Wednesday, 12 August 2015

Syawal ke 3 Dalam kenangan

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat sekalian.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri sahabat2 ku.....Maaf zahir & Batin, maaf ya, baru berkesempatan menulis di sini.... Padahal citer ni berlaku 3 Syawal yg lalu......(ermmm hari ni 26 Syawal....bole laaa....walaupun da ujung2)

Raya tahun ini cheteh sambut biasa jaa....apa yg cheteh nak share, pada tahun ini cheteh dapat berjumpa dgn cikgu & kawan2 masa skola rendah......Alhamdulillah berkat kegigihan beberapa org kawan yg sudah lama x bertemu sanggup turun dari serata negeri semata2 nk bertemu kawan2 zaman kanak2.....Seramai 11 org bekas pelajar SK Bagan Baru sessi 1981-1986 dapat berkumpul sambil mengenangkan nostalgia zaman kanak2 dan juga berhari raya.

Terima kasih yang amat bermakna kpd cikgu Shafeei Ahmad & isteri yg sanggup menjadikan kediaman mereka (Taman Permai, Selama) sebagai tempat persinggahan untuk kami bertemu. (cikgu....sedap makanannya). Bayangkan lah hampir 29 thn cheteh x ketemu dgn mereka.....perasaan gembira tu dapat menampung kesedihan hati (walaupun tidak sepenuhnya, sbb pernah rasa dibuang oleh seorang sahabat....)

Budi baik cikgu yg x jemu2 mendidik & mengajar kami mmg tidak ternilai dgn wang ringgit sebagai ganti....budi baik cikgu akan dibawa keakhir hayat.....(Doa cheteh, agar cikgu diberi kesihatan yg baik & sentiasa berada dlm kegembiraan bersama kuarga tersayang...aamiin)

Terima kasih juga buat sahabat ku Ijan, budi baik ijan x kan ku lupakan sbb sanggup teman dan bawa pusing beraya separuh kg utk ketemu kwn2 yg lain ......syukrannn. (sayang ijan)


my bff....ijan


tis one oso mybff.... ella

bersama cikgu Shafeei

melawat normah di kediamannya

ni la kami 11 org yg dpt berkumpul di kediaman cikgu & isterinya....inshaAllah nx time kita plan lain


 Alhamdulillah.....jauh perjalanan luas pandangan. Sahabat...walaupun di mana kamu berada, doaku sentiasa mengiringi, semoga bahagia sentiasa....aamiin. Salam sayang utk sahabat semua...muahhh


# siapa yang ingin bersama kita pada saat tiada satu pun yang dapat kita berikan??...hanya sahabat sejati sahaja yg sanggup! sanggup utk segalanya walaupun berulang kali



Tuesday, 11 August 2015

Manek Urai.... Sentuhan Kasih AidilFitri


Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua....

Lama rasanya tidak menulis di sini, seminggu dua ni agak bz sedikit.....Kali ni cheteh nak share program berkaitan sambutan majlis Sentuhan Aidilfitri di @Manek Urai, Kelantan. Dgn kesihatan yg baik dapat join jd sukarelawan untuk ke sana, sebelum ni hanya membantu di belakang tabir jeeew, Alhamdulillah....

Sebenarnya ini adalah majlis yg dianjurkan oleh Kumpulan Utusan bagi meraikan sambutan lebaran dgn penduduk Kg Manek Urai....setelah hampir lapan bulan berlalu kejadian banjir kuning yg paling teruk dalam sejarah Malaysia. Hasil dari sumbangan org ramai & pembaca utusan maka terhasil la program ini. 

Kami berkumpul di tmpt kerja, sarapan dan mendengar taklimat pada hari Khamis, 6hb Ogos 2015...lebih kurang pukul 8.30am kami mula bertolak dgn menyewa sebuah bas seramai 36 orang. Ada juga yg bertolak dengan kereta sendiri.....Alhamdulillah perjalanan berjalan dgn lancar. (cheteh berasa teruja kerana sudah hampir 15 tahun tidak menjejak kaki di bumi Kelantan.....)




mkn tghari di perhentian Gua Musang, nasi putih, kerabu perut & ayam goreng

Cuaca hari ini memang cantik....... cuma sebelum smpai ke Perhentian Gua Musang (PGM) hujan turun dgn lebat, tapi hanya seketika sahaja.......Kami tiba di PGM lebih kurang dlm pukul 1 tghari....singgah mkn dulu di sini...


