Thursday 10 November 2016

Sarawak... Jom Ke Miri (8)

Assalamualaikum sahabat...

Usai tugasan di Lawas....Alhamdulillah.... Ada satu hari lagi sebelum balik Semenanjung Malaysia, jomlah kita bermalam di Miri, menjelajah apa yang ada di sana (ok ,,, semua bersetuju kita bermalam di Miri! Sekali lagi kami kena sediakan kekuatan fizikal dan mental untuk memandu dari Lawas balik ke Miri....

Dengan jarak lebih kurang 400km, perjalanan memakan masa berjam-jam lamanya...Yang pasti passport jangan lupa kerana kami akan mengharungi kesesakan sempadan antara Brunei-Malayasia, Labu (Temburong), Puni (Temburong), Kuala Lurah (Limbang) dan Sungai Tujuh (Baram). 

Selesai pemeriksaan imigresen, buat kali kedua kami berada di wilayah Brunei, kami meneruskan perjalanan menuju ke sempadan Brunei-Miri (Sarawak), hari dah gelap dan tidak lama kemudian hujan turun dengan lebat tetapi nasib baik hanya sekejap.....Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga ke Miri (walaupun ada juga tersesat semasa perjalanan sehinggakan terpaksa tanya pada penduduk tempatan....bahasa jiwa bangsa, memainkan peranan penting di dalam situasi ini), akhirnya dalam jam 9++ malam kami sampai Miri.

Miri merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandar raya. Miri mendapat kenaikan status ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan" dan merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.

Memandang flight cheteh selepas maghrib pada keesokan harinya, maka sempat la cheteh jalan-jalan sekitar Bandar Miri, jommm tengok apa yang cheteh terokai..... 



Image may contain: drink and food
Laksa Sarawak Miri (RM5)
Image may contain: food
Mee Kolo Special Miri (RM8) 

Selepas makan, kami mencari Kedai Kek Habibi, satu-satu kedai kek lapis yang terkenal di Miri. (buat pengetahuan sahabat, amat susah untuk mencari kek lapis di sini tidak seperti di bandar Kuching)

Image may contain: 2 people, people standing
Sempat singgah Kedai Kek Lapis Habibi

Selepas itu kami meneruskan misi menjelajah ke Pasar Emart Miri.....








pucuk kemangi
  

kuih cincin ....1st time jumpa kaler merah

serat@urat labu yang dikeringkan...(buat gosok badan best ni....kata seorang teman)
 




Akhirnya selepas puas pusing-pusing di tamu, balik hotel mandi dan bersiap nak ke airport (tak sempat nak pergi ke tempat menarik lain .... ) 



Image may contain: 5 people, people standing and indoor




Alhamdulillah.....akhirnya sampai dengan selamatnya ke KLIA



Jom layan bunyi dari alat musik bonang ......From Miri with love! 



Alhamdulillah selasai semua misi dengan team Limbang Lawas....jumpa lagi siri catatan cheteh di Daro.....




No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...