Wednesday 1 July 2015

Rawat Mata Sembab Dengan Cara Yang Mudah

Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat sekalian....

Alhamdulillah dah hari ke 14 kita berpuasa pada tahun ini (14 Ramadan 1436). Acaner, mesti da buat persiapan untuk hari lebaran.....(Cheteh...satu menda pun x buat apa-apa pun lagi, pergi keja...balik keja, persiapan anak-anak pun lom buat......tak pe, masih lagi ada 2 minggu, memang tiap-tiap tahun last minute baru terkocoh-kocoh sediakan semuanya.....hewhewhew...)

Ok....hari ni nak bagi tip sikit, bagaimana nak rawat mata yang sembab. Sebab apa tajuk ni....sebab mata cheteh selalu sembab.....pastu che teh pun cari kaedahnya, ....so cheteh share kat sini ya....

Saat kita bangun di pagi hari, pasti mata kita sembabkan (mata cheteh la.....mata sahabat-sahabat tak tau la macam mne ya....). Mata yg sembab adalah disebabkan oleh pelbagai sebab, sama ada disebabkan bangun pagi, kurang tido, disengat haiwan ataupun menangis....huhuhuhu

Jika ingin mengatasinya agar kembali normal, kita bole merawatnya sendiri di rumah dgn kaedahyg paling mudah dan selamat. Lebih menarik lagi kita hanya perlu menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur kita......sepeti:-

TIMUN
Mata yang penat dan sembab bole diatasi dengan mengisar timun. Mesti ramai yang tahukannnn timun merupakan bahan semula jadi yang mampu merawat lingkaran gelap di bawah mata sehinggalah kepada mata yang bengkak kerana ianya kaya dengan kandungan air, menyejukkan dan bersifat anti keradangan.

Image result for uncang teh
KANTUNG TEH
Haaaa....sapa-sapa yang suka minum teh, uncangnya jangan dibuang yaa....ianya amat berguna kerana boleh mengatasi lingkaran gelap di bawah mata, mengatasi mata bengkak. Sama ada menggunakan kantung teh hijau @ teh hitam, kedua-duanya mengandungi anti-oksidan dan bioflavonoid yang membantu meredakan bengkak. Basahkan sedikit uncang teh tu....pastu tepek(letak) kat bawah mata yang bengkak tu ya....





JUS EPAL
Epal juga kaya dengan vitamin dan air yang sangat baik bagi mengatasi mata bengkak. sejukkan jus epal, celup kapas dlm jus...pastu tepek(letak) kat bawah mata. Ulangi beberapa kali....jus epal juga mampu membuatkan otot mata kita lebih rileks.




KENTANG
Sama seperti mengatasi mata yang letih, kentang merupakan salah satu bahan semula jadi yang efektif bagi meredakan bengkak pada mata kerana kentang memberi kelembapan dan mendinginkan bahagian mata yang sembab.




STRAWBERI
Potong nipis-nipis strawberi dan masukkan ke dalam peti ais. Kandungan vitamin A dan C yang dimiliki buah strawberi berperanan sebagai antioksidan yang membantu mengatasi bengkak pada mata. Strawberi juga dapat membuatkan mata kita segar dan bersinar....






Jadi, jangan gusar ya...jika mata kita bengkak@sembab selepas bangun dari tidur kerana tips ini membantu sahabat semua mendapatkan mata yang normal dan menawan hasil manfaat bahan-bahan semulajadi ini....cuba lah ya, mana tau kot-kot sesuai, tak cuba tak tau kan....

Salam sayang dari cheteh....muahh.

No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...