Sunday, 27 December 2015

Pelayaran Yang Indah Kapal Costa Victoria @singgah Phuket (day 3)


Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua.....


Hari ini adalah hari ke 3 pelayaran.... Alhamdulillah, pagi ni kala buka mata, rupanya sudah sampai Phuket. Mengikut jadual turun Phuket dalam pukul 9am, memandangkan kapal terpaksa berlabuh jauh dari pantai....jadi kami turun menggunakan boat kecil untuk ke daratan!. Pihak kapal akan mengumumkan melalui loudspeaker nombor-nombor boat secara konsisten untuk tetamu yang ingin turun ke Phuket, so sila dapatkan nombor tiket di kaunter pertanyaan, deck 5.  Okeh, sebelum tu jom kita pergi breakfast dulu.....pagi ni nak try kat Restoran Fantasia (A la carte), jom layan apa cheteh makan pagi ni sebelum turun Phuket.....Dokumen yang penting untuk pergi ke darat ialah Kad Costa....jangan lupa

nasik lemakkk...alahaiii (ikan bilis 5 ekoq jaaa :p)

Okeh lepas breakfast....siap-siap tunggu panggilan nombor tiket untuk naik boat. Untuk makluman masa yang dibenarkan berada di Phuket adalah selama 10 jam sahaja, dari 9am hingga 7pm....last boat adalah 7.15pm...Jarak pelayaran dari kapal menuju ke pelabuhan Phuket adalah 20 minit....

Okeh da sampai... kami berkumpul dalam bentuk kumpulan dan bersetuju untuk menyewa shuttle bus. Ahli kumpulan kami 8 orang sahaja, so tong-tong untuk bayar sewa, jumlah sewa untuk satu van selama 8 jam adalah 2,000 Bath (duit Malaysia dalam 200++). Pemandu ini akan bawa bersiar-siar keseluruh bandar Patong, Phuket, tempat-tempat sopink yang murah dan tempat makan muslim yang sedap.....












Jalan-jalan di bandar Patong, dekat sini ramai juga org india berniaga, siap ada restoran india lagi, kat sini barang-barang dia mcm kat Petaling Street kat Malaysia, harga lebih mahal dari Malaysia...so hati-hati kalau nak membeli di sini, bukan apa...cuma takut kena tipu jeee kannn








No automatic alt text available.



Kalau sahabat ke Phuket, sila lah singgah beli ole-ole di Kedai Madunan, memang cantik-cantik t-shirtnya dan harganya pun berpatutan. Dekat sini t-shirt direka khas (sendiri) dan mendapat hak 'paten' dari Hard Rock Cafe dan tak de tulang untuk t-shirt dewasa.....haaa apa itu tulang, tulang tu sebenarnya.... t-shirt itu tidak dipotong sisi (kiri & kanan)....sorry pic kedai tu lupa nak ambil laa

Alhamdulillah semua ole-ole untuk saudara mara dan sahabat handai, semua da dapat beli... makan pun sedap, so kita layan jalan di tepi pantai Phuket sambil cuci mata....

Malam pula ada show "Angiolino & Janette La Fracci In Surreal Circus Comedy" (tak tau la apa maknanya...layan je laa) jam 8pm & 9.30pm di Festival Theater Deck 6 Traviata & Deck 7 Carmen, tapi cheteh layan tengok yang jam 9.30pm selepas dinner.




Pukul 10.30pm ada Tropical Party di deck 11 Rigoletto...jom kita layannn sambil melayan angin malam yang dingin...lepas tu layan homemade pizza....wallaaa






Sampai kat jeti dalam 6.45pm ...boat da standby. Semua da setel....tiba masa nak naik boat balik ke kapal....Alhamdulillah selamat sampai ke kapal.



Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar....mendengar deruan ombak, merasa hembusan angin bayu malam...benar-benar amat mendamaikan bagaikan tenang seketika hati ini. Betapa hebatnya kuniaan Allah, terima kasih ya Allah....

Selamat Malam..... Assalamualaikum
























Wednesday, 16 December 2015

Pelayaran Yang Indah Kapal Costa Victoria (day 2)

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua.....


