Sunday 4 June 2017

Jom Cuti! Yogyakarta - Day 3 (Pulau Timang & kisah gondola)

Assalamualaikum sahabat....

Selepas habis ja xtvt di Goa Pindul kami terus ke Pulau Timang, Jogja. Memang teruja sangat nak datang sini nak naik gondola ni.... Kami amat beruntung, bila sampai sini tidak perlu lagi nak sewa ojek (motorsikal) kerana Mas Ecco memang terer driving skillnya, di bawanya kami terus sampai ke 
Pulau Timang walaupun jalannya amat berliku, sangat teruk dan mencabar (melambung-lambung kami tau, tahan ja la bontot tu....so, da  jimat da duit sewa ojek tuu) Kalau memandu sendiri bisa rosak keretanya.... sebabnya, boleh dikatakan tanah-tanah di kampung ini rata-ratanya adalah bercampur dengan batu karang. Kata Mas Ecco, jikalau musim kemarau habis semua tananam mati kekeringan dan suhu disini pun agak panas sebab bahang dari batu karang.    

Jarak masuk ke dalam kampung hingga ke Pulau Timang lebih kurang 5km.... bersiap sedia laa tahan dengan keadaan jalan yang berbatu dan berbukit-bukit tu yaa. Sampai jaa.... memang takjub la sebab nampak Pulau Timang di seberang sana, memang unik sebab pulau ni tak macam pulau biasa tiada pesisiran pantai pun dikelilingnya, yang ada adalah bongkahan batu karang yang besar dengan tebing yang sangat curam dan dikelilingi ombak yang kuat. Dekat tebing-tebing tu la penduduk gigih menangkap lobster (udang karang) yang besar dan fresh! Kata Mas Ecco kalau nak makan lobster kena tempah awal takut-takut stok nya tiada, so memang dari awal pagi lagi udah suruh Mas Ecco booking dehh...


Image may contain: one or more people and shoes
Cop kat tangan ni ganti macam resit laaa nak naik gondola

Image may contain: ocean, sky, water, outdoor and nature

Image may contain: ocean, sky, mountain, plant, outdoor, nature and water

Image may contain: 3 people, including Teh Akbar and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, people standing, ocean, sky, beach, outdoor, nature and water

Image may contain: Teh Akbar, smiling, sky and outdoor

Lagi satu.... kalau pergi ke Pulau Timang mesti naik gondola nih (ini lah hajat yang dinanti-nanti). Gondola ini pula amat la unik kerana diperbuat dari kayu, buluh dan diikat dengan tali jaaa, rodanya pula rasa-rasa roda motosikal kot.... lepas tu, pekerja-pekerja gondola ini akan menarik secara manual dengan menggunakan kudrat manusia, kuatkan diaorang nii...(patutla harga untuk naik gondola ni boleh tahan wehhh mahainya). Jarak mula gondola ke Pulau Timang lebih kurang 100m.... so kita bole request untuk berhenti di tengah-tengah untuk bergambar. Harus diingat ya....gondola ni boleh dinaiki maksimum 2 orang jaa, xde life jacket ya.... kalau hari tu ombak kuat, memang merecikkk laaa kebasahan. Mengikut kata pekerja-pekerja di sini, semenjak penubuhan operasi gondola ini, belum ada lagi yang maut jatuh ke dalam laut atau pun tali gondola terputus ke..... Buat pengetahuan semua talinya dan semua bahan membuat gondola ini sangat kuat dan sentiasa ditukar ganti.  Sekiranya hujan lebat ataupun guruh, kilat berdentum sambung menyambung, operasi gondola akan ditutup seketika sehingga cuaca pulih.