Selepas itu kami mula bergerak setelah sejam lebih berehat di PGM. Program pertama pergi melihat tapak majlis terlebih dahulu, dngr taklimat utk program keesokan harinya, kemudian baru bertolak balik ke hotel Damai, terletak di @Kuala Krai....(itu satu-satunya hotel yg ada paling dekat dgn tapak majlis....) 


Sekitar kawasan tapak majlis






Leganya dpt masuk bilik....mandi2, lepas tu aktiviti bebas.....haaa apa lagi mula la plan nk g Wakaf Che Yeh (WCY), bila semua team setuju kami pun set lepas dinner kita gerak ke WCY.....yehaaa (1st time ni ...tu sbb gigih ikut walaupun badan ni da minta tilam & bantal......) Lebih kurang 1jam setengah kami smpai ke WCY....kami diberi masa 1jam setengah jaaa utk jln2 or sopink....ok la kannnn. WCY ni mcm downtown kat KL...start happening kul 10mlm ke atas smpai la kul 2@3am.... Besar kawasannya, mcm2 ado, nak2 barang dari siam....hukkalloh, memang cun blakow barang2 dia, wpun duplicate...hega ok la, bole tahan tp kalau mu ghoyatt kelate sokmo....sure dpt murah....haaa giteww.


Cheteh beli apa??? Hurmmm x beli apa pun just layan kengkawan je.... pastu suka sgt tgok suasana diaorg meniaga...mmg happening siap dgn lagu2 loghat sana. Lepas da pusing2 kami pun balik spt yg dijanjikan.....haaa amekaw...dkt kul 1am lebih sikit, br smpai hotel...ngehngehngeh, okeh cuci muka pastu tido...ZZZzzzz


Sekitar Wakaf Che Yeh (WCY)






Hari ke 2



Alhamdulillah.....bangun, mandi & siap iron pakaian (sbb hari ni kena pakai baju raya utk majlis nnti....), lps tu turun hotel g kedai mkn sebelah sbb nk bekpes (rupanya hari Jumaat kat cni cuti....public holiday for Kelantan) patutnya kedai mkn ni pun tutup gak, tp sbb kat cni x dak kedai mkn lain maka tokeh ni buka sediakan bekpes semata-mata utk kami....antara menunya nasi dagang....sedappnyaaa nasik dagang dia (cheteh ni akan mkn nasik dagang yg betul2 dr kelantan or tengganu je.....so klu kt KL tu mmg reject la klu buat ala kadar jeee)

Lepas mkn....naik hotel tukar baju, pastu kami bergerak ke Manek Urai (tapak Majlis)....ok sampai dlm kul 11++ dngar taklimat, mkn dan mulakan tugas masing2....Majlis akan bermula 2.30pm....selepas solat Jumaat...

Alhamdulillah Majlis berjalan dgn lancar sehingga ke hujung acara...walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan dgn ujan yg turun, padang sedikit becak, majlis tetap berjalan dgn jayanya...

Di Majlis yg santai & penuh kekeluargaan ini selain dihidangkan dgn makanan, kami juga menjemput Sabri Yunus & Izzue Islam untuk memeriahkan majlis...Paling cheteh suka Dikir Barat, mmg superb......(cheteh suda jatuh cinta dgn dikir barat wehhh......ahaaaa)

Di Majlis ini Kumpulan Utusan menyampaikan sumbangan wang tunai kpd 7 buah sekolah di daerah Manek Urai yg terjejas teruk, duit raya kepada kanak2, org kurang upaya dan warga emas. Ternyata mereka amat gembira, jelas terpancar kegembiraan di wajah setiap insan yg ada di sini.....Alhamdulillah.

Menurut kata salah seorang penduduk, "bantuan yg diberikan ini seolah-olah memberi satu semangat baharu serta dorongan utk meneruskan kehidupan. Ini adalah kali pertama majlis yg besar ini diadakan di sini". "Sudah terlalu lama mereka menantikan majlis seumpama ini diadakan di kawasan mereka dan harapan itu telah menjadi kenyataan, mereka akan kenang budi baik kami, Sebelum ini Kumpulan Utusan ada datang bagi sumbangan beberapa bulan yg lalu, kali ini mereka dtg sekali lagi bg menyambut Syawal bersama kami"....(airmata ini bagaikan menunggu masa saja nk gugur....terharu!)

