Wednesday, 14 December 2016

Ho Chi Minh.... Mekong Delta (day 2)

Assalamualaikum sahabat....

Hari ini hari ke-dua cheteh di Ho Chi Minh (HCM), pagi ni awal pagi da bangun sebab hari ini cheteh & kawan-kawan akan menjelajah ke Mekong Delta. Semalam dah survey tour agency sekitar HCM...mana yang sesuai dengan harga yang berpatutan, akhirnya kami memilih Inner Vietnam Travel....Pakej untuk 'Mekong Delta - One Day' (8am-5pm) VND240,000 seorang, manakala pakej 'Cu Chi Tunnels' (8am-2pm) berharga VND100,000 seorang untuk hari ketiga. Puas tawar menawar akhirnya dapat lah discount untuk dua pakej tersebut, seorang dikenakan VND340,000 (lebih kurang RM68 seorang)....ok la kannn. Harga untuk pergi 'Mekong Delta' itu tidak termasuk pakej 'halal food' (kalau pakej 'halal food' tambah lagi VND100,000 seorang), kami memilih pakej biasa tidak termasuk 'halal food', so.... sarapan siap-siap dan dekat sana makan buah jeee....

Pagi-pagi lagi kami dah ke restoran Halal Amin, makan kenyang-kenyang.... siap tapau air mineral botol besar lagi ;) 


Tepat jam 8am sebuah bas datang menjemput kami, rupanya di dalam bas sudah terdapat pelancong lain yang akan bersama-sama kami ke Sungai Mekong@Mekong Delta. Sepanjang perjalanan 'tour guide' telah memberi penerangan sambil bercerita tentang sejarah HCM dan juga Sungai Mekong.....tapi cheteh tak beri perhatian sangat sebab lagi asyik melayan permandangan sawah padi & bukit bukau di sepanjang perjalanan itu....

Image may contain: 2 people, including Teh Akbar, sky and outdoor

Image may contain: one or more people and indoor


Sungai Mekong adalah antara sungai yang terpanjang di dunia dengan mengalir melalui enam buah negara iaitu, China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Tempoh perjalanan ke Sungai Mekong dari HCM adalah lebih kurang dua jam. Sampai ja di jeti kami diberi masa 30 minit untuk melihat@membeli souvenir sebelum menaiki bot ke Sungai Mekong.

Image may contain: one or more people and people sitting


Destinasi pertama adalah menaiki sampan menyusuri sungai-sungai kecil@tepian Sungai Mekong. Sebuah sampan boleh menampung empat orang penumpang tidak termasuk pendayungnya. Sampan yang kami naiki telah didayung oleh seorang wanita....memang hebat! Kami menysusuri sungai lebih kurang 20-30 minit, suasana yang redup dan nyaman sambil dikelilingi pokok nipah di kiri kanan sungai.

Image may contain: Nurty Faredza Abdul Majid and Fadzilah Husin Ila, people smiling, people standing, shoes, text and outdoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: plant, tree, outdoor, nature and water

Image may contain: 2 people, including Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, sunglasses, close-up and outdoor

Image may contain: 2 people, people sitting and outdoor

Selepas itu kami ke kebun madu lebah yang terletak di Pulau Unicorn, semasa melalui kawasan ini hati cheteh memang berbunga-bunga sebab terasa seperti berjalan di dalam kebun dan kawasan kampung sendiri....kebetulan masa ini buah longan sedang lebat berputik... (cheteh memang suka suasana ini. Cheteh sudah terdedah dengan suasana seperti ini sejak dari zaman kanak-kanak lagi, sebab tinggal dengan arwah atok)

Di sini kami diterangkan mengenai pembiakan dan penghasilan madu lebah, kami juga berpeluang untuk merasa madu asli yang fresh...beberapa pelayan wanita akan menghidangkan secawan air dicampur dengan madu & debunga@pollen dan perahan limau kasturi. Memang sedappp wehhh!!. Kami juga berpeluang menyapu royal jelly asli pada kulit tangan.... (madu & losen royal jelly boleh dibeli di sini....harganya cheteh lupa laaa...)

Image may contain: Nurty Faredza Abdul Majid and Teh Akbar, people standing, people walking, tree, plant, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, drink and indoor



Kemudian kami dibawa ke sebuah kampung orang vietnam (tak tau la nak panggil apa...cheteh panggil kampung orang vietnam ja laaa, kawasannya dalam ni juga). Rupanya kedatangan ke sini telah dihidang dengan buah-buahan tempatan untuk kami (agaknya sebagai tanda 'welcome' kot.... kannn). Buah-buahan yang dihidangkan adalah buah nenas, ciku, buah naga, rambutan, tembikai, ermmm .... durian tak da laaa, bukan musim kot, huhuhu.