Bila sampai ke Pulau Timang, bolehlaa ambil gambar seketika sebelum naik semula gondola untuk balik semula ke seberang sana. Oh ya.... kebetulan hari yang kami datang ke sini, kami dapati ada jambatan gantung yang baru ja siap untuk ke Pulau Timang (so da ada 2 alternative la ya... kalau mahu ke sini boleh pilih sama ada nak naik gondola ataupun berjalan kaki melalui jambatan gantung). Jambatan gantung ini masih belum dirasmikan@dibuka untuk orang ramai@pelancung (dengar ceritanya esok baru boleh dirasmi)

Image may contain: 1 person, sky and outdoor

Image may contain: 8 people, including Sharifah Azalini Al Jafry, Teh Akbar and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, people standing and outdoor

Image may contain: 3 people, people sitting, people standing, outdoor and nature

Image may contain: ocean, sky, outdoor, water and nature

Image may contain: one or more people, people standing, sky, ocean, mountain, child, outdoor and nature


Image may contain: Teh Akbar, standing, sky, outdoor and nature


Image may contain: 4 people, including Nurty Faredza Abdul Majid, Sharifah Azalini Al Jafry and Teh Akbar, people smiling, outdoor

Image may contain: 4 people, including Teh Akbar, Sharifah Azalini Al Jafry and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, outdoor and nature



Habis ja menikmati keindahan di Pulau Timang dan berbual-bual dengan penduduk tempatan kami pun berangkat ke rumah Pak Siswanto untuk menikmati hidangan lobster yang telah dipesan.

Sebenarnya hanya keturunan Pak Siswanto sahaja yang dibenarkan untuk menjual dan menjamu lobster kepada pelancung yang datang di sini.... (kerana ada sejarahnya.....) tapi penduduk tempatan still boleh mencari lobster untuk dimakan sendiri or jualan (kecuali bukan buka restoran jaa kat kampung ini)

Sebenarnya .... tempat makan ini adalah dalam sebuah rumah yang besar, siap ada ruang makan (tapi kena duduk bersila), bilik solat dan sudut bacaan dan juga kolam tempat simpan lobster yang
fresh-fresh.

Menu pula telah disediakan dalam bentuk pakej iaitu mengandungi nasi, sayur tempe, ulam, sambal, air jus jeruk limau dan boleh ditambah dengan set ikan or seafood. Kami telah pilih set lobster untuk 4 orang yang saiz sedang-sedang iaitu 6 ekor lobster, 2 set sotong goreng tepung, ulam, sayur tempe, sambal 2 jenis, nasi dan air jus jeruk limau. Memang sangat berbaloi dan sedap, lobster yang fresh.... perghhh sambal memang pedas ternganga baq hang....
Selain tu korang juga bole oder mee goreng ke nasi goreng ke atau apa-apa ja laaa.... (kami tak oder pun sebab memang nak menikmati nasi dengan lobster ja) Memang kenyang gilerrr wehhhh dengan harga yang murah pulak tu (sorang lebih kurang RM50 jee)

Image may contain: house and outdoor

Image may contain: Teh Akbar, smiling

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: 4 people, including Sharifah Azalini Al Jafry, Teh Akbar and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, people sitting, people eating, table and food


No automatic alt text available.


Alhamdulillah selesai makan.... kami pulang semula ke penginapan, tapi sebelum tu sempat lagi singgah di Pekan Malioboro untuk cari minyak wangi. Minyak wangi kat sini pun best-best, alaa yang macam kat Bandung tuu.... (walhal badan ni da tak larat sangat da, memikirkan esok da nak balik, so kena juga tengok minyak wangi malam niiii)

Sampai bilik.... terus bersihkan badan dan kemas apa yang patut, esok bolehla singgah pekan untuk beli bakpia (kuih yang popular tuuu....) Ok, kita sambung esok, apa yang cheteh nak cari lagi....

"Rasa Takut Bukanlah Untuk Dinikmati, Tetapi Untuk Dihadapi.... " 



Perbelanjaan:
Rate IDR 1 juta bersamaan RM336
-Tiket masuk Pulau Timang (gondola) IDR200k seorang 
-Set Makan Lobster IDR600k/4 orang 




No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...