Kul  6++pm cheteh dan beberapa teman mula memikirkan bagaimana nk salin pakaian ni....badan da melekit nih.....Ahaaa, bagai pucuk dicita, ulam mendatang.....ada sorang makcik ni menjemput kami utk singgah mandi dan menyalin pakaian di umahnya, apa lagi bededai la kami ke umahnya. Baik betul org kampung ni siap anggap mcm anak lagi, sediakan kain batik utk mandi. Maka, mandilah cheteh dgn asyiknya sebab air kolahnya sejukkkk sgttt dan besarnya kolah dia (teruja betul, mcm nk berendam jeee....dats d real suasana kg, rasa cam x nak kuar dari situ......da selesai siap maka berangkat la kami....terima kasih makcik, budi baik x akan dilupakan, panjang umo kita jmpa lagi ya....bye


CFO, HOD & Saudara Sabri Yunus

bersama anakanak manek urai

our team

Misi berjaya

selfie dulu @gerai buah buahan

gerai buah buahan


izzue dgn gitarnya

tgh layan izzue perform

sebahagian dr gerai makanan

salah satu menunya.....mee & kuehtiow goreng abg sado (sbb...abg sado yg buat... ;p)

ketupat sambal....uniknya sbb serunding di dlm ketupat


suka anakanak dpt mkn aiskrim.....nestle bawa satu lori

beratur nk dptkan aiskrim
                                     
sempat record one of dikir barat.... 

 Hari Ke 3

Dipendekkan citer, akhirnya cheteh smpai kt KL kul 3am, Alhamdulillah, p kt parking amik keta, start enjin keta balik umah dgn perasaan yg sungguh terharu.... 


Dari Mata turun ke Hati...

di zahirkan pula di sini......

Apa yang boleh digambarkan, suasana fizikal di sini masih kelihatan seperti kampung tinggal. Berdekatan bangunan sekolah 4 tingkat (Sekolah kebangsaan Manek Urai) yg sehingga kini masih belum bole digunakan sepenuhnya, masih terdapat sebuah almari kayu tersangkut di pokok kesan banjir kuning dulu....


Rumah2 masih ada yg bersalut lumpur, yg tinggal rangka, yg tinggal tapak sahaja (penduduknya mungkin masih di rumah tansit @ menumpang dirumah saudara mara yg lain, ada yg masih dlm proses pembinaan dan membaik pulih. Masih terdapat rumah2 yg berdindingkan zink dan tiada elektik. Tidak kurang juga ada yg masih tinggal di dalam khemah sementara menunggu wang yg cukup untuk membina semula rumah mereka. 


Walaupun serba kekurangan, kehilangan harta benda, kehilangan org tersayang.....tetapi meraka tetap tabah mengharungi apa yg telah terjadi, kental menghadapi hari2 yg mendatang, betapa mereka amat reda dan pasrah, bagi mereka ini hanyalah dugaan kecil sahaja..... dari Allah, sedangkan selama ini telah bnyk kesenangan dan kemewahan yg telah Allah bagi pada mereka....apa salahnya....sikit ja ni....bersyukurla dgn apa yg terjadi, dugaan kecil ja ni.....Allahuakbar, bergenang air mata bila mendengar kata2 mereka....sebak!











Terima kasih dr hati yg paling dalam.......sesungguhnya apabila kita melihat bintang dilangit jgn sekali-kali lupa rumput di bumi, di mana kita berpijak...........byee



