Wednesday, 8 July 2015

Memilih Kebaya Yang Sesuai



Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat.....

Raya dah tak lama lagi...hanya tinggal beberapa hari jeee. Errmmm da buat baju raya da ke?....tempah ke beli?.....tak kisah la kan ...tempah ke...beli ke....janji da berkenan, dari mata turun kehati.

Kali ni cheteh nak share acaner nak pilih baju kebaya yang sesuai dengan diri kita....(baju kebaya je tau....)

Kebaya merupakan antara busana tradisional yang sering menjadi pilihan wanita setiap kali tiba Syawal (Majlis-majlis pun ada juga....)....Errmmm....tapi tak semua orang sesuai menggayakannya, bagi yang tinggi lampai (yang slim melim memang sah-sah la cun  kalau pakai kebaya...) tapikan....tapi.... jgn gusar, mari kita baca tip-tip penting untuk memilih kebaya yang sesuai dengan bentuk tubuh kita......Jomm baca..... sahabat sesuai yang bagaimana agaknya :)

JAM PASIR

Memiliki tubuh yang diumpamakan seperti jam pasir atau gitar dianggap ukuran paling ideal bagi seseorang wanita....pemilik tubuh ini memiliki lebar bahu yang sama dengan lebar pinggul serta ukuran pinggang yang kecil. Untuk itu, sahabat bebas menyarungkan apa sahaja model kebaya yang diinginkan ....cuma, jika ingin menonjolkan bahagian atas tubuh, sahabat boleh memilih kebaya yang berwarna cerah untuk merealisasikan cita rasa masing-masing.

BUAH PIR

Hindarkan pemilihan kebaya panjang@labuh, yang menutup bahagian pinggul. Kebaya labuh yang menutupi pinggul hanya akan membuat pinggul sahabat kelihatan lebih besar serta menonjol....auwww (so sapa pinggul lebar...hati-hati ya...) Wanita yang memiliki bentuk tubuh seperti ini mempunyai bahagian bawah yang lebih besar dibandingkan dengan bahagian atas. Jika inginkan jugak kebaya labuh, pastikan belakangnya sediki terbuka.....so yang sesuai pendekkan sikit kelabuhan baju tu, cukup aras menutupi pinggul.....

LURUS

Pemilik tubuh lurus sesuai dengan leher tertutup seperti stand collar mahupun turtleneck (macam cekak musang). Jika ingin menyarungkan kebaya klasik, pilih potongan lingkar lengan yang lebih longgar. Perlu diambil perhatian bahawa potongan tubuh seperti ini memiliki kekurangan di bahagian pinggang. Tonjolkan bahagian pinggang, untuk mempamerkan ilusi lebih ramping, lengkapkan penampilan anda dengan korset.

BUAH EPAL

Bagi yang bertubuh seperti buah epal...mempunyai ukuran bahu yang lebih lebar jika dibandingkan dengan bahagian bawah. Pemilik tubuh epal sememangnya akan lebih menonjol jika memilih kebaya potongan klasik. Selain itu, agar tubuh terlihat lebih seimbang, pemilihan kebaya labuh adalah pemilihan yang terbaik. Kebaya dengan leher potongan diamond amat sesuai dengan tubuh bentuk epal nih....


WARNA KULIT

Setelah mendapatkan potongan kebaya yang sesuai dengan bentuk tubuh, sahabat harus menitik beratkan warna pula...haaa, jika pemilihan baju sesuai dengan warna kulit, maka kulit akan kelihatan lebih cerah dan cantikk. Andai sebaliknya, kita mesti terlihat kusam dan tidak menonjol! Bagi yang mempunyai kulit agak gelap, pilih warna yang terang dan cerah seperti warna biru, putih, pink dan sebagainya. Jika berkulit cerah pula, pilihan lebih luas dari kategori warna lembut hingga warna garang@terang....

So apa lagi, bagi sahabat yang suka kebaya ayuhhh kita pakai kebaya di hari lebaran nanti, yang belum ada tu...bole la try....mane tau, entah-entah lebih suwweett lagi gitewww




sumber: vemale

Wednesday, 1 July 2015

Rawat Mata Sembab Dengan Cara Yang Mudah

Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat sekalian....

