Thursday, 14 May 2015

EPAL yang luar biasa!



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hiii sahabat, hari ini cheteh nak citer pasal epal.....haaa....taukan apa kah itu EPAL??? Buah epal laaa, apa lagi... (dlm bahasa inggeris ejaan je lain.. Apple....ahaaa)

Apa yg baiknya tentang epal? Sungguhpun epal bukan buah kegemaran sebahagian rakyat Malaysia, namun epal adalah satu-satunya buah yg serba boleh, malah sarat dgn antioksidan yg mampu memperlahankan proses penuaan sekaligus menjadikan wajah awet muda, ceria dan bertenaga.....(suka kan fakta ni......mestila suka... kannnn). Paling penting epal juga mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung.

Menurut perunding pakar diet, Indra Balaratnam....wanita moden khususnya sering dilanda kebimbangan terutamanya dlm mengawal diet seimbang dan mengawal berat badan. Justeru itu, wanita sering tercari-cari dan mencuba makanan yg bukan sahaja kurang kalori tetapi bebas lemak dan kolestrol.

Hakikatnya apa yg dicari-cari ialah makanan yg dapat mengawal nafsu makan. Bagi wanita yg lincah bergerak ke sana ke sini dan mencari keseimbangan nutrisi dalam kehidupan seharian, epal sangat sesuai kerana mengandungi nutrisi penting  yg bole memberi kesan positive terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri.

Kandungan yg terdapat dalam epal seperti serat, potassium, vitamin A, C dan antioksidan merupakan nutrien penting utk memelihara kesihatan jantung. Menurut hasil kajian Amarican Journal of Clinical Nutrition, memakan lebih banyak epal boleh mengelakkan penyakit jangtung dan kardiovaskular. Epal yg bernutrisi tinggi ini juga bukan sahaja berpatutan dari segi harga malah setanding dgn nilai buah-buahan superfruit lain seperti blueberry dan delima sekali gus menjadikan ia pilihan tepat bagi seisi keluarga.  

Cara betul makan epal.....

Ini baru cara yg betul......Cara paling konvensional yg sering kita lakukan tatkala menikmati sebiji epal adalah dgn meninggalkan bahagian tengah epal. Tapi....tahukah kita, ada cara yg betul untuk menghabiskan sebiji epal tanpa meninggalkan bahagian tengah epal?  


      


Mudah sahaja, apa kata kita mula dgn gigitan pertama di bahagian bawah epal dan kemudian habiskan seperti mana kita memakan buah-buahan lain hingga ke bahagian atas epal. Ingat! jangan sesekali tinggalkan bahagian tengah epal. Inilah cara yg paling tepat untuk menikmati sebiji epal....

Ermmm apa lagi...cubala, tak cuba tak tau kannnn....

Jumpa lagi....byee




Wednesday, 13 May 2015

Ibu pun perlu cantik.....

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua....

Ahaaa....tajuk kali ni ibu pun perlu cantik! betul tak??? Tak kira la....ibu tu tua ke, muda ke, putih ke, gelap ke.....apa sekali pun mesti nak cantik kannn. Definasi cantik bagi cheteh x semestinya pada rupa shj, cantik bg cheteh adalah segala-galanya....budi bahasa, perangai, hati, bersih, kemas dan segalanya.......rupa cantik tapi perangai mcm hantu, tak guna jugak kannnn (kalau rupa paras tu da cantik....alhamdulillah, itu satu bonus dari Allah....aamiin)

Tapi hari ni nk citer sikit pasal tips kecantikan utk ibu.....(tak kira la ibu bekerja ke...dok umah ke, yg penting ibu nmpak cantikkkk selalu.....tak gitu)

PENJAGAAN WAJAH

Rasanya semua org pasti mengetahui tip asas penjagaan wajah kannn... malah seharusnya dijadikan rutin kerana ia lebih penting dr segala-galanya. Utk menyerlahkan kesan solekan, kita perlu menitikberatkan penjagaan asas ni dulu, jgn lupa dgn 3M, perkara ini bagi terus menjaga keanjalan kulit kita...iaitu mencuci, menyegar & melembap.

