Tuesday 13 December 2016

Percutian ...... Ho Chi Minh (Day 1)

Assalamualaikum sahabat....

Pada 29 September hari tu cheteh pergi bercuti di Ho Chi Minh (HCM), cheteh ke HCM pun sebab kebetulan......point utama sebab ada promo, harga tiket hotel & flight murah. Hurmmm....paling utama ajakan office mate .....(maklumlah tak pernah sampai HCM lagi). Plan asal nak pergi berempat....tup tup terus jadi berjemaah (tak kisah lah kannn, lagi ramai lagi meriah....tapi make sure mesti 'sekepala'....) ada juga sahabat yang tak jadi pergi last minute, sebab kekangan tugas....

Bermula dari ajakan office mate, yang asalnya suka-suka terus jadi suka (boleh gitu??) Tq to my office mate sebab dialah yang banyak buat survey, tempah hotel & flight (RM350.00++ jeee untuk 4hari 3malam) ....bla bla bla...

Sebenarnya nasib baik juga sebab tarikh yang dipilih tu tengah free.... sebab banyak sangat kontroversi tarikh sebelum tu, yang paling utama selamat sebab tidak bertembung dengan projek kerja.....   

Untuk makluman semua.... yang pergi HCM adalah first time pergi, so keterujaan tu amatlah tinggi.... Kami pergi 4 hari 3 malam, nginap di Hotel Thanh Long.... jom ikuti catatan cheteh ke HCM ala-ala backpacker...

Selamat sampai ke Airport Tan Son Nhat, pernerbangan lebih kurang dua jam jee....waktu di sini lewat dalam sejam dari waktu Malaysia. Sampai ja airport kami dah bersedia nak naik bas untuk pergi ke Ben Thanh, so berjalan la ke luar hingga ke tempat bas di luar airport (konon nak rasa adventure la kannn). Bas di HCM memang menarik sebab driver dan conductor nya siap berpakaian seragam lengkap. Walau pun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris akan tetapi mereka amat menghormati orang luar... (memang cam ayam & itik laaa...hahaha). Keadaaan bas memang bersih dan selesa, driver memang da bole agak kami hendak ke Ben Thanh Market, sampai ja dia seniri yang berhentikan bas dan angkat tangan cakap Ben Thanh.....senangkannn. Tambang bas pula hanya 5000 VND lebih kurang RM1 jaa, perjalanan hamya lebih kurang 20-30 minit (kalau lambat tu sebab sesak....untuk makluman jalan dekat HCM memang sangat sesak). Masa ni cuaca kat HCM lebih kurang sama macam kat Malaysia, cuma malam ja hujan sekejap. Sampai ja terus jalan kaki mencari hotel, check in dulu, selepas itu baru keluar cari makanan untuk lunch...

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

Image may contain: one or more people

No automatic alt text available.
Tiket Bas

Image may contain: 4 people, including AshRaf Rina and Teh Akbar, people smiling, people standing and outdoor

Bilik Hotel cheteh

Dah selesai check in, selesaikan apa yang patut.... maka kami keluar mencari kedai makan halal. Di Ben Thanh untuk mencari makanan halal amatlah senang, tidak perlu risau.... pergi sahaja di Malaysian Street iaitu Jalan Nguyen An Ninh (jalan ni berhadapan dengan Bangunan Ben Thanh Market) di sini terdapat banyak kedai makan halal..... tetapi hari ini kami memilih untuk makan di Kedai Halal Amin.....




Image may contain: 7 people, including Ema Faizal, Teh Akbar, Juliana Jamaludin and AshRaf Rina, people sitting, indoor and food

Image may contain: food
Fresh Springrolls set (4pcs) - 80,000 VND (lebih kurang RM16)
Image may contain: food

Selesai makan, kami pun mula melawat kawasan sekitarnya, part ni memang best... hari ini kita tengok dulu yea apa yang menarik....tapi sebelum tu sempat layan kopi vietnam...(cheteh bukan penggemar kopi, kalau minum pun black coffee jaa...tapi bila da rasa kopi vietnam ni, terus terpikat, sedapnyaaa.....harus hari-hari minum kopi dekat sini) 

Image may contain: 2 people, including Teh Akbar, people smiling, people standing and outdoor

Image may contain: 3 people, including Teh Akbar and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, food



Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: 1 person, crowd and indoor


Image may contain: 6 people, indoor

Image may contain: one or more people, night, crowd, sky and outdoor

Image may contain: one or more people, people walking, people standing, shoes, night and outdoor


Alhamdulillah selesai melawat Ben Thanh Market & Night Market kami pun pulang ke hotel. (Oppss.... lupa nak cerita, cheteh sempat tempah sepasang dress dari kain lace & lining, RM140....siap petang esok....terjebak jugakkkk). Untuk makluman semua, kalau kita beli kain pasang, kita langsung boleh tempah, siap dalam 24 jam....harga kain & tempah memang sangat murah.... Tapi tu laaa, cheteh datang bukan untuk sopink.... sebenarnya lebih kepada nak jalan-jalan jeee (tapi geng jemah memang sopink sakan.....nanti kita tengok siapa yang paling besar begnya di hari terakhir...hahaha)

Selamat malam......

Ikuti catatan cheteh pada hari ke 2 nanti.... ;p 
  




No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...