Monday, 3 August 2015

Suatu Pernah@Fynn Jamal

Assalamualaikum sahabat semua....lama rasanya x masuk "wall" ni, banyak sangat perkara yang nk diuruskan huhuhu....(x pela....mencelah sekejap..) pagi tadi dngr fynn jamal tgh pomot lagu dr album nya....
Apa yang pasti unik si fynn jamal ni, lagu-lagunya penuh simbolik....penuh dgn makna yang tersirat....cheteh suka jugak dngr lagu2nya, first time dngr lagu Arjuna Beta.....penuh dengan kenangan....
okeh sahabat semua....haaa ni ada lagi satu lagu yg cheteh rasa keunikannya, yang penuh makna...ermmm
Lagu "Suatu Pernah"
Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual
Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah- tak pernah
Dikutipku bila sudi
Di bila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan
Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu
Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah
Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah
Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa, tetap kau terbang
Takkan ku pujuk kau jangan pergi
Takkan ku minta kau fikir lagi
Takkan ku paksa renung semula
Takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput di dada
Takkan ku rebah
Takkan ku goyah
Takkan ku biar tubuh didarah
Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah
Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang cuma pernah
Suatu yang– pernah
Sahabat2 juga bole la klu nk join layan showcase fynn jamal@16August2015, Puisi Tepi Jalan The Album@Kuala Lumpur Performing Arts Centre (pentas 2). Hega tiket (klu beli awaiii) RM53 jee tp klu hega biasa RM63....jommmm
Suka sangat dengan bait2 kata fynn jamal....antaranya: 
"Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. Aku cuma ada aku sebagai bukti.

Byeee


Monday, 13 July 2015

Bubur Lambuk

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua....

Alhamdulillah hari ni da hari yang ke 26 Ramadhan.....ermmm, da mood raya dah nie.....(tetiba rindunya beraya di zaman kanak-kanak....rindu sangat-sangat pada arwah atok, wan & opah...huhuhuhu.....Alfatihah untuk mereka)

Hari ni kat tempat kerja cheteh ada program buat bubur lambuk minggu akhir ...... memang da jadi tradisi #UMMB buat program bubur lambuk setiap minggu sempena Ramadhan Al-Mubarak untuk setiap tahun....Tapi kali ni lain sikit buburnya, lain sikit dari mingu-minggu yg sebelum nih, nak tau sebab apa....sebabnya istimewa sponser by #Adabi #FeldaTrading & #MalinjaRiceSdnBhd ........ahaaa......Jom kita share resepinya.... (Tapi ni utk satu periuk je tau......)


Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras
  • 100g daging lembu (nak tuko udang ke ayam ke pun bole....)
  • 2 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1 inci halia - hiris nipis
  • 2 batang serai - racik halus @ blend
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1 bungkus sup tulang adabi
  • 1 sudu serbuk kurma (kalau tak nak pun x pe....ikut suka hati masing-masing....)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1 cawan santan kelapa
  • 1 sudu udang kering
  • sedikit lada hitam
  • sedikit garam halus - secukup rasa (agak-agak laaa yaaa...)
  • sedikit daun kari
  • air secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis


Bahan untuk hiasan:

  • daun bawang & daun sup - hiris nipis
  • bawang goreng


Cara memasak:

  • Masak@Didih beras hingga lembut & kembang
  • Tumis bawang merah, bawang putih, serai, daun kari & halia hingga naik bau
  • Kemudian masukkan daging, sup tulang, rempah kurma, jintan manis, halba, lada hitam dan daun pandan....kacau kesemuanya hingga sebati
  • Masukkan air & udang kering, biarkan sebati & mendididih, kemudian masukkan garam
  • Kemudian masukkan ke dalam beras yang sudah lembut & kembang tadi, kemudian masukkan santan
  • Kacau kesemuanya .....biarkan mendidihkan sekejap....agak-agak da kembang & sebati ...tutup api dan hias dgn daun bawang, sup & bawang goreng....


Okei...selamat mencuba ya....klu rasa nk pedas, letak sedikit serbuk lada....



wakil adabi

susun-susun dulu sebelum diagihkan

siap untuk diedarkan....

haaaa.....da siapp, nyumnyum





Denggi vs Pengat Durian

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat.....

Seminggu dua ni....betul-betul terasa kengkangan masa, agak kurang teratur sedikit& kurang tido, badan da minta spa niiii....huhuhu. Hari ni baru berpeluang nak citer kisah anak cheteh kena denggi 2 minggu lepas.....tapi dalam masa tu cheteh sibuk nak buat pengat durian (bubur durian)....maklumla first time buat....excited la kannnn....

Hari Sabtu (4 july...) mmg da set nak buat pengat durian utk berbuka petang tu sebab da beli durian 2 hari sebelum tuuu.....asalnya beli untuk makan jeee..... Tapi inilah akibatnya bila beli tak henggat dunia, sampai berlebih-lebih.....(durian kampung....isi memang cun & mabelesss). Bulan puasa....setakat mana la bole makan kannnn.... Kalau durian ni disimpan lama...sure isi dia da tak fresh. So, yang lebih tu teringin la nk buat pengat durian (makan ngan roti or pulut pun best nih....) Kalau sahabat nak tau cheteh ni mmg 'hantu durian'....haaa tau je la....

