Thursday 4 June 2015

Vitamin


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Semoga sahabat2 semua berada dlm keaadaan sihat sejahtera & gembira selalu. Hari ni cheteh nk citer pasal vitamin, tetapi bukan semua nak diciter....hanya beberapa sahaja ya....

Vitamin C
Sering dikaitkan dgn buah oren, vitamin C atau asid askorbik membantu kulit tanpil cantik kerana ia berfungsi merangsang kologen semula jadi dalam badan. Namun sifatnya yg larut dalam air menyebabkan badan cepat kehilangan sumber antioksidan ini. Secara asas, tubuh hanya memerlukan 60 mg vitamin C. Pil atau tablet dipasaran pula kebanyakannya bermula daripada 100mg. Pun begitu, kini banyak jenama memasarkan kandungan sehingga 500mg dan 1000mg. Ada individu yang mengambil vitamin C sehingga 5000mg sehari untuk kesan kulit cantik dgn segera....(mesti x sabar nih) Namun ada yang tidak bertahan dengan kesan sampingannya yang bole menyebabkan cirit birit...

Vitamin B Compleks
B1, B2, B3, B5 B12 antara jenis vitamin B yang dipadu dalam sebiji pil vitamin B compleks. Lima jenis Vitamin B ini mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain. Selain menguraikan tenaga daripada makanan, B compleks baik untuk kulit dan kuku serta kesihatan mental & saraf. Vitamin B2 atau riboflavin juga ada kala dijual berasingan untuk menyasarkan kebaikan buat kulit dan kuku...

Biotin
Rambut gugur, tidak bermaya, tidak bersinar...biotin dipercayai bole mengatasi masalah ini. Secara asasnya, tubuh memerlukan 150mcg biotin sahaja, namun terdapat juga jenama yang menyediakan sehingga lima kali ganda daripada keperluan ini. Pengambilan biotin berlebihan seakat ini tidak mendatangkan kesan sampingan, namun tidak perlulah kita mengambil berlebihan kerana ia akan dikumuhkan oleh urin....membazir sahaja, kannnn.....

Kolagen
Sedang hangat kini....ada beribu jenama dipasaran dan berjuta individu mencubanya. (termasuk laaa cheteh...)Kolagen adalah protein yang melicinkan fungsi sel, tisu, kulit, tulang dan rawan. Ia secara semula jadi terdapat dalam badan namun akan semakin berkurangan mengikut peningkatan umur. Kebanyakan jenama mendakwa sumber kolagen yang digunakan adalah datang daripada sisik ikan air tawar. Ada yang diadun bersama pelbagai buah antioksida untuk keberkesanan yang lebih tinggi...


Ada beribu jenis jenama makanan tambahan@vitamin dipasaran.....pilihla yang terbaik dan berkualiti & halal......macam cheteh amik produk shaklee (Alhamdulillah...) So....tepuk dada tanya selera...

Semoga kita semua jaga kesihatan dan x lupa kecantikan diri dari luar dan dalam .....ahaa....

salam sayang dari cheteh.....muahhhh






#sumber: wanita

No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...