Wednesday, 16 December 2015

Pelayaran Yang Indah Kapal Costa Victoria (day 2)

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua.....


Hari ni hari kedua di atas kapal....hari ini seharian penuh dengan aktiviti atas kapal jee ya. Bangun kul 6am....(waktu kapal kul 5 lewat sejam) awal lagi rupanya....tak pe, excited punya pasal. Siap-siap pastu nak naik breakfast...hari ni nak breakfast dkt tingkat 12. (waktu breakfast kat kapal 6.30am -11am)


di antara hidangan breakfast pagi ini...roti danish pic & strawberry ni memang sedap
Kapten  Kapal Costa Victoria  ialah Kapten Andrea Bardi,  beliau  memberi informasi  bahawa  kapal belayar  dengan  kelajuan  pelayaran 17 knot,  dan sedang  perjalanan pelayaran  di  sepanjang  pantai Malaysia di Selat Melaka. Mengikut kata beliau lewat petang, lebih kurang pukul 8pm akan berada di perairan Phuket. Kata kapten....kita dah belayar sejauh 805 km merentasi Selat Melaka, luas di  antara Semenanjung Malaysia dan kepulauan Indonesia Sumatera.    

Actually atas kapal ni penuh dengan aktiviti yang .disediakan, cuma cheteh ja laaa.......nak layan atau tidak. 
10.30am - fashion show kat deck 5 Boheme
11.15am - cocktail bersama officer kapal kat kolam renang, deck 11 Rigoletto
11.45am - SPA show, demonstrasi produk & treatment dipersembahkan oleh Pompei Wellness Centre, deck 5 Boheme

Tapi cheteh tak tunggu lama pun, tengok gitu-gitu jeee. Cheteh lebih suka cuci  mata kat  kedai beg, jam & aksesori...... haaa baru best kannn. Harus diingat  kat sini jual beli semua dalam USD....Okeh citer sikit pasal urusan jual beli di dalam kapal nie.... Dalam kapal  urusan jual beli ada 2 cara  yang ditawarkan iaitu:


Kad Costa@cash deposit
Jika membayar melalui Kad Costa....bagi memastikan kad costa dapat digunakan, kita hendaklah mendaftar dengan minimum USD150 seorang, jumlah bole ditambah selaras dengan penggunaan di atas kapal. Sila lengkapkan pendaftaran di Guest Service, Deck 5 Boheme (buka 24jam)

Kad Kredit
Jika ingin menggunakan bayaran melaui kad kredit...terlebih dahulu daftarkan kad kredit pada alat registrasi automatik yang terletak di deck 5 & 7 bahagian tengah kapal atau pun pergi ke Guest Service, Deck 5 Boheme. (tapi harus diingat apabila kita regis je melalui kad kredit, USD1 akan ditolak secara automatik dr acc kad kita)






Kapten buat pengumuman ...sekarang kita sedang merentasi Selat Melaka....takjub betul apabila melihat laut terbentang luas, berombak-ombak. Temperature dlm 25c - 30c, laut agak sedikit bergelora.











Lepas lunch pusing seluruh kapal sampai puas & lepak-lepak dulu kat swimming pool. Cheteh share sikit citer pasal makan-makan kt cni...

Buffet makan tengahari, Dek 11- Rigoletto
> Bolero Buffet (self service) 11.30am-1.30pm
> Grill Lido Nettuno (kolam renang) 11.30am-1.30pm
> Bolero Buffet (self service) 1.30pm-5.30pm

Minum petang
> Pastries & Snacks (self service) 3.30pm-4.30pm

Makan Malam Buffet Dek 11- Rigoletto
> Bolero Buffet (self service) 6.30pm-9pm
> Pizza & Mi  (self service) 10.30pm-2am

Makanan yang selalu disediakan Dek 11- Rigoletto
> Sandwish & kopi 2-6am

Kalau nak a la carte, pun ada....bole la cuba tapi kena bawa sama kad restoran yang diterima di kabin. Ermm kat sini agak formal sebab diharapkan memakai pakaian sopan & formal dan menghormati waktu makan malam yang tertulis di kad tersebut. Dekat sini juga pelayan akan melayani dengan sebaik mungkin ....Restoran Fantasia@Sinfonia, Deck 5, ada dua sesi yang pertama pukul 5.30pm dan sesi yang kedua 8pm (makan la sampai kenyang ko)....jom lanje foto-foto a la carte....









Malam ni cheteh layan Teater Festival@8.45pm, tajuknya Giovanni mempersembahkan 'Feel The Beat'...jommm layan ...



Kul 9.45pm dekat Main Hall, deck 5 Boheme ada Pesta Carnival Venice, haaaa yang ni best sebab pihak kapal siap sediakan mask (topeng) hantar kat kabin utk dipakai masa majlis tarian nanti. So apa lagi layannnnn.....




Oppss lupa nak share...pasal pelayaran internet....kat sini pun ada internet tapi, sorryyyy bukan free ya. Internet memang tersedia melalui wifi kapal (termasuk dekat kabin) tetapiiii kena bayaran tau, kalau tak silap cheteh USD12 untuk sejam, haaa uols converted la sendiri ....

Selamat malam.....




Tuesday, 15 December 2015

Pelayaran Yang Indah Kapal Costa Victoria (day 1)


 Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat semua.....

