Thursday 5 May 2016

Wanita Pohon Semalu....

Assalamualaikum sahabat....& Selamat menyambut hari Israk & Mikraj, 27 Rejab 1437 H...

Jommm kita share@ baca kisah wanita & pohon semalu...

Rumput semalu, adalah tumbuhan merayap yang melata ini boleh diibaratkan ada kaitan rapat dengan fitrah seorang wanita. Wanita dan sifat malu seharusnya sebati iaitu...selalu tunduk pandangannya, sentiasa menjaga maruah dan harga diri. Ada kisah Rasulullah s.a.w. bersama anakanda nya Sayidatina Fatimah r.a. tatkala mereka berdua sedang berjalan-jalan.  Setibanya mereka mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pokok semalu, lalu kakinya berdarah... dan rasa marah mula menerpa dalam diri Fatimah.

Dalam keadaan yang marah, Fatimah mempersoalkan kehadiran pokok semalu di situ kepada Rasulullah s.a.w. dan dengan tenang Rasulullah s.a.w. berkata kepada puteri kesayangannya itu...bahawa pokok semalu amat berkait rapat dengan sifat seorang wanita dan Allah telah menjadikan semua perkara dengan alasan nya yang kukuh. Firman Allah s.w.t., "Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia," (Ali Imran: 191)

Fatimah terkejut dan Rasulullah s.a.w. terus menyambung lagi kata-katanya bahawa sifat wanita ada pada pohon semalu itu. Malu adalah salah satu sifat mahmudah yang seharusnya ada dalam diri setiap insan terutamanya seorang wanita Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w...."Malu dan iman itu adalah teman seiring dan sejalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi." (Riwayat At-Tabarani: 8813)

Pokok Semalu ada empat perkara:-

Pertama: Ia akan menguncup apabila disentuh dan boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua: Pokok semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Justeru, wanita seharusnya tahu cara untuk mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita Muslim.

Ketiga: Tumbuhan merayap ini juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Jelas sekali wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah s.w.t.

Keempat: Semalu akan menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang dan ia menjelaskan maksud bahawa seorang wanita harus menjaga peribadinya dan pulang ke rumah apabila tiba waktu senja.

Jadikanlah kisah Fatimah ini sebagai teladan di dalam hidup, khususnya seorang wanita. Jagalah maruah dan peribadi... lebih manis jika diselitkan sedikit rasa malu dalam diri agar batasan perilaku lebih terjaga.....

Pohon Semalu

Semoga kisah ini menjadi teladan untuk diri cheteh sendiri & sahabat semua.....

"Bodoh Adalah Kunci Suksess....Belajar dari Kesilapan Dan Berusaha Tidak Mengulanginya...."


#AlIslam



No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...