Thursday 1 December 2016

Sibu .... Sarawak (10)

Assalamualaikum sahabat...


Selepas ke Daro, cheteh & team balik semula ke Sibu...kali ini, di sini pun kami tidak menyewa kereta sewa kerana pekan Sibu tidaklah terlalu besar. Sepanjang cheteh di sini, cheteh hanya berjalan kaki ja....habis satu pekan Sibu cheteh berjalan!

Sibu merupakan salah satu bandar dan bahagian di Sarawak. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang (sungai terpanjang di Malaysia iaitu 773 kilometer) dengan Sungai Igan, kira-kira 60km dari laut. Kebanyakannya penduduk berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga penduduk bumiputra lain seperti kaum Melanau dan Melayu. Sibu mendapat nama daripada buah rambutan liar yang dikenali sebagai "Sibau" dalam bahasa Iban oleh penduduk tempatan.

Sejarah moden Sibu bermula pada pertengahan abad ke 19, apabila Lembah Rejang ini dijadikan Bahagian Ketiga Sarawak pada tahun 1861. Sibu pada mulanya menerima kedatangan imigran Cina yang dibawa oleh Rajah Kedua untuk menanam padi, walau bagaimanapun penanaman padi tidak sesuai untuk Lembah Rejang dan ditukar kepada penanaman getah dan lada. Dari segi pentadbiran, Bahagian Sibu telah dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Daerah Sibu, Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.

Secara umumnya, Sibu terletak di kawasan tanah rendah yang dilitupi oleh paya, hutan bakau, nipah dan hutan paya. Muka bumi ini semakin berbukit-bukit apabila menuju ke kawasan pendalaman Daerah Kanowit dan Daerah Selangau. Pada awalnya sistem perhubungan banyak bergantung kepada pengangkutan air. Kini dengan siapnya Jambatan Lanang dan Jambatan Durin telah menjadikan sistem pengangkutan jalan raya bertamabah baik untuk menghubungkan Sibu dengan bandar lain seperti Sarikei, Mukah, Bintulu hingga ke Kuching. Ini juga banyak membantu pembangunan ekonomi Sibu terutamanya industri berasaskan kayu, pembinaan kapal, perbankan, komunikasi dan pengangkutan yang juga menjadi pusat bahagian tengah Sarawak.  (sumber: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sibu)

Sebenarnya banyak sangat kisah sejarah daerah Sibu (sejarah tetap sejarah, satu fakta yang telah pun berlaku, cumanya sama ada dicatatkan atau pun tidak.... )

Memandangkan cheteh berada di sini sebab kerja, maka mana sempat ja la kannn nak jalan-jalan pun...jom layan  foto-foto cheteh ;p


View daerah Sibu dari atas....






Sampai di Jeti Sibu kami terus berjalan kaki untuk ke hotel, (hotel dekat jaa) sambil tu sempat la lalu depan Sibu Heritage Centre.... nanti datang semula sebab nak check in hotel dulu....



Selepas check in hotel, bersihkan diri & solat....lepastu baru keluar nak cari makanan. Ooo baru ingat nak cari bank dulu, lepas itu baru la best kannn nak jalan-jalan. Kebetulan malam ada pasar malam Sibu, berdekatan jaa dengan hotel cheteh. Pasar malam kat sini ada dua bahagian untuk makanan, satu untuk yang halal dan satu lagi bukan halal, jadi jangan terkejut la kalau mai pasar malam sini....makanan kuih-muih dan lauk pauk memang banyak...pilih jaaa. Jom tengok apa yang ada (tak banyak amik foto sebab hujan....redah juga laaa)



Ikan Sardine bakar

  


Kepak ayam bakar ni memang sedap RM2.50 satu
Kerabu Obor
pulut inti
  
Buah melaka@ondeh-ondeh ini sangat sedap (disalut kelapa kering) 

murtabak mini


Selepas selesai makan, kami pun jalan-jalan sekitar bandar Sibu walau pun dalam hujan gerimis.... berjalan santai sambil ambil foto, sempat singgah di hadapan Pintu Gerbang Sibu@Sibu Getaway. Di sini letaknya Lin's Swan Garden yang menempatkan patung The Swan yang merupakan Sibu's Majectic Icon, comel ja tempatnya....ada lagi beberapa patung binatang disekitarnya, layan ja laa amik foto walau pun dalam hujan....




main cakcak lakkk.....






