Tuesday 1 November 2016

Sarawak.... Singgah sebentar di Kuching (4)

Assalamualaikum sahabat...

Doa cheteh agar sahabat semua sihat sejahtera. Lambat benar nak abiskan entry 'Sarawak' nih.... kebelakangan ini kekangan tugas amat mencemburui sehinggakan terpaksa tinggalkan kekasih hati yang satu ni.....(eh eh eh.... da merepek la niii.... ok stress, tolong ketepi ya.......)

Sebelum balik sekejap ke Semenanjung, cheteh sempat singgah ke Kuching.... gigih nak dapatkan kek lapis sarawak & ikan terubuk masin.

Jom share sedikit info dan apa yang telah cheteh beli kat Bandar Kuching.

Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak, Bandar Kuching adalah ibu negeri Sarawak dan merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988, mempunyai keluasaan amat besar sehingga dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbirkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.

Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik di sini....tapi sayang cheteh tak sempat nak melawat....huhuhu

Malam tu dari Simunjan terus ke Kuching.... gara-gara nak dapatkan kek lapis. Hanya Kedai Kek Lapis Mira ja yang buka sampai 12 mlm.... yang lain-lain dah tutup operasinya. (Belasah ja laa.... hanya ni yang sempat)

Image may contain: night, sky and outdoor
Waterfront waktu malam


Image may contain: food

Image may contain: food
sesi merasa...
No automatic alt text available.
Madu Kemenyan ni sedap
No automatic alt text available.
untuk fans pokemon...
okeh....dapat juga tapau bawa balik semenanjung

Esoknya sempat singgah Kubah Ria & Pasar Satok sebelum flight kul 2pm.....



Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: sky and outdoor

No automatic alt text available.
Batik Sarawak ....sempat beli beberapa pasang

Image may contain: 1 person
sape nak beli terubuk masin....bole singgah sini, harga bole runding
okeh... misi selesai, terubuk sudah dibungkus

 


Image may contain: food
Laksa Sarawak RM5

Image may contain: sky and outdoor



Alhamdulillah..... akhirnya selamat sampai ke semenanjung, InsyaAllah ada rezeki cheteh datang lagi ke Kuching.... meowwww

#jangan lupa ikuti kisah seterusnya cheteh ke Miri, Limbang....


#13  Ogos 2016








No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...