BEDAK ASAS

Bedak asas jenis cecair lebih tepat untuk kita (tapi ada juga yg suka jenis serbuk....tak kisahla...yg penting mne sesuai) sbb apa cheteh ckp jenis cecair lebih baik sbb teksturnya yg lembut sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya utk kulit kering. Utk kelihatan awet muda, usah menyapu bedak terlalu tebal, cukup hanya sapuan yg tipis kerana ia nampak lebih menyegarkan wajah serta kelihatan menawan.....ceeewahhhh. Pastikan muka tu bebas minyak, sebabnya untuk mengelak solekan menjadi tidak sekata serta cepat pudar....

PEMBAYANG MATA

Pembayang mata akan menyerlahkan lagi penampilan kita. Olesan warna2 pastel bagi menyerlahkan kelembutan wajah kita. Ini secara tidak langsung akan menyerlahkan lagi sifat keibuan yg ada di dalam diri kita. Penampilan kita akan nampak sempurna dan manis sekali....Antara warna2 yg disarankan adalah biru muda, coklat lembut, pink, hijau muda ....tapi kalau sahabat suka warna lain pun bole jeee...

PEMERAH PIPI

Pemerah pipi@blush pula berfungsi utk menonjolkan tulang pipi kita. Pemilihan pemerah pipi yang salah akan membuat kita kelihatan lebih tua dr usia sebenarnya...ahaaa. bagi mempamerkan wajah yg lebih lembut kita boleh mengaplikasikan pemerah pipi dan warna2 yg dingin@cool seperti warna pink, pic, rosy pink, corals. Sapuan yg nipis sudah cukup utk menyerikan wajah.

MASKARA

Jangan lupa memakai maskara agar mata kelihatan lebih bersinar, pilih maskara warna hitam kerana ia akan membuatkan mata kita kelihatan lebih asli dan segar. Pakai maskara ni...jgn terlalu tebal kerana ia akan membuat bulu mata tu menggumpal dan yg pasti ianya tidak baik utk kesihatan bulu mata. Utk kesan yang lebih lentik serta menawan, kepit bulu mata terlebih dahulu sebelum menggunakan maskara......(rasa2 susah ke senang??? ermmmm .....)

GINCU

Haaa...ini merupakan kuasa tarikan utama dalam penampilan, pilihla warna lembut & matte untuk bibir. Warna2 garang rasanya tidak begitu sesuai serta kurang menggambarkan personaliti sebenar seorg ibu. Antara warna yang selamat utk para ibu ialah nude, peach, coklat muda dan pink. Jangan lupa ya ....mencalit lip gloss di atas bibir semasa menggunakan gincu supaya mendapatkan kesan yang lebih berkilat serta menyerlah.....dan bibir pun tidak senang kering....  

Okei.....ermmm, cemane......walau apapun tetap la menjaga kebersihan muka agar sentiasa kelihatan bersih, kemas & menawan......

muahhhh dr cheteh, jaga diri jaga kesihatan, byee




#sumber: harmoni





Tuesday, 12 May 2015

Lecithin


Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

hari ni nk citer pasal kebaikan lecithin, cuba sahabat baca slide cheteh......banyakkan kebaikannya.....ermmm, kalau berminat nak tau lebih terperinci jgn lupa wassapp di no 0166452729 atau call/sms di no 0173944377.....











okei.....nak bisik sikit, cheteh pun amal mkn lecithin....apa apapun kita kena berusaha klu nk sihat & cantik...kannnn. Jangan lupa walaupun amik supplement/vitamin, senaman perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam masa 20 minit setiap sesi....(paling minima bagi sape2 yg x dak masa.....)

Jumpa lagi.....bye

Monday, 11 May 2015

Tudung Chiffon Bercorak

Tudung chiffon Bercorak

Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Hiiii sahabat.....semoga sahabat semua berada dalam keadaan sihat sejahtera & gembira selalu ya....Cheteh nk kenal kan tudung baru . Tarrraaaaa..... tudung chiffon bercorak ni sama je mcm tudung chiffon yg cheteh pos dlm blog ni, yg memula tuuu....(kalau lupa leh tengok pos yg terdahulu bawah label tudung gakkkk....haaa dpt x.....dpt kannn). semua sama cara pakai pun sama.....

Nengok2 la yea.....kalau berminat....mcm biasa bole wassapp di no 0166452729, call&sms di no 0173944377.......

