pasar Simunjan merupakan pusat pentadbiran utama Daerah Simunjan di mana letaknya semua pejabat-pejabat kerajaan. Majlis Daerah Simunjan juga mempunyai pejabat kecil di Sebuyau dan Gedong. Aktiviti utama penduduk adalah penanaman padi paya, mengusaha kebun kelapa dan pembalakan. Manakala penduduk hulu dan jauh dari sungai, kegiatan utama adalah mengusaha tanaman lada hitam secara individu.

Perhubungan utama bagi penduduk yang tinggal di pendalaman Selatan pada masa dahulu ialah laluan sungai iaitu Sungai Simunjan yang bermuara di Pasar Simunjan, hilir ke Batang Sadong. Maka dengan ini sungai adalah keutamaan bagi penggerak ekonomi penduduk untuk membawa dan mendapat keperluan bekalan.

Cheteh nak share dengan sahabat semua foto-foto yang menarik semasa berada di Simunjan...


Pasar Simunjan


Mee Kolok kedua cheteh makan (daerah Simunjan) RM5...yang ini lagi sedap dari sebelum ni
Apam Balik Sarawak (bezanya dr semenanjung, tiada jagung) RM1.50

Pulut Manis@wajik (menggunakan gula apong)-lembut & sedap - 50 sen/pc


cili terpedas dunia (Cabik Gronong) RM2
Buah Engkalak (rasanya lemak manis masam...kena cicah dgn garam, sebelum makan kena rendam dgn air suam dlm 5-10min, pastu baru boleh makan) RM2
Kuih Celorot- RM1/4pcs & ketupat-satu ikat RM1  (murah kann)


Cheteh sempat tapau makan kuih celorot masa bertugas, memang sangat sedap sebab guna gula apong

Dekat Simunjan ada satu kedai yang menawarkan menu udang, namanya Warung M.U.G (Mi Udang Gumpey)....udang lagiiii. Kalau sahabat ke sini....jgn lepaskan peluang rasa masakan di warung ini. Masakannya memang sedap dan udangnya fresh & murah. Selain mee udang ada juga menu-menu lain yang boleh dicuba. Harga mengikut saiz udang.

No automatic alt text available.

Akhirnya...berjaya sampai ke sini walaupun berpusing-pusing cari tempat ni sebab waze tenggelam timbul.
Nasi goreng udang saiz M-RM28

Set nasi udang Black pepper saiz M-RM29

Image may contain: 1 person
sempat lagi salah sorang staff posing dgn udang galah baru naik darat

Alhamdulillah....selesai tugas di sini, terima kasih pada penduduk di sini yang sangat peramah & baik, entah bila pula nak datang lagi ke sini...

Selepas ini Cheteh akan balik ke Kuching dan seterusnya ke Daerah @Limbang.....jumpa lagi


#12 Ogos 2016









2 comments:

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...