Friday 1 April 2016

Kota Kinabalu - Pulau Sapi (sea walking) & Pulau Manukan & singgah dinner di Hard Rock Cafe

Assalamualaikum & salam Jumaat sahabat,,,,

Hari ini hari ketiga di Kota Kinabalu (KK), itinerary adalah pergi pulauuuu....yuhuuu (pulau adalah salah satu tempat kesukaan cheteh). Tak sah laa kann kalau datang Sabah tak pergi melawat pulau....So pagi-pagi semua da bangun siap-siap breakfast (makan kenyang-kenyang...hahaha), bukan apa, lepas ni kan nak pergi menyelam so...kenalah ber energy...ewahhh

Kalau nak ke pulau...kenalah pergi ke Jesselton Point sebab dekat situ terminal/jeti untuk ke pulau-pulau. Dari tempat inap kami ambil teksi untuk ke sana....padahal dekat ja, tapi sebab nak simpan energy, so naik teksi ja laaa....(balik nanti baru jalan kaki)

Dalam jam 9am++ kami sampai, dekat situ kita kena cari kaunter yang boleh bagi harga yang best untuk ke pulau dan melalukan aktiviti pulau. Dua tiga kaunter juga la kami tawar menawar....untuk makluman semua, di sini banyak syarikat menawarkan perkhidmatan bot & aktiviti pantai, semuanya di bawah pengurusan syarikat yang berbeza, so...kenalah rajin bertanya jika inginkan harga yang murah dan perkhidmatan yang berbagai....

Akhirnya kami pilih syarikat kaunter 5 (Borneo Ferry Tours & Travel) selepas puas hati dengan tawaran yang ditawarkan. Kami akan melakukan aktiviti sea walking di Pulau Sapi dan berehat di situ, petang baru pergi ke Pulau Manukan untuk berenang. Jom layan foto dulu.....




Hati memang teruja nak lakukan sea walking, walau pun hati dag dig dug...takut-takut pun ada, disebabkan dua orang sahabat memang nak sangat buat kann, so keterujaan itu bertambah-tambah laaa. Berada di dasar hanya dalam 30 minit ja, mula-mula turun dari bot, standby...kemudian dipakaikan topi (tak tau la apa nama topi ni....more tu pernafasan laaa), beratnya 40kg tapi bila pakai turun ke laut tak terasa langsung beratnya....lepastu cheteh di guide oleh pengawal (professional sea walking) sehinggalah cheteh confident nak bergerak sendirian, masa ni rasa macam berdesing sikit kat telinga dan mula atur pernafasan supaya berada dalam keadaan relax (mula-mula memang cuak abis...ini kalau salah teknik bernafas, mau mati lemas kat dalam dasar laut niiii....), muka memang serius abiss....huhuhu. Sehinggakan pengawal tu siap tulis kat white board kecil dengan perkataan...."senyumlah sikit..." siap bagi isyarat tangan...."ok ke tak"?.....lepas tu baru la boleh senyum... start pegang-pegang ikan nemo & batu karang, bagi makan ikan dengan roti dan sengeh-sengeh amik foto....cheesss




Image may contain: boat and outdoor

Image may contain: tree, sky, outdoor and water






No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, indoor

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Image may contain: 3 people




Dekat Malaysia, hanya di Sabah saja boleh di lakukan sea walking ....tapi  kalau di negara lain pun ada contohnya: Filipina, Ko Samui-Thailand & Bali....(meh kita support tanah air kita dulu....)

Selepas habis aktiviti ni, kami ke Pulau Sapi untuk berehat dan bermain-main air di pantai. Dalam jam 2pm bot tadi datang untuk membawa ke Pulau Manukan pula... Di Pulau ni kami hanya beriadah dan mandi pantai ja...Dalam jam 4 bot datang ambil semula untuk balik ke jeti. 


Image may contain: 1 person, outdoor and water

Image may contain: 1 person

Image may contain: sky, cloud, outdoor and water





Image may contain: 2 people







Image may contain: plant, tree and outdoor



Image may contain: tree, sky and outdoor







Dari jeti kami berjalan kaki ke tempat penginapan tetapi sebelum tu siap singgah di Pasar Filipino & pasar kering untuk beli ikan masin, ikan bilis, kuih cincin dan lain-lain lagi....tapi kannn... sempat lagi singgah pasar malam sinsuran (repeat beli ole-ole yang tak cukup semalam......hadoiiii)

Lepas maghrib baru sampai tempat inap.......warghhhh, hari ni memang challenging!!! Alhamdulillah apa yang dirancang telah berlangsung dengan jayanya, terima kasih ya Allah....

Malam ni siap-siap sebab nak mengedate sambil dinner di Hard Rock Cafe KK....jommm, sambil tu layan live band....

Image may contain: one or more people

Image may contain: 1 person, drink and indoor

Image may contain: 3 people, people smiling, indoor

Image may contain: 3 people, indoor

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: 2 people

Image may contain: 2 people, indoor



Okeh...selesai layan live band, moh ler kita balik tidur....esok dah nak berangkat balik Kuala Lumpur...

Selamat malam sahabat......semoga hari esok lebih baik dari hari ini, aamiin

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"


# Kos Perbelanjaan:
- Sea walking & pulau RM170
- Fees pulau RM3
- Teksi RM15 (sebuah teksi)
- fruit juice RM14-25
- Keow teow goreng RM29
- Burger (mushroom) RM35-39
- nasi goreng RM29
- mee soup RM29






No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...