Friday 9 June 2017

Popia Carbonara Kebaboom

Assalamualaikum sahabat....

Memandangkan mood rajin makin menjadi-jadi dikala cuti-cuti ni, jom cheteh share resepi POPIA CARBONARA KABABOOM.... semua ni hasil idea selepas makan popia, jadi keterujaan untuk mempelbagaikan isi popia tu pun datang mencurah-curah, kali pertama mencuba kurang ok sebab balutan tak kemas dan kena adjust lagi bahan-bahannya, 
percubaan kali kedua dan seterusnya baru cantik!

Popia Carbonara Kababoom ni cheteh suka buat banyak-banyak kemudian jadikan frozen, bila nak makan boleh terus goreng... senangkannn (yang frozen tu cheteh pernah simpan selama dua minggu, memang masih segar, cantik da elok bila goreng). Kalau lebih dua minggu tak tau laa, sebab popia cheteh ni tak letak bahan pengawet. (jadi jgn amik risiko ya)

Alhamdulillah... tak sangka pula popia ni mendapat sambutan dari sahabat-sahabat cheteh sehinggakan ada yang menempah (frozen), terima kasih ya sebab menyokong cheteh.

Jom cheteh share resepi

Bahan-bahan:-
- 1 tin sos carbonara (prego)
- 1/2 cawan cooking cream
- sedikit susu segar
- 1 sudu yogurt (original)
- 1/2 kiub pati ayam/bilis
- 2 batang sosej
- 1/2 batang carrot
- 1/2 batang sederi
- 1/3 capsicum hijau
- 3 ketul cendawan shitake
- 1 sudu besar tepung beras/ jagung (untuk pekatkan)
- sedikit lada hitam & lada sulah
- sedikit air
- 1 peket kulit popia (saiz 7.5" x 7.5")

Cara-caranya:-
Cincang/potong dadu (kecil-kecil ya) sosej, carrot, sederi, capsicum dan cendawan.
Masakkan cendawan dan sosej terlebih dahulu dengan sedikit air, kemudian masukkan kiub pati ayam/bilis. Masukkan sos prego, cooking cream, susu segar & yogurt, kacau hingga sebati. Selepas itu masukkan tepung beras/jagung (yang dibancuh) untuk memekatkan sos, masukkan lada hitam/sulah, kacau hingga meletup-letup.... tu tandanya da masak la tu.

Sejukkan sos terlebih dahulu (pastikan sos dalam keadaan pekat, tak mo cair ya), kemudian baru letak satu sudu besar sos tu atas kulit popia dan balut kemas-kemas ya. Kalau tak kemas, takut nanti bila goreng meletup-letup dalam kuali... sebab sos tu meleleh keluar dan rupa pun tak cantik nanti kannn.


No automatic alt text available.

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Senangkannn, oh, ada beberapa tips selepas beberapa kejadian semasa percubaan membuat sos popia iaitu, kalau tiada cooking cream pun tak pe, jadi juga popia tu, boleh ganti dengan sos mushroom (rasa akan jadi lain sedikit). Bagi sesiapa yang suka cheese (pramesan) bole masukkan sedikit cheese semasa sos di letakkan atas kulit popia, kemudian balut, perghhh memang sedap tau, cubalahhh ya. Cheteh tak letak cheese sebab ada customer yang tak suka, bila depa request ja baru letak.

Selamat mencuba.....
















No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...