Thursday 7 April 2016

JIKA.....

Assalamualaikum sahabat....

Jika kehendak dan pilihan engkau hanya sedikit dan sebahagian....
Maka serahkanlah urusan engkau kepada Tuhan yang memiliki iradat yang menyeluruh dan mutlak.

Jika kemampuan engkau adalah lemah....
Maka bergantunglah kepada kudrat (kekuasaan) Yang Maha Berkuasa dengan kekuasaan mutlak.

Jika kehidupan engkau akan binasa dan pendek....
Maka mulalah berfikir tentang kehidupan yang kekal abadi.

Jika fikiran engkau bertahap rendah....
Maka masuklah di bawah sinaran matahari al-Quran dan lihatlah dengan cahaya keimanan agar setiap ayat al-Quran mengurniakan cahaya seumpama bintang yang bergemerlapan kepada engkau sebagai ganti daripada cahaya fikiran engkau yang malap.

Jika engkau mempunyai pengharapan dan kesakitan-kesakitan yang tidak bersempadan....
Ingatlah sebenarnya engkau mempunyai balasan pahala yang tidak berpenghujung dan rahmat yang tidak bersempadan yang sedang menunggu engkau.

Jika engkau mempunyai matlamat dan tujuan yang tidak berkesudahan....
Maka janganlah bimbang dengan sentiasa berfikir tentangnya kerana ia tidak dapat dihitung di dunia ini, bahkan tempatnya adalah di akhirat nanti, sedangkan Tuhan Yang Maha Esa Mengurniakan adalah Tuhan Yang Amat Pemurah, Mulia dan Luas PemberianNya.
  


Salam Jumaat untuk sahabat semua....muahh





#petikan buku Panduan Untuk Para Wanita

No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...