Sambil makan-makan kami dihiburkan dengan nyanyian tradisional@klasik penduduk tempatan beserta petikan alat musik klasik.... semua musik dalam bahasa vietnam, cuma ada satu lagu ja yang cheteh faham iaitu lagu 'kalau anda gembira tepuk tangan, kalau anda gembira hentak kaki'.....hahaha, lagu ni memang kami layan nyanyi beramai-ramai sambil membuat aksi nya sekali....   


Image may contain: 4 people, including Ema Faizal, Nurty Faredza Abdul Majid and Teh Akbar, people smiling, people sitting, table and outdoor




Selesai makan buah, kami dibawa ke 'coconut candy workshop', di sini kami dapat menyaksikan bagaimana proses pembuatan gula-gula kelapa ini secara manual dari awal hingga ke pembungkusannya. Haaa.... cheteh juga berpeluang merasa gula-gula ini, ermmm authentic nyaaa, rasa laa sebanyak mana yang boleh, percuma kannn. Dekat sini juga ada jualan souvenir....tapi agak mahal sedikit dari area madu lebah tadi.

No automatic alt text available.

Image may contain: plant, food and outdoor

Image may contain: Teh Akbar, indoor

Image may contain: one or more people, people sitting, food and indoor
Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Image may contain: dessert, food and indoor

No automatic alt text available.


Image may contain: phone and indoor
Tak de duit tak pe...yang penting ada menda alah nih :)

Selesai lawatan ke Coconut Candy, kami naik bot semula untuk pergi ke kandang buaya.... ermmm lupa la nama tempatnya, (saja ja cheteh panggil kandang buaya, sebab dekat sini ada banyak buaya). Di persinggahan ini sebenarnya untuk 'lunch' (tapi ini dah terbabas waktu lunch dah niii), sambil-sambil menikmati keindahan taman buaya, kolam ikan, tengok permainan tangkap ikan oleh sekumpulan kanak-kanak lelaki Vietnam dan minum air kelapa, itinerary dekat sini bebas.....(lama juga laa dok dekat sini). Memandangkan kami tak ambil set makan lunch, so kami di jamu buah-buahan jaa.... (buah lagi, boleh laaa untuk lapik perut sebelum pulang ke Benh Thanh)

Image may contain: outdoor

Image may contain: food





Image may contain: Teh Akbar, sitting, shoes and table

Image may contain: 4 people, including Juliana Jamaludin, people standing, sky and outdoor


Alhamdulillah, selesai lawatan hari ini, walau pun cuaca agak 'memberontak', adakala ok, adakala hujan lebat diselang seli dengan gerimis....

Lebih kurang jam 5.30pm kami sampai ke Benh Tanh, apa lagi....cari Halal Amin laaa.....isi perut dulu!

Malam, kuar lagi.... keterujaan untuk night market dan Malaysia Street tetap segar, jommm. Geng-geng jemaah apa lagi, memang asyik la memborong tudung, kain, telekung dan berbagai-bagai.... cheteh hanya mampu....mampu melihat jaa laaa (acewahhh....sebenarnya, memang datang nak berjalan, sopink?....ermm tunggu malam esok naaa...)

Jam dah satu pagi.... warggghhh, da nak subuh rupanya! balik hotel, bersihkan diri.....ZZZzzzz (jumpa esok, projek Cu Chi Tunnels....)




Tuesday, 13 December 2016

Percutian ...... Ho Chi Minh (Day 1)

Assalamualaikum sahabat....

Pada 29 September hari tu cheteh pergi bercuti di Ho Chi Minh (HCM), cheteh ke HCM pun sebab kebetulan......point utama sebab ada promo, harga tiket hotel & flight murah. Hurmmm....paling utama ajakan office mate .....(maklumlah tak pernah sampai HCM lagi). Plan asal nak pergi berempat....tup tup terus jadi berjemaah (tak kisah lah kannn, lagi ramai lagi meriah....tapi make sure mesti 'sekepala'....) ada juga sahabat yang tak jadi pergi last minute, sebab kekangan tugas....

Bermula dari ajakan office mate, yang asalnya suka-suka terus jadi suka (boleh gitu??) Tq to my office mate sebab dialah yang banyak buat survey, tempah hotel & flight (RM350.00++ jeee untuk 4hari 3malam) ....bla bla bla...

