Thursday 31 December 2015

Pelayaran Yang Indah Kapal Costa Victoria@Singapore (Day 5-hari terakhir)

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....

Hari ni adalah hari ke 5, hari terakhir cheteh di atas kapal....sekarang dalam pelayaran pulang ke Singapore. Matahari terbit jam 6.57am, laut tenang je...dengan cuaca yang cantik. Selepas bersiap, jom pergi bekpes dulu... (makan lagiiii)





Menurut kata Kapten Andrea Bardi, dijangka sampai di Singapore jam 2pm. Juga diingatkan, tetamu-tetamu yang pulang, diwajibkan untuk menunjukkan Kad Costa, Passport Asli & Kad Immigrasi Singapore.

Penyelesaian seluruh akaun di kapal
Memandangkan hari ini hari terakhir di atas kapal, semua tetamu diingatkan tentang penggunaan kad costa/kad kredit boleh digunakan sehingga ke akhir. Untuk tetamu yang telah membuat wang deposit tunai, kad costa dapat digunakan sampai jam 1am, selepas itu semua perbelanjaan harus dilakukan secara tunai. Oh...lupa nak citer, semalam malam terakhir, para tetamu akan menerima seluruh penjelasan tentang akaun kita (account statement), semua maklumat berkaitan pembelian yang telah dilakukan dan sebelum kuar kapal tetamu harus membayar 'duti' kapal sebanyak USD46 seorang. Cara pembayaran tunai/kad costa/kad credit. Bagi yang bayar tunai haruslah datang ke deck 7-Carmen, Concorde plaza dari jam 9am hingga 11am.

Bagasi
Bagasi yang sudah siap haruslah diletakkan di luar pintu kabin masing-masing sebelum jam 12am (malam terakhir). Bagasi haruslah dilabelkan dengan jelas sesuai dengan warna label yang telah dikirimkan ke kabin pada malam terakhir, diisi dengan nama, no kabin dan no telefon yang dapat dihubungi. Slip ini juga menyenangkan kita untuk mengidentifikasi bagasi kita dengan mudah kerana memiliki nombor serial khusus. Apabila kita turun dari kapal, kita akan menemui bagasi kita di Hall Custom, tersusun rapi sesuai dengan warna label bagasi.

Kad Costa
Kad Costa akan discan untuk kali terakhir apabila kita keluar dari kapal dan kad ini akan menjadi hakmilik kita sebagai tanda kenangan yang kita pernah belayar dengan kapal Costa Victoria...







Pelabuhan & Bandar Singapore

Dalam sibuk-sibuk nak turun setelkan account statement atas kapal, tersempak dengan Ustaz Abdullah Khairi.....

Ustaz Abdullah Khairi
Image may contain: 1 person

kapal kecik yang tengah menyokong untuk kapal costa berlabuh


Alhamdulillah....berakhirlah pelayaran yang hebat bersama Kapal Costa Victoria, terima kasih Chenta Hati






No comments:

Post a Comment

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...