Tuesday 11 October 2016

Sarawak.....dari Lundu bertemu Bau (2)

Assalamualaikum sahabat...

Alhamdulillah ...selesai kerja di Daerah Lundu, cheteh & team berangkat pula ke Daerah Bau, Sarawak. Cerita sikit ya kisah Bau....

Daerah Bau memang terkenal dengan emas sejak tahun 1850an lagi, pencari emas ketika itu terdiri daripada orang cina dari Sambas, Indonesia dan dibantu oleh orang tempatan dengan menggunakan dulang. Sejarah terjadi sekitar tahun 1815 apabila penduduk Cina dari Daerah Bau menyerang Bandar Kuching bagi menghalau Rajah Brooke kerana mereka khuatir lombong emas akan diambil alih oleh pemerintah Inggeris. Walau pun berjaya menghalau pemerintah Inggeris...namun tiga hari kemudian Rajah Brooke dan askarnya kembali dan mengalahkan penyerang berkenaan. Pada tahun 1899 Borneo Company milik kerjaan Brooke mula membuka lombong emas yang dikenali sebagai Tai Parit Gold Mine dan Bidi Gold Mine. (sumber Mr Google)

Sehingga kini, Daerah Bau masih sinonim dengan gelaran Pekan Emas Sarawak atau Gold Town of Sarawak. Nama asal Bau ialah 'Ulu Sarawak' manakala Pekan Bau dikenali sebagai Mau San atau Bukit Mau. Dalam bahasa Cina Hakka, Pekan Bau dikenali sebagai Shak Lung Mung bermaksud Pintu Pagar Naga Bukit. Pada suatu ketika dahulu, Sungai Sarawak kanan merupakan kaedah pengangkutan utama ke Daerah Bau yang mengambil masa satu hari perjalanan menggunakan perahu untuk sampai ke Kuching.

Sekarang kita boleh menggunakan jalan darat kira-kira 35km dari Bandaraya Kuching ke Daerah Bau. Daerah Bau mempunyai keluasan lebih kurang 884.4 km persegi dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Daerah ini mempunyai penduduk dari pelbagai kaum yang majoritinya merupakan kaum Bidayuh. 

Di antara tempat-tempat menarik yang mempunyai keindahan dan keunikan alam semulajadi yang tersendiri adalah Tasik Biru, Gua Batu Kapur (Fairy Cave), Gua Angin (Wind Cave) manakala Chatolic Mission Pilgrimage Centre Singai (CMPC), Bung Muan Heritage, Bung Bratak, Bung Jagoi dan Siniawan Bazaar memiliki sejarahnya yang tersendiri dan berpontensi menarik perhatian pelancong dan penyelidik dari dalam dan luar negara.

Tapi sayang.... cheteh tak sempat nak melawat semua sebab jadual kerja yang sangattttt ketat.... huhuhu (hanya sempat ke Tasik Biru sajaaa). Banyak kisah mengenai Tasik Biru yang cheteh dengar...mitos atau benar, tidak pasti...biarla menjadi sejarah@lagenda Tasik Biru.

Tamu Sarikin juga terletak berdekatan dengan sempadan Sarawak-Kalimantan Barat.... ini adalah tamu yang terbesar dan popular dikalangan penggemar membeli belah, pelbagai barangan ada di tamu ini dan harga yang amat berpatutan sebab murah. Sayang seribu kali sayang sebab tamu Sarikin ini pun cheteh tak sempat nak pergi......huwaaaaa

Jom layan foto-foto yang sempat di ambil....

Cantikkan view Tasik Biru...(ni view waktu petang)








Hotel baru di Daerah Bau....nyaman sekali




Image may contain: tree, sky, plant, outdoor and nature
pokok duriannn


Image may contain: indoor
satu-satunya masjid di Daerah Bau-Masjid Darul Iman (view ruangan solat wanita)

Alhamdulillah ....selesai tugasan di sini, selepas ini cheteh akan ke Daerah Simunjan. Selamat tinggal Bau yang penuh dengan sejarah. Okeh...kita jumpa di sana @Simunjan



#10 Ogos 2016

No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...