Pagi-pagi da sediakan bahan-bahan nak buat pengat....Dalam sibuk nak buat pengat si angah ni minta bawa gi klinik, katanya tak sihat. Memang 2@3 hari sebelum ni memang nampak dia x sihat...demam pulak on off...kelmarin da gi klinik tapi masih tak baik-baik. Dalam hati pun da nampak dia letih semacam, so bawa sekali lagi gi klinik family yang cheteh da biasa tuu....Bila sampai kat klinik, doc pun cek....katanya dehydrated nih...lps tu bacaan cell darah putih tinggi, demam viral nih....pastu doc x puas hati, buat test denggi lak...sebabnya kat kawasan kajang denggi mmg tengah menggila sekarang ni....lepas 15 minit dapat result.....haaaa memang positive denggi, so doc suggest buat full test denggi....tp dalam masa tu angah memang kena drip air sebab badan dia da lembik....

Last-last minta reference letter rujuk Kpj......apa lagi maka bergegas la ke Kpj lakk, tapi dalam masa tu dok teringat pengat durian kat rumah.....haishhhh

Sampai Kpj terus ke A&E.....doc pun ceklaaaa....doc pun kata demam viral ni...suhu 40c, dehydrate nihhh....kena warded, tapi doc tak tau yang angah ni da positive denggi (sebab dia tak baca pun surat doc yang cheteh bawa.....huhh) lepas cheteh terangkan baru la nak tengok, pastu amik darah buat full blood test.....haaa, habis satu part .... tangan angah pun da di drip kan....so dok atas wheelchair tunggu nak masuk ward jeee. (kebetulan ward penuh...so tunggula org discharge....)

Jam da kul 2 lebihh.....ermmm dalam hati dok berkata-kata, bila nak siap niii.....tunggu lagi....solat la dulu.....pastu, tunggu punya tunggu ...jam da kul 5 lebih, aiiii....tak bole jadi ni, kena balik umah sebab sikecik & si abang tinggal kt umah, apa la citer 2 beradik tu....Sorry ya angah, mama terpaksa tinggalkan angah kt A&E, mama balik dulu ya....
angah tengah tunggu nak masuk ward

Sampai umah terus siap-siapkan buat pengat durian, alhamdulillah jadi juga pengat durian cheteh....(siap bagi jiran, tapaukan untuk mak, adik & angah)....rupanya senang je buat pengat durian ni....oic....

Bahan-bahannya:

  • Sebiji durian (yg besar ya....make sure isi cantikkk)
  • 1 kotak santan
  • 1 cawan air
  • 5-10 sudu besar gula (ikut suka tahap kemanisan masing-masing ya)
  • sehelai daun pandan
  • sedikit garam


Cara-caranya:

  • Masukkan ulas durian ke dalam periuk bersama santan & air (asingkan sedikit santan untuk dimasukkan untuk step terakhir bila pengat dah mendidih) Sebabnya tak nak pecah minyak dan pengat tu nampak cantikk......rasa pun lagi sedap (tips dr orang tua dulu-dulu ;p)
  • Kemudian masukkan gula & garam ....kacau sebati
  • Masukkan daun pandan...biarkan durian tu mendidih & empuk 


Cheteh suka pengat durian yang pekat-pekat ya....kalau sahabat tak suka pekat bole lah tambah air lagi.....

Ok...habis part pengat durian....lepas berbuka dalam lebih kurang kul 8 mlm cheteh pun pergi Kpj nak tengok angah .....apalaaa citernya....(oh lupa ....dlm kul 6 lebih angah ada text yang dia da masuk ward...Alhamdulillah....)

