Friday 16 December 2016

Ho Chin Minh.... Cu Chi Tunnel (day 3)

Assalamualaikum sahabat....

Hari ke-tiga di Ho Chi Minh (HCM)...ho ho ho....

Hari ini cheteh & geng akan menjelajah ke Cu Chi Tunnel....seperti semalam, sebelum bertolak jom sarapan dulu. Agenda kami hari ini adalah, sebelum ke Cu Chi Tunnel kami singgah dulu di 'Handicapped Handicrafts Factory'.

Handicapped Handicrafts adalah satu lokasi kraftangan yang menggunakan kulit telur dan tiram, kita boleh melihat sendiri cara pembuatan hasil seni dari kulit telur dan tiram. Hasilnya memang cantik, cara pembuatannya amat unik dan kreatif. Kita memang tak akan sangka, dari kulit telur dan tiram yang biasa akan menghasilkan lukisan@kraftangan yang memang superb! cantik sangat-sangat tau.

Sebenarnya ini adalah kilang kraftangan yang dibina khas untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU). Mereka ini adalah OKU yang mengalami kecacatan akibat daripada kesan peperangan Vietnam dengan Amerika semasa perang dunia ke dua (2).

Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah membeli hasil kraftangan di sini, mereka menerima Vietnam Dong (VND) dan juga USD (kalau tak ada cash....card credit pun boleh...hihihi). Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran seluruh dunia (postage kena bayar sendiri), pilih, bayar dan tinggalkan alamat serta nombor telefon. Mudahkan....

No automatic alt text available.




Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor




No automatic alt text available.



No automatic alt text available.



Hampir sejam setengah kami di sini, kemudian kami berangkat ke Cu Chi Tunnel, perjalanan ke Cu Chi Tunnel hanya lebih kurang sejam sahaja dari HCM. Bayaran tiket untuk masuk ke Cu Chi Tunnel adalah sebanyak VND110,000 (90,000 + 20,000 kos ini kena bayar sendiri, tidak termasuk dalam harga pakej).

Cu Chi Tunnel adalah tempat tinggalan sejarah ketika tercetusnya peperangan antara Vietnam dan Amerika pada tahun 1970an. Vietnam berjaya mempertahankan negara mereka dari dikuasai oleh Amerika. Banyak tinggalan sejarah yang membuktikan bagaimana orang Vietnam berjaya membentuk laluan bawah tanah iaitu terowong sempit yang bersambung di antara beberapa penjuru, yang terbahagi kepada beberapa lapis jarak jauhnya@panjang terowong itu. Terowong ini masih berkeadaan baik dan utuh, tetapi hanya cukup untuk laluan satu orang dewasa yang mempunyai saiz badan sederhana. Keadaan dalam terowong ini agak gelap dan kurang oksigen, cara untuk melalui terowong ini adalah dengan cara merangkak ataupun jalan itik....hurmmm bayangkan... bayangkanlah bagaimana agaknya orang-orang Vietnam ini (pada masa dulu laaa) menjalani kehidupan mereka....gigih kan!

Bagi mengelakkan takungan air dan banjir di dalam terowong, mereka membuat laluan yang bersambung dengan sungai berhampiran sebagai pembuangan air hujan dan memudahkan mereka untuk melarikan diri menyusuri sungai.

Bagi pelancong yang ada penyakit asma, jantung, darah tinggi dan sewaktu dengannya adalah tidak digalakkan untuk mencuba laluan terowong ini....(takut, silap-silap anda tak sempat nak habiskan laluan terowong itu!).






Banyak lubang rahsia untuk persembunyian Gerila Vietkong, kecil ja saiznya...muat-muat saiz badan jaa...(orang yang bersaiz besaq...ermmm, sorry...tak sempat la nak bersembunyi)

Mereka juga membina perangkap dan jerat, berbagai-bagai bentuk....sangat menakutkan dan menggerunkan!. Ternyata mereka amat bijak untuk membina semua ini tanpa bantuan teknologi moden.











Ini merupakan kereta kebal M41 milik tentera Amerika yang berjaya dimusnahkan oleh tentera Vietnam pada tahun 1970.... hebatkan. 

Mereka juga hidup di dalam tanah@bawah tanah sepanjang peperangan itu berlangsung, di sinilah mereka tidur, membuat senjata, merawat tentera yang cedera, memasak dan macam-macam lagi.












Tayar-tayar yang tidak digunakan, dijadikan selipar.....kreatif kannn

Akhirnya kami dibawa untuk menikmati makanan semasa peperangan berlaku iaitu ubi kayu rebus cicah dengan kacang tumbuk dan gula, minuman pula ialah air teh hijau direndam dengan daun pandan....sedap pulak makan ubi rebus di Cu Chi Tunnel ini, siap suruh tambah lagi...mat & minah saleh dalam group kami pun sama naik makan ubi rebus ni, siap bertambah.....(pandai pulak depa ni makan macam ni....).








Lebih kurang jam tiga petang kami pun bertolak balik ke HCM....balik dengan sarat kenangan, sejarah, suka duka kisah peperangan Vietnam dan Amerika.

Sampai ja HCM....kita cari Malaysian Street...hohoho, lapaq wehhh

Malam....kuar lagi, malam ni kita ronda lagi Ben Thanh, cari buah, cari tudung, cari jubah, cari telekung ...cari beg .... bla bla bla....jommm









Pengalaman melawat Cu Chi Tunnel amatlah beharga, sejarah yang terlalu mahal! memang tidak boleh dinilai dengan duit, buka mata luaskan perjalanan! agar kita tahu ilmu dan pengalaman itu amatlah bernilai (tidak sama menonton kisah perang meraka di tv tauuu....kat sini kita seperti merasa apa yang telah mereka lalui....). Tahniah! sebab mereka masih boleh memelihara sejarah negara mereka dengan baik.

Selamat malam semua...jumpa lagi esok (meh lihat apa cheteh nak buat esok ya....)




No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...