Lamanya tak masuk 'rumahku yang kedua' nih....rindu...rinduu...rinduuuunyaaa
Alhamdulillah  lepas mencari penguasaan melihat dunia, masuk kerja balik, gigih siapkan semuanya...hurmmm, barulah boleh berjimba-jimba kat sini. Hari ni cheteh nak share pengalaman cheteh naik kapal. Ini pertama kali naik kapal besar nih (ala-ala Titanic laaaa kannn)

Alhamdulillah....sudah sekian lama berangan nak naik kapal besar, bila duk tepi pantai mesti tengok kapal besar, memang teruja sangat-sangat. (Terima kasih ya Allah kerana izinkan semua ini berlaku...)

Kapal yang cheteh naik ni namanya Costa Victoria (citer sikit ya sejarah kapal ni....) Kapal ni memang dari Italy, mengikut keterangan Tuan kapal ni mempunyai 14 buah kapal untuk satu dunia, kapal-kapal ini ada laluannya yang tersendiri. Bagi laluan Asia, Kapal Costa Victoria yang ditugaskankan untuk membuat pelayaran....apa-apa pun kapal ni memang best, superb! Beuty is the round....



Pakej Percutian 5 hari 4 malam ini adalah dalam RM2000, dari Singapore-Phuket-Langkawi dan balik Singapore (bergantung pada situasi dan keadaan semasa mata wang kita.....)

Hari petama, awal pagi lagi dah naik bas persiaran ke Singapore (kapal ini perlu naik di Singapore). Pastikan passport & barangan kelengkapan diri semuanya da ready ya....Kul 8.30am da ada dalam bas (bas ni naik kat KL), lebih kurang kul 9am bas pun bergerak ke Singapore. Berhenti makan dekat Gelang Patah, RnR sini mcm biasa, cheteh sempat tapau air kelapa muda....cuba tengok bungkusannya, unik kann...cara bungkus macam style dulu-dulu kannn.
air kelapa muda@gelang patah
Macam biasa bila nak masuk singapore mesti kena check kat imigresen Tuas, Jambatan link ke 2, jam dalam pukul 1.40pm....lama stuck kat sini, bila da setel check beg semua, masuk semula beg dalam bas dan naik semula bas untuk ke Pearl Harbor Singapore. Sampai dalam kul 4pm, ok...check in luggage dulu, dapat pass masuk dlm kul 7pm

jambatan/link kedua@Tuas
imigresen singapore

                                      

                                      

                                              

                                     

Sementara tu rest dulu kat singapore cruise center...ok, masanya da tiba nak naik kapal, sebelum tu sekali lagi check dulu kat imigresen singapore, hampir sejam juga laaa baru lepas, ok masanya da tiba....sampai depan pintu kapal, para pekerja kapal da standby wish welcome ....sekali lagi kena scan & amik gambar....oooo rupa-rupa depa scan foto utk masukkan dlm kad siap dgn nama, no bilik, no kapal & date dan ada bar code lagi...Kad ini adalah penggantian kepada pasport sebab dlm kapal pasport kita, pihak kapal akan simpan, kita hanya guna & bawa kad ini kemana-mana sepanjang tempoh di sini. Kad ini juga sebagai kunci untuk masuk bilik ya...Namanya kad COSTA....

Lepas tu cari bilik....bilik cheteh dekat tingkat 8, sampai depan bilik, beg semua da ready depan pintu. Masuk bilik ....mandi & bersiap. Dalam bilik da siap diberi risalah yang dipanggil Tour magazine & Today the daily programme  ....memang bagus, lengkap dengan maklumat lengkap pasal kapal itenary selanjutnya. Dinner is ready....apa lagi jomm naik tingkat 11 untuk dinner.

Oppsss lupa nak citer....malam ni sebelum kapal belayar, pihak kapal akan mengadakan latihan keselamatan secara keseluruhan yang bertujuan untuk prosedur keselamatan seandainya terjadi hal darurat di atas kapal! Semua tetamu memang diwajibkan untuk mengikuti latihan ini....Ketika terdengar signal darurat (7 kali alarm pendek, dan satu kali alarm panjang), maka sila lah pakai jaket pelampung dan dengan segera ke menuju ke master station (ballroom utama la niii) terletak di deck 6 Traviata. Melalui latihan ini kita akan megetahui kemana harus pergi & apa yang harus dilakukan seandainya terjadi bencana@darurat di kapal. Yang utama kad costa jangan lupa ya (mesti bawa kemana-mana sebagai pengganti pengenalan diri) ....Jaket keselamatan juga ada tersedia di dalam bilik masing-masing....
inilah kad COSTA (dapat terus sebagai tanda kenangan dr pihak Costa)



Makanan memang mewah....lepas makan berehat sambil pusing-pusing tengok kapal dan keindahan malam. Kapal start belayar dalam pukul 10pm. Subhanallah....cantik sungguh keindahan malam, keindahan laut dengan memandang bintang di langit, sejuknya angin laut diketika waktu malam....santai-santai berehat sehingga pukul 1am, baru la masuk bilik....








   okeiii....nanti kita sambung citer esok pula ya, selamat malam .....

"Semoga mimpi ini menjadi kenyataan, andai dapat ku petik bintang di langit akan kusimpan sepanjang hayat....biar bintang itu bersinar & menjadi hiasan hingga ke akhirnya....
Memandang laut yang bergelora ....amat indah rupanya, gelora itu amat cantik dan mendamaikan jiwa yang lara ...."

Indahnya Bersalam

Assalamualaikum sahabat... #Rasulullah SAW bersabda:  "Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lain lalu mengucapkan salam ke...