Tuesday 11 August 2015

Manek Urai.... Sentuhan Kasih AidilFitri


Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua....

Lama rasanya tidak menulis di sini, seminggu dua ni agak bz sedikit.....Kali ni cheteh nak share program berkaitan sambutan majlis Sentuhan Aidilfitri di @Manek Urai, Kelantan. Dgn kesihatan yg baik dapat join jd sukarelawan untuk ke sana, sebelum ni hanya membantu di belakang tabir jeeew, Alhamdulillah....

Sebenarnya ini adalah majlis yg dianjurkan oleh Kumpulan Utusan bagi meraikan sambutan lebaran dgn penduduk Kg Manek Urai....setelah hampir lapan bulan berlalu kejadian banjir kuning yg paling teruk dalam sejarah Malaysia. Hasil dari sumbangan org ramai & pembaca utusan maka terhasil la program ini. 

Kami berkumpul di tmpt kerja, sarapan dan mendengar taklimat pada hari Khamis, 6hb Ogos 2015...lebih kurang pukul 8.30am kami mula bertolak dgn menyewa sebuah bas seramai 36 orang. Ada juga yg bertolak dengan kereta sendiri.....Alhamdulillah perjalanan berjalan dgn lancar. (cheteh berasa teruja kerana sudah hampir 15 tahun tidak menjejak kaki di bumi Kelantan.....)




mkn tghari di perhentian Gua Musang, nasi putih, kerabu perut & ayam goreng

Cuaca hari ini memang cantik....... cuma sebelum smpai ke Perhentian Gua Musang (PGM) hujan turun dgn lebat, tapi hanya seketika sahaja.......Kami tiba di PGM lebih kurang dlm pukul 1 tghari....singgah mkn dulu di sini...


Selepas itu kami mula bergerak setelah sejam lebih berehat di PGM. Program pertama pergi melihat tapak majlis terlebih dahulu, dngr taklimat utk program keesokan harinya, kemudian baru bertolak balik ke hotel Damai, terletak di @Kuala Krai....(itu satu-satunya hotel yg ada paling dekat dgn tapak majlis....) 


Sekitar kawasan tapak majlis






Leganya dpt masuk bilik....mandi2, lepas tu aktiviti bebas.....haaa apa lagi mula la plan nk g Wakaf Che Yeh (WCY), bila semua team setuju kami pun set lepas dinner kita gerak ke WCY.....yehaaa (1st time ni ...tu sbb gigih ikut walaupun badan ni da minta tilam & bantal......) Lebih kurang 1jam setengah kami smpai ke WCY....kami diberi masa 1jam setengah jaaa utk jln2 or sopink....ok la kannnn. WCY ni mcm downtown kat KL...start happening kul 10mlm ke atas smpai la kul 2@3am.... Besar kawasannya, mcm2 ado, nak2 barang dari siam....hukkalloh, memang cun blakow barang2 dia, wpun duplicate...hega ok la, bole tahan tp kalau mu ghoyatt kelate sokmo....sure dpt murah....haaa giteww.


Cheteh beli apa??? Hurmmm x beli apa pun just layan kengkawan je.... pastu suka sgt tgok suasana diaorg meniaga...mmg happening siap dgn lagu2 loghat sana. Lepas da pusing2 kami pun balik spt yg dijanjikan.....haaa amekaw...dkt kul 1am lebih sikit, br smpai hotel...ngehngehngeh, okeh cuci muka pastu tido...ZZZzzzz


Sekitar Wakaf Che Yeh (WCY)






Hari ke 2



Alhamdulillah.....bangun, mandi & siap iron pakaian (sbb hari ni kena pakai baju raya utk majlis nnti....), lps tu turun hotel g kedai mkn sebelah sbb nk bekpes (rupanya hari Jumaat kat cni cuti....public holiday for Kelantan) patutnya kedai mkn ni pun tutup gak, tp sbb kat cni x dak kedai mkn lain maka tokeh ni buka sediakan bekpes semata-mata utk kami....antara menunya nasi dagang....sedappnyaaa nasik dagang dia (cheteh ni akan mkn nasik dagang yg betul2 dr kelantan or tengganu je.....so klu kt KL tu mmg reject la klu buat ala kadar jeee)

Lepas mkn....naik hotel tukar baju, pastu kami bergerak ke Manek Urai (tapak Majlis)....ok sampai dlm kul 11++ dngar taklimat, mkn dan mulakan tugas masing2....Majlis akan bermula 2.30pm....selepas solat Jumaat...

Alhamdulillah Majlis berjalan dgn lancar sehingga ke hujung acara...walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan dgn ujan yg turun, padang sedikit becak, majlis tetap berjalan dgn jayanya...