Alhamdulillah dah hari ke 14 kita berpuasa pada tahun ini (14 Ramadan 1436). Acaner, mesti da buat persiapan untuk hari lebaran.....(Cheteh...satu menda pun x buat apa-apa pun lagi, pergi keja...balik keja, persiapan anak-anak pun lom buat......tak pe, masih lagi ada 2 minggu, memang tiap-tiap tahun last minute baru terkocoh-kocoh sediakan semuanya.....hewhewhew...)

Ok....hari ni nak bagi tip sikit, bagaimana nak rawat mata yang sembab. Sebab apa tajuk ni....sebab mata cheteh selalu sembab.....pastu che teh pun cari kaedahnya, ....so cheteh share kat sini ya....

Saat kita bangun di pagi hari, pasti mata kita sembabkan (mata cheteh la.....mata sahabat-sahabat tak tau la macam mne ya....). Mata yg sembab adalah disebabkan oleh pelbagai sebab, sama ada disebabkan bangun pagi, kurang tido, disengat haiwan ataupun menangis....huhuhuhu

Jika ingin mengatasinya agar kembali normal, kita bole merawatnya sendiri di rumah dgn kaedahyg paling mudah dan selamat. Lebih menarik lagi kita hanya perlu menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur kita......sepeti:-

TIMUN
Mata yang penat dan sembab bole diatasi dengan mengisar timun. Mesti ramai yang tahukannnn timun merupakan bahan semula jadi yang mampu merawat lingkaran gelap di bawah mata sehinggalah kepada mata yang bengkak kerana ianya kaya dengan kandungan air, menyejukkan dan bersifat anti keradangan.

Image result for uncang teh
KANTUNG TEH
Haaaa....sapa-sapa yang suka minum teh, uncangnya jangan dibuang yaa....ianya amat berguna kerana boleh mengatasi lingkaran gelap di bawah mata, mengatasi mata bengkak. Sama ada menggunakan kantung teh hijau @ teh hitam, kedua-duanya mengandungi anti-oksidan dan bioflavonoid yang membantu meredakan bengkak. Basahkan sedikit uncang teh tu....pastu tepek(letak) kat bawah mata yang bengkak tu ya....





JUS EPAL
Epal juga kaya dengan vitamin dan air yang sangat baik bagi mengatasi mata bengkak. sejukkan jus epal, celup kapas dlm jus...pastu tepek(letak) kat bawah mata. Ulangi beberapa kali....jus epal juga mampu membuatkan otot mata kita lebih rileks.




KENTANG
Sama seperti mengatasi mata yang letih, kentang merupakan salah satu bahan semula jadi yang efektif bagi meredakan bengkak pada mata kerana kentang memberi kelembapan dan mendinginkan bahagian mata yang sembab.




STRAWBERI
Potong nipis-nipis strawberi dan masukkan ke dalam peti ais. Kandungan vitamin A dan C yang dimiliki buah strawberi berperanan sebagai antioksidan yang membantu mengatasi bengkak pada mata. Strawberi juga dapat membuatkan mata kita segar dan bersinar....






Jadi, jangan gusar ya...jika mata kita bengkak@sembab selepas bangun dari tidur kerana tips ini membantu sahabat semua mendapatkan mata yang normal dan menawan hasil manfaat bahan-bahan semulajadi ini....cuba lah ya, mana tau kot-kot sesuai, tak cuba tak tau kan....

Salam sayang dari cheteh....muahh.

Wednesday, 24 June 2015

Usah Jadi Manusia Mulut Jahat

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua....