Hari Ahad platelet darah angah jatuh lagi....cell darah putih still tinggi...Apa lagi cheteh siap cari jus betik bagi minum (berbotol-botol jugak laaa)...air kelapa...sup ketam...(apa lagi...semua yang berkaitan bole sembuhkan denggi gigih mencarinya.....) Lama juga la angah kt Kpj....hampir seminggu. Hari-hari kena amik darah dan hari hari juga dia text cheteh cakap nak balikkk....amikla angah balikk....tak nak dok spital.....hhuhuhuh. Sabar je laaaa....nak buat camne, mama x bole nak teman lama-lama nak kena pi opis....puas di pujuk-pujuk akhirnya deal dengan angah setiap kali berbuka pose mesti dengan dia, ok la....mama setuju, haiiii anakku....
haii anakku...tau boring, sabar ya

ni la jus betik....mmg bagus minum utk pengidap denggi

hari-hari tapau air kelapa & makanan utk berbuka pose dgn angah

Di pendekkan citer akhirnya angah leh kuar walaupun platelet dia 147 (sepatutnya 150-200, doc cakap baru leh kuar....) sebab doc kesian...(lagi pun demam da ok da tak tinggi), tau angah bored.....tp lagi 2 hari sebelum raya kena follow up jumpa doc & amik darah.....

Anyways tq to doc & all nurses @Kpj Kajang kerana melayan angah dengan baik.....Alhamdulillah


#rupanya simpton denggi ni pelikkan....tak lalu makan & minum, sengal-sengal (lenguh) badan, resah gelisah (nak marahhh jeee), berpeluh.....alahai denggi

Wednesday, 8 July 2015

Memilih Kebaya Yang Sesuai



Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat.....

Raya dah tak lama lagi...hanya tinggal beberapa hari jeee. Errmmm da buat baju raya da ke?....tempah ke beli?.....tak kisah la kan ...tempah ke...beli ke....janji da berkenan, dari mata turun kehati.

Kali ni cheteh nak share acaner nak pilih baju kebaya yang sesuai dengan diri kita....(baju kebaya je tau....)

Kebaya merupakan antara busana tradisional yang sering menjadi pilihan wanita setiap kali tiba Syawal (Majlis-majlis pun ada juga....)....Errmmm....tapi tak semua orang sesuai menggayakannya, bagi yang tinggi lampai (yang slim melim memang sah-sah la cun  kalau pakai kebaya...) tapikan....tapi.... jgn gusar, mari kita baca tip-tip penting untuk memilih kebaya yang sesuai dengan bentuk tubuh kita......Jomm baca..... sahabat sesuai yang bagaimana agaknya :)

JAM PASIR

Memiliki tubuh yang diumpamakan seperti jam pasir atau gitar dianggap ukuran paling ideal bagi seseorang wanita....pemilik tubuh ini memiliki lebar bahu yang sama dengan lebar pinggul serta ukuran pinggang yang kecil. Untuk itu, sahabat bebas menyarungkan apa sahaja model kebaya yang diinginkan ....cuma, jika ingin menonjolkan bahagian atas tubuh, sahabat boleh memilih kebaya yang berwarna cerah untuk merealisasikan cita rasa masing-masing.

BUAH PIR

Hindarkan pemilihan kebaya panjang@labuh, yang menutup bahagian pinggul. Kebaya labuh yang menutupi pinggul hanya akan membuat pinggul sahabat kelihatan lebih besar serta menonjol....auwww (so sapa pinggul lebar...hati-hati ya...) Wanita yang memiliki bentuk tubuh seperti ini mempunyai bahagian bawah yang lebih besar dibandingkan dengan bahagian atas. Jika inginkan jugak kebaya labuh, pastikan belakangnya sediki terbuka.....so yang sesuai pendekkan sikit kelabuhan baju tu, cukup aras menutupi pinggul.....

LURUS

Pemilik tubuh lurus sesuai dengan leher tertutup seperti stand collar mahupun turtleneck (macam cekak musang). Jika ingin menyarungkan kebaya klasik, pilih potongan lingkar lengan yang lebih longgar. Perlu diambil perhatian bahawa potongan tubuh seperti ini memiliki kekurangan di bahagian pinggang. Tonjolkan bahagian pinggang, untuk mempamerkan ilusi lebih ramping, lengkapkan penampilan anda dengan korset.

BUAH EPAL

Bagi yang bertubuh seperti buah epal...mempunyai ukuran bahu yang lebih lebar jika dibandingkan dengan bahagian bawah. Pemilik tubuh epal sememangnya akan lebih menonjol jika memilih kebaya potongan klasik. Selain itu, agar tubuh terlihat lebih seimbang, pemilihan kebaya labuh adalah pemilihan yang terbaik. Kebaya dengan leher potongan diamond amat sesuai dengan tubuh bentuk epal nih....