Hari ni hari kedua di atas kapal....hari ini seharian penuh dengan aktiviti atas kapal jee ya. Bangun kul 6am....(waktu kapal kul 5 lewat sejam) awal lagi rupanya....tak pe, excited punya pasal. Siap-siap pastu nak naik breakfast...hari ni nak breakfast dkt tingkat 12. (waktu breakfast kat kapal 6.30am -11am)


di antara hidangan breakfast pagi ini...roti danish pic & strawberry ni memang sedap
Kapten  Kapal Costa Victoria  ialah Kapten Andrea Bardi,  beliau  memberi informasi  bahawa  kapal belayar  dengan  kelajuan  pelayaran 17 knot,  dan sedang  perjalanan pelayaran  di  sepanjang  pantai Malaysia di Selat Melaka. Mengikut kata beliau lewat petang, lebih kurang pukul 8pm akan berada di perairan Phuket. Kata kapten....kita dah belayar sejauh 805 km merentasi Selat Melaka, luas di  antara Semenanjung Malaysia dan kepulauan Indonesia Sumatera.    

Actually atas kapal ni penuh dengan aktiviti yang .disediakan, cuma cheteh ja laaa.......nak layan atau tidak. 
10.30am - fashion show kat deck 5 Boheme
11.15am - cocktail bersama officer kapal kat kolam renang, deck 11 Rigoletto
11.45am - SPA show, demonstrasi produk & treatment dipersembahkan oleh Pompei Wellness Centre, deck 5 Boheme

Tapi cheteh tak tunggu lama pun, tengok gitu-gitu jeee. Cheteh lebih suka cuci  mata kat  kedai beg, jam & aksesori...... haaa baru best kannn. Harus diingat  kat sini jual beli semua dalam USD....Okeh citer sikit pasal urusan jual beli di dalam kapal nie.... Dalam kapal  urusan jual beli ada 2 cara  yang ditawarkan iaitu:


Kad Costa@cash deposit
Jika membayar melalui Kad Costa....bagi memastikan kad costa dapat digunakan, kita hendaklah mendaftar dengan minimum USD150 seorang, jumlah bole ditambah selaras dengan penggunaan di atas kapal. Sila lengkapkan pendaftaran di Guest Service, Deck 5 Boheme (buka 24jam)

Kad Kredit
Jika ingin menggunakan bayaran melaui kad kredit...terlebih dahulu daftarkan kad kredit pada alat registrasi automatik yang terletak di deck 5 & 7 bahagian tengah kapal atau pun pergi ke Guest Service, Deck 5 Boheme. (tapi harus diingat apabila kita regis je melalui kad kredit, USD1 akan ditolak secara automatik dr acc kad kita)






Kapten buat pengumuman ...sekarang kita sedang merentasi Selat Melaka....takjub betul apabila melihat laut terbentang luas, berombak-ombak. Temperature dlm 25c - 30c, laut agak sedikit bergelora.











Lepas lunch pusing seluruh kapal sampai puas & lepak-lepak dulu kat swimming pool. Cheteh share sikit citer pasal makan-makan kt cni...

Buffet makan tengahari, Dek 11- Rigoletto
> Bolero Buffet (self service) 11.30am-1.30pm
> Grill Lido Nettuno (kolam renang) 11.30am-1.30pm
> Bolero Buffet (self service) 1.30pm-5.30pm

Minum petang
> Pastries & Snacks (self service) 3.30pm-4.30pm

Makan Malam Buffet Dek 11- Rigoletto
> Bolero Buffet (self service) 6.30pm-9pm
> Pizza & Mi  (self service) 10.30pm-2am

Makanan yang selalu disediakan Dek 11- Rigoletto
> Sandwish & kopi 2-6am

Kalau nak a la carte, pun ada....bole la cuba tapi kena bawa sama kad restoran yang diterima di kabin. Ermm kat sini agak formal sebab diharapkan memakai pakaian sopan & formal dan menghormati waktu makan malam yang tertulis di kad tersebut. Dekat sini juga pelayan akan melayani dengan sebaik mungkin ....Restoran Fantasia@Sinfonia, Deck 5, ada dua sesi yang pertama pukul 5.30pm dan sesi yang kedua 8pm (makan la sampai kenyang ko)....jom lanje foto-foto a la carte....









Malam ni cheteh layan Teater Festival@8.45pm, tajuknya Giovanni mempersembahkan 'Feel The Beat'...jommm layan ...



Kul 9.45pm dekat Main Hall, deck 5 Boheme ada Pesta Carnival Venice, haaaa yang ni best sebab pihak kapal siap sediakan mask (topeng) hantar kat kabin utk dipakai masa majlis tarian nanti. So apa lagi layannnnn.....




Oppss lupa nak share...pasal pelayaran internet....kat sini pun ada internet tapi, sorryyyy bukan free ya. Internet memang tersedia melalui wifi kapal (termasuk dekat kabin) tetapiiii kena bayaran tau, kalau tak silap cheteh USD12 untuk sejam, haaa uols converted la sendiri ....

Selamat malam.....




Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...