Kata-kata binasa dari mulut manusia sememangnya menyakitkan! (itulah yg cheteh rasa.....adakala org yg rapat dgn kita yg melakukannya.....x tau la, nk marahke...nak diamkan ke....tapi yg pasti rasa sedih sangatttt klu org yg kita anggap kawan...sahabat....telah bersubahat mengata perihal kita di belakang kita.....bercerita hal yg mengaibkan kita.....) Kata ahli bijak pandai....biarkan, org begitu tidak perlu dilayan, penat mengata diam lah nanti..... Cheteh pun bukan jenis yg nak balas membalas, biarkan jee....jgn risau....Allah maha mengetahui....Alhamdulillah

Ironinya masyarakat hari ini sudah terbiasa dengan trend menghamburkan kata-kata seperti umpatan, kritikan, mencaci, mengutuk, memfitnah serta banyak lagi kata-kata negatif apabila ada sesuatu yang membuat mereka tidak suka ataupun bersetuju.

Budaya negatif ini semakin membimbangkan, paling menyedihkan, hal ini boleh menyebabkan sesuatu perhubungan terputus begitu sahaja kerana kata-kata yang akhirnya memakan diri. Semoga di bulan mulia ini segala perkataan diluahkan sengan kata-kata positif agar hidup lebih bermakna dan diredhai. Jom jaga mulut dengan beberapa tip berfaedah berikut:-

Jommm audit diri.....

  • SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Setkan minda anda untuk memulakan kehidupan dengan berfikiran positif. Sebelum memulakan   
satu pekerjaan ungkapkan perkataan yang boleh memberi semangat dan motivasi diri. Pastikan perkara tersebut sejajar dengan tingkah laku. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana ia boleh 
melahirkan mood ceria.


  • BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP

Kita seringkali tidak memikirkan bahawa apa yang diperkatakan mungkin akan menyakiti hati 
seseorang. Jangan terburu-buru dalam mengata sesuatu. Jika apa yang ingin dicakapkan itu kan 
menimbulkan keburukan dan menyinggung perasaan orang lain, lebih baik diam sahaja. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya......


  •  JANGAN IKUTKAN EMOSI

Manusia memang tidak lepas dari melakukan kesilapan lebih-lebih lagi apabila marah menguasai       diri. Jangan terlalu ikutkan emosi dengan mengeluarkan kata-kata kesat, mengumpat atau mendedahkan aib seseorang. Ingatlah bahawa kepuasan yang dirasai hanyalah sementara kerana ia 
boleh merenggangkan sesuatu perhubungan tidak kiralah sama ada keluarga, sahabat mahupun 
rakan sekerja. Jika terlalu marah, ambillah pendekatan untuk mendiamkan diri buat seketika...


  • ELAKKAN DIRI  

Kadangkala manusia lebih suka mendengar perihal buruk orang lain berbanding perkara baik 
mengenai seseorang itu. Dalam erti kata lain, mengumpat. Apakata latih diri untuk tidak bergaul   dengan golongan seperti ini. Elakkan diri daripada mengumpat dan tukar topic kepada perbualan 
yang lebih berfaedah.


  • DIAM

Banyak bercakap....maka banyaklah silapnya. Sebab itulah kita seharusnya berhati-hati dalam 
berkata sesuatu. Jangan cepat membuat andaian dan menyebarkan sesuatu perkara yang tidak betul atau pun tidak pasti kerana ia akan menimbulkan fitnah. Oleh itu, berdiam adalah lebih baik daripada berkata-kata. Mulakan pekerjaan anda dengan produktif berbanding berborak mengenai hal yang tidak berfaedah.


  • MUHASABAH DIRI

Adakah percakapan kita hari ini sudah menyinggung perasaan orang lain? Oleh itu renung-
renungkanlah setiap perkara yang kita lakukan. Sentiasa fikirkan setiap perkara yang diungkapkan 
agar tidak memudaratkan diri. Jagalah hati dan perasaan orang lain jika anda tidak mahu orang lain 
menyakiti hati anda....
Buat sahabat & teman-teman......semoga kalian semua sihat sejahtera & gembira selalu, Aamiin 


Sepi bukan berERTI hilang...
Diam bukan berERTI lupa...
Jauh bukan berERTI putus...
Kerana ada satu ikatan...yang tidak akan putus
iaitu
"PERSAHABATAN"


Thursday, 18 June 2015

Daun Serai & Kopi

Assalamualaikum & salm sejahtera sahabat.....