WARNA KULIT

Setelah mendapatkan potongan kebaya yang sesuai dengan bentuk tubuh, sahabat harus menitik beratkan warna pula...haaa, jika pemilihan baju sesuai dengan warna kulit, maka kulit akan kelihatan lebih cerah dan cantikk. Andai sebaliknya, kita mesti terlihat kusam dan tidak menonjol! Bagi yang mempunyai kulit agak gelap, pilih warna yang terang dan cerah seperti warna biru, putih, pink dan sebagainya. Jika berkulit cerah pula, pilihan lebih luas dari kategori warna lembut hingga warna garang@terang....

So apa lagi, bagi sahabat yang suka kebaya ayuhhh kita pakai kebaya di hari lebaran nanti, yang belum ada tu...bole la try....mane tau, entah-entah lebih suwweett lagi gitewww




sumber: vemale

Wednesday, 1 July 2015

Rawat Mata Sembab Dengan Cara Yang Mudah

Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat sekalian....

Alhamdulillah dah hari ke 14 kita berpuasa pada tahun ini (14 Ramadan 1436). Acaner, mesti da buat persiapan untuk hari lebaran.....(Cheteh...satu menda pun x buat apa-apa pun lagi, pergi keja...balik keja, persiapan anak-anak pun lom buat......tak pe, masih lagi ada 2 minggu, memang tiap-tiap tahun last minute baru terkocoh-kocoh sediakan semuanya.....hewhewhew...)

Ok....hari ni nak bagi tip sikit, bagaimana nak rawat mata yang sembab. Sebab apa tajuk ni....sebab mata cheteh selalu sembab.....pastu che teh pun cari kaedahnya, ....so cheteh share kat sini ya....

Saat kita bangun di pagi hari, pasti mata kita sembabkan (mata cheteh la.....mata sahabat-sahabat tak tau la macam mne ya....). Mata yg sembab adalah disebabkan oleh pelbagai sebab, sama ada disebabkan bangun pagi, kurang tido, disengat haiwan ataupun menangis....huhuhuhu

Jika ingin mengatasinya agar kembali normal, kita bole merawatnya sendiri di rumah dgn kaedahyg paling mudah dan selamat. Lebih menarik lagi kita hanya perlu menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur kita......sepeti:-

TIMUN
Mata yang penat dan sembab bole diatasi dengan mengisar timun. Mesti ramai yang tahukannnn timun merupakan bahan semula jadi yang mampu merawat lingkaran gelap di bawah mata sehinggalah kepada mata yang bengkak kerana ianya kaya dengan kandungan air, menyejukkan dan bersifat anti keradangan.

Image result for uncang teh
KANTUNG TEH
Haaaa....sapa-sapa yang suka minum teh, uncangnya jangan dibuang yaa....ianya amat berguna kerana boleh mengatasi lingkaran gelap di bawah mata, mengatasi mata bengkak. Sama ada menggunakan kantung teh hijau @ teh hitam, kedua-duanya mengandungi anti-oksidan dan bioflavonoid yang membantu meredakan bengkak. Basahkan sedikit uncang teh tu....pastu tepek(letak) kat bawah mata yang bengkak tu ya....





JUS EPAL
Epal juga kaya dengan vitamin dan air yang sangat baik bagi mengatasi mata bengkak. sejukkan jus epal, celup kapas dlm jus...pastu tepek(letak) kat bawah mata. Ulangi beberapa kali....jus epal juga mampu membuatkan otot mata kita lebih rileks.




KENTANG
Sama seperti mengatasi mata yang letih, kentang merupakan salah satu bahan semula jadi yang efektif bagi meredakan bengkak pada mata kerana kentang memberi kelembapan dan mendinginkan bahagian mata yang sembab.




STRAWBERI
Potong nipis-nipis strawberi dan masukkan ke dalam peti ais. Kandungan vitamin A dan C yang dimiliki buah strawberi berperanan sebagai antioksidan yang membantu mengatasi bengkak pada mata. Strawberi juga dapat membuatkan mata kita segar dan bersinar....






Jadi, jangan gusar ya...jika mata kita bengkak@sembab selepas bangun dari tidur kerana tips ini membantu sahabat semua mendapatkan mata yang normal dan menawan hasil manfaat bahan-bahan semulajadi ini....cuba lah ya, mana tau kot-kot sesuai, tak cuba tak tau kan....

Salam sayang dari cheteh....muahh.

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...