Selepas itu kami sempat lalu di hadapan Kuil Tua Pek Kong @Kuil Eng Ann Teng Pek Kong, kuil dengan tujuh tingkat yang berbentuk pagoda yang dibina pada tahun1987 dengan bahan binaan yang dibawa khas dari negeri Cina. Menurut maklumat didengari ...di tingkat bawah dewan, menmpatkan dewa tuan rumah... Dewa Tua Pek Kong, Tingkat kedua ialah dewan "Guang Ying". Pelancung dan orang ramai boleh menaiki Pagoda tujuh tingkat ini dan dapat melihat pemandangan yang indah daripada bandar Sibu dan Sungai Rejang. (tapi cheteh tak naik pun sebab dah malam, siang esok pun tak sempat sebab hendak ke tempat lain....) 



Kuil Tua Pek Kong 


Selesai jalan-jalan malam tu kami terus balik hotel, bersihkan kan badan, rehat dan tidur. Esoknya cheteh nak pergi beberapa tempat lagi di bandar Sibu ini.

Esoknya pagi-pagi bangun pergi breakfast dulu, lepas tu pergi pasar Sibu cari kek lapis.... Pasar ni memang besar, siap dibina pada tahun 1996 dengan kos RM12 juta dan telah menempatkan semula semua penjaja yang menjalankan perniagaan mereka di tebing sungai, dan di sekitar lorong pusat bandar. Bagi cheteh... menariknya pasar Sibu ini ialah ada jualan ayam hidup yang dijual seekor dalam RM17-RM25 (ikut saiz), selain itu ada bahagian basah dan kering, bahagian sayur, kuih-muih, buah-buahan, kraftangan, kedai pakaian dan kedai makan. 

Jom tengok cheteh masuk pasar Sibu....



Kek Lapis Sibu sangat murah (satu bekas RM10)




Baik ja ayam-ayam nii...duk diam jaa

Itik hidup pun ada....yang warna hitam tu ayam hutan
Selepas itu, cheteh singgah sekali lagi ke Sibu Heritage Centre, kali ni mesti masuk dalam untuk sopink! (satu ja kedai yang dibuka....walau pun satu kedai, tapi di dalamnya ada macam-macam tau, menjual pelbagai souvenir), harga memang sangat berpatutan, bagi cheteh harganya amat murah jika nak dibandingkan dengan harga di daerah lain.

Bangunan ini sekarang dijadikan Muzium Warisan Mini Civic Centre di tingkat atas, menempatkan bahan-bahan sejarah dan penceritaan sejarah awal Sibu serta Sarawak, koleksi-koleksi barangan antik, artifak dan gambar-gambar kenudayaan mengenai pelbagai etnik yang tinggal di Rejang serta mempamerkan sejarah migrasi orang Cina ke Rejang. Dibuka dari hari Selasa-Ahad, jam 10.30am-5.30pm, masuk percuma. Walau pun hanya muzium mini, info yang diperolehi sangat berguna. Semasa cheteh berada dalam muzium ini cheteh disajikan dengan rencana berkaitan sejarah & aktiviti Sibu dan Sarawak. (Sorry...tiada foto dalam muzium kerana tidak dibenarkan)






Alat mainan muzik diperbuat dari tempurung




Replika Kuil Tua Pek Kong (Muzium Sibu di tingkat atas bangunan Sibu Heritage Centre)

Hari terakhir di Sibu....cheteh & geng sempat ke Wisma Sanyan, rupanya masa tu tengah berlansung Sibu International Base Jump 2016, sempat la kami tengok.

Wisma Sanyan adalah bangunan 28 tingkat, bangunan tertinggi di Sibu, mula di buka pada tahun 2001. Wisma ini menjadi mercu tanda Bandar Sibu dan juga kebanggaan orang Sibu, mengandungi hotel penginapan, ruang pejabat, restoran dan pusat membeli belah. Jom layan tengok abam mat saleh terjun.....













kat sini pun ada patung swan...



Alhamdulillah.....ini adalah hari terakhir cheteh di bumi Sarawak, banyak kenangan suka dan duka di Sarawak, cita-cita ingin menerokai Sarawak telah pun berjaya, hampir separuh negeri Sarawak telah diterokai... keamanan, kedamaian, keunikan makanan, keunikan budaya, keramah dan  kebaikan orangnya amat-amat memberi keterujaan pada diri cheteh, bagaimana hebat pun seseorang itu, asal usul jangan dilupakan....pergilah ke mana pun seperti burung, tetapi jangan lupa asal usul!

Semoga bertemu lagi Sarawak....




  









No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...