Kali ni nak share pasal kegunaan Daun Serai & Kopi, bahan-bahan ni biasanya kita buat masak or minum kannn....rupa-rupanya banyak kegunaan lain ya. (cheteh pun x tau before nih...so meh kita kongsikan perkara yang bermanfaat ni.....)


Daun Serai: Boleh Tajamkan Gunting



Bagi sahabat yang suka dan selalu guna gunting, pastinya kerap mengalami gunting tumpul kannn. So untuk menjadikan gunting itu lebih tajam kembali, potong beberapa helai daun serai dengan gunting yang tumpul, kemudian asah mata gunting tu dengan daun serai.

Hasilnya gunting akan tajam semula, selain dengan cara guna daun serai ianya juga boleh menggunakan daun tebu....caranya sama jeeee. 



Kopi: Hilangkan Bau Peti Sejuk


Kita suka simpan semua barang dalam peti sejuk kannn....bukan kata simpan sayur dan buah je....lebihan makanan lauk pauk pun kita masukkan dlm peti sejuk...mcm-mcm kannn (itu cheteh lerr yang suka buat mcm tu...heeeee). 
Bau peti sejuk yang kuat kadangkala membuatkan....hurmmm, hilang selera..... 


Apa kata guna cara ni untuk menghilangkan baunya. Masukkan sebungkus kopi (uncang kain) dan simpan di dalam peti sejuk sehingga hilang bau, ataupun titikkan esen vanila pada perca kain dan simpan dalam peti sejuk. Meh cuba dulu, pastu tengok hasilnya acaner yea....

Selamat mencuba.....ba



sumber: Harmoni


Wednesday, 17 June 2015

'Pot luck' sempena Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum & salam sejahtera wahai sahabat.....

Tu laa....nak citer  beberapa hari lagi nk puasa, opis ada buat makan-makan (ala-ala pot luck gituuuu....) da lama benar tak buat pot luck nih....so pikir punya pikir nak bawa apa la niii....(orang-orang opis request nk mkn masakan 'air tangan'....errmmm alamatnya mmg kena masak laaa.... (cheteh ni bukan nya pandai masak pun, masak cincai-cincai tau laaa.....tp kalu da masak, masuk dapur, mmg gigih......ngehngehngeh)

Pikir punya pikir ...ok la cheteh masak daging kurma (sbb apa tau.....sbb da lama x mkn masak kurma....hihihihi) and satu desert iaitu.....banana chocolate crepe...bahasa melayunya popia pisang coklat......(ini request dr opis mate.....) sib baik senang kannnn. Apa lagi kulit popia beli jee yg ready made, kalau nk home made kulit popia tu mmg x cukup masa laaaa, huwaaaa...... (yg sebonarnya tak pandai pun....tp belasah je laaa kannn)

Meh kita tengok pic yg sempat cheteh amik sambil masak.....di waktu pepagi buta, wallaaaa....


mula-mula kopek pisang.....
yg nie...cheteh guna pisang berangan (suka hati ya nak potong berapa pun....janji suka)
kulit popia (tapi cheteh guna bran frizz....so far so good)

cairkan coklat

pastu letak pisang atas kulit popia, letak coklat cair tadi kat atas pisang

kita balut kemas-kemas...comei-comei

pastu goreng 

tadaaa....da siap

inilah hasilnya....nyumnyum

ini pulak kurma daging.....(sorry ekk sebab pic ni je yg sempat amik...pic sesudah masak)

haaaa ni sebahagian opis mate...ada macam-macam atas meja, setiap sorang mesti kena bawa satu jenis makanan (paling minima ...lebih tak pe.... :p )

Alhamdulillah, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 
dari cheteh.........Alhamdulillah, semoga kita semua Hapuskan Dendam, Bersihkan Hati, Luruskan Niat......Semoga kita mendapat keberkatan & keredhaan daripada Allah.....Aamiinn

Salam setulus ingatan ........ "Ya Allah Redhailah & terimalah segala amalanku di bulan Ramadhan ini serta ampunlah segala dosa-dosaku yang telah lalu....aamiin..."






