Monday 23 May 2016

Dimanakah Akal, Maruah dan Iman Manusia (sehinggakan lebih hina dari.......)

Assalamualaikum sahabat....

Pagi yang mendung ini...sambil sedang membaca satu artikel yang memberi seribu makna bagi setiap pemikiran!...ini membuatkan cheteh mahu berkongsi isi kandungan artikel ini.....

Tragedi sadis yang berlaku kepada seorang gadis berusia 18 tahun, Enno Faridah dari Tenggerang, Indonesia yang ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati dengan sebilah cangkul menusuk dalam kemaluannya sehingga ke paru-paru, adalah satu peristiwa yang begitu kejam dan di luar norma manusia waras.

Sebagai seorang manusia normal dan wanita, begitu ngilu membayangkan bagaimana batang cangkul boleh ditusuk pada rahim seorang gadis yang menolak permintaan kekasihnya itu untuk melakukan hubungan seks.  

Akibat marah, selepas diperkosa bergilir dengan dua lagi rakan lelaki yang bersubahat dengannya, batang cangkul tersebut dimasukkan ke dalam rahim gadis malang itu sewaktu dia masih hidup!(mengikut laporan yang dilaporkan oleh Tribune News, minggu lalu).

Selepas berita sadis itu tersebar, terdapat sekelompok manusia yang akalnya tidak tahu diletakkan dimana....menggunakan objek cangkul sebagai satu 'ugutan' dan senda gurau untuk memikat wanita yang tidak melayan usikan mereka. Oh manusia...di manakah nilai sensitiviti dan akal waras anda???

#
Ironinya, sehari sebelum membaca berita kejam itu, saya menonton sebuah filem lama yang diterbitkan pada tahun 1996, A Time To Kill, dibintangi oleh Samuel L. Jackson, Matthew Mc Conaughey, Sandra Bullock dan Kevin Spacey, naskhah arahan Joel Shcumacher itu sebenarnya diadaptasi daripada novel berjudul sama, nukilan John Grisham. Filem merupakan naskhah pecah panggung saat ia ditayangkan dengan kutipan RM450 juta di seluruh dunia.

A Time To Kill mengisahkan tentang seorang kanak-kanak kulit hitam berusia 10 tahun, yang pulang daripada kedai runcit, diculik dua lelaki kulit putih yang dalam keadaan mabuk. Selepas diculik, anak itu dirogol dengan tragis secara bergilir sehingga rahimnya hancur dan perlu dibuang. Tidak cukup menculik dan merogol, si anak malang itu juga telah diperlakukan seperti sampah apabila dibaling dengan tin alkohol yang masih penuh, dikencingkan dan digantung di dahan pokok sebelum dibuang di tepi sungai.

Berasa kasihan dengan nasib anaknya, si bapa (Samuel L. Jackson) telah menembak mati dua perogol tersebut dalam mahkamah sebelum mereka dibicarakan, sekali gus membuat dia pula perlu disumbat ke penjara dan berhadapan pertuduhan mati kerana membunuh.

Plot cerita tersebut berkembang dengan beberapa konflik termasuk berhadapan sikap rasis apabila dia memilih seorang peguam kulit putih untuk mempertahankannya.

Saya menonton filem itu dengan emosi yang tertekan dan tidak stabil. Sesekali pada beberapa plot dan skrip yang dilontarkan.....saya menangis, termasuk pada akhirnya.....dia dibebaskan mahkamah daripada tuduhan membunuh selepas peguamnya menggunakan hujah akal dan 'mata hati', bukan hujah daripada sudut perundangan.

Kedua-dua kisah ini (satu realiti dan satu fiksyen) mempunyai inti yang sama iaitu rogol, jenayah yang sejak manusia wujud di muka bumi sehingga kiamat juga tidak pernah berpenghujung.

Hal ini sangat berkait rapat dengan manusia yang dibekalkan dengan akal, maruah dan iman. Melalui akal, manusia diberi pilihan untuk memilih hal yang waras atau sebaliknya. Maruah pula akan mendorong manusia berada dalam dua pilihan iaitu memilih mempertahankan maruah dengan cara di luar batasan atau sebaliknya.

Iman yang dibekalkan dalam diri setiap manusia pula akan menentukan sesuatu tindakan yang berlaku. Sekurang-kurangnya dengan tiga perkara asas ini, dapatlah kita mempertimbangkan tindakan baik dan buruk yang akan kita lakukan.  









#sumber
maliah surip
Komentar






2 comments:

  1. Kak teh....xboleh baca kes Eno ni.... terasa perit... ni dh bukan manusia ni... bila iman x dak depa boleh tertukar jd syaitan.... gamak sungguh buat mcm tu... kalau kak teh bca kes kat jepun Junko furuta... sama kes... cuma dia di dera 44 hari sebelum dia mnggal... sedih sangat... (T_T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sgt kejam, kes junko furuta pun sedih.....

      Delete

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...