Sebenarnya nasib baik juga sebab tarikh yang dipilih tu tengah free.... sebab banyak sangat kontroversi tarikh sebelum tu, yang paling utama selamat sebab tidak bertembung dengan projek kerja.....   

Untuk makluman semua.... yang pergi HCM adalah first time pergi, so keterujaan tu amatlah tinggi.... Kami pergi 4 hari 3 malam, nginap di Hotel Thanh Long.... jom ikuti catatan cheteh ke HCM ala-ala backpacker...

Selamat sampai ke Airport Tan Son Nhat, pernerbangan lebih kurang dua jam jee....waktu di sini lewat dalam sejam dari waktu Malaysia. Sampai ja airport kami dah bersedia nak naik bas untuk pergi ke Ben Thanh, so berjalan la ke luar hingga ke tempat bas di luar airport (konon nak rasa adventure la kannn). Bas di HCM memang menarik sebab driver dan conductor nya siap berpakaian seragam lengkap. Walau pun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris akan tetapi mereka amat menghormati orang luar... (memang cam ayam & itik laaa...hahaha). Keadaaan bas memang bersih dan selesa, driver memang da bole agak kami hendak ke Ben Thanh Market, sampai ja dia seniri yang berhentikan bas dan angkat tangan cakap Ben Thanh.....senangkannn. Tambang bas pula hanya 5000 VND lebih kurang RM1 jaa, perjalanan hamya lebih kurang 20-30 minit (kalau lambat tu sebab sesak....untuk makluman jalan dekat HCM memang sangat sesak). Masa ni cuaca kat HCM lebih kurang sama macam kat Malaysia, cuma malam ja hujan sekejap. Sampai ja terus jalan kaki mencari hotel, check in dulu, selepas itu baru keluar cari makanan untuk lunch...

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

Image may contain: one or more people

No automatic alt text available.
Tiket Bas

Image may contain: 4 people, including AshRaf Rina and Teh Akbar, people smiling, people standing and outdoor

Bilik Hotel cheteh

Dah selesai check in, selesaikan apa yang patut.... maka kami keluar mencari kedai makan halal. Di Ben Thanh untuk mencari makanan halal amatlah senang, tidak perlu risau.... pergi sahaja di Malaysian Street iaitu Jalan Nguyen An Ninh (jalan ni berhadapan dengan Bangunan Ben Thanh Market) di sini terdapat banyak kedai makan halal..... tetapi hari ini kami memilih untuk makan di Kedai Halal Amin.....




Image may contain: 7 people, including Ema Faizal, Teh Akbar, Juliana Jamaludin and AshRaf Rina, people sitting, indoor and food

Image may contain: food
Fresh Springrolls set (4pcs) - 80,000 VND (lebih kurang RM16)
Image may contain: food

Selesai makan, kami pun mula melawat kawasan sekitarnya, part ni memang best... hari ini kita tengok dulu yea apa yang menarik....tapi sebelum tu sempat layan kopi vietnam...(cheteh bukan penggemar kopi, kalau minum pun black coffee jaa...tapi bila da rasa kopi vietnam ni, terus terpikat, sedapnyaaa.....harus hari-hari minum kopi dekat sini) 

Image may contain: 2 people, including Teh Akbar, people smiling, people standing and outdoor

Image may contain: 3 people, including Teh Akbar and Nurty Faredza Abdul Majid, people smiling, food



Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: 1 person, crowd and indoor


Image may contain: 6 people, indoor

Image may contain: one or more people, night, crowd, sky and outdoor

Image may contain: one or more people, people walking, people standing, shoes, night and outdoor


Alhamdulillah selesai melawat Ben Thanh Market & Night Market kami pun pulang ke hotel. (Oppss.... lupa nak cerita, cheteh sempat tempah sepasang dress dari kain lace & lining, RM140....siap petang esok....terjebak jugakkkk). Untuk makluman semua, kalau kita beli kain pasang, kita langsung boleh tempah, siap dalam 24 jam....harga kain & tempah memang sangat murah.... Tapi tu laaa, cheteh datang bukan untuk sopink.... sebenarnya lebih kepada nak jalan-jalan jeee (tapi geng jemah memang sopink sakan.....nanti kita tengok siapa yang paling besar begnya di hari terakhir...hahaha)

Selamat malam......

Ikuti catatan cheteh pada hari ke 2 nanti.... ;p 
  




Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...