Harga RM39 sehelai tidak termasuk postage (postage murah jeeee....lebih kurang rm5 je...sbb ringan kann.....) 














okeies....bye, salam sayang dr cheteh 


#terima kasih pada yg sudi ode pd cheteh......terima kasih daun keladi ya.... 





Thursday, 7 May 2015

Kepal Tangan Jika Lupa!


Assalamualaikum & salam sejahtera......


Hiii sahabat....


Ahaaaa......acaner dgn tajuk kat atas, sape kat sini pelupa....or mmg selalu terlupa? Cheteh pun memang ada penyakit selalu terlupa, so meh kita kongsi tip ni....mana tau kot2 berkesan kannnn....
meh....kita cuba kepalkan tangan camni ....

Sering mengalami kesulitan mengingatkan sesuatu?? Tak ada salahnya mencuba cara yg satu nih....KEPALKAN TANGAN UNTUK BEBERAPA SAAT....Berdasarkan sebuah penelitian oleh penyelidik Universiti Montclair State, mengepalkan tangan kanan selama sekitar 90 saat terbukti dapat membantu meningkatkan kemampuan mengingat sesuatu, sedangkan mengepalkan tangan kiri membantu mengingatkan kembali peristiwa yg lalu. Ini kerana mengepalkan tangan secara terpisah dapat meningkatkan aktiviti neuron pada kawasan frontal lobe di contralateral hemisphere.

Okeh.....selamat mencuba 


#Frontal Lobe - Bahagian hemisfer serebrum di depan sulkus pusat dan di atas sulkus selebrum lateral

#contralateral - Berkaitan/mempengaruhi bahagian yang berlawanan daripada tubuh


Sumber: harmoni

Wednesday, 6 May 2015

Stress-Tangani Dengan Betul

Stress 

Tangani Tekanan Dengan Betul

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua...


Stress adalah tekanan perasaan iaitu gangguan emosi kesan tindak balas sesuatu di luar kebiasaan atau kemampuan seseorg ataupun sesuatu beban yg menimpa seseorg......(ermmm....cheteh percaya sure sahabat semua pernah alaminya......kannn...)

Apabila berlaku tekanan badan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yg menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan tekanan darah meningkat. 

Hari ini, di kala dunia mencapai kemajuan dan kemodenan.....tekanan bkn shj semakin bertambah, malah boleh wujud di mana-mana jua tanpa mengira siapa.... Tekanan bole berlaku di rumah, di tmpt kerja....di atas jln (di mana2 shj....)Tekanan masalah kesihatan....tekanan tentang perhubungan (keluarga@rakan) dan macm2 lagiiiii....

Teori tekanan juga bkn sahaja mengkaitkannya dgn ancaman kesihatan malahan mempercepatkan penuaan dan tindakan penuh emosi. Malah ada kajian menunjukkan tekanan menjadi penyebab utama penyakit jantung dan kanser.....dan jgn lupa bole meningkatkan kpd pelbagai masalah kesihatan terutama berkaitan perut....

Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana tekanan bole dikaitkan dgn kesihatan perut??? haaaa....kenapa ya..... 

Sebenarnya...emosi manusia berkait rapat dgn perut dan usus, yg merupakan komponen saluran gastrousus. Ini semua terjadi apabila emosi marah, risau, sedih, bimbang, dan pelbagai lagi emosi lain, berupaya mencetuskan tindak balas fizikal di dalam usus dan pd masa yg sama saluran gastrousus sememangnya amat sensitif dgn emosi kita.

Dalam beberapa kajian terbaharu, para sainstis mendapati keadaan emosi yg negatif bole membawa kesan buruk kepada sistem gastrousus. Malangnya, kebanyakan emosi negatif dalam kehidupan moden di bandar adalah berpunca daripada tekanan kerja. Persaingan sesama rakan sekerja, bebenan kerja serta waktu kerja yg panjang antara sebab seseorg itu mengalami tekanan kerja di tmpat kerja.

Kira-kira 50 peratus penduduk dewasa di negara ini mengalami sekurang-kurangnya satu gangguan gastrousus manakala 16 peratus pula mengalami refluks asid. Tekanan berlaku apabila keperluan kerja tidak sepadan dgn kebolehan diri, sumber, dan juga kehendak.....dan secara tidak langsung memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia.