Thursday, 4 June 2015

Vitamin


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Semoga sahabat2 semua berada dlm keaadaan sihat sejahtera & gembira selalu. Hari ni cheteh nk citer pasal vitamin, tetapi bukan semua nak diciter....hanya beberapa sahaja ya....

Vitamin C
Sering dikaitkan dgn buah oren, vitamin C atau asid askorbik membantu kulit tanpil cantik kerana ia berfungsi merangsang kologen semula jadi dalam badan. Namun sifatnya yg larut dalam air menyebabkan badan cepat kehilangan sumber antioksidan ini. Secara asas, tubuh hanya memerlukan 60 mg vitamin C. Pil atau tablet dipasaran pula kebanyakannya bermula daripada 100mg. Pun begitu, kini banyak jenama memasarkan kandungan sehingga 500mg dan 1000mg. Ada individu yang mengambil vitamin C sehingga 5000mg sehari untuk kesan kulit cantik dgn segera....(mesti x sabar nih) Namun ada yang tidak bertahan dengan kesan sampingannya yang bole menyebabkan cirit birit...

Vitamin B Compleks
B1, B2, B3, B5 B12 antara jenis vitamin B yang dipadu dalam sebiji pil vitamin B compleks. Lima jenis Vitamin B ini mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain. Selain menguraikan tenaga daripada makanan, B compleks baik untuk kulit dan kuku serta kesihatan mental & saraf. Vitamin B2 atau riboflavin juga ada kala dijual berasingan untuk menyasarkan kebaikan buat kulit dan kuku...

Biotin
Rambut gugur, tidak bermaya, tidak bersinar...biotin dipercayai bole mengatasi masalah ini. Secara asasnya, tubuh memerlukan 150mcg biotin sahaja, namun terdapat juga jenama yang menyediakan sehingga lima kali ganda daripada keperluan ini. Pengambilan biotin berlebihan seakat ini tidak mendatangkan kesan sampingan, namun tidak perlulah kita mengambil berlebihan kerana ia akan dikumuhkan oleh urin....membazir sahaja, kannnn.....

Kolagen
Sedang hangat kini....ada beribu jenama dipasaran dan berjuta individu mencubanya. (termasuk laaa cheteh...)Kolagen adalah protein yang melicinkan fungsi sel, tisu, kulit, tulang dan rawan. Ia secara semula jadi terdapat dalam badan namun akan semakin berkurangan mengikut peningkatan umur. Kebanyakan jenama mendakwa sumber kolagen yang digunakan adalah datang daripada sisik ikan air tawar. Ada yang diadun bersama pelbagai buah antioksida untuk keberkesanan yang lebih tinggi...


Ada beribu jenis jenama makanan tambahan@vitamin dipasaran.....pilihla yang terbaik dan berkualiti & halal......macam cheteh amik produk shaklee (Alhamdulillah...) So....tepuk dada tanya selera...

Semoga kita semua jaga kesihatan dan x lupa kecantikan diri dari luar dan dalam .....ahaa....

salam sayang dari cheteh.....muahhhh






#sumber: wanita

Wednesday, 3 June 2015

English Cotton - Part 2

Assalamualaikum & salamsejahtera sahabat semua...

Kali ni cheteh tunjukkan English Cotton part 2. Bidang 60" 3.5 meter, yg baru (nak buat jubah pun sesuaiii...) Bagi sahabat2 yg suka kan kain cotton bole laa...jenguk2, jeling2 kat pix bawah ni ya, kalau berminat bole ode, murah2 je, sepasang RM60  jeee(murah kannn....) Ermmm.....kalau amik bnyk bole la bagi diskaun ....tp diskaun kat postage la yeaaa, hihihi....ok la kannnn....)

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

okei.....klu ada sahabat yg berkenan jgn lupa bg tau cheteh ya: 
  • wassapp - 0166452729
  • call/sms - 0173944377


Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...