Di Majlis yg santai & penuh kekeluargaan ini selain dihidangkan dgn makanan, kami juga menjemput Sabri Yunus & Izzue Islam untuk memeriahkan majlis...Paling cheteh suka Dikir Barat, mmg superb......(cheteh suda jatuh cinta dgn dikir barat wehhh......ahaaaa)

Di Majlis ini Kumpulan Utusan menyampaikan sumbangan wang tunai kpd 7 buah sekolah di daerah Manek Urai yg terjejas teruk, duit raya kepada kanak2, org kurang upaya dan warga emas. Ternyata mereka amat gembira, jelas terpancar kegembiraan di wajah setiap insan yg ada di sini.....Alhamdulillah.

Menurut kata salah seorang penduduk, "bantuan yg diberikan ini seolah-olah memberi satu semangat baharu serta dorongan utk meneruskan kehidupan. Ini adalah kali pertama majlis yg besar ini diadakan di sini". "Sudah terlalu lama mereka menantikan majlis seumpama ini diadakan di kawasan mereka dan harapan itu telah menjadi kenyataan, mereka akan kenang budi baik kami, Sebelum ini Kumpulan Utusan ada datang bagi sumbangan beberapa bulan yg lalu, kali ini mereka dtg sekali lagi bg menyambut Syawal bersama kami"....(airmata ini bagaikan menunggu masa saja nk gugur....terharu!)

Kul  6++pm cheteh dan beberapa teman mula memikirkan bagaimana nk salin pakaian ni....badan da melekit nih.....Ahaaa, bagai pucuk dicita, ulam mendatang.....ada sorang makcik ni menjemput kami utk singgah mandi dan menyalin pakaian di umahnya, apa lagi bededai la kami ke umahnya. Baik betul org kampung ni siap anggap mcm anak lagi, sediakan kain batik utk mandi. Maka, mandilah cheteh dgn asyiknya sebab air kolahnya sejukkkk sgttt dan besarnya kolah dia (teruja betul, mcm nk berendam jeee....dats d real suasana kg, rasa cam x nak kuar dari situ......da selesai siap maka berangkat la kami....terima kasih makcik, budi baik x akan dilupakan, panjang umo kita jmpa lagi ya....bye


CFO, HOD & Saudara Sabri Yunus

bersama anakanak manek urai

our team

Misi berjaya

selfie dulu @gerai buah buahan

gerai buah buahan


izzue dgn gitarnya

tgh layan izzue perform

sebahagian dr gerai makanan

salah satu menunya.....mee & kuehtiow goreng abg sado (sbb...abg sado yg buat... ;p)

ketupat sambal....uniknya sbb serunding di dlm ketupat


suka anakanak dpt mkn aiskrim.....nestle bawa satu lori

beratur nk dptkan aiskrim
                                     
sempat record one of dikir barat.... 

 Hari Ke 3

Dipendekkan citer, akhirnya cheteh smpai kt KL kul 3am, Alhamdulillah, p kt parking amik keta, start enjin keta balik umah dgn perasaan yg sungguh terharu.... 


Dari Mata turun ke Hati...

di zahirkan pula di sini......

Apa yang boleh digambarkan, suasana fizikal di sini masih kelihatan seperti kampung tinggal. Berdekatan bangunan sekolah 4 tingkat (Sekolah kebangsaan Manek Urai) yg sehingga kini masih belum bole digunakan sepenuhnya, masih terdapat sebuah almari kayu tersangkut di pokok kesan banjir kuning dulu....


Rumah2 masih ada yg bersalut lumpur, yg tinggal rangka, yg tinggal tapak sahaja (penduduknya mungkin masih di rumah tansit @ menumpang dirumah saudara mara yg lain, ada yg masih dlm proses pembinaan dan membaik pulih. Masih terdapat rumah2 yg berdindingkan zink dan tiada elektik. Tidak kurang juga ada yg masih tinggal di dalam khemah sementara menunggu wang yg cukup untuk membina semula rumah mereka. 


Walaupun serba kekurangan, kehilangan harta benda, kehilangan org tersayang.....tetapi meraka tetap tabah mengharungi apa yg telah terjadi, kental menghadapi hari2 yg mendatang, betapa mereka amat reda dan pasrah, bagi mereka ini hanyalah dugaan kecil sahaja..... dari Allah, sedangkan selama ini telah bnyk kesenangan dan kemewahan yg telah Allah bagi pada mereka....apa salahnya....sikit ja ni....bersyukurla dgn apa yg terjadi, dugaan kecil ja ni.....Allahuakbar, bergenang air mata bila mendengar kata2 mereka....sebak!











Terima kasih dr hati yg paling dalam.......sesungguhnya apabila kita melihat bintang dilangit jgn sekali-kali lupa rumput di bumi, di mana kita berpijak...........byee



No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...