Seseorg yg tertekan dgn kerja juga akan menunjukkan kemurungan berpanjangan. Situasi ini bkn sahaja menjejaskan prestasi kerja tetapi  mendatangkan penyakit berbahaya terutama masalah perut, tekanan darah tinggi, jantung dan melemahkan sistem pertahanan badan terhadap penyakit.

Ermmm tu la kannn....kdg kala kita x sedar akan keadaan sekeliling kita, cheteh sendiri pernah alaminya......apa yg bole dikongsikan....kena kuat semangat, hadapi dgn tabah ....hadapi dgn cerdik....jgn putus asa.....Okeh....nnti kita sambung apa itu masalah gastrousus yaa....

Babaiii....

#cortison - hormon glukortikoid yg dihasilkan oleh jasad adrenal yg bnyk, mempunyai kesan kompleks termasuk menyembuhkan dan meredakan keradangan dan menggalakkan pembetukan karbohidrat drpd lemak dan protein 

Sumber: mega ummb

Monday, 4 May 2015

Mersing

Mersing.....selamat pengantin baru Din & Azie....

Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Alhamdulillah da balik dari bercuti, sambil menghantar anak buah kawen sambil tu cuti la sekali.....
Anak buah ni bertemu jodoh dgn orang Mersing ...betul2 bandar Mersing.....Jauhnya mersing niiii....pergi pulak drive sendiri....(memula nk tumpang naik bas rombongan pengantin.....rupa2nya da penuh.....huhuhu)

Mersing.....bg cheteh....ermmm, jauh....mmg jauhhhh, biasa2 je laaa....makan pun biasala....harga bole tahannnn.....(x tau la, bg sahabat yg lain mcm mne lak ya.....lain org lain pandangan lain pendapat....kannnnn)

Tak lama pun ....bertolak hari Jumaat....hari ahad da balik (kebetulan waktu kami berada disana....hari2 ujan.....ermmm, so agak terbatas la agendanyaa....) Masa terlalu suntuk nak pergi tioman pun x sempat....x pe la, lenkali yaaa....mmg nk pi jugakkk tioman....(kena plan lain niiii...)

Walaupun jauh....perjalanan tetap best sbb.....ada penghibur.....taraaaa ni laaa ....semua lagu bole....request jeee....
haaaaa.....ni la penglipur lara.......(tengok siap da berinai lagiii)



jauhhhh kannnn....sunyiii.....


Sampai bandar Mersing dlm kul 9++ mlm....haa, pengantin da siap tunggu, hntar barang dkt homesstay pastu kuar makan.....cari2 ...last2 pengantin bw mkn kt area tepi pntai...(tp sbb mlm kannn....x nmpak la pntai tuuuu) Nama kedai tu D'semak, Mesing......Makanan....so..so.. je....sbbkan lapar....ermm belasah jelaaaa....Harga??? mak aiiii mmg mahal....kat KL pun x mahal mcm ni......


laparkannnn......mkn jeee laaa
 Haaaa.....dah smpai hari yg ditunggu, selamat pengantin baru buat Sharifudin & Azie.....

amik gambar dulu.....ni nk hntar pengantin ke masjid.....akad nikah
jengjenggggg......sesi akad nikah, alhamdulillah sekali lafaz da sah jadi suami isteri....Alhamdulillah



Okeh kita tinggalkan kisah mereka.....dipendekkan citer....jommm kita tgok apa yg ada dkt bandar mersing....Ahaaaa....keropok lekor, meh kita rasa....bg cheteh, ok la...bole la....tapi masih x bole lawan kopok leko tengganu (mmg d best).......ini kata anak tekak cheteh yaaaa.......

salah satu perusahaan kopok leko....

pic...copy paste dr mknaceunlimited.blogspot....tq. (sorry sbb terlalu bz dok memilih ikan masin.....so x dak la pic area ni yaaa)

satar.....1st time mkan satar, b4 ni nengokkkk jeeee.....ok jugak rasanya....tp cheteh lebih suka otak2....heeee

ok...last pic......ni la geng bas.......(sempat lagi nk posing tuuu)


okeh laaa.....semua da selesai.....Alhamdulillah....moh le kita